Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Stigmata... Apakah Itu?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Penah dengar tak pekataan 'stigmata' ni? Gayanya macam nama batang pokok keembung je kan? Hohohoho... Stigmata ni adalah kesan pada badan atau rasa kesakitan pada bahagian yang sama seperti Jesus disalib. Stigmata ni adalah mengikut kepercayaan Roman Catholic. Tak tau la mcmn boleh jadi stigmata ni. Tapi dierang claim, yg luka-luka dan kesakitan [di tapak tangan, di kaki dan di dahi] itu terjadi dengan sendirinya. Seolah-olah mereka telah disentuh oleh Jesus [a touch of Jesus]. Cheyy... Macam bagus je citer pasal Jesus. Saya tgk saluran National Geographic semalam. Dalam rancangan yang bertajuk 'Is It Real?' atau jika saya terjemahkan ke dalam bahasa Bugis akan menjadi 'eh, betul ke benda ni?, auuw...'. Ntah betul ntah tidak, tapi dalam rancangan tu ditunjukkan la kajian yang doktor dierang buat... Doktor tu check punca luka tu memang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata... Kelu lidah nya.. Hahah. Itu kalo yg ...

Diboikot Kerana Tudung?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Ankara, 30 Okt - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden, kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung. Wanita pertama Turki, Hairunnisa Ozyurt, memakai tudung sejak remaja lagi. Jeneral-jeneral tentera itu menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - Petikan daripada Mingguan Malaysia, 31 Oktober 2010. Sampai macam tu skali ke dierang ni? Ishh... Apa laaaa... Sedih betul saya bila Turki jadi cenggitu. Padahalnya... Kerajaan Islam yang terakhir adalah Turki Uthmaniyah [Ottoman].

Aku Sungguh.....

...malu.... Huhu... Tadi jumpa dia. Tapi sangat malu. Aku kelu, bungkam then bungkus. Padahal jumpa bukan berdua je. Ramai-ramai. Ala.. Mcm Mavi dengan Shekin sebelum kawen dolu2. Ntah le naper aku bleh jadi gitu... Padahal aku dah lama tak jumpa dia. Rindu pun ader gak. Tapi... Huuuwaa... Tak dpt nak pandang muka dia pon. Sbb nervous giler vavi. Huhu.. Dulu rasanya aku selamber je kalo gi dating dgn bf. Skrg maybe dah kertu... so, sifat malu tu makin menjadi-jadi. Haihh... Canner la nanti? *Masih tersipu dan tertundukkk maluuuu seperti MrZ. Kehkeh.. *Pesanan utk JekJan, sila jgn sarcastic kan beliau [MrZ] di hadapan aku, sbb PCMS aku masih belum diberi markah. Hahaha.

Ringgit Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Sabtu lepas, saya pegi umah kakak saya. Di.... somewhere, over the rainbow. Ngeh2. Sebelum pegi tu, saya check purse, ada RM11 saje. Malas nak kuarkan duit. Sebab rasanya mcm takder la nak beli apa2 sangat hari tu. Dah on the way tu, saya perasan minyak saya dah habishh..... So, berenti le isi minyak dulu. Letak le RM10. So, tinggal le singgit lagi. Tak kisah ler... Bukan ader apa-apa nak beli dah tu kan? Pastu, drive punyer drive.... Sampai la kat tol. Tetiba baru saya teringat lagi satu perkara.. Touch N Go card saya dah habis guna. Rasanya mcm dah tinggal 20 sen je lagi. Mmg sangat-sangat lupa nak reload. Pastu duit dlm purse plak hanya ada RM1. Tol tu RM2. Hah!!! Time tu la saya dah mula nak rasa menggelupur cari duit syiling kot-kot ader terselit mana2. Korek2 kat dashboard. [Masa tu dah sampai turn saya ler nak bayar]. Kira punyer kira jumlah duit syiling yang ada tu, hanya ada 95 sen. Masa tu, saya pakai iPod. Rasanya macam vol...

Sub-conscious Mind. Minda Bawah Sedar. Hypnosis. Hipnosis.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kamu sedar tak bahawa, apa saja sifat atau tabiat kamu dikawal oleh minda bawah sedar? Termasuk le buang tebiat. Kehkeh. [Sorry. Buang tebiat tu saya tak pasti sama ada dikawal oleh minda bawah sedar juga atau tidak]. Masa tengah sedar, tgh berjaga, tgh tak tido, tak pengsan, tak hisap dadah..... Minda kita ni hanya mengawal 10% sahaja daripada seluruh tubuh kita. 90% lagi, minda bawah sedar yang kawal. Hah, nampak gmbr iceberg kat atas ni? Mcm ni la umpamanya menggunaan minda kita. Minda bawah sedar atau subconscious mind ni adalah minda kamu yang paling dalam. Dan ada cara tertentu untuk mencapai minda bawah sedar anda sendiri. Iaitu dengan hipnosis [hypnosis]. Tapi kalau orang-orang yang dah professional, dierang takyah berhipnosis pun takper. Dierang bleh access subconscious mind dierang dgn mudah. Apa kaitannya minda bawah sedar ni dgn perbuatan kita? Errm... Menurut pakar hipnosis... semasa kita berada di dalam keadaan minda ba...

Surat Dari Seorang Ayah Untuk Anak Gadisnya..

Assalamualaikum Di bawah ini adalah terjemahan penulisan yang diperolehi dari Majalah al-Izzah edisi ke-8 . Softcopy majalah tu saya attachkan, artikel ni di muka surat ke-7 ye. Ini adalah surat dari seorang antara lelaki pengembang dakwah terawal kepada salah seorang anak perempuannya sebelum majlis perkahwinannya. Pada masa itu beliau sedang berada jauh darinya disebabkan ia dipisahkan dari keluarganya oleh pemerintah yang zalim. Dalam surat ini ada tauladan yang menyebabkan al-Izzah berminat untuk menampilkannya buat kalian wahai saudara saudari yang dimuliakan. Meskipun jauh dan terpisah dari naungan pandangan seorang bapa, pengembang dakwah terhadap ahli keluarganya, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab memelihara mereka mana yang termampu olehnya. Mereka mempunyai bapa yang gemar memberikan nasihat yang ditujukan untuk anak-anaknya ke arah jalan yang sesuai dengan ajaran Islam. Berbeza dengan apa yang dapat kita saksikan pada hari ini, fenomena perceraian berleluasa d...

Plastik Ajaib

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Dulu bukan main syok lagi saya berbelanja, guna kad kredit. Kalo nak beli apa-apa, tapi takde duit, saya swipe je. Masa tu rasa mcm bahagia hidop. Sebab bleh beli apa-apa jua sesuka hati walaupun duit hanya ada secangkir cuma [pergh.. kuar plak lirik lagu kat sini...] . Haa... Tapi pekdahnya baru sekarang ni la terasa. Utang kad kredit tak abih2. Walaupon skrg saya dah langsung tak gunakan kad kredit dan hanya nak habiskan baki hutang yang tinggal....... Peritnya... Tanggung le sendiri. Serve you right Salida! Padan muka ko. Ye la.. Dulu belum matang. Sebelum bertindak, bukannya fikir panjang sgt. Main ikut je trend yg ada waktu tu. Org lain guna kad kredit, saya pun takleh ketinggalan. Tapi kalo cerita pasal hutang ni... sejak saya umo 18 thn lagi dah mula berhutang. Hutang belajar dengan MARA. Dah tu mcmn? Belum keja lagi dah berhutang. Bukannya sikit... Puluh-puluh ribu daaaa.... [Bukan semua orang mampu pegi belajar dgn saraan sep...

Tangkap Muat

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Apa perasaan ko, kalo ko tengah lepak-lepak kat umah... tetiba ada orang beri salam, pastu bila ko tgk... rupa-rupanya Sarimah Ibrahim. Kemudian dia kata.... tujuan dia datang tu untuk make over ko, becoz of... pasangan ko minta tolong dia dan krew rancangan tu transform rupa ko. What the frog??? Kecik hati ke apa kalo aku yg kena gitu. Bukan sebab aku rasa aku dah cukup cantik sampai takleh terima perubahan. Tapi,..... Kalo yer pon tak cantik.... takyah le sampai satu Malaysia tau. Malu tau tak? Bayangkan le... tetiba je kena pakai baju ikut pilihan penasihat fesyen dalam rancangan tu, yang kadang-kadang mmg tak ikut kesesuaian kita. Terlampau terdedah ke. Terlampau ketat ke. Pastu biler kita kata kita tanak, dierang kata kita 'difficult'. Ampeh je. Tak faham aku, kadang-kadang bila suami sendiri yang takleh terima isteri dia seadanya. Ishh... Ader ke putat?? *Rancangan Tangkap Muat disiarkan di Astro Ria dan dihoskan oleh Sar...

Cik Gigi Oh Cik Gigi....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...... Walaupun wanita-wanita di seluruh dunia ini merasakan Brad Pitt yg paling kacak, tapi bagi saya, Keanu Reeves lah yang paling kacak. [baru je abih tgk The Curious Case Of Benjamin Butang - artistic betul citer ni]... Sejak skolah menengah lagi saya admiring Keanu Reeves ni. Pada suatu hari, sewaktu saya menunggu keputusan SPM diumumkan, saya terbaca satu artikel di akhbar yang menceritakan tentang kepentingan menjaga gigi. Penulis artikel tu telah menceritakan bahawa sejak kecil, beliau sudah diasuh oleh orang tua beliau utk menjaga gigi dgn sempurna. Penulis ni, adalah peminat setia Keanu Reeves, tapi beliau ceritakan di dalam artikel tersebut, bahawa minat beliau terhadap Keanu Reeves luntur apabila beliau melihat satu adegan lakonan Keanu Reeves yang merakamkan gambar Keanu Reeves dari jarak dekat lalu ternampaklah gigi-gigi Abg Keanu saya tu dengan jelas. Menurut penulis artikel itu, "gigi Keanu Reeves tak cantik". Say...

Komentar = Komen Sebentar

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... *Cun nyer lah Maya Karin ni. Baju merah dia pon cun. Gila lah. [Taip entry sambel tgk Nona]. Nona Senator Dr Masyitah Ibrahim berkata [di dalam temubual Nona tentang perkahwinan beliau] : "Pertama kali suami saya melihat aurat saya adalah pada malam pertama selepas bernikah... Waktu itu la pertama kali suami melihat rambut saya.." Lyd says : Ko biar betik ustazah??!! Fenin lah... fenin... On Board Sticker di kereta "Child On Board" @ "Princess On Board" @ "Preggy Woman On Board" @ "Mafia On Board"..........etc.. Lyd says : Who's on the board has nothing to do with me. I don't even care!! [Wah Cik Lyd, maki nampak??!! Huwah...huwah] Rambut Kadang2 aku terfikir nak bleach rambut aku biar jadi kaler blonde. Kehkeh. Tapi confirm rupa aku akan jadi mcm orang utan. Hehehehe... Saiko Saiko itu bermaksud.... Ko gila. Healthy Food Cubaan untuk memasak makanan yang berkhasiat telah me...

Bukan Semer Orang Bersedia Jadi IbuBapa

Tak caya? Haaa... Ini buktinyer.. Jangan menyesal! Cheywah... Lupa... Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini....... Yang ni la paling kesian. Sampai ke besar dia kena bawak nama tu. Adesss....

Hari Ni Emosi Aku Dah Normal

Sejahteralah ke atas kamu.... Sekejap je saya emosi. Tu pon bukan emosi pasal percintaan. Tapi stress pada benda yang sepatutnya takder kaitan pon dgn hidup saya yg ntah mcmn saya tak pasal2 terlibat. Haihhh... Benci betul. Nasib baik la saya masih ader Allah. Dan tak lupa juga Mr Storm. [Skrg ni nak panggil dia Storm je la. Panjang sgt nak taip 'Stormpong'. Lagipun, 'Storm' mcm cool skit. Hehehe. Poyos.]. Mr Storm yang selalu ada waktu saya sedih. Dan selalunya bisa membuat hati saya ceria kembali. :) Saya paling suka warna biru. Sangat menawan. Pernah satu masa dulu, boleh dikatakan, kebanyakan barang-barang saya termasuk baju, baldi, gayung, sabun, berus gigi, beg, dan macam-macam la... mesti nak kaler biru. Tapi bila dah lama-lama, saya tetiba je tersedar yang saya tak sesuai dengan warna biru. Kombinasi pakaian warna biru dengan warna kulit saya, sungguh tak sesuai. Tenggelam seri wajah saya. Langsung tidak menyerlah jika saya berada di dalam warna biru. Kemudian.....

Drama Chinta

Sejahteralah ke atas kamu.... Adegan 1 : Di atas katil. Chinta dan Osman Kabilah. "Chinta tak peduli!! Chinta nak gugurkan kandungan ni. Chinta bencikan benih ni!!" "Jangan Chinta.... Bayi tu tidak bersalah. Itu adalah anugerah Allah. Abg akan terima dia. Dan insyaAllah akan anggap dia seperti anak Abg sendiri" Chinta terus menangis..... Dan Osman Kabilah menyambung.... "Abg akan cuba mempercepatkan perkahwinan kita".... Aku pun terus mcm... "Errkkk????? Jadi korang belum kawen??? Tapi duduk atas katil... citer pasal kebaikan.... _______________________________________ Adegan 2 : Di rumah Chinta. Chinta dengan seorang lelaki yang ditangkap basah bersamanya... "Macamana kita boleh tertangkap? Mesti kau yang perangkap aku!! Dah 5 tahun aku tinggal di sini. Selama ini tak pernah aku tertangkap. Tetiba, dgn kau je, aku tertangkap" "Aku takde buat apa-apa pun. Dah kau juga yang ckp... Dah 5 tahun ko tinggal di sini. Mungkin orang lain nampak...

Mungkin Sebab Aku Dah Tua...

Sejahteralah ke atas kamu, yg membaca blog ini.... Mungkin sebab aku dah tua, aku dah tak kisah orang nak ckp apa. Nak tuduh aku apa-apa pun, aku maafkan je la. Sebab aku hanya menganggap ko sebagai budak-budak je. Lagipun aku memang tak salah dengan ko. Mungkin sebab aku dah tua, orang selalu memberi anggapan buruk pada aku. Nak buruk sangka dengan aku pon, ikut suka ko la. Aku tak pedulik! Sebab apa yg ko sangka buruk pada aku tu, bukan betul-betul pon. Mungkin sebab aku dah tua, orang rasa aku layak dibuli. Boleh mengata aku dgn kata-kata pedih. Kononnya mcm berani. But coward. Hahaha... Chicken. Aku hanya buat hal aku sendiri. Dan aku mmg tak kacau sesiapa. Orang yang selalu kacau aku ada la. Manusia ni suka membuat andaian kemudian memberi hukuman drpd apa yang dilihat dan didengar, walaupun hanya lihat dan dengar separuh je. Aku makin tak faham. Aku rasa seolah-olah aku ni macam arnab yang tersepit dalam jerat, pastu aku plak yang disalahkan oleh tuan punyer jerat, oleh kawan tua...

Hidup - Bosannya Tajuk Ni

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kamu perasan tak...... Perjalanan takdir hidup kita, saling berkait dengan perjalanan takdir hidup orang lain. Apa yang berlaku pada kita, pasti ada kesan kepada takdir orang lain kalau tak banyak pun mesti ada sikit... sama ada orang yg kita kenal atau orang yang kita tak pernah tau pun mereka wujud. Entry ni adalah entry motivasi. Harap maklum. Tentu ada yang pening dengan apa yg saya taipkan ni kan? Maksud saya mcm ni..... Sebagai contoh..... Saya menganggur.... Tak ada kerja. Kemudian, saya mohon kerja di Syarikat Poyo Sdn. Bhd. yang letaknya beratus KM dari kampung saya. Jawatan yang saya mohon itu adalah sebagai Pengurus. Kalau saya dapat kerja tu, saya perlu pindah dari rumah ibu dan bapak saya. Tapi lama betul tunggu... Tak dapat-dapat. Saya mula rasa kecewa. Saya sedih sebab nasib saya malang. Dalam waktu yang sama, di kawasan perumahan tempat saya tinggal tu, Pengarah Majlis Perbandaran dah meninggal. Kemudian Pengarah baru...

Clumsy By Fergie

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Semalam, Isnin [18 Oktober 2010] Dpt tugasan daripada En Stormpong, utk survey details tentang satu barang ni. Maka, selepas habis waktu pejabat, terus je saya balik tanpa terhegeh-hegeh. Bersemangat ni nak gi survey barang tu. Mula-mula rasa macam nak pegi MidValley, tapi memandangkan meter fuel dah menunjukkan ke penanda yang paling rendah.... Mcm tak berani plak nak gi MidValley. So, terus ke Jalan Othman. Kalo nak ke Jalan Othman memang sangat jam after office hour. Terutamanya di Bulatan Kewajipan.[Ntah ye ke tak ntah nama bulatan tu mcm tu. Heheh.. main petik je aku ni.]. Dah tu, apa motifnya saya takut nak gi MidValley sebab takde minyak, tapi bleh gi Jln Othman yang jam dan lagi jauh tu? Hihi... Tah hapa-hapa. Dah la waktu tu saya lapar gila. Tapi mmg berniat nak balik umah utk habiskan roti yg dah hampir expired yg ada kat umah tu. Tak baik membazir kan? Tapi walau macamana pun, misi menyiasat tu perlu diselesaikan dulu. Ima...

Cinta Ke? Huhu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Putus cinta. Memang pedih. Lebih pedih daripada luka terkena penutup tin susu masa nak buat open house. Lebih menderita daripada sembelit 3 hari. Memang lebih sengsara daripada senggugut. Owh... Entry ini bukan tentang diri saya. Tapi putus cinta secara general. Sebab kebelakangan ni, saya ternampak ada di kalangan sahabat2 saya yang mengalaminya. Erm... Dalam hati saya cuba berkata pada mereka... "Aku faham apa yang ko rasa... Tapi percaya la... Ko mesti bleh handle punyer. Putus cinta bukan kiamat. Bukan juga mati. Dan kisah hidup ko belum berakhir.". Tapi... Tak ada daya nak ckp, sbb saya sendiri, jika berada di situasi putus cinta... walau apa jua yang dinasihatkan oleh orang sekeliling... dan walaupun kita buat-buat muka mcm absorb apa yg org tu nasihat, tapi jangan nak tipu... Hati kita mesti tetap takkan bleh ok dengan mudah. Saya dah lalui benda-benda ni. Jadi saya tau. Kadang-kadang, bukan kehilangan cinta tu yang m...

Happy Befday Abg Ri.....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Aihhh... Malam dah larut, tp waktu ni la idea banyak. Ader aku MC lagi ni esok... Kehkeh. Siapa Abg Ri? Hihi.. Beliau sepupu saya. Anak Pak Long saya. Umur beliau jauh la berbeza dengan saya. Dah besar dah. Waktu saya kecik dulu, Abg Ri kawen dgn jiran saya, Kak Idah. Pehtu, ader satu hari tu.... Kak Idah ni ajak saya dan geng kapak saya [Imah, Ojin, Sobey] datang rumah beliau. Sebab nak menyambut hari jadi Abg Ri katanya.... Adik kepada Kak Idah tu, namanya Ebi[pompuan]. Beliau kata, nnt masa majlis hari jadi tu, bawak la hadiah apa-apa pun untuk Abg Ri. Sebab beliau kata, Abg Ri tak kisah pun. Kalau bagi cikedis [jajan] yang berharga 20sen pun Abg Ri suka punyer. Saya dah jiwa kacau dah masa tu. Sebab setiap petang, mak hanya akan bagi saya 20sen je duit belanja utk beli cikedis. So, kalo saya nak bagi hadiah kat Abg Ri, nnt saya takleh beli cikedis. Tapi takper la... Demi kek harijadi punya pasal[sejak kecik suka makan kek].... Say...

Nostalgia Zaman Nakal

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Dulu masa kecik-kecik, saya selalu main pasir kat bawah rumah saya kat kampung. Best giler. Terutamanya kalau main pondok². Konon-kononnya pasir tu adalah beras/nasik. Saya goreng pasir tu atas penutup tin milo. Dan segala saiz penutup tin milo akan jadi pinggan mangkuk. Termasuk tin-tin milo skali akan jadi periuk. Tin susu jadi gelas. Pastu yg paling sakai skali, susun batu buat mcm dapur, then hidupkan api. Bahaya gila perbuatan saya waktu tu. Saya rasa, waktu tu... mmg mak saya marah kalo saya main api. Tapi yg pentingnya, saya tak faham apsal beliau marah. Dalam hati saya kata "eleh... dengki la tu, org bleh main pondok²". Rupa-rupanya bila dah besar ni... baru le faham... kenapa mak marah main api masa kecik-kecik dulu. Haiii.... Salidi... Salidi. Yang pentingnya.... Bila main masak-masak ni, saya akan masak [konon-konon], menu yg mak saya masak pada hari sebelumnya. Hehehe... Contoh... kerabu pucuk paku. Pastu kena me...

Ringkas Je.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Raymond : Everybody loves Raymond, except me. [Bukan Reck Raymond ok..] Terganggu : Fikiran saya terganggu kalau saya makan banyak, tapi membuang sikit. Pegi mana yg lain-lain tu? Huhu. Dulu : Sedih. Terkilan. Kecewa. Rugi. Sia-sia. Stupid. Astagfirullah. Arghhh.... Sekarang : Happy. Bersyukur. Lega. Untung. Bermanfaat. Brilliant. Alhamdulillah. Phewww... Bertunang : Semoga aku tak bertunang, tapi terus kawen je. Sebab bertunang penat. Kawen pun penat. Jadi bior ler penat skali je. Huhu... ~Pemalas. Hantaran : Hantaran kawen aku akan buat sendiri. Bestnya kalo masa kawen nanti, dapat hadiah anak kucing sekor. Heheh... Takleh bayangkan mesti huru hara kalo anak kucing duduk dlm dulang hantaran. Suntik la kot utk kasi dia pengsan. Cupcakes : Semalam dah makan 5 ekor cupcakes dari Wondermilk. ~Jangan salahkan saya kalau saya tak cantik. Raya : Raya dah habis. Tapi open house masih lagi ader. Hebat org Malaysia kalo bab-bab beraya ni. Lag...

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca...

Ciri-ciri Dan Sifat Penduduk Syurga

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saling Mencintai.... Orang-orang yang saling mencintai , akan melihat rumah-rumahnya di syurga begitu indahnya laksana bintang yang cemerlang di sebelah timur atau barat. Para sahabat bertanya: " Siapakah mereka ?" Jawab Nabi : " Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah ." Lyd berkata : Jika mencintai seseorang perlulah kerana Allah. Setakat nak mencintai Justin Timberlake kerana dia berambut keriting atau kerana dia pandai menari, lebih baik tak payah la. Tapi kalau mencintai Maher Zain kerana lagu-lagu beliau membuatkan kamu sentiasa mengingati dan mencintai Allah dan Rasul maka cintailah Maher Zain itu. [Pengaruh Chaerul la ni yg membawa pengaruh Maher Zain ke dalam EPS]. Usia Penghuni Syurga... Para penghuni syurga akan masuk ke syurga dengan muka berseri. Wajah mereka cerah dengan mata bercelak seperti pemuda berusia 33 tahun. Dengan itu, penghuni syurga tidak terlalu tua, dan tidak terla...

Kenapa Rambut Gugur Begitu Banyak??

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Rambut. Kalau setiap kali disikat, akan gugur sampai sekilo tentu akan membuatkan fikiran kamu terganggu kan? Hancur luluh rasanya hati bila tengok rambut yang kita sayang dan kita jaga dengan penuh kasih sayang, akhirnya jatuh ke lantai secara beramai-ramai. Terutamanya bagi yang berambut panjang.... Tapi kenapa rambut selalu gugur banyak sangat ye? Menurut teori saya.... Rambut panjang lebih banyak gugur kalau rambut itu kusut. Biasa dengar tak orang kata, "Senang kalau berambut pendek ni. Senang nak jaga. Rambut pun kurang gugur". Memang betul pun pendapat tu. Bukannya sebab akar rambut pendek lebih kuat daripada akar rambut panjang. Tapi sebab, bila berambut pendek, perjalanan sikat semasa menyisir rambut kita tu lebih singkat. Tambahan pula, rambut pendek selalunya tak kusut. Bagi yang berambut panjang, sikat tu perlu melalui perjalanan yang lebih jauh dan berliku-liku [rambut kusut]. Jadi bila dah kusut tu, sisiran ra...

Mimpi Saya

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Selalu mimpi tak? Ermm, saya sangat-sangatlah seorang pemimpi. Tiap2 hari saya mimpi. Waktu tidur, saya mimpi, waktu berjaga saya kuat berangan. Berangan project perniagaan untung juta-juta, berangan kalau masuk syurga nak ada binatang kesayangan iaitu kucing bulu tebal warna putih dan bersaiz sebesar lembu, tapi manja gila serta tak berak dan tidak kencing merata-rata, juga boleh bercakap dan bulu tak melekat kat baju serta saya takyah bagi makan. Hahahah. Merepek aje kan... Mimpi ni menurut Ustazah Masyitah Zuhaila Ibrahim ada 3 kategori. Pertama, mimpi yang merupakan mainan syaitan. Memang banyak mainlah syaitan ni! Kalo manusia suka main bola. Takpun kanak-kanak suka main Lego. Tapi syaitan suka bermain dgn mimpi manusia. Contohnya kalo mimpi tah hapa-hapa, pegi menari terkinja-kinja kat disco kot. Jadi, kalo mimpi kategori pertama ni, abaikan je la. Pastu, kategori kedua pula mimpi kebaikan yang memberi petunjuk. Petunjuk tu pul...

Kaitan Hormon Dengan Memori

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Ye, saya tau ada masanya iaitu sebulan sekali, wanita akan mengalami gangguan emosi kerana perubahan paras hormon dalam badan. Cuma yang menjadikan saya tak faham, apa kena-mengenanya perubahan hormon tu dengan memori? Sebab, yang saya perasan.... Setiap kali tiba waktu 'gerhana bulan' tu, saya mula la teringat balik perkara-perkara sedih yang pernah terjadi dalam hidup saya. Pastu mula la saya menangis akan bercucuran air mata seperti sebatang sungai. Sampaikan kejadian anjing kena langgar depan Angkasapuri pun saya teringat pastu saya sedih sorang-sorang. Belum lagi kisah-kisah duka yang lain. Pening kan?? [Persoalan untuk wanita sahaja]. Hormon tu menyakat otak kita ke, supaya memori jadi bercelaru? Saya ada jugak Google kan persoalan "Hormones and Memory". Saya jumpa link yang berkaitan. Yang menjelaskan tentang kaitan antara hormon dan memori. Cuma, terlampau byk medical terms yang berkaitan antara satu sama lai...

Cheese

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Lepas makan spagetti dengan meletakkan setambun cheese kat atas tu, makan pulak Fish Pie yg kat atas tu juga ada setambun cheese, ketupat + sate goreng, lemang + rendang ayam bersama air tebu... Sekarang saya rasa jantung saya macam sedang bekerja keras nak pam darah saya yang dah bercampur dgn kolestrol yg banyak ni. Adehhhh.... Semput nafas... tolong! tolong!

Kisah Orang Itu, Kawannya Lim dan Islam

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Petikan cerita ini, diambil daripada blog The Reality Of Beautiful Life. Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandinga...

Pengumuman Penting Untuk Usahawan Internet

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saya tau ramai usahawan-usahawan di luar sana yang menjalankan perniagaan secara online dan memiliki web atau blog sendiri bagi mempromosikan produk mereka. Bagus. Tak ada masalah. Tapi bagi usahawan-usahawan internet semua, saya ingin mengingatkan bahawa....... jeng...jeng...jeng... jangan lupa untuk meletakkan no pendaftaran perniagaan atau no syarikat anda di web/blog masing-masing yer. Sesiapa yang belum daftar, sila la daftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia [SSM]. Sebab...... Nanti SSM akan membuat pemantauan perniagaan di internet dan akan memeriksa perniagaan itu didaftarkan atau tidak. Jadi... itu sahaja... Daaaaaa.....