Skip to main content

Mat Rempit..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Bila saya drive, saya selalu rasa takut dgn penunggang2 motorsikal. Tu la.. Saper suruh jenayah ragut tu kebanyakannya dilakukan oleh perompak yang menunggang motosikal? Bila dengar mcm ader bunyi moto nak lalu kat tepi keta saya, saya otometik akan curiga. Terasa mcm mereka nak rompak saya. Huhu.. Padahal ramai giler kawan2 saya merempit dgn moto. Mr Storm pun mat rempit jugak kadang-kadang. Dan mat rempit yang paling tegar sudah semestinya abah saya... Saya paling takleh lupa bila member saya cakap, "Salida, aku nampak ayah ko ari tu, naik moto 3 org."... Hahahahaha... Sabar je la. 3 org tu, abah saya yang bawak moto, 2 org kawan beliau [Pakcik Man dan Pakcik Mat],bonceng kat belakang.

Ada beberapa pengalaman saya dgn mat rempit ni... [Sila baca, mat rempit = penunggang motosikal]..

Kisah 1 :

Masa kereta saya buat onar kt tgh-tgh trafik light Jln Bangsar... Waktu itu... Kereta saya dah terus tak boleh gerak, sebab bateri 'kong' dan menghalang laluan. Tetiba ntah dari mana datang, sorang mat rempit... berhentikan moto beliau dan tolong tolak kereta saya ke tepi, dgn dibantu oleh sorang mat rempit lain... Huu.. Terharu... Hanya sempat ucap tima kasih je. Tak sempat nak bergambar dan amik otograf... Kot2 kalo dia membaca... saya nak ucapkan terima kasih byk2 kat dia.

Kisah 2 :

Ada sekali ni[malam], saya singgah Midvalley semasa dalam perjalanan balik dari rumah kakak saya. Masa tu kalau tak silap, sebab nak beli coklat utk buat hantaran bertunang utk my love, Mr Storm. Waktu balik tu, kira mcm dah lewat gak.. Sebab kedai dah banyak tutup... Lepas 2 minit saya drive keluar dari parking, ada satu motor dari belakang, potong keta saya. Masa beliau kat tepi keta saya tu, beliau toleh pada saya, then bile melepasi keta saya beliau tenung depan keta saya, beliau bagi isyarat tangan mcm suh berenti dan tunjukkan 5 jari mcm mintak 50 sen. Saya dah confused. Apsal plak dia buat isyarat mcm tu. Nak mintak duit dari aku ke? Bumper aku tercabut ke, then kalo repair kena bayar 50 hinggit ke? Alamakkkk.. Dah berdebor dah saya masa tu... Tapi mat rempit tu tak plak berenti. Lepas dia buat isyarat tu, dia terus berlalu pergi... Saya pening memikirkan masalah itewww... Why? Why? Dan Whyy dia berkelakuan begitu terhadap saya? Huuuuuu.... Sambil nak pening tu... baru terperasan... saya tak pasang lampu. Kehkeh.. Rasa nak sekeh pala sendiri 12 kali. Padan le gelap je 'masa depan' pada waktu tu. Haiihhh... Salida... Salida... Apa nak jadi.


Kisah 3 :

Saya seperti biasa memandu sendirian. Malam. Waktu tu saya turunkan cermin tingkap. Sbb mcm nak menghirup udara tak segar kat KL ni. Dah terbiasa bernafas menggunakan udara KL ni, sampai rasa cam ketagih... Kehkeh.. Pastu, saya dgr mcm ada bunyi moto dekat dgn kereta saya... Kemudian dengar pulak suara penunggang moto tu mcm bising2, saya dah berdebar giler dah... "Ni dah sah nak rompak aku la ni", kataku di dalam hati ku yg kudus ini... Saya baru je nak tutup tingkap, dan nak drive laju2, tapi moto tu sempat lalu tepi keta saya... Rupa-rupanya 2 org remaja lelaki... tgh bergelak ketawa, riang gembira bersembang sesama mereka, dgn memakai baju melayu. Baru balik dari masjid kot. Pastu sempat lagi bagi salam kat saya "Assalamualaikum kak"... sambil sengih2. Comel je.. Nakal betul...

Jadi, nampak sangat saya ni mmg kuat perasan. Hehehehe... Tapi takpe.. Saya rasa curiga itu perlu. Kerana apabila kita curiga, kita akan lebih berwaspada. Memang, malang tidak berbau busuk atau wangi... Kalo malang nak dtg, takde 3 kali peringatan pun sebelum terjadi tu... Walaupun kita berwaspada... kadang2 kalo nak jadi, jadi gak.. Cuma... Berusahalah mengelakkan kemalangan sedaya mungkin.

Utk mat rempit atau minah rempit yang membaca entry ini... Maaf jika anda terasa.. Hidup zaman skrg ni, bila jenayah dah jadi seperti makan kari kat kedai mamak je... Terpaksa berburuk sangka. Tu la... Kerana sirap setitik... jadik bandung susu segelas. Huhu. Peacee...

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...