Skip to main content

Plastik Ajaib

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Dulu bukan main syok lagi saya berbelanja, guna kad kredit. Kalo nak beli apa-apa, tapi takde duit, saya swipe je. Masa tu rasa mcm bahagia hidop. Sebab bleh beli apa-apa jua sesuka hati walaupun duit hanya ada secangkir cuma [pergh.. kuar plak lirik lagu kat sini...] . Haa... Tapi pekdahnya baru sekarang ni la terasa. Utang kad kredit tak abih2. Walaupon skrg saya dah langsung tak gunakan kad kredit dan hanya nak habiskan baki hutang yang tinggal....... Peritnya... Tanggung le sendiri. Serve you right Salida! Padan muka ko.

Ye la.. Dulu belum matang. Sebelum bertindak, bukannya fikir panjang sgt. Main ikut je trend yg ada waktu tu. Org lain guna kad kredit, saya pun takleh ketinggalan.

Tapi kalo cerita pasal hutang ni... sejak saya umo 18 thn lagi dah mula berhutang. Hutang belajar dengan MARA. Dah tu mcmn? Belum keja lagi dah berhutang. Bukannya sikit... Puluh-puluh ribu daaaa.... [Bukan semua orang mampu pegi belajar dgn saraan sepenuhnya daripada ibubapa.]. Bila dah keja, tambah lagi dengan hutang kereta. Hutang kad kredit. Pinjaman peribadi. [Buat apa dgn pinjaman peribadi? Owhh... Jawapannya...untuk membuat perkara-perkara peribadi la.]. Makin lama, makin banyak. Interest makin bertambah. Last-last skali.... bila saya kira-kirakan... jumlah hutang yang saya bayar tu... Lebih banyak daripada jumlah yang saya gunakan dulu. [Kecuali hutang MARA la.. Sebab takder interest]. Erm... Tu la,.. tak sabar lagi. Kemudian... Baru la saya sedar betapa ruginya saya. Dah la riba [Opppss...], hati plak tak tenang dan otak berserabut.... Sebab terasa mcm sedang menggalas batu yg besar di atas kepala, batu-batu besar di tangan kiri dan kanan, terikat lagi batu di kaki kiri dan kanan, dan juga batu terikat di pinggang. Lemas giler vavi.

Jadi, lepas ni, saya berazam nak selesaikan semua hutang-hutang yang ada.... Supaya semua beban-beban tu..... hilang. Vanish. Gunakan merah jambu. Lupakan yang lain.

Pelajarannya... jangan la berhutang. Tak kira la guna kad kredit atau personal loan. Agaknya, kalo bleh buat daily personal loan, saya rasa tentu ramai jugak yang akan buat loan tu untuk beli nasik tiap2 hari. Cuba belajar, untuk dapatkan sesuatu... kita mula kumpul duit, dan dah cukup duit, baru kita beli. Boleh gitu? Tapi tak sabar kan? Saya sedang nasihati diri saya saje ni. Tak sabar rasanya nak hidup tanpa hutang.

Nasihat akak bedah utk adik-adik/anak-anak.... jangan mula guna kad kredit. Nanti ketagih. Maklumlah... Masa muda, kita buat je apa yg kita suka kan? Tapi kena ingat... kesannya utk jangka masa panjang. Dan utk ibu-ibu, bapak-bapak.... siapa yang punya anak... bilang aku, aku yang sedang malu, sama teman-temanku... hehehe... iklan.. iklan... Semula ye.. Dan utk ibu-ibu, bapak-bapak.... Mula la kumpul duit belajar utk anak masing2, supaya bila dia dah besar nak sambung bajar nanti... takyah le terhegeh-hegeh nak buat loan belajar... Sian ke dia. Huhu... ok... Daaa...

Comments

  1. terima kasih ye cik salida atas pengalaman dan nasihat tu...

    harapnya ramailah yang akan ikut jejak langkah kamu...

    p/s : tang iklan tu yang tak bleh blah tuh... ;D

    ReplyDelete
  2. Ngeh...ngeh... TQ sbb baca dan komen. Sgt hargainya.

    ReplyDelete
  3. Alamakkk... Mak kamu ke. Err..aku tukar jadi, kak eton la. heheh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...