Skip to main content

Merajuk

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Dulu saya memang suka merajuk. Ntah apa ke benda ntah tetiba merajuk. Kalo semut masuk dalam air minum saya pon saya merajuk. Merajuk dengan semut. Sampaikan boyfriend saya pada waktu tu selalu cakap macam ni pada saya [dengan slang Sabah] “Lyd ni... Sikit-sikit mo merajuk... Sikit-sikit mo merajuk. Bosanlah!”. Tapi masa tu bukan saya kisah pon kalo dia bosan. Asalkan saya dapat merajuk. Perasaannya biler merajuk tu, terasa mcm diva. Konon-konon mcm disayangi, dimanjai diberi perhatian yg lebih khusus. Bengong betul kan?

Ada suatu hari tu... Saya baca 1 majalah. Dalam majalah tu ada ruangan ‘Rahsia Kejayaan Rumahtangga’. Biasanya mereka akan interview satu pasangan yang dah lama kawen dan berjaya mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka. Pasangan yang kisahnya dipaparkan dalam ruangan itu ialah pasangan bukan melayu. Tapi saya dah lupa siapa. Rasa mcm org terkenal juga la. Si isteri berkongsi tips kebahagiaan rumahtangga beliau, dan salah satu tip yang saya memang berdarah hidung bila baca ialah ‘Jangan merajuk, kerana merajuk itu buang masa’. Hahh... Amik sebijik!

Dan point dia memang masuk akal. Jika kita merajuk... Contohnya merajuk 5 jam... Kita tak bertegur sapa dgn pasangan kita... Lepas 5 jam baru la kita berbaik dan bercakap semula. Tapi kalau kita tak merajuk.... Dalam masa 5 jam tu, macam2 benda kita boleh cerita dgn pasangan kita. Termasuk pasal kucing jiran kita yang bulunya bersinar sebab makan Friskies pun kita sempat citer. Kan lebih eratkan lagi hubungan dgn pasangan?

Biasanya yg suka merajuk ni pompuan la ye tak? Lelaki ada juga la merajuk. Tapi jarang sangat. Bleh kira dgn seblah tangan je berapa kali lelaki merajuk. Kalo lelaki yg kuat merajuk melampau tu biasanya gay. Hehehe.

Kenapa suka merajuk? Pada pendapat peribadi saya, semuanya berpunca daripada harapan yang terlampau tinggi. Perempuan selalu inginkan pasangan mereka melakukan sesuatu mengikut kehendak mereka. Contoh ya. Saya pesan kat Mr Storm... “Malam nnt awk call saya ye. Saya tunggu. “. Kemudian saya rasa mcm Mr Storm mesti wajib call saya. Mesti dia akan call. Jadi, bila dia tak call... Saya merajuk. Padahalnya... Tak call tu bukan perkara besar pon. Yang beriya nak merajuk tu, apa ke jad? Maksudnya kat sini... Pompuan selalu merajuk pada ‘sesuatu yang lelaki tak buat pada mereka’, bukan merajuk pada ‘sesuatu yang lelaki buat pada mereka’. Haaa.... Mesti ramai yang tak faham kan?

Itu contoh je. Sejak saya dengan Mr Storm, saya mcm tak penah merajuk pon dgn dia. [Mintak-mintak la Mr Storm tidak membaca blog ku ini... Amin....]. Takde apa yg boleh saya rajukkan dengan dia. Dia tak ada menyakiti hati saya pun. [Kalo dia baca, mesti dia bangga kang.. Hinss..]. Lagipun.... Saya terlalu menghargai masa yang dia luangkan utk saya dan tak mau membazirkan saat indah bersama dia dengan merajuk. Serius buang masa.

Lagi satu sebab pompuan suka merajuk ialah nak perhatian. Nak kena pujuk. Nak kena rayu. Sorry honey... I lupa nak amik baju you kat dobi. Nah amik ni rantai emas putih yg i beli dari Tiffany & Co. Cantik tak????!!! [Tetiba kuar suara Eric Leong! Arghh..Potong je]. Kalo zaman muda2 dulu rajin la jugak saya nak dpt perhatian dgn cara macam tu. Sekarang ni, dah tak rajin. Bosan giler. Merajuk. Kena pujuk. Ulang2 benda yang sama je. Haihh...

Ok... Fakta utama saya kat sini... Bukannya pompuan ni tak boleh merajuk. Boleh. Tapi biar merajuk pada sesuatu yang logic la. Contoh kalau pasangan kita dah jatuhkan airmuka kita di khalayak ramai dgn menceritakan sesuatu yg sepatutnya hanya kamu dan dia sahaja yang tau. Yang tu mungkin patut merajuk. Dan merajuk tak perlu selalu. Nanti rajuk kita tu jadi tak bernilai. Cara aku cerita ni mcm la aku dah kawen kan? Hahahha... Ok... Org yg dah kawen mungkin la lain skit teknik mengawal merajuk dan kekerapan merajuk ni. Saya lebih focus kepada hubungan diperingkat seperti saya. Hehehe... Peace..

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...