Skip to main content

Takde Tajuk

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

10.24pm.
Tadi saya dah tido. Sbb saya sakit perut. Pastu saya bermimpi saya nak pegi satu tempat, erm.. macam ke belah utara. Dan saya tumpang keta OrgKgBaru dan suami beliau. Mat Aatif pun ader jugak. Mak abah saya pun ada jugak tumpang keta tu. Pastu, masa singgah kat satu perhentian mcm pump station... Saya beli jeruk. Pastu masa terkelam kabut nak teruskan perjalanan, masa nak naik keta tu... Saya tak sengaja tertumpahkan kuah jeruk tu, pastu terkena kaki suar suami OrgKgBaru. Huh... OrgKgBaru beriya marah saya. Saya takut giler. Beliau kata "Suar husband aku ni kalo kena bacteria sikit pun tak boleh... inikan plak kuah jeruk!!".

Pastu oleh sebab saya segan dan rasa bersalah... Saya tak tumpang beliau la.. Saya dgn mak abah saya turun. Then tempat tu tetiba jadi mcm FunFair... Ada 'merry-go-round'.. *sesape yg tak tau, Merry Go Round tu kerusi yang berpusing tu, contoh mcm kuda berpusing2. Tapi ni bukan kuda tau.. Tapi gajah. Gajah hidup plak tu. Gajah tu kena pasang kat tiang2 Merry Go Round tu, then berpusing2.
Tapi semua gajah2 tu bila saya tgk, saya rasa kesian. Sebab semuanya kurus2 dan tua. Kecuali seekor. Sekor je yg betul2 sihat, muda dan gemuk. Saya baru je terdetik dalam hati... "Wah, cantik gajah ni..". Siap ada pelana lagi kat badan dia. Lepas habis je ayat pujian saya pada gajah tu... Dan-dan je gajah tu terlepas dari tiang merry-go-round tu... kemudian dia turun, dan semua gajah2 tu terlepas pastu kejar saya dengan mak saya.... huuwaaaaa..... Creepy gile. Saya takut giler. Saya pegang tangan mak saya, bawak dia berlari dengan perasaan bersalah sebab takut jantung mak saya tak tahan berlari. Nasib baik akhirnyer selamat sebab kami menyeberang jambatan. Phewwww....

Then saya terjaga dengan jantung yg berdegup kencang. Ketakutan. Pastu dah takleh nak sambung tido balik. Tulis blog. Now nak tido la semula.. Kehkeh.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...