Skip to main content

Gubahan Hantaran Bertunang - Kain Pelikat


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Last entry tentang gubahan hantaran bertunang, saya ada selitkan satu gambar gubahan kain pelikat tapi saya tak ceritakan pun cara-cara nak buat kan? Sorry, sebab masa tu dah letih gila nak sambung cerita teknik menggubahnya.

Sekarang saya nak kongsikan, cara nak gubah hantaran kain pelikat yg saya buat tu. Mula-mula, bahan-bahannya kena la cukup. Macam biasa;
Gabus utk alas.
Gunting.
Benang.
Jarum peniti.
Kad board [jangan guna cupboard plak. Keras. Hahaha]. Kadboard ni kertas keras. Mcm kertas kotak tu. Senang citer, memang kertas kotak la.
Kain pelikat.
Rantai bentuk bunge2 yg berwarna ikut suka. [Bahan ni pon optional. Kalo nak letak, bleh je letak].

Cara-caranya :
1. Gabus mesti la dah siap balut dan letak renda yer.
2. Kadbod, gunting bentuk oval [bujur] utk dijadikan kelopak bunga sebanyak 8 keping. Kemudian, tekan-tekan kan kadbod yg digunting supaya bentuknya menjadi boleh lentur.
3. Mula balut kadbod dari tengah2 kain pelikat. Kemudian ikat dgn benang. Ada juga org ikat dgn getah gelang. Jadi ikut suka je la nak guna apa pun. Janji bahagia.
4. Biler dah ikat ke 8-8 kadbod tadi. Hiaslah menggunakan bunga, manik atau apa sahaja yang ada. Ikut kreativiti masing2. Maap berbanyak sebab saya kesuntukan masa nak ambil gmbr step by step tu.


Tips berkesan:
1. Kalau nak beli kain pelikat, tak payah beli yang banyak sangat warna dalam satu kain tu. Pilih yang seminimum yg boleh. Contoh kain pelikat yang saya beli ni, warnanya very lite purple dan ditambah dgn warna biru muda sikit. Sebab, jika warna dan corak terlampau banyak, nnt nak gubah jadi corak2 lagi, akan nampak crowded sangat. Dan takkan terserlahlah hasil seni kamu nanti.

2. Rantai bentuk bunge2 tu kalo nak beli jugak, bleh cari kat bahagian reben, atau manik-manik yang dijual secara meter tu. Kalo kain pelikat tu nak digubah jadi bentuk bunge, jangan plak amik manik yang berbentuk love plak. Kang tak sefahaman. Tapi kalo nak beli bentuk rama-rama boleh gak. Bunga sesuai dgn rama-rama.




3. Kadbod tu, masa gunting, buat la 4 bentuk kelopak yg kecik skit, dan 4 kelopak lagi lebih besar daripada yg 4 tu. Sbb, seni bagi saya, adalah ketidaksempurnaan. Biler sesuatu perkara itu perfect, maka bosan. Ada orang, terlampau mahukan kesempurnaan, nnt dia akan potong kadbod tu sama besar. Tapi percaya la.. mesti kurang menjadi.

Kalau ada manfaat entry saya ni, boleh la gunakan. Tapi kalau kamu rasa macam tiada manfaat untuk kamu, jangan pula membenci. Sbb memang ada org yg memerlukan rujukan tentang hal-hal begini. Next time kalau saya rajin, saya kongsikan pula gubahan tuala. Tapi rasanya mcm malas. Hahahah.

Comments

  1. Salam, saya nak tau mcm mana nak balut kad board tu dari tengah? Boleh explain dgn detail tak?

    ReplyDelete
  2. Salam Sya. Terima kasih sebab baca entry ni. Guna kadbod yang dah dipotong ikut bentuk kelopak tu... pastu balut kelopak kadbod tu satu demi satu. Balut guna tgh2 kain pelikat, pastu ikat dgn benang. Lepas tu amik kelopak kadbod yang kedua, ulang balik step yang pertama tadi. Jarak dia main agak2 je. Bunga warna purple yang kat tgh2 tu letak last skali bila semual kelopak bunga dah dibalut dan diejas kedudukan serta jaraknya. Harap penjelasan ini membantu. Kalau tak faham angkat tangan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...