Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

2010 Yang Bla.. Bla... Blew..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... 2010 adalah tahun yang terbaik bagi seumur hidup saya setakat ini... Walaupun pada awal-awal tahun tu saya mengalami saat-saat yang sukar. Sukar sangat. Bila dikenang akan kesukaran tersebut, hati terasa sangat pedih. Tapi bermula bulan Februari, Mac, April dan seterusnya.. Sehingga la ke Disember, kehidupan saya sangat-sangat baik pada tahun 2010 ini... Terbaik boleh dikatakan begitu. Kenapa? Kerana pada tahun 2010 ini, saya telah menemui semula jati diri saya yang telah saya hilangkan pada tahun sebelum-sebelum ini... Hubungan sesama manusia juga telah saya perbaiki, dan semakin baik kini. Dan harapan saya semoga segalanya akan semakin baik bagi masa-masa akan datang. Saya juga telah menemui tujuan hidup saya, maka saya lebih fokus untuk ke arah itu sahaja. Tujuan hidup saya adalah... Untuk menuju hari akhirat. Dunia ini hanya jambatan utk ke akhirat. Begitu juga dengan sifat dalaman saya. Saya tak tau sama ada benar atau tidak, t

Takde Tajuk

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... 10.24pm. Tadi saya dah tido. Sbb saya sakit perut. Pastu saya bermimpi saya nak pegi satu tempat, erm.. macam ke belah utara. Dan saya tumpang keta OrgKgBaru dan suami beliau. Mat Aatif pun ader jugak. Mak abah saya pun ada jugak tumpang keta tu. Pastu, masa singgah kat satu perhentian mcm pump station... Saya beli jeruk. Pastu masa terkelam kabut nak teruskan perjalanan, masa nak naik keta tu... Saya tak sengaja tertumpahkan kuah jeruk tu, pastu terkena kaki suar suami OrgKgBaru. Huh... OrgKgBaru beriya marah saya. Saya takut giler. Beliau kata "Suar husband aku ni kalo kena bacteria sikit pun tak boleh... inikan plak kuah jeruk!!". Pastu oleh sebab saya segan dan rasa bersalah... Saya tak tumpang beliau la.. Saya dgn mak abah saya turun. Then tempat tu tetiba jadi mcm FunFair... Ada 'merry-go-round'.. *sesape yg tak tau, Merry Go Round tu kerusi yang berpusing tu, contoh mcm kuda berpusing2. Tapi ni bukan kuda t

Mat Rempit..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Bila saya drive, saya selalu rasa takut dgn penunggang2 motorsikal. Tu la.. Saper suruh jenayah ragut tu kebanyakannya dilakukan oleh perompak yang menunggang motosikal? Bila dengar mcm ader bunyi moto nak lalu kat tepi keta saya, saya otometik akan curiga. Terasa mcm mereka nak rompak saya. Huhu.. Padahal ramai giler kawan2 saya merempit dgn moto. Mr Storm pun mat rempit jugak kadang-kadang. Dan mat rempit yang paling tegar sudah semestinya abah saya... Saya paling takleh lupa bila member saya cakap, "Salida, aku nampak ayah ko ari tu, naik moto 3 org."... Hahahahaha... Sabar je la. 3 org tu, abah saya yang bawak moto, 2 org kawan beliau [Pakcik Man dan Pakcik Mat],bonceng kat belakang. Ada beberapa pengalaman saya dgn mat rempit ni... [Sila baca, mat rempit = penunggang motosikal].. Kisah 1 : Masa kereta saya buat onar kt tgh-tgh trafik light Jln Bangsar... Waktu itu... Kereta saya dah terus tak boleh gerak, sebab bate

Penyembuh Atau Pe'tidak'nyembuh?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Sekarang musim hujan. Ramai yang tak sihat. Demam. Selsema. Batuk. Termasuk la saya. Kalau pegi klinik.... Doktor akan balik-balik bagi Paracetamol dan antibiotik. Bosan lah nak makan ubat. Tak suka makan ubat tu bukan sebab rasanya yang tak berapa nak sedap tu. Tapi..... haihhh.. Ntah le. Mind setting saya terasa mcm ubat tu adalah racun. Hehehe. Kampung betul. Satu masa dulu, saya suka ambil supplement [vitamin tambahan]. Ntah macam-macam jenis la saya makan. Vitamin C , B Complex, Calcium, Trace Mineral, Vitex, EPO dan macam-macam lagi la. Kononnya utk memelihara kesihatan dengan lebih baik. Lagipun, bila makan supplement... Terasa seperti diriku ini manusia moden yang intelektual. Memang la mereka[pengeluar] kata supplement yang mereka hasilkan diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Dari buah oren la, biji anggur la, herba lingzhi, ginseng, apa jadah semua kan. Tapi... supplement tu akhirnya dipersembahkan dalam bentuk pil,

I.D.E.A

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Jam : 1.33am Kalo Mr Storm tau saya masih berjaga selewat ini sekarang, mesti saya kena nasihat dengan nada tegas oleh beliau. Huhu. Dan kalau pagi esok saya susah nak bangun tido, mesti saya tak sempat nak masak untuk bawak bekal, then saya lambat sampai ofis. Pastu bila JekJan tanya kenapa lambat, bleh la saya salahkan jiran saya yang park keta dia blocking keta saya. Kehkeh. Blog saya sejak kebelakangan ni seolah-olah terbiar. Ntah la kenapa. Saya nak post a new entry, tapi takde idea. Dah puas perah otak sekali dgn tempurung kepala utk kuarkan idea.. tapi tak juga kuar. Agaknya sebab saya bahagia, ilham pun terus tak keluar. Ooppss... Sebelum ni, yang bila saya post entry banyak2 tu, bukan sebab tak bahagia. Bahagia jugak. Cuma sekarang lagi bahagia. Erm.. MamaJue dgn OrgKgBaru mesti tumpang gembira bile dgr saya bahagia kan? Sebab dulu time saya sedih, mereka berdua le yg mengadap muka saya. Hehehe. Ok.. Tu je la. Lain kali l

Saya Dan Mr Storm

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Join giveaway Petak Bunga . Aku tahu aku jatuh cinta bila aku rasa selesa berdampingan dengan orang tu.  Hek eleh,.... Kecoh nak bitau semua org pasal kisah percintaan sendiri... Takpe.. takpe.. Relax... Nak citer jugak. Saya dan Mr Storm sama skolah menengah. Kami sebaya. Namun tak pernah berkawan pun masa skolah dulu. Tapi saya tau dia tinggal kat mana dan dia anak sapa. Dan saya rasa, dia pun tau saya tinggal kat mana dan anak siapa. Sebab kami berasal dari DUN yang sama. Masa sekolah dulu, saya tinggal di asrama. Mr Storm pun, kalo tak silap saya... tinggal di asrama. Dan dia ada adik pompuan. Nama Ina. Pun tinggal di asrama. Cuma saya dah tak ingat Ina ni sebilik dgn saya atau tak. Tapi saya berkawan la dgn Ina tu. Ina muda 2 tahun daripada saya. Waktu skolah menengah tu, Mr Storm hensem. Mungkin waktu tu dia budak2 lagi, so jambu la kan. Hehehe. Saya siap beli gmbr waktu Hari Sukan yang ader muka Mr Storm secara

Gubahan Hantaran Bertunang - Tuala/Towel

Sejahteralah ke atas kamu yang membawa blog ini... Kita bertemu lagi dalam entry yang tak menarik ini... Tapi kali ni, malas nak cerita detail-detail sangat. Cukup le dgn gambar dan penerangan ringkas. Gubahan Hantaran Pertunangan - Tuala atau towel Motif : Buah-buahan. Tapi tak tau buah mende. Hahahha. Sbb kaler dah le kelabu kan? Pastu ada putet plak kat atas tu. Kalau nak buat bentuk bulat2 tu, gumpalkan surat kabar. Buat le saiz yg berbeza-beza skit. Baru la seni. Tapi saiz tu jgn la jauh beza sgt. Kemudian ikat guna benang atau getah gelang. Kemudian hiaslah dengan daun2 atau apa-apa bahan tambahan yang lain. Bahagian bawah tuala yang tak diikat jadi bulat tu, lipat masuk ke bawah. Kira mcm pandai2 le cover. Dan daun-daun tu membantu untuk cover bahagian bawah tuala yang berserabut tu. Gubahan Hantaran Bertunang - Bakul Buah-buahan Bakul buah-buahan ni, kat bawah tu, lapik dgn kain organza. Kalau bakul tu besar sgt, dan buah tak cukup, kat bawah tu bleh letak kert

Sebab Tu La Aku Malas!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Semalam saya pegi Seminar ICT Personnel di JPA Cyberjaya. Huuu, nyaris dah nak menangis sebab kena pegi sorang-sorang ke tempat yg tak penah pegi. Ok.. Saya mengaku saya belum penah pegi Cyberjaya. So what? Heheh. Tapi nasib baik la ada orang yang sudi nak tolong hantarkan. Siapa lagi. Mr Storm la. Tapi bukan nak cerita pasal beliau pun kali ni... Waktu saya pegi tu, peserta-peserta kursus yg hadir, ada dalam lebih kurang 150 org. Kira mcm ramai la. Semua ICT Personnel dari jabatan-jabatan kerajaan. Dah tu, kenapa saya terlibat? SSM bukan kerajaan.. Huhu... Tapi takde hal punye. Alang-alang dah berjaya sampai ke situ, just go with the flow je la kan? Saya pun amik tempat lajur yang di tgh-tgh, barisan kedua dari depan. Huh... Bersemangat kesukanan membara betul. Then mulalah susah nak tidur. Sebab betul2 duduk depan penceramah, sebab seat barisan pertama semua kosong. Cheh.. Bingai. Saya ada la juga bersalam-salaman dgn peserta-pese

Forgive But Not Forget!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Penah dgr tak ayat yg saya jadikan tajuk entry ni? Kalo tak penah dengar pun tidak mengapa. Maksud ayat tu ialah... "Memaafkan tetapi bukan melupakan". Sesuai digunakan jika ada seseorang yang melukakan hati atau buat salah pada kita. Mungkin kita boleh memaafkan dia... Tetapi... Takkan sekali-kali dapat melupakan apa yang dia lakukan tu. Saya ni seorang yang cepat lupa pertelingkahan dengan orang lain. Biasanya saya tak simpan dalam hati pun jika hati saya terluka. Bak kata big boss saya "learn how to let go". Saya simpan di dalam hati dan praktikkan apa yang beliau pesan itu. Tapi..... Walaupun saya cepat melupakan... ada juga beberapa peristiwa yang berlaku kepada saya... yang saya rasa saya dianiaya, atau disakiti... Yang tidak akan dapat saya lupakan seumur hidup. Saya telahpun memaafkan mereka yg terlibat. Tetapi... saya takkan dpt lupakan apa yang mereka lakukan kepada saya. Sebenarnya hanya ada 2 orang j

Berlinangan Airmata Sebentar.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Semalam saya pegi jalan-jalan shopping dengan CikAtul selepas dah 6 thn tak shopping sama-sama dgn beliau [propa la tu 6 thn.] . Maklumlah.. Beliau bz bershopping dgn tunang je. Dan saya pon selalunya banyak je program time-time weekends. Jadi, semalam kami ada la jugak masa utk spend together sebelum kami kawen. Huhu.. Nnt mesti dah takde peluang dah nak gedik2 dgn girlfriend. Sbb nnt masing-masing dah ader suami, mesti tergedik dgn suami je. Kehkeh. [CikAtul mesti rasa tak best jalan dgn aku dah skrg, sbb takde org nak tolong bawakkan barang-barang beliau, disamping takleh manja-manja mcm dgn tunang. Huhu.. ]. Ok..Sebenarnya saya nak citer pasal perfume. Saya suka perfume. Tapi bukan semua jenis saya suka. Saya tak boleh tahan dgn perfume yg baunya mcm terselaput. Mcmn nak jelaskan bau yang terselaput tu ye. Istilah tu saya sendiri yang bagi. Kekeke. Perfume saya baunya fresh. Dan fruity. Contoh perfume yang baunya 'terselaput

My Nieces and Nephews.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Saya ni bukanlah seorang maksu yang mithali. Tapi kadang-kadang saya rajin la juga layan bersembang dgn anak-anak buah saya yang very the tak sikit tu. Baru-baru ni, masa pegi umah Kak Teh saya, saya dengar anak-anak buah saya bersembang sesama sendiri. 'Aaina [9 thn] dan Siti Sarah [10 thn]. Mula-mula 'Aaina ckp "Ader ustaz tu bagi ceramah, pastu ustaz tu kata.. bahaya kalo minum Milo, sbb dalam Milo tu ader cacing. Ustaz tu kata, sardin pun bahaya gak. Sbb org tu letak katak dalam sardin. Ngarut je ustaz tu." [Pandai plak si 'Aaina ni menilai berita fasik. Heheh. Kalo maksu dia ni dulu, main percaya je kalo dpt informasi mcm tu.] Then Siti Sarah pun sambung.... "Ha.. ah la.. Ustaz aku pon penah cakap... kalo minum air sirap pun kena berhati-hati. Sebab dalam sirap tu, kadang-kadang ada semut api"... Saya? Erm.. Blur. Siti Sarah ni mmg kelakar + unik + misteri. Saya ingatkan ader gosip pasal dlm si

Bubble Tea

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Ini adalah bubble tea. Yang dibelanja oleh Ustazah Alia sempena pertunangan saya. Heheh. Gigi atuk ni bersinar sangatlah! Perisa coklat. Rasa mcm air milo. Tapi ader makhluk bulat-bulat di dalamnya. Sedap dan menghiburkan. Sbb bleh kunyah2 makhluk yang bulat-bulat kenyal itewww.... Makhluk yg bulat-bulat ni rasanya mcm tepung pulut yg digentel kecik-kecik... Tapi versi yg kurang air. Ahh.. What ever la. Hahaha.

Emosi Dan Tuala Wanita

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kelakar je saya rasa bila tengok iklan tuala wanita, yang motifnya berkenaan dengan 'memulihkan emosi wanita'. Ada beberapa jenama yang saya tengok. Yang pertama, menawarkan bentuk tuala wanita, melengkung di hadapan, lebar di tengah dan berbelah di belakang.... Dan yang kedua menawarkan corak berwarna-warni yang ceria, dengan harapan.... mood wanita yang datang bulan tu boleh berubah dgn keadaan tuala wanita yang ditawarkan mereka. Hahaha... Kelakar la... Sebagai pompuan, kamu sendiri tau emosi kamu sewaktu period memang ajaib. Tak ada apa pun yang dapat membantu memulihkannya betul tak? Walau orang yang paling kamu sayangi pun belum tentu dapat meredakan emosi kamu. Kadang-kadang siap kena marah lagi. Kalau tak kena marah pun, paling best pun kena buat tak tau je la dgn kita. Dah tu, org yang paling disayangi pun kena marah, ada apa la dengan tuala wanita. Buat le corak apa pun pada tuala wanita tu, kalau dah namanya emos

Blogger World

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kadang-kadang bloggers ni agak chumel jugak. Sebab ada beberapa 'signature habits' bloggers yang saya perasan selalu dilakukan oleh bloggers. [Termasuk la saya. Lalalala. Cuma bezanya, saya tak chumel. Saya jelita. Owhh... Pleasee... Jgn muntah.] Signature 1 : I'm So Sorry. ~ Bila dah lama tak update blog, bloggers suka mintak maaf dgn followers. Then mereka akan beri 16 juta alasan kenapa tak update blog. Kucing saya masuk spital la. Line Celcom saya masuk air la. Cikgu skolah saya bagi byk sgt homework, bla..bla..bla.. Tak dinafikan, ramai bloggers yang ramai followers. Mesti followers mereka sangat terasa seperti kehilangan sesuatu di dlm hidup kalo blog feveret mereka tu tak update kan? Kan? Tapi saya sebagai follower kepada blog lain, serius, saya tak rasa apa-apa pun kalo blog yg saya followed tu tak updated. Sbb saya mcm ader a thousand lagi blog lain utk dibaca. Signature 2 : I'm Blogwalker.... This blog is

Gubahan Hantaran Bertunang - Kain Pelikat

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Last entry tentang gubahan hantaran bertunang, saya ada selitkan satu gambar gubahan kain pelikat tapi saya tak ceritakan pun cara-cara nak buat kan? Sorry, sebab masa tu dah letih gila nak sambung cerita teknik menggubahnya. Sekarang saya nak kongsikan, cara nak gubah hantaran kain pelikat yg saya buat tu. Mula-mula, bahan-bahannya kena la cukup. Macam biasa; Gabus utk alas. Gunting. Benang. Jarum peniti. Kad board [jangan guna cupboard plak. Keras. Hahaha]. Kadboard ni kertas keras. Mcm kertas kotak tu. Senang citer, memang kertas kotak la. Kain pelikat. Rantai bentuk bunge2 yg berwarna ikut suka. [Bahan ni pon optional. Kalo nak letak, bleh je letak]. Cara-caranya : 1. Gabus mesti la dah siap balut dan letak renda yer. 2. Kadbod, gunting bentuk oval [bujur] utk dijadikan kelopak bunga sebanyak 8 keping. Kemudian, tekan-tekan kan kadbod yg digunting supaya bentuknya menjadi boleh lentur. 3. Mula balut kadbod dari tengah2 kain pe

Merajuk

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Dulu saya memang suka merajuk. Ntah apa ke benda ntah tetiba merajuk. Kalo semut masuk dalam air minum saya pon saya merajuk. Merajuk dengan semut. Sampaikan boyfriend saya pada waktu tu selalu cakap macam ni pada saya [dengan slang Sabah] “Lyd ni... Sikit-sikit mo merajuk... Sikit-sikit mo merajuk. Bosanlah!”. Tapi masa tu bukan saya kisah pon kalo dia bosan. Asalkan saya dapat merajuk. Perasaannya biler merajuk tu, terasa mcm diva. Konon-konon mcm disayangi, dimanjai diberi perhatian yg lebih khusus. Bengong betul kan? Ada suatu hari tu... Saya baca 1 majalah. Dalam majalah tu ada ruangan ‘Rahsia Kejayaan Rumahtangga’. Biasanya mereka akan interview satu pasangan yang dah lama kawen dan berjaya mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka. Pasangan yang kisahnya dipaparkan dalam ruangan itu ialah pasangan bukan melayu. Tapi saya dah lupa siapa. Rasa mcm org terkenal juga la. Si isteri berkongsi tips kebahagiaan rumahtangga beliau, d

Gubahan Hantaran Bertunang

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Ok... Fine. Nak cerita pasal tunang lagi. Hahahah... Nampaknya cerita tentang bertunang ni hanya akan habis, bila saya kawen nanti je. Sbb lepas kawen, akan citer pasal kawen plak. :p. Majlis pertunangan saya ari tu, bleh dikatakan mcm 'all of sudden' juga. Sbb mula-mula plan nak merisik je. Pastu ntah mcmn ader minah gedik sorang tu [aku la tu kot, hahaha] nak buat majlis bertunang terus. Err... Dalam masa 2 minggu je dari tarikh bertunang yg saya ada untuk buat preparation. Tapi oleh sebab saya ni seorang yang 'cool' menurut kata Mr Storm [suka beli jiwa saya], so saya relax je walaupun masa dah suntuk. Ok.. Saya tipu. Saya tak relax langsung. Rasa mcm menggelupur gak sebenarnya. Tanya OrgKgBaru, tanya JekJan pasal mcm2. Hantaran le, baju ler. Nak pinjam baju bertunang OrgKgBaru dah tentu la tak muat kan.. Memandangkan saya ni dari baka yg lebih besar dr beliau. Pasal hantaran saya mmg betul2 takde experience sb

What A Jodoh-jodoh? Part 1

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Tentang jodoh ni susah nak cerita. Kronologi jodoh bagi setiap insan kat dunia ni, berbeza. Ada org yg jodohnya cepat, ada yang lambat dan ada juga yang tak sampai-sampai sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Ada yang melalui jalan yang sukar utk bertemu jodoh tapi ada juga yang senang je. Bila? Kenapa? Dan bagaimana? Semuanya adalah persoalan tentang jodoh yang bukan di dalam bidang kuasa kita utk menjawabnya. Tak dinafikan, orang yang semakin meningkat usianya, akan risau kalau jodohnya belum muncul. Terutamanya kaum wanita. "Org-org pompuan ni, bila masuk je umor 25 thn, dah mula la panas punggung kalo masih belum berpunya". Itu la diantara kata-kata Mr Storm yang saya ingat semasa pertama kali saya bertemu dgn beliau di gerai nasi lemak Perindu. Waktu itu, fikiran saya sangat tidak keruan kerana baru putus cinta dgn seseorang[not really 'cinta' la actually]. Tetapi saya bersetuju dengan kata-kata itu,

Cuma Tak Faham

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Yang saya tak faham tentang majlis perkahwinan....... 1. Lagu - Kalo ada live band kat majlis tu, lagu 'Bosanova' memang tak-penah-tak-ada. Mesti ada punyer. Tak kira ler kat KL ke, kat Kuantan ke. Balik-balik lagu tu. Balik-balik lagu tu. Serius saya rasa nak muntah dgr lagu tu. Nyanyi le lagu2 yg up to date sket. Lagu Yuna ke. Lagu Tilu ke. Mcmn le industri music tempatan nak maju?? *Chey... macam le aku ni menyokong sgt industri muzik tanahair. Padahal selama ni donlod kat internet je semua lagu. 2. Hantaran - Tak faham kenapa mesti nak kena bagi daun sirih masa bertunang atau kahwin. Ye saya tau itu adalah adat.... Maksud saya, saya tak faham, kenapa org yg mencipta adat tu memilih daun sirih, instead of daun2 lain yg ada kat atas muka bumi ni? Bak kata Mr Storm, kenapa tak bagi daun pucuk ubi ke, daun sawi ke. Daun-daun tu bleh dimakan gak apa.... Kot2 zaman dulu, daun sirih tu adalah daun yg termahal dan menjadi jajan

Homemade Chocolate?

Sejahteralah ke atas kamu yang membawa blog ini.... Trend sekarang ni, adalah 'homemade chocolate'. Saya terfikir... Betul ke coklat tu adalah hasil yg dibuat sendiri di rumah? Betul2 homemade ke? Atau lebih sesuai dipanggil home-processed? Sbb kalo macam homemade muffin la contohnya... Mesti la... kita beli bahan-bahan mentah.. Tepung, gula, butter, bla, bla, bla... kita sukat... ayak tepung, campur semua, adun dan bakar kemudian... tadaaaa.... jadilah muffin. Yang dibuat di rumah. Kalau beli instant flour utk buat muffin, dah takleh la nak kata homemade. Dah jadi homebaked. Tapi homemade coklat tu... mmg dibuat dari peringkat asas ke? Guna serbuk koko... masukkan gula berapa banyak, susu, butter, perisa? Atau... hanya cairkan coklat chips yg dibeli di kedai, kemudian masukkan dalam acuan yg berbagai bentuk? Hahahaha... Itu pon nak query kan? Lantak je la nak panggil apa pon ye tak? Yang penting, coklat ni ader 6 jenis.. [Sila rujuk Wikipedia, Types Of Chocolates (Jenis-je

Terbakar Hati Siapa Yang Tahu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Bila berhadapan dgn situasi yang... err.. let say ; tegang atau menyakitkan hati... Kita akan ada 2 pilihan. Sama ada utk 1] marah atau, 2]tidak merasa marah. Dan jika kita telah memilih untuk marah, kita masih lagi ada 2 pilihan iaitu 1] untuk menunjukkan kemarahan, atau 2] pendam sahaja kemarahan itu. Abg Di saya kata; "Kita masih boleh memilih untuk tidak marah". Setiap pilihan yg kita pilih tu, akan ada kesan yg berlainan dalam hidup kita juga org-org sekeliling. Sama juga jika ada perselisihan faham. Kita bengang dgn seseorang. Dan kita rasa dia yg bersalah dgn kita. Dia pula merasakan bahawa kitalah yang bersalah terlebih dahulu. Kemudian... Sama ada kita ataupun dia... sama-sama memilih jalan untuk... Tidak bertegur sapa. Terus bermusuh. Masing-masing, menunggu pihak yg sebelah lagi utk mengalah. Akhirnya, masalah yg kecil, menjadi besar dan berpanjangan. Tidakkah rugi jika begitu? Bila berselisih faham atau pendapa

Perkahwinan Impian Saya

Hahaha... Mesti korang rasa cam nak muntah bila saya citer pasal bab-bab kawen, bab-bab geli2 dan jiwang2 kan? Kwn2 saya dah mula meng'sniff' adakah saya ni dah diambang perkahwinan? Hahaha... Blum lagi ye kengkawan. Saya sendiri blum tahu bila. Ok.. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Sebenarnya sejak lama dulu, biler tgk orang lain kawen, saya tak ada plak terbayang perkahwinan impian saya seperti apa. Takde pon teringin nak buat pelamin mcmn. Garden wedding ke. Nak guna bunga apa. Baju berapa pasang. Karpet bulu apa. Nak kad kawen bentuk atau corak cane. Semua saya tak fikir.... Cuma yang pasti.... Saya hanya nak majlis perkahwinan saya tu dibuat di dewan kat kampung saya. Alasannya, sbb saya takmo mak saya stress bile ramai org di rumah. Takut sakit beliau datang menyerang dan tak ada tempat yang tenang utk beliau berehat. Bukan nya bermakna, beliau tak suka org dtg rumah. Beliau mmg suka sgt kalo org dtg rumah. Saya pun suka. Cuma takut biler beliau sakit,

Hidop Penuh Musibah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saya penah tanya Mr Storm tentang sesuatu. Tentang kenapa beliau lakukan sesuatu yang agak berisiko. Jawapan beliau "Sebab saya suka take risks.". Masa tu saya fikir, "Mak aihhh... Saiko nyer dia ni.". Kita kalo bleh, nak jauh2 dari risiko. Kalo bleh, nak semuanya berjalan lancar dan ikut plan... Tapi beliau plak bleh suka risiko. Dah sah saiko. Namun... biler dah lama-lama berkwn dgn beliau.. Kemudian dah faham perangai beliau, [wp takde le faham mana. Tapi skit2 tu bleh le.] saya dah mula rasa mcm take risks ni seronok juga. Mcm hidup penuh cabaran. Ada rasa nervous. Rasa tertanya-tanya apa akan jadi. Berjaya ke tak berjaya. Walaupun stress, tapi seronok. Jangan salah faham. Bukan bermakna, saya suka masalah dan sengaja suka nak cari masalah. Siapa suka masalah kan? Maksud saya... Saya suka risiko utk susah demi mendapatkan sesuatu. Contohnya... Saya sanggup bersusah tak beli coklat Beryl's demi utk berjim

Exam!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kalau di sekolah atau universiti dulu, bila dengar sahaja ada exam .... semua orang ketar gigi nak study . Dapat je tarikh exam... Mula la pulun study bagai nak gila. Study last minute la yang paling sakai. Teknik belajar yang aku selalu amalkan dulu. Tapi kadang-kadang, last minute pun still ok la... Tak la teruk sangat. Paling busuk pon lulus jgk la kan. Sebab aku amik peksa utk lulus je. Cita-cita tak tinggi pon.. Haha. Tu sebab la aku terfikir.... Exam ni betul-betul ke bleh menguji kebijakpandaian seseorang? Sbb kadang-kadang, soalan exam tu ulang-ulang je yg sama mcm tahun-tahun lepas punya, cuma ayat je ubah sikit-sikit. Jadi, contoh soalan kita dah boleh kaji. Mcm soalan bocor. Lagipun, dah tau tarikh exam , so bleh la kita prepare . Maksudnya, kalo selama ni kita langsung sepatah haram pun tak ingat ilmu yg kita belajar tu, atau langsung tak meresap dlm hati... Bleh jugak nak score kalau kita palsukan kepandaian ki

Maaf Yer. Jiwang Skit.

Lelakiku. Kau.... yang membuatku bahagia. Yang membuat aku tertawan. Hadirmu hiasi hidup. Membuat aku mengerti, arti cinta sejati... Dan kau telah merubah hidup ini... menjadi penuh cerita. Membuat aku melupakan terakhir aku terluka, hanya kerna dirimu.... Hasrat hati, seakan tertuang ke dalam cinta untukmu. Keraguan seakan menghilang, terganti cinta darimu, cinta untukku.... Arrghh... Kenapa aku jadi jiwang karat benor nih!!! Kuheh...kuheh... Kengkawan... tolong la jgn give up dgn aku yer. Kasi can la. Bukan selalu aku mcm ni. Hahahah... Peace.

Boss Ku

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Kat Division saya ni ada 2 orang pekerja yang baru masuk semalam. 2-2 lelaki. Sorang ditempatkan sama unit dgn saya. Nama beliau Joe [nick name, kerana nama sebenar dirahsiakan]. Dan seorang lagi ditempatkan di Unit Pembangunan Aplikasi, bersama-sama YekYu, NekNa, dan CekChah tak lupa juga Zykron. Huhu. Nama beliau pula adalah Jam. Semalam, semasa The Biggest Boss in ICT datang perkenalkan mereka berdua kepada kami, the 2nd biggest boss saya iaitu MrZ tak ada kat ofis. Jadi, beliau belum tahu tentang penempatan Joe di Unit kami. Maka, pagi ini... Ustazah Alia memberitahu beliau tentang pekerja baru tersebut... Alia : En Z, kita ada staff baru di unit kita. Dan ada seorang lagi pekerja baru di Unit Aplikasi. Sorang nama Joe, sorang nama Jam .... MrZ : Sorang lagi nama Bul. Jadi Joe JamBul... Ngeh...ngeh.. Ngeh... MrZ dah makin maju dalam bab-bab kerepek. Hehehe... Cayalah boss aku ni. Mesti terpengaruh dgn JekJan ni.

Goodbye My Love...

Kita akan berpisah... Untuk sementara waktu... you takkan dapat jumpa I lagi. Tapi lebih tepat lagi ialah... I yang tak dpt jumpa you. I'm gonna miss you so really much. I terpaksa. Demi masa depan hidup I yang lebih gemilang. I rela lepaskan you. Bukan you ajer tau. Kawan-kawan you pon. I takkan lupakan bau you dan rasa you yang sedap itu. I akan selalu terbayang-bayangkan you apabila I nampak kelibat you. Sedihnya I rasa you know. Because, for all this time, you're my favorite. Tiada apa yang dapat menggantikan you dalam hidup I. Nanti bile tiba masanya... I akan dtg cari you ok? Di Famous Amos. Yeahh... Semoga kita akan bertemu lagi duhai Dark Chocolate kegemaran ku. Dan juga kawan-kawan you iaitu; Apple Crumble. Soft cookies. Desert. Cheese Cake. Dan semua jenis makanan-makanan gemuk yg tak berapa nak murah utk dibeli selalu. I akan mula berjimat utk mengumpul uwanggg yang lebih mem'pakcik kayo'kan I. Tapi sekali sekala, I bleh la jumpa you. Itu pon if any of my f

Stigmata... Apakah Itu?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Penah dengar tak pekataan 'stigmata' ni? Gayanya macam nama batang pokok keembung je kan? Hohohoho... Stigmata ni adalah kesan pada badan atau rasa kesakitan pada bahagian yang sama seperti Jesus disalib. Stigmata ni adalah mengikut kepercayaan Roman Catholic. Tak tau la mcmn boleh jadi stigmata ni. Tapi dierang claim, yg luka-luka dan kesakitan [di tapak tangan, di kaki dan di dahi] itu terjadi dengan sendirinya. Seolah-olah mereka telah disentuh oleh Jesus [a touch of Jesus]. Cheyy... Macam bagus je citer pasal Jesus. Saya tgk saluran National Geographic semalam. Dalam rancangan yang bertajuk 'Is It Real?' atau jika saya terjemahkan ke dalam bahasa Bugis akan menjadi 'eh, betul ke benda ni?, auuw...'. Ntah betul ntah tidak, tapi dalam rancangan tu ditunjukkan la kajian yang doktor dierang buat... Doktor tu check punca luka tu memang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata... Kelu lidah nya.. Hahah. Itu kalo

Diboikot Kerana Tudung?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Ankara, 30 Okt - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden, kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung. Wanita pertama Turki, Hairunnisa Ozyurt, memakai tudung sejak remaja lagi. Jeneral-jeneral tentera itu menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - Petikan daripada Mingguan Malaysia, 31 Oktober 2010. Sampai macam tu skali ke dierang ni? Ishh... Apa laaaa... Sedih betul saya bila Turki jadi cenggitu. Padahalnya... Kerajaan Islam yang terakhir adalah Turki Uthmaniyah [Ottoman].

Aku Sungguh.....

...malu.... Huhu... Tadi jumpa dia. Tapi sangat malu. Aku kelu, bungkam then bungkus. Padahal jumpa bukan berdua je. Ramai-ramai. Ala.. Mcm Mavi dengan Shekin sebelum kawen dolu2. Ntah le naper aku bleh jadi gitu... Padahal aku dah lama tak jumpa dia. Rindu pun ader gak. Tapi... Huuuwaa... Tak dpt nak pandang muka dia pon. Sbb nervous giler vavi. Huhu.. Dulu rasanya aku selamber je kalo gi dating dgn bf. Skrg maybe dah kertu... so, sifat malu tu makin menjadi-jadi. Haihh... Canner la nanti? *Masih tersipu dan tertundukkk maluuuu seperti MrZ. Kehkeh.. *Pesanan utk JekJan, sila jgn sarcastic kan beliau [MrZ] di hadapan aku, sbb PCMS aku masih belum diberi markah. Hahaha.

Ringgit Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Sabtu lepas, saya pegi umah kakak saya. Di.... somewhere, over the rainbow. Ngeh2. Sebelum pegi tu, saya check purse, ada RM11 saje. Malas nak kuarkan duit. Sebab rasanya mcm takder la nak beli apa2 sangat hari tu. Dah on the way tu, saya perasan minyak saya dah habishh..... So, berenti le isi minyak dulu. Letak le RM10. So, tinggal le singgit lagi. Tak kisah ler... Bukan ader apa-apa nak beli dah tu kan? Pastu, drive punyer drive.... Sampai la kat tol. Tetiba baru saya teringat lagi satu perkara.. Touch N Go card saya dah habis guna. Rasanya mcm dah tinggal 20 sen je lagi. Mmg sangat-sangat lupa nak reload. Pastu duit dlm purse plak hanya ada RM1. Tol tu RM2. Hah!!! Time tu la saya dah mula nak rasa menggelupur cari duit syiling kot-kot ader terselit mana2. Korek2 kat dashboard. [Masa tu dah sampai turn saya ler nak bayar]. Kira punyer kira jumlah duit syiling yang ada tu, hanya ada 95 sen. Masa tu, saya pakai iPod. Rasanya macam v

Sub-conscious Mind. Minda Bawah Sedar. Hypnosis. Hipnosis.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kamu sedar tak bahawa, apa saja sifat atau tabiat kamu dikawal oleh minda bawah sedar? Termasuk le buang tebiat. Kehkeh. [Sorry. Buang tebiat tu saya tak pasti sama ada dikawal oleh minda bawah sedar juga atau tidak]. Masa tengah sedar, tgh berjaga, tgh tak tido, tak pengsan, tak hisap dadah..... Minda kita ni hanya mengawal 10% sahaja daripada seluruh tubuh kita. 90% lagi, minda bawah sedar yang kawal. Hah, nampak gmbr iceberg kat atas ni? Mcm ni la umpamanya menggunaan minda kita. Minda bawah sedar atau subconscious mind ni adalah minda kamu yang paling dalam. Dan ada cara tertentu untuk mencapai minda bawah sedar anda sendiri. Iaitu dengan hipnosis [hypnosis]. Tapi kalau orang-orang yang dah professional, dierang takyah berhipnosis pun takper. Dierang bleh access subconscious mind dierang dgn mudah. Apa kaitannya minda bawah sedar ni dgn perbuatan kita? Errm... Menurut pakar hipnosis... semasa kita berada di dalam keadaan m