Skip to main content

Kaitan Hormon Dengan Memori


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Ye, saya tau ada masanya iaitu sebulan sekali, wanita akan mengalami gangguan emosi kerana perubahan paras hormon dalam badan.

Cuma yang menjadikan saya tak faham, apa kena-mengenanya perubahan hormon tu dengan memori? Sebab, yang saya perasan.... Setiap kali tiba waktu 'gerhana bulan' tu, saya mula la teringat balik perkara-perkara sedih yang pernah terjadi dalam hidup saya. Pastu mula la saya menangis akan bercucuran air mata seperti sebatang sungai. Sampaikan kejadian anjing kena langgar depan Angkasapuri pun saya teringat pastu saya sedih sorang-sorang. Belum lagi kisah-kisah duka yang lain. Pening kan?? [Persoalan untuk wanita sahaja]. Hormon tu menyakat otak kita ke, supaya memori jadi bercelaru?

Saya ada jugak Google kan persoalan "Hormones and Memory". Saya jumpa link yang berkaitan. Yang menjelaskan tentang kaitan antara hormon dan memori. Cuma, terlampau byk medical terms yang berkaitan antara satu sama lain, sampaikan last skali, saya sendiri pening. Tapi kesimpulannya mmg ada kaitan lah... Bila 'gerhana bulan', ada hormon dihasilkan, dan hormon tu menyebabkan stress... Biler stress, ada hormon lain yg terhasil dari bahagian badan yg lain untuk melawan stress tu, dan hormon tu akan memberi efek kepada hippocampus [iaitu pusat memori kita yg letaknya di otak]. Lebih kurang la penjelasannya mengikut kefahaman saya. Nama-nama hormon tu mcm2 la. Estrogen la, cortisol la, prostesterone la...

Sbb hormon-hormon ke jadah ni jugak la yg menyebabkan kita jadi makin pelupa bila dah makin tua. Sbb pengeluaran hormon2 ni semakin berkurangan. Alaa.. Lebih kurang la. Penjelasan saya yg tak berapa skolah ni, akan jadi lebih lengkap kalau saya seorang doktor sakit puan. Kehkeh... Jadi, kesimpulannya, mmg time datang bulan, mood perempuan akan berubah dan memori dia pun akan efek skali. Iaitu memori lama akan bermain semula di fikiran.

Untuk lelaki, kalau penah buat salah dgn pompuan kena jaga baik-baik la... Sebab mungkin memori yg dah lama tu akan terungkit semula walaupun perkara tu dah selesai beratus-ratus kali[setiap kali dia period]. MUehehe...

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Doktor Lelaki dan Aurat Wanita

Sejahteralah ke atas kamu... Saya kerap terfikir, kenapa..... di negara kita ni, tiada penguatkuasaan untuk menempatkan/melantik hanya doktor wanita sahaja di bahagian O & G [ Obstetrics and gynaecology , surgical specialties dealing with the female reproductive organs]. Maksud saya di sini untuk hospital kerajaan. Sapa yang kurang faham, lebih specific saya bagitau, bahagian bersalin di hospital kerajaan.Di hospital swasta tak payah cerita la kan. Pesakit boleh request doktor wanita atau doktor lelaki masa nak bersalin. Orang yang mampu, boleh request doktor yang mereka mahukan. Tapi bagi yang tidak mampu? Graduan perubatan wanita kan ramai. Kenapa tak tempatkan graduan yang ramai itu di bahagian sakit puan? Adakah sebab wanita kurang mahir dengan reproductive organs kaum mereka sendiri? Atau wanita cepat panik untuk sambut wanita lain bersalin? Okayla... Nampak macam saya ni suka mempertikaikan apa yang sudah ditentukan. Negara kita ni katanya negara Islam. Perkara begi...