Skip to main content

Drama Chinta

Sejahteralah ke atas kamu....

Adegan 1 : Di atas katil. Chinta dan Osman Kabilah.
"Chinta tak peduli!! Chinta nak gugurkan kandungan ni. Chinta bencikan benih ni!!"
"Jangan Chinta.... Bayi tu tidak bersalah. Itu adalah anugerah Allah. Abg akan terima dia. Dan insyaAllah akan anggap dia seperti anak Abg sendiri"
Chinta terus menangis.....
Dan Osman Kabilah menyambung.... "Abg akan cuba mempercepatkan perkahwinan kita"....

Aku pun terus mcm... "Errkkk????? Jadi korang belum kawen??? Tapi duduk atas katil... citer pasal kebaikan....

_______________________________________

Adegan 2 : Di rumah Chinta. Chinta dengan seorang lelaki yang ditangkap basah bersamanya...
"Macamana kita boleh tertangkap? Mesti kau yang perangkap aku!! Dah 5 tahun aku tinggal di sini. Selama ini tak pernah aku tertangkap. Tetiba, dgn kau je, aku tertangkap"
"Aku takde buat apa-apa pun. Dah kau juga yang ckp... Dah 5 tahun ko tinggal di sini. Mungkin orang lain nampak apa yg ko buat selama ni. Dan mungkin tertangkap apabila bersama aku, kerana dah rezeki aku."

[Dialog kat atas ni bukan la the exact sentences yg dierang ckp. Tp maksud ayat tu lebih kurang macam tu la.]


Kepala hotak kau rezeki!!! Dah la kena tangkap basah, buat dosa, pastu bleh plak tak dpt beza antara dosa dengan rezeki. Grrrr.... Marahnya aku.... Drama Chinta ni, sekarang dimainkan di slot Akasia jam 6.30 ptg setiap Isnin hingga Khamis. Aku tengok, tp takla terpaku kat depan TV. Pasang TV sambil masak, atau sambil surfing internet. Pastu biler tgk pun, mesti ader aku rasa sakit hati dgn dialog, atau jalan citer tu. Tp yang penting, aku tgk jugak. Hahahah... Saje nak cari point untuk mengutuk dengan JekJan biler pegi ofis esoknyer. Buruk perangai. Ngeh2.

Drama-drama Melayu ni bukan semua teruk. Teruk tu bukan merujuk kepada pelakon, penerbit, atau pengarah. Tapi lebih kepada jalan cerita dan motif cerita tu. Bagi aku, drama atau cerita yang bagus... adalah cerita yang jalan ceritanya aku langsung takleh pertikaikan "kenapa dia tak buat macam ni, mcm tu, padahal ada je pilihan lain". Maksudnya, jln cerita tu bleh menimbulkan persoalan yang menunjukkan tak logik. Contoh mcm adegan kemalangan semasa hari perkahwinan Chinta dengan Amar. [Sila imagine utk mendapatkan point aku] Masa tu Amar di dalam kereta di seat belakang [dia duduk kat seblah tingkap belah kiri, iaitu di belakang penumpang seat depan.*Pemandu di belah kanan kan?]. Kereta tu park depan rumah, dan masa tu juga, ada sorang lagi pengawal peribadi Osman Kabilah dan isteri dia kat seat pemandu dan penumpang depan. Tetiba, datang la Fakri yang dengki sebab Chinta nak kawen dengan Amar, langgar kereta yang tgh parking tu. Dari belah kanan. Last2 skali... Fakri mati [ok...logik la... sebab dia drive maybe tak pakai seat belt]. Pastu si Amar pun mati. Sedangkan driver yg dok belah kanan tu tak mati. Pelik. Lagipun keta tu bukan bergerak pun. Boleh sgt kalo Amar nak kuar keta tu bila dah nampak ader keta lain nak langgar. Tah hapa2 ntah.

Lagi satu kan... Aku mmg nak menegur penulis2 script drama kat Malaysia ni. [Nak tegur org, ko ingat ko sape??? Hehehehe... Ni pendapat aku je sebagai penonton]. Jalan cerita yang menunjukkan 'tinggal serumah bukan muhrim', 'mengandung anak luar nikah', 'rogol', 'minum arak' dan lain-lain yang negatif tu... Tak payah dah la buat. Mmg niatnya baik. Untuk menimbulkan keinsafan dan beri pengajaran pada orang lain. Tapi berapa ramai yang akan mengambil pelajaran?? Kalau nak buat moralnya pengajaran, buat betul2. Jalan cerita tu biar la menakutkan orang. Dan membuatkan orang lain rasa mcm "kalau aku buat ni memang berdosa besar". Tapi aku tgk, drama Melayu, kalau pompuan tu mengandung/terlanjur, dia hanya bersedih sebab lelaki tu tak mau bertanggungjawab je. Tapi dia masih diterima paling tidak pon oleh seseorang yang berhati mulia dlm citer tu. Takde plak nak tunjukkan, kalau ko dah terlanjur.... Ko boleh kena sebat 100 kali, dgn lelaki yang ko terlanjur tu skali kena sebat.

Masalahnya sekarang...bile dlm drama, bila org tgk kesan kepada sesuatu perbuatan tu tidak begitu teruk.... Maka, orang itu [terutamanya remaja yang baru nak membesar] akan rasa mcm "oooo...biasa je kalau pregnant tanpa kawen ni. Paling teruk pon kena pulau oleh org kampung. Pastu kena halau dengan mak ayah. Takder la teruk pon. Bleh je lagi pegi kat kawan2 yang seangkatan dengan aku". Atau adegan tinggal serumah antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Kalau remaja yang masih cetek ilmu agamanya tengok.... Bukankah membuatkan dia rasa perkara tu adalah perkara normal, sedangkan itu memang 100% salah dan berdosa? Erm... Moden, moden gak sedara. Tapi moden tu biar la dari segi yang sepatutnya saje.

Kalau ikutkan... Ader panjang lagi yang aku nak berleter kat penulis2 script kat Malaysia ni. Tapi aku bosan nak taip. Heh... Bleh plak gitu.

Comments

  1. kaedah penyampaian mesej yg boleh menjerumuskan minda2 muda(minda yg masih memberontak inginkan kebebasan fana) ke dalam lembah kehinaan...para salute utk penulis2 skrip tmpatan dan jiran seberang laut yg cuba utk meracuni minda2 muda melalui mesej2 mereka...nilai komersial yg x membawa apa2 kebaikan..tp aku layan gak..drama kat cenel oasis laa...ehhe ehhe...*toink*...

    ReplyDelete
  2. wah..hebatnya lyd... boleh jadi pengkritik filem la lepas ni..hihiihih

    [apa yang ko tulis/suarakan tu mmg betul pun, byk tak logik kdg2 tue]

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...