Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Tanda-tanda Rumah Didiami Jin

Sejahteralah ke atas kamu.... Ewah, bagi tajuk mistik plak aku pagi-pagi Jemahat ni. Tetiba terasa macam Kak Limah pulang petang.  ----------------------- Rumah yang aku duduk sekarang ialah rumah flat. Kat atas ada rumah orang. Bila malam-malam, juga siang-siang buta , aku selalu dengar bunyi guli jatuh. Bunyi guli jatuh sebiji, juga guli jatuh bertaburan. Bunyi tu memang jelas. Dan sangat kerap. Kalau aku dengar  bunyi tu pada waktu perdana, [eh, dah macam berita nasional pulak ye, ada waktu perdana], aku tak la pelik sangat. Dah tentu la orang rumah atas yang main guli. Atau apa-apa mainan anak dia yang mungkin mirip dengan guli dan seumpamanya. Tapi kalau kul 3 pagi pun nak main guli, aku agak musykil.  Satu lagi bunyi yang kerap aku dengar daripada rumah atas tu ialah bunyi perabot beralih. Ini pun kerap jugak. Aku pernah terniat nak tanya jiran aku tu. Tapi aku rasa macam segan pulak, takkan tetibe nak tanya, "main guli ke semalam?",sambil angkat-an...

Luth Balik Kampung Naik Bas

Sejahteralah ke atas kamu... Masalah domestik aku dengan husband ialah berkenaan  balik kampung. Walaupun nama je duduk dan asal sekampung, tapi nak balik kampung kemain payah, sebab dia tu memang payah benor nak cuti. Bisnesmeng la katekan. :p. Cuti dia hanya hari Ahad je setiap minggu. Kalau nak suh cuti pun, hari Sabtu tu boleh le cuti tapi takleh kerap. Nak balik kampung 2 hari, sekejap sangat, buat rugi duit je bayar tol dan isi minyak. Lagipun ada 2 rumah nak kena cover[umah mentua dan rumah abah]. 2-2 pihak perlu dijaga hati mereka. Nak balik lama-lama karang, kejap bos call dia, kejap client call, kejap customer call, kejap supplier call. Buat aku rase bersalah je kalo nak ajak dia balik kampung lelama. Dalam family aku, anak-anak buah aku semua dah besar-besar dan dah sampai tahap layak kahwin dah kebanyakannya. Jadi, macam agak kerap sepatutnya aku perlu balik kampung kalau aku nak participate dengan setiap majlis, sama ada bertunang, berkahwin, merisik, menyambu...

Blog Berwajah Baru

Sejahteralah ke atas kamu... Tak tau la ada orang perasan ke tak blog aku dah berwajah lain daripada biasa. Wajah yang hitam dan jadi hijau. Gambar tapak tangan menutup bintang nun jauh dan berganti jadi gambar 3 ekor ladybird yang beratur di atas sehelai rumput, dengan 3 titisan air yang belum sempat menitis ke bawah. Background pun gunakan gambar yang sama. Nampak tak? Nampak tak? Nampak betapa tak rajinnya aku nak hias beriya-iya blog ni. Dan nampak tak betapa kedekutnya aku nak upah orang yang pandai hias blog untuk hias blog aku. Yang paling besar, mestilah mama. Kenapa pilih ladybird? Sebab random je nak pilih gambar yang ada 3 beranak. Dan pada gambar ni ada nampak cahaya pada titik air tu yang nampak macam bintang. Kan ke nama belog ni Dari Bintang.  Warna hijau sebab warna kesukaan Nabi Muhammad. Lagipun warna hijau ni memberi feeling fresh dan tenang. So, itu jelah description yang mampu aku beri untuk blog aku ni. Pendapat aku, biar buruk asal f...

Cara Paling Mudah Dan Ringkas Membuat Coleslaw

Sejahteralah ke atas kamu.... Senang je nak buat coleslaw. Lebih senang daripada nak buat ABC [air batu campur]. Bahan wajib hanya ada 2. Pertama : Kobis. Kedua : Coleslaw dressing. Bahan-bahan optional kalau suka nak tambah, boleh tambah lobak merah, capsicum, bawang, kismis atau apa-apa sahaja yang lidah terasa nak makan. Cara-caranya, Potong kobis sehalus yang mungkin. Campurkan Coleslaw Dressing ini. Dan gaul rata.  Tadaaaaa... Dah siap. Dah tak perlu nak tambahkan banyak-banyak bahan dah. Kalau tengok resepi coleslaw, ada yang suka letak susu pekat manis atau gula kemudian perlu tambah krim, pastu tambah jus lemon lagi. Yang ini, dah tak perlu la susah-susah. Guna satu bahan je.  Resepi mudah untuk buat kentang putar/whipped potato/mashed potato. Untuk dapatkan hasil terbaik dalam membuat kentang putar, perkara pokok yang perlu dititikberatkan ialah jenis kentang. Ingat ye. Pokok. Aku guna kentang jenis Russet. Tapi kalo t...

Terima Kasih Sebab Panggil Aku Bahlol!

Sejahteralah ke atas kamu.... Siapa selalu layan filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, pasti akan perasan yang banyak kali perkataan 'bahlul' disebut-sebut di dalam filem-filem beliau. Ramai orang tak kisah, tapi ramai juga yang kisah dan merasa tak selesa nak bagi anak-anak tonton filem-filem P. Ramlee disebabkan dialog kasar tu, sebab bahlul tu kita faham memberi maksud 'vongoks' atau 'vodoh' dan seumpamanya betul tak? Biasa tak kita dengar atau kita sendiri buat, bila kita nak marah orang yang slow sikit otaknya, kita marah dia dengan kata dia 'cerdik' atau 'pandai' [tapi intonasi masa sebut perkataan cerdik tu, agak 6 harakat kat bahagian 'dik' tu, heheh.. nak tunjukkan yang ko ni, cerdikkkkkkk sangat]. Actually, sama la dengan konsep 'bahlul' ni. Aku pun baru je tahu bahawa 'bahlul' yang selalu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebut-sebutkan di dalam filem beliau itu bukan bermaksud bodoh, tapi sebenarnya kata-ka...

Betul-betul Patut Bersyukur Malaysia Masih Aman

Sejahteralah ke atas kamu... Pagi tadi aku bermimpi, rumah flat yang aku duduki sekarang telah dibedil bertubi-tubi dengan peluru missile dan mortar oleh tentera Zioneese. Terjaga daripada tidur, aku rasa takut dan terganggu fikiran.  Sebelum itu pada hari yang berlainan, aku pernah bermimpi ofis aku telah ditembak oleh peluru berpandu daripada jet pejuang Korea Utara. Waktu itu, aku terjaga dan turut merasa takut.[dalam mimpi tu aku selamat] Memang orang kata mimpi tu mainan tidur. Tapi bagi aku bergantung juga pada waktu mimpi tu. Kalau mimpi yang membuatkan aku bangun lambat untuk solat subuh tu aku memang positif 100% itu adalah mimpi yang direncanakan oleh syaitonirojim. Mana tidaknya, waktu tu kalau mimpi memang mimpi meleret-leret, yang kebiasaannya berkisar tentang perkara-perkara yang aku suka, seperti makan makanan yang sedap-sedap, mimpi menjahit, mimpi bangun dan solat, mimpi menunggu yang akan ambil masa dan semuanya jenis-jenis yang melalaikan....

Luth Dan Guinea Pig

Sejahteralah ke atas kamu... Setakat ini aku dapat trace bahawa Luth ni suka haiwan, sama macam aku. Kalau tengok kucing, menggelatat kaki tangan nak pegang kucing. Baru-baru ni, balik kampung semasa raya haji, aku bagi dia main dengan Babi Guinea ni, masa menziarah ke rumah Pokde Luth, iaitu abang aku . Oloh, tak sopan betul nama haiwan ni. Hehehe.Takpe, babi tak bersalah. Allah yang jadikan dia dan pasti ada fungsinya dia dijadikan oleh Allah. Eh, tetibe plak cite pasal babi. Padahal nak cerita pasal Guinea Pig ni. Takde kaitan dengan Pig. Guinea Pig ni milik sepupu Luth, Kak Maisarah anak abang aku. Comel sangat Guinea Pig ni, macam tuan dia.  Bukan main suka lagi Luth bila dapat main dengan haiwan comel ni. Bila Guinea Pig yang namanya kalau tak silap, Mi-chan ni bergerak je, Luth pun ketawa. Tapi walau cemana pun Luth suka haiwan, jangan harap le nak bela sendiri apa-apa jenis pet sekalipun. Mama tak rajin nak jaga. Diri mama sendiri pun mama tak ...

Aku Lebih Baik Daripada Dia

Sejahteralah ke atas kamu... Kita makan masakan orang lain, kemudian perisa makanan yang kita makan tu tak kena pulak dengan selera kita, contohnya terlalu pedas ke, terlalu manis ke. Then kita complain atau merungut sendiri, 'ntah apa-apa la masak macam ni, kalau aku masak lagi sedap'. Ini hanyalah contoh. Aku biasa berhadapan dengan individu yang melakukan perkara-perkara tertentu [baca ; perkara yang tidak mungkin aku lakukan], yang membuatkan aku terdetik dalam hati, 'kenapa la dia buat macam tu. Kalau aku jadi dia, aku takkan buat macam tu, mesti aku dah buat begini-begini'. Malah lagi buruk kadang-kadang aku terlepas kata-kata tu keluar sehingga orang lain turut mendengar. Seolahnya mempertikaikan bahawa individu tu tak sepatutnya buat macam tu, dia sepatutnya buat macam aku buat. Kalau dia buat macam aku buat, barulah betul. Dalam tak sedar, aku dah rasakan yang aku ni lebih baik daripada individu tu. Korang ingat lagi tak sewaktu Allah menciptaka...

Tekun Membuat Pulut Panggang Beratur

Sejahteralah ke atas kamu.... Ramai berpendapat, orang kidal adalah 'unpredictable' atau tidak dapat diramal. Aku kidal. Dan aku rasa aku setuju dengan telahan tu. Sebab aku sendiri pun tak dapat ramal apa tindakan aku sendiri, dalam banyak perkara. Boleh dikatakan kalau aku rasa nak buat, aku tetibeeeee je buat. Aku tak sure la perangai macam ni elok ke tidak. Mungkin tak elok untuk orang sekeliling kot. Selalu je tak boleh diramal, aku nampaknya lagi susah nak diramalkan daripada cuaca. Semalam, aku tetibe je rasa nak buat pulut panggang. Takde la rasa nak makan sangat pun, cuma rasa nak cuba buat. Mungkin sebab nak manfaatkan pengukus yang aku beli beberapa bulan lepas kot. Atau pun sebab ada serunding ikan kat rumah yang aku beli masa bulan puasa dulu tak habis-habis lagi. Sebab sebenar yang tetibe rasa nak buat pulut panggang tu pun aku tak faham. On the way balik dari ofis semalam, aku singgah kedai untuk beli daun pisang dan beras pulut.  Sampai rumah, s...

Apa Yang Boleh Dibuat Dengan Tudung Bawal Yang Dah Tidak Dipakai

Sejahteralah ke atas kamu.... Arus fesyen sentiasa berubah, begitu juga dengan fesyen tudung. Satu masa dulu trend tudung bawal memang sangat 'in' tapi sekarang tudung bawal versi asal yang bentuknya 4 segi dilipat 2 menjadi 3 segi tu, maaf cakap dah 'outdated'. Tudung bawal keluaran terbaru pun sekarang dah macam-macam jenis antaranya yang terfemes, Adijuma. Pemilik tudung bawal yang awal-awal dulu, yang sekarang dah bertukar arah pakai tudung awning atau tudung instant atau tudung hoodie atau shawl, tentu dah tak tau nak buat apa dgn tudung-tudung bawang mereka. Ada yang dah distribute derma kat orang. Tapi tudung bawal pun satu masa dulu sangat mahal betul tak, nak-nak yang bersulam dan yang berbatu batan. Nak bagi orang pun rasa sayang. Penyudahnya simpan buat sarang je la nampak gayanya kan? Ok, kalau ada sesiapa yang terfikir bagaimana hendak manfaatkan tudung bawal lama milik kamu, di sini aku ada satu idea. Apa kata, tudung itu kamu jadikan bunga. Ye, b...