Sejahteralah ke atas kamu....
Gempak tak tajuk? Hahaha. Sekali bila tengok rupa dalam gambar, elehh... cenggitu je?
Gempak tak tajuk? Hahaha. Sekali bila tengok rupa dalam gambar, elehh... cenggitu je?
Korang
penah try makan Lemon Chicken tak? Biasanya menu ni ada di restoren
Cina-Muslim. Aku suka rasa manis dan masam Lemon Chicken tu cuma lidah
Melayu aku ni tak boleh kalau tak pedas. Jadi, pandai-pandai la aku
masukkan cili 4 ulas dalam sos lemon tu. Lemon chicken yang sedap akan
menjadi lebih sedap bila dia dah pedas. Fuhh... Kalau ibu mentua lalu
kat seblah pun aku buat-buat tak nampak sebab takut dia mengecek. [Macam
la ibu heran dengan masakan aku sbb ibu lagi pro memasak. Kuheh..].
Untuk
menu aku hari ni, agak tak menarik warnanya. Kalau tanya suami aku, dia
mesti la akan kata sedap. Berani dia kata tak sedap?? Kang aku terasa
hati kang aku majuk kang. Tapi to be honest dengan korang, ikut tekak
aku sendiri, menu ni macam ada yang kurang. Aku rasa kalau masukkan
sayur hijau sikit, atau ulam-ulam lettuce segar pun dah okay.
Warnanya kurang menyerlah sebab aku tak masukkan banyak lemon zess mahupun pewarna. |
Stir-fried Bunapi on rice. Ala-ala Disney On Ice gitu. |
Menu tanpa warna hijau adalah sangat tak menarik. Sebab ini aje bahan yang ada di rumah pada waktu itu. |
Ayam yang sangat sedap, rangup well-cooked, juicy, tender, okay aku perasan je. |
Inilah bunapi. Cendawan Jepun. Senang je nak prepare sebelum masak. Cendawan ni dah bersih, putih dan tak yah basuh. |
Resepi sos lemon pedas ;
Bahan-bahan:-
Satu cawan jus lemon.
*1/2 cawan gula. [ikut suka nak manis mana. Versi yang aku buat ni tidak begitu manis.]
*Sesudu teh garam.
*Pati ayam [boleh guna chicken broth atau kiub segera. Kalau guna kiub, larutkan dulu dengan secawan air]
*Cili api 4 ulas ditumbuk[ikut suka nak pedas mana]
*Bawang putih 3 ulas ditumbuk
*2 sudu parutan lemon [lemon zess]
Tepung jagung campur 1/2 cawan air.
Cara-caranya;
1. Masukkan semua bintang-bintang ke dalam sauce pan ataupon periuk kecik ikut suka le guane gaya pun.
2. Didihkan di atas api kecil sehingga gula hancur dan menjadi likat.
3. Akhir sekali baru masukkan campuran tepung jagung dengan air. Masak sehingga pekat.
Resepi Ayam Goreng Bersalut Tepung;
Bahan-bahan:-
- Ketulan isi ayam.
- Tepung serbaguna [aku guna tepung dalam kotak yang bertajuk 'Kentucky'].
- 1 biji telur.
Cara-caranya:-
1. Perap ketulan ayam dengan telur. Biar selama 10 minit.
2. Salutkan ayam yang telah diperap tadi dengan tepung serbaguna.
3. Goreng dengan minyak yang cukup panas dengan api sederhana.
4. Macam ye-ye ohh je aku.
Resepi Bunapi Goreng;
- Bunapi
- Serbuk garlic-pepper
- Bawang besar Holland mestilah dipotong-potong ikut suka la bulat ke bujur, jangan campak sebijik bergolek dalam tu sudah..
Cara-caranya;
1. Goreng bawang dengan minyak sesudu.
2. Kemudian masukkan bunapi.
3. Masukkan serbuk garlic pepper. Kacau beberapa minit sampai bunapi layu di hujung mekar.
Kalau takder serbuk garlic pepper, pandai2 la tambah bawang putih sendiri dan lada hitam sendiri atau apa2 perisa pun macam buat sayur goreng.
Resepi Garlic Herbs Rice
Aku guna teknik senang yang tak tau le betul ke tak.
1. Masak nasik macam biasa,
2. lepas tu tambahkan 4 ulas bawang putih, masukkan garam sesedap rasa,
3. Masukkan oregano kering, kalau ada rosemary pun boleh, kalau ada parsley pun boleh. Ikut suka-suka hati je.
4. Masukkan 3 keping keju slice cheddar cheese. Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua kan cheese tu.
Itu sahaja la.
lama tak masak lemon chicken.. bunapi...mcm sedap... sy pulak suka tambah sunquick skit dlm sos lemon..
ReplyDeleteSedap Bunapi ni. Rasa kenyal2 macam sotong. Oo, sunquick ye. Tak tau plak ni secret recipe dia. Sbb baca resepi omputih, takdok kabo letok sunquick. Patut la warna dia menawan. Lenkali nak try la.
Deletedepan uitm lendu ade medan selera.. acik tu masak lemon chicken... sedap kak... tapi ayam tu tak bergoreng laa
ReplyDeleteAyam tak bergoreng pastu dia buat cemana? Rebus ke?
Deletepergh ..... melelh la tengok kak... sy org bujang.. nk masak sndiri xreti... kalo nk beli terpaksa beli je.. tp bajet lari lak.. jelesnyyeeeee.. hehe
ReplyDeleteBeli sekali sekale boleh la dik oi. Awak kan dah jadi polis, mesti selalu pegi jalan2.
Deletemenarik gak ni..ada la skit ada nak masak tuk bulan posa..hehe
ReplyDeleteHaa.. kan, dpt idea dah. Nnt bleh share.
Deletenmpk menarik untuk di cuba..
ReplyDeleteMenarik ni kak. Cuba la. Sedap tapi kena buat pedas baru betul2 kick. Pastu sila pastikan letak sayur ijau.
DeleteAku baru nak cakap, loh kok takde sayur hijau. Tup² kau dah cakap. Hahaha. Betul, xde sayur hijau serupa macam tak de sayur langsung. Green is vegetables. No green is no vegetables. Hahaha.
ReplyDeleteGo green! Aku patut letak wooden block luth yang kaler ijau utk buat deco dia kan. Hehe. Baru le ko tertipu nampak mcm ada sayur wp takde.
DeleteAlohaiii rajinnya mak budak nih..
ReplyDeleteNasi tu ade cheese? Nampak mcm nasi biasa tapi rupanya luar biasa!
**
Giveaway tu kat FB Page Kelab Ibu Ohsem tu Lyd. Jadi, share kat FB je..hehe
Ooo.. ada grup ibu ohsem rupanya.
DeleteTakde la rajin sgt. Biasa2 je. Nama pun blogger. Mesti saje2 nak buat rajin sbb nak tunjuk dlm blog.
selalu nampak cendawan tu dkt pasaraya, tapi tak reti nak masak.
ReplyDeleteMasak macam cendawan biasa je. Mesti akan sedap jugak.
DeleteNama dia..fuh gempak!
ReplyDeleteRajin lyd try mcm2.
Tajam pulak blkg tapis awak tu ya. Hehee
Haa.. kan.. tua pon. hahahahah..
DeleteSaya reka je ni tau, resepi lemon chicken pedas. Yg asal manade pedas. Kehkeh. Ye, tapis tu baru, tajam lagi.
sedap ni lyd!two thumbs up!
ReplyDeleteSedap ni cikgu. Terutamanya sos lemon tu. Mmg sgt sedap.
DeleteAlahai rajinnya lyd..
ReplyDeleteMalas btul klu rin nk cuba menu hebak2 camni tau..hehe
RIn, masak ni lagi senang drpd masak tomyam. Sbb takde kena guna byk bahan pon.
Deletelyd saja tau.dah la stok lemon n ayam baru hbs kat rumah.mai dok tunjuk resepi ni pulok. hukhuk
ReplyDeletekalau ada comfirm dh masak ni. hihi
mnarik tertarik kalau ada lemon :)
Yang tak ada tu... boleh diadakan ciksu. Kalo nak senang, makan je kat kedai. Restoren Homst pun sedap.
DeleteHoi! Kutuk. Hahahah... Tak pandai masak la Diana. Serius. Mana ada pandai. Nak lawan Azlita Masam manis ni mmg tak mampu.
ReplyDeleteWahhhhh...sedap ni...apa kata kalau buat lebih htr kat SA skit...ptg2 tgok ni lapar perut dh ni...hahaha..lgpun kita x jauh kan...hihihi
ReplyDeletePtg ptg ni tgk mknn cam sedap je. Dah la ujan. Lyd duduk mana. Pi keje dgn apa.
ReplyDeleteparut pakai penapis pun jadi yer.... pernah makan sekali masa buka puasa di restoran cina muslim ni..tp masak tak pernah buat.
ReplyDeleteApa kelas kalau tak pedas. Ni lepas bubuh 4 batang cili padi tu, pedas ke tidak Lyd? Kalau tidak, memang I nak tambah lagi (eh, gaya cam nak buat juga aje ni...menyampah tau bila I dah over excited ni....*__*)
ReplyDeleteI no hal kalau takda kehijauan ke apa, yang penting haruslah ada rasa nikmat terbako kepedasan sikit. Barulah sedap makan!
tetiba rasa nak cuba guna jus yg ada kat dapur nih ... confirm sedap nih .
ReplyDeleteBlh msk masterchef la ni.
ReplyDeleteOk, da siap copy resepi :)
ReplyDeleteTQ Lyd