Skip to main content

The Sweetest Award To Mummy Dearie.

Sejahteralah ke atas kamu.. 

Suka lettew mummydearie. Award ni aku tujukan khas untuk Mummydearie sebab beliau dengan penuh gaya mutu keunggulan dah tagged aku untuk Liebster Award. Dengan ucapan, sowri la sis, i ni kalo bab-bab yang ada stepses ni memang la lembab nak digest melainkan stepses untuk masak nasi arab tiru resepi kat belakang kotak.

Ok, apa soalan tadi?

11 soalan cepumas dari MD : Ini lagi susah daripada soalan peksa SPM.

(1) Apakah pendapat you all tentang blog Mummydearie? - Blog dia sangat full of sincere. Entry di dalamnya seperti diceritakan face to face dengan kita je gaya dia. Dan semua cerita sangat menarik. Mummy dearie ni pun sentiasa bersemangat dalam memenuhi keperluan rumahtangga dia. Very inspiring.







(2) Apakah soalan pertama yang hendak ditanya jika bertemu MD? -  Ini Mummy Dearie ke? *sambil buat muka tak percaya*, dan tanya lagi, "serius ke ni MD? Ye ke ni? Macam tak percaya ye. Tak sangka u ni seorang yang cantik.. -Haaa.. lebih kurang gitu la soalan yang akan ditanya.

 
(3) Antara MD dan anak-anak, siapakah yang kalian nak jumpa kalau diberi peluang?
- Ini soalan perangkap. Okay, demi tak mengecilkan hati yang bertanya, we move to the next question. :p

(4) Sila jelaskan tentang diri kalian dalam 5 perkataan yang paling mudah. - Unpredictable [eh, ni bahasa susah], pemakan, penido, rajin [ini adalah sekadar doa utk karektor yang bertentangan sebenarnya] dan lefthanded.

(5) Apakah detik yang paling cemas dalam kehidupan kalian? - Accident kat Lebuhraya Karak km 27 Kuantan - KL. Kereta terbalik, i sorang-sorang antara hidup dan mati. Huhu.. Sedih dan takut sgt.

(6) Apakah situasi yang paling memalukan yang pernah dihadapi? - Bila orang lain dah berenti makan, i masih lagi bertambah nasik.

(7) Apakah yang menyebabkan kalian sanggup membaca entri panjang berjela MD ni? - Ini la caranya nak mengekalkan silaturrahim. Disamping terbaca secara tak sengaja, ingatkan nak baca satu perenggan pertama je, sekali tak sedar terbaca sekali yang bawah2 tu.

(8) Di antara ibu bekerja dan sepenuh masa, yang mana paling mudah dan mengapa? - Tak boleh nak kata mudah bagi kedua-duanya. Tapi kalau yang lebih seronok dan dapat kepuasan tentulah sepenuh masa. Sebab tugas mendidik itu sepatutnya bermula dari rumah, bukanlah dari rumah pengasuh. Huhu.

(9) Kalau diberi tiket kapal terbang dan penginapan percuma, ke manakah destinasi pilihan hati? - Yey... nak sponsor ke. Nak ke Turki. Eh, Jepun la. Ermmm... Japp... tukar la.. nak gi haji la.

(10) Apa perkataan yang selalu diucapkan lepas tu terasa menyesal? - Apa-apa je perkataan atau ayat yang tak elok terutamanya bila banyak komplen masa tengok TV. Nyesal sbb nnt anak dengar, takut dia ikut.

(11) Melalui pengalaman berborak di alam maya bersama MD, sila jelaskan apa pendapat kalian tentang MD di alam nyata (silalah gunakan kuasa imaginasi yang tinggi tu untuk memikirkan bagaimanakan orangnya si MD ni..) - MummyDearie ni seorang yang kelakor, nampak macam happy go lucky dan rasanya seorang yang sangat bahagia di samping suami Uzbek beliau serta anak-anaknya yang encem2 dan gebu2 itew. Dari segi rupa plak, rasanya, muka dia mesti penuh keibuan dan ada senyuman yang menawan dgn sebaris gigi yang tersusun cantik.




11 perkara tentang diri aku yang korang pasti menyesal kalau tahu... [harap tak menyesal]


  1. Sama negeri dengan Dato Siti Nurhaliza.
  2. Suka barangan berjenama, tapi suka tengok dan ambil tahu je. Tak suka memiliki pun. Sebab tak sesuai dengan penampilan. Hehehe. Lagipun tak mampu.
  3. Suka makan. Terutamanya coklat. Cheese. Makanan-makanan gemuk yang tak menyihatkan. Nom.nom.nom..
  4. Kenapa la 11 fakta? Kalau 3 je kan senang. 
  5. Suka seni. Seni lukis. Seni fotografi. Seni jahitan. Seni kraf. Kalau boleh semua benda aku try nak buat sendiri. Kalau boleh nak jadi macam Martha Stewart. 
  6. Aku bercinta selepas kawen dan membuktikan cinta selepas nikah itu sangat indah. Booo! *tersipu-sipu.
  7. Tak pandai baking. Tak pandai buat kek. Tak pandai buat cookies. Tapi pandai makan je semua hasil baking.
  8. Imperfectionist. Aku ni jenis yang buat keja tak suka buat perfect. Contoh kalo pakai tudung, aku suka tudung aku senget. Kalau aku mengemas, aku akan tinggalkan sikit bahagian tak kemas. Untuk bagi dia tak perfect. Maybe this is art or maybe perfect is boring. Hahaha..
  9. Ada masalah kulit kering sejak kecik. Sampai sekarang.
  10. Baru je suka makan sayur sebab kawen dengan orang yang suka makan sayur. Kalo takde sayur dia nangis guling-guling. [ok, berdosa memfitnah suami].
  11. Yes! Dah habis. Sangat berusaha keras untuk buat entry ni.


Comments

  1. Rin plg xsuka subjek seni..haha..boley??

    ReplyDelete
  2. sesetengah drp jawapan tuh dah tahu dah drp pembacaan blog nie kan..heheh..
    bkn tak pandai baking..tp mungkin blom cuba beriya2 lagi kot...:)

    ReplyDelete
  3. hehehe dah terlunas hutang yer,, KA msh tak buat lagi.. huhuhu.. dh banyak tahu lagi tntang Lyd dari n3 ni

    ReplyDelete
  4. opssss alamak dah tertau pulak ni, canner. hehehee tapi tak nyesal pun :)

    ReplyDelete
  5. Ehemm..part tak pandai baking tapi suka makan hasil baking2 ni kita bole geng! hahaha
    cekelat? cheese? high 5 dua belah tangan!!

    ReplyDelete
  6. Dah 5 org tag benda ni. Tapi tak buat2 lagi.

    ReplyDelete
  7. Lebih kurang koi je...faktor kenegerian mungkin...hahaha

    ReplyDelete
  8. Yg penting ada soalan ada jawapan. Yg penting nombor 2 setiap jawapan ikhlas, datang dari lubuk jiwa...

    ReplyDelete
  9. samalah kita..sama lembap klu bab ikut step ni..klu scara derhaka boleh la..tu pun tak cukup kaki tgn lg nk langsai hutang..

    11 perkara tu macam 9 je..dua lagi tipu.hahaha

    ReplyDelete
  10. Sa pin x suka seni...tp seni music ok...

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya dah datang baca masa up entri tapi tak komen sebab tak sempat. Komen dua, tiga ayat ni mana mainkan, not my type ler senang cerita.

    Thanks Lyd sebab join sekaki. Kita pun lefthanded ya, tapi kita nun jauh from selatan ler. Kalau suruh berimaginasi memanglah 'yang indah-indah' aje. Near perfect kata orang Bugis. Takdalah saya cam tu sekali Lyd. Happy go lucky yes. Kuat borak, yes. Dari segi penampilan tu biasa-biasa aje... entah napa mamat uzbek tu terpikat I dunnolah, I tak tanya pun. Hahaha....

    ReplyDelete
  12. Tak sempat jwb lg sbb M besar. Haha...

    ReplyDelete
  13. Tak sempat jwb lg sbb M besar. Haha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...