Skip to main content

Lauk Berpantang Tu Sebenarnya Sedap

Sejahteralah ke atas kamu...

Ibu aku selalu pesan, "time berpantang ni tak payah nak lapar sangat ye. Tahan-tahan le dulu keinginan nak makan macam-macam tu. Nanti bila dah habis pantang, makan la gajoh rimau pun takde sape nak larang.". Aku bila dah kena warning camtu, ko ingat aku berani lagi nak mintak burger mekdi time berpantang? Hahaha.
 
Keterlaluan tak kalau aku katakan, aku suka lauk berpantang. Walaupun masakannya simple je, tiap2 hari ikan bakar, yang takde pedas [aku ni kan penagih makanan pedas], dan rempah perapan pun hanya kunyit dan bawang, kadang-kadang black pepper, tapi serius... sangat sedap pada lidah aku. Aku sangat okay dan happy je sebenarnya nak makan macam gitu je tiap2 hari selama 40 hari. Takde masalah pun. Ikan pun tukar-tukar, kadang ikan selar, kadang2 tenggiri, kadang2 kerisi. Ikut je ibu mentua aku bagi makan apa. Aku suka je. Heheh. [Nanti ibu plak kata, senang bermenantukan aku ni, sebab tak banyak kerenah. Bagi je makanan, nanti senyap la dia. Hahah.]

Masa berpantang, aku dijaga dengan penuh kasih sayang macam mak sendiri oleh ibu mentua aku. Untungla aku sebab dapat ibu mentua yang baik, yang aku boleh menumpang, sementelah aku sendiri dah tak ada mak. [Huuu.. rindu banget sama khamu, mak ].

Ibu ni, teknik berpantang dia lagi disiplin daripada arwah mak aku berpantang. Lagi banyak no-no daripada yes-yes-hoorey kalau bab-bab makanan semasa berpantang. Aku ni kalau di hari-hari biasa memang pemakan buah-buahan dengan kadar yang setambun, sayur pun ada jugak aku makan, tapi jarang la. Tibe2 bila waktu pantang, aku tak boleh makan buah, sayur pun tiap2 hari sawi. Ibu kata takut kembang peranakan atau urat kembang, masuk angin, anak kembung dan sebagainya. Apa relevant nya aku tak pasti. Aku ni... percaya juga perubatan moden. Aku percaya setiap yang kita makan tu yang penting adalah nutrisinya, mana la ada related sangat dengan kembung ke kembang ke semua tu kan, tapi oleh sebab dia adalah ibu mentua aku, aku hormat dia. Jadi aku ikut je. Cuma part buah tu aku mcm takleh kalau tak dpt, aku mengecek juga utk mkn buah epal. Kalo nak makan jambu batu ke, honey dew ke, kirim salam je lah. Tak boleh ye.

Kenapa aku boleh ikut je pantang larang waktu berpantang, padahal aku ni kaki melawan jugak sebenarnya? Pertama aku fikir, aku ni dah takde mak. Satu-satunya mak yang aku ada sekarang hanyalah ibu. Dia je la tempat aku nak tumpang kasih sayang dan feeling-feeling macam anak mak, walaupun sesiapa pun tau, walaupun cemana baik pun mak mentua mestilah takkan sama dengan feeling mak kita sendiri kan? Ye lah, mana la nak lawan perasaan dgn mak sendiri tu sbb daripada kita  ni sebiji benih lagi kita dah bersama mak kita. Lahir, hidup membesar, mak kita yang jaga. Takkan sama. Cuma ibu mentua ni tetap ada tempat yang tersendiri dalam hati kita, betul tak?

Okay, berbalik kepada kisah menu berpantang tadi. Kedua, aku fikir... waktu berpantang ni la aku betul2 nak recover balik tubuh badan aku yang dah penat mengandung dan bersalin. Kena makan yang elok2 dan sihat-sihat je. Betul kan, makanan berpantang ni menyihatkan. dari segi teknik masakan dia dan juga bahan-bahan. Mana ada nak letak cili sos ke, kicap ke. Perasa tambahan pun takde. Oregano apatah lagi. [oregano actually bagus je sbb dia rempah]. Lepas berpantang, memang aku kurus..... kejap je la tapinya. Heheh. Kulit pun jadi cerah husband aku kata sbb aku pakai lulur Tanamera tu, memang sedap la rasa dia panas2 je kat kulit, dah la tak keluar rumah langsung. Harus le cerah kulit malap aku ni. Heheh.

Cuma satu benda je yang aku rasa paling tak sedap waktu berpantang, Pati Ikan Haruan Polleney. Ni adik ipar aku hadiahkan. Rasa dia, nauzubillah... Horror giler. Aku rasa macam benda ni la benda yang paling fear factor pernah aku telan seumur hidup aku. TAPI, aku telan jua demi kesihatan badan dan demi tak membazir dan demi menghargai pemberian orang. Mat Azghul laki aku yang jenis 'batang kayu cicah coklat pun dia makan' tu pon bila try minum pati ikan haruan tu dia siap muntahkan balik, takleh terima. Bayangkan aku yang spesis makan memilih ni, sanggup telan tu semua. So, sekarang ni kalau aku termasuk dalam mulut benda2 yang tak sedap, aku rasa aku sanggup telan lagi sbb aku dah pernah telan benda yang paling tak sedap tu [pati haruan]. Nak aku describe rasa dia... mcm rasa ikan hanyir mentah tu bercampur arang, bau bacin-bacin skit pastu ada rasa payau, masin bercampur sekali haiyooo... Pengsan 4 saat.

Jadi, pesan aku untuk wanita yang selepas bersalin, berpantang, jaga la pantang betul-betul. Badan ni nak guna lama lagi [insyaAllah kalau umur panjang]. Hari-hari biasa kita main kedarah je semua makanan selagi ada kat muka bumi ni, apa la salahnya waktu berpantang tu je kita berkorban. Chey, cakap banyak plak aku... masuk hari ke-20 aku request nak makan kepsi dengan mak mentua. hahah. Takpe ibu kata. Sebab luka dah baik, lagipun ayam boleh je makan waktu berpantang. Protein kan? Cuma kepsi tu ada banyak MSG la, tapi badan sendiri yang tanggung, padan muka.

Sedangkan memerang pun sayangkan anak. *takde kaitan.


Comments

  1. Pati ikan haruan tu, jangankan nak suruh aku minum, nak cium bau dia pun aku tak tahan. Tapi ikan haruan nu, kalau buat bakar pun sedap jugak. Hehe

    ReplyDelete
  2. Msa dlm pantang pun heaven jgk mknn..
    3 ank mak sndiri jga..
    Aish je hubd jga..
    Hubs masak sedap..
    Kita mkn byk jgk..haha

    ReplyDelete
  3. I takdalah minta Mekde ke kepsi ke masa berpantang. I makan nasi dengan lada hitam+ikan bilis je. Itu paling sedap rasanya. Sesekali cuit ikan tenggiri. Tapi pati ikan haruan tu tak ambil ler. I ni lagilah pemilih ya amat. Semua pun main menjuih mulut aje taknak. Janganlah paksa. Mahu mengamuk mengalahkan budak kecik. Tapi salute kat my eldest sister, memang pantang habis lepas bersalin. Sampai sekarang pun masih kuat bertenaga, boleh buat kerja rumah tanpa henti. I ni kalau suruh buat kerja rumah tanpa henti memang flat ler!

    ReplyDelete
  4. Lyd, esok kalau aku pantang, leh pinjam mak mertua kau tak? Huhu.

    BTW, buku dah sampai. Thanks!!

    ReplyDelete
  5. Jom tengok siapa pemenang GA Jejaka Sombong hari tu! http://jejakasombong.blogspot.com/2014/05/pemenang-ga-5-tanda-patut-tinggalkan-je.html

    ReplyDelete
  6. Itulah maknanya pantang - pantang makan minum dan pantang perhubungan intim suami isteri.
    Untunglah Lyd dapat ibu mentua yang baik, kalau dapat ibu mentua seperti cerita "Ibu Mertuaku" P. Ramlee mungkin hari-hari dijamunya ikan pekasam aje...

    ReplyDelete
  7. Okeh...seriously koi berpantang husband koi jaga...
    Seminggu bersalin koi dah hadap ayam golek pasar ramadan. ..
    Sayur macam macam...tader hal...
    buah anggur. .epal...pir...hahhaah
    siap mkn nasik lemak lagi

    ReplyDelete
  8. sy ni akak kalau duk hostel makan dia macam org berpantang la jugak gayanya. hik

    ReplyDelete
  9. wah,untung lyd dapat mak mentua yang rajin jaga masa pantang..ni dh otw kedua ke?ehem..ehem..(^_^)

    ReplyDelete
  10. kalau nak recover sepenuhnya ikutlah pantang kan... tapi akk dulu ada yg ikut ada yg tak...

    ReplyDelete
  11. Betul tu, lauk pandang adalah sedap. Untungnya mak mertua jaga dalam pantang. Agak2 bila nak berpantang lagi nih....ekekeke...

    p/s: Barang dah sampai. TQ so much dear ☺

    ReplyDelete
  12. Errr...bila ko nak merasa berpantang lg? Sobs...

    ReplyDelete
  13. aku pun mcm kau.. sb aku sakit sgt masa beranak dulu.. org suruh mkn sikit pun lauk ayam, aku tolak mentah2..
    aku lgsung x terliur padahal masa tu raya n puasa.
    dekat2 nak habis pantang br aku curi2 makan sekut raya..
    sakit punya pasal aku insaf jap..

    ReplyDelete
  14. rasa seronok jugak time berpantang2 tambah2 kalo ade mak mertua jg dgn penuh kaseh sayang...heheh

    ReplyDelete
  15. Pantang kat rmh snd dgn rmh abah dgn mak mertua mmg berbeza. Abah walaupun lelaki mmg siap la kalau ada yg x kena di mata dia. Cumanya bab mkn lbh ikt kata husben sbb selagi dia kata blh mkn maka mknlah akak ni dgn jayanya.

    ReplyDelete
  16. At least ada Ibu mertua kira masih beruntung tu Lyd.. Myra pun beruntung masih punyai kedua2nya :)

    Okla Lyd suka makanan berpantang.. :)
    Tp pati haruan polleney cheq pn xsanggup..hehee

    ReplyDelete
  17. panjang pesanan awak kat saya ni lyd, muahahahaha. eh saya pun rembat dari malaysia pati ikan haruan polleney itu hari, tapi saya ambik yang berginseng punya, sedangkan ikan haruan saya tak makan, so bila untuk menelan pati ikan ini adalah pengorbanan besar pada saya muahahaha bukan apa, tak tahan luka jenis lambat sembuh, benda ni at least jadik jugak la sebab masa ngan jelita dulu kejap jer sembuh jahitannya, i was surprised.

    My mom dulu jaga I masa pantang, to her, apa pun bolehhhh. hehehe we need the nutrients especially untuk susukan anak, tapi agak2 la jangan semua nak pulun sampai seperiuk hehehe.

    ReplyDelete
  18. ikan haruan pon tak makan.inikan pulak nak telan pati ikan ikan haruan.mmm, pakai tak sentuh langsung le jawabnya. hihi.

    tanamera juga :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w