Skip to main content

Hari Ni Emosi Aku Dah Normal

Sejahteralah ke atas kamu....


Sekejap je saya emosi. Tu pon bukan emosi pasal percintaan. Tapi stress pada benda yang sepatutnya takder kaitan pon dgn hidup saya yg ntah mcmn saya tak pasal2 terlibat. Haihhh... Benci betul. Nasib baik la saya masih ader Allah. Dan tak lupa juga Mr Storm. [Skrg ni nak panggil dia Storm je la. Panjang sgt nak taip 'Stormpong'. Lagipun, 'Storm' mcm cool skit. Hehehe. Poyos.]. Mr Storm yang selalu ada waktu saya sedih. Dan selalunya bisa membuat hati saya ceria kembali. :)

Saya paling suka warna biru. Sangat menawan. Pernah satu masa dulu, boleh dikatakan, kebanyakan barang-barang saya termasuk baju, baldi, gayung, sabun, berus gigi, beg, dan macam-macam la... mesti nak kaler biru. Tapi bila dah lama-lama, saya tetiba je tersedar yang saya tak sesuai dengan warna biru. Kombinasi pakaian warna biru dengan warna kulit saya, sungguh tak sesuai. Tenggelam seri wajah saya. Langsung tidak menyerlah jika saya berada di dalam warna biru.

Kemudian..... Saya secara tidak sengaja merasakan diri saya nampak berseri apabila memakai pakaian hijau.... Warna yang saya tidak benci, tetapi tidak pula suka. Hijau terpinggir daripada senarai warna kegemaran saya. Dan makin lama, saya dapati... warna hijau menyerlahkan keserian diri saya. Hijau membuatkan saya nampak segar. Dan yg penting... saya nampak cantik. [Cantik kewww? Owhh...Saya rasa je. Hahaha.]

Warna hijau yang selalunya saya tidak beri perhatian, rupa-rupanya sangat sesuai dengan saya. Jadi, kesimpulannya..... Walaupun kamu menyukai sesuatu... sedangkan boleh jadi ianya buruk untuk kamu. Dan mungkin kamu bencikan sesuatu sedangkan mungkin ianya baik untuk kamu.

Motifnya... Saya hanya nak cakap kepada Mr Storm.... Awk adalah warna hijau di dalam hidup saya. :). Tapi, saya tak penah la plak bencikan awk. Cuma dulu saya tak beri perhatian je. Hehehe. Peace...

Comments

  1. oh so sweet...(suka tak?) semoga bahagia

    ReplyDelete
  2. dulu tak perasan. skang bermain perasaan pulak kot... auwwwwwwwwww... tak sangka ya..

    ReplyDelete
  3. Yuna : Storm tu Storm Rider.
    Kakak Chomel : Suke..suke..suke..
    Yus : Biasa la.. manusia. Mesti bermain perasaan skali skala.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Doktor Lelaki dan Aurat Wanita

Sejahteralah ke atas kamu... Saya kerap terfikir, kenapa..... di negara kita ni, tiada penguatkuasaan untuk menempatkan/melantik hanya doktor wanita sahaja di bahagian O & G [ Obstetrics and gynaecology , surgical specialties dealing with the female reproductive organs]. Maksud saya di sini untuk hospital kerajaan. Sapa yang kurang faham, lebih specific saya bagitau, bahagian bersalin di hospital kerajaan.Di hospital swasta tak payah cerita la kan. Pesakit boleh request doktor wanita atau doktor lelaki masa nak bersalin. Orang yang mampu, boleh request doktor yang mereka mahukan. Tapi bagi yang tidak mampu? Graduan perubatan wanita kan ramai. Kenapa tak tempatkan graduan yang ramai itu di bahagian sakit puan? Adakah sebab wanita kurang mahir dengan reproductive organs kaum mereka sendiri? Atau wanita cepat panik untuk sambut wanita lain bersalin? Okayla... Nampak macam saya ni suka mempertikaikan apa yang sudah ditentukan. Negara kita ni katanya negara Islam. Perkara begi...