Skip to main content

Sebab Tu La Aku Malas!


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Semalam saya pegi Seminar ICT Personnel di JPA Cyberjaya. Huuu, nyaris dah nak menangis sebab kena pegi sorang-sorang ke tempat yg tak penah pegi. Ok.. Saya mengaku saya belum penah pegi Cyberjaya. So what? Heheh. Tapi nasib baik la ada orang yang sudi nak tolong hantarkan. Siapa lagi. Mr Storm la. Tapi bukan nak cerita pasal beliau pun kali ni...

Waktu saya pegi tu, peserta-peserta kursus yg hadir, ada dalam lebih kurang 150 org. Kira mcm ramai la. Semua ICT Personnel dari jabatan-jabatan kerajaan. Dah tu, kenapa saya terlibat? SSM bukan kerajaan.. Huhu... Tapi takde hal punye. Alang-alang dah berjaya sampai ke situ, just go with the flow je la kan? Saya pun amik tempat lajur yang di tgh-tgh, barisan kedua dari depan. Huh... Bersemangat kesukanan membara betul. Then mulalah susah nak tidur. Sebab betul2 duduk depan penceramah, sebab seat barisan pertama semua kosong. Cheh.. Bingai. Saya ada la juga bersalam-salaman dgn peserta-peserta lain yang datang dari berbagai-bagai Jabatan.

Waktu pembentangan, mmg la mengantuk. Tapi tahan je la. Karang bos tanya kat seminar tu cerita tentang apa... Jenuh la berdarah hidung nak jawab kan? Pastu tiba time makan. Saya beratur belakang sorang akak dari Jabatan... erm... jabatan apa ntah. Tak fokus plak masa dia cerita tu. Tetiba masa beratur tu... saya ternampak kasut dia.. sama dgn kasut yang saya pakai pada waktu itu. Design, warna, brand... semua sama... Huuuwaaa.... benci betul! Yang penting, saya buat-buat tak nampak je la. Hehehehe.

Sebab tu la saya malas nak beli kasut yang jenamanya ramai org beli. Sebab ada potensi untuk jumpa orang lain pakai kasut yang sama... Huhuhu.. Malunyer lah!

Nak tengok kasut tu? Hahahah.. Ini dia... Memang tak dinafikan, designnya agak ke'makcik-makcik'an. Tapi selesanyaaaaaa.... Tak bleh nak digambarkan. Lebih selesa daripada kasut-kasut lain yg lebih mahal yang pernah saya beli sebelum ini.



Jenama : Comfit by Bata.
Harga : RM59.00 saje.

First time saya beli kasut Comfit ni tau. Memang selesa giler. Biasanya tgk kakak dan kawan-kawan je yang pakai. Sebab dulu, saya lebih mementingkan paras rupa daripada keselesaan. Minah berlagak. Memang gitu. Hahahaha... Kutuk diri sendiri. Tapi sekarang... Biarpun rupanya kurang menarik, asalkan selesa dipakai pun dah ok. Saya rasa mcm nak beli lagi 10 kasut Comfit lepas ni. ~Tamak. Cuba la korang beli kasut brand ni. Mesti korang akan rasa best giler.

Comments

  1. aku gi mampu semalam..tak de rezeki bertembung ngan ko..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...