Skip to main content

Cik Gigi Oh Cik Gigi....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini......

Walaupun wanita-wanita di seluruh dunia ini merasakan Brad Pitt yg paling kacak, tapi bagi saya, Keanu Reeves lah yang paling kacak. [baru je abih tgk The Curious Case Of Benjamin Butang - artistic betul citer ni]...

Sejak skolah menengah lagi saya admiring Keanu Reeves ni. Pada suatu hari, sewaktu saya menunggu keputusan SPM diumumkan, saya terbaca satu artikel di akhbar yang menceritakan tentang kepentingan menjaga gigi. Penulis artikel tu telah menceritakan bahawa sejak kecil, beliau sudah diasuh oleh orang tua beliau utk menjaga gigi dgn sempurna. Penulis ni, adalah peminat setia Keanu Reeves, tapi beliau ceritakan di dalam artikel tersebut, bahawa minat beliau terhadap Keanu Reeves luntur apabila beliau melihat satu adegan lakonan Keanu Reeves yang merakamkan gambar Keanu Reeves dari jarak dekat lalu ternampaklah gigi-gigi Abg Keanu saya tu dengan jelas. Menurut penulis artikel itu, "gigi Keanu Reeves tak cantik".


Saya rasa sungguh tidak berpuas hati dengan pendapat penulis tu. Ye, betul.. itu hanyalah pendapat peribadi beliau. Tapi.... erm... ntah la.. Bengang pon ada kot. Gigi ni ada beza sama ada dia tak cantik sebab masalah tak sama, gigi berlapis, bertaring atau jarang DENGAN tak cantik sebab tak gosok gigi, tak jaga gigi, gigi berkarat atau penuh taik gigi. Ada beza kan? Bukan semua orang yang bergigi berlapis tu, tak jaga gigi. Dan bukan semua orang yang ada gigi sama rata tu jaga gigi dengan baik kan? Kesalahan Keanu Reeves hanyalah sebab gigi beliau ader yang kecik, ader yang besar, then tak sekata. Tapi bersih. So, saya tak faham apsal penulis tu sampai tak jadi nak minat Keanu Reeves semata-mata sebab gigi... Dia belum tgk gigi aku lagi. Hahahah... Kalo tgk, kot-kot bleh koma.

Gigi saya memang tak sama. Berlapis. Bertaring. Gigi depan no 1 dan no 2, adalah gigi kapak, mcm rabbit. Gigi ke3 dan ke4 plak termasuk ke belakang. Dan gigi ke5 dan ke6 plak adalah gigi taring. Tapi tiap2 hari saya floss gigi dan kumur dgn Listerine tau... [walaupun dah 2 tahun tak jumpa dentist. Wakakakaka]. Jadi apa masalahnya kalo saya dianugerahkan gigi yang tak sama? Dah kalo mulut saya kecik, tp gigi byk. Nak buat canner kan? ~ Emosi plak pasal gigi. Takperrr.... nanti saya nak pakai braces. Bior gigi saya sama.

Ok... Apa yang cuba saya nak sampaikan kat sini... Gigi yang berterabur.... belum tentu tak bersih. [Habit saya sebenarnya... biler bercakap dgn org... saya suka perhatikan gigi mereka. Haaa... Abih le korang... aku skodeng gigi korang senyap2... heheheh *sambil senyum dan urut dagu dengan mata yang mencurigakan.]

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...