Skip to main content

Apa Yang Boleh Dibuat Dengan Tudung Bawal Yang Dah Tidak Dipakai

Sejahteralah ke atas kamu....


Arus fesyen sentiasa berubah, begitu juga dengan fesyen tudung. Satu masa dulu trend tudung bawal memang sangat 'in' tapi sekarang tudung bawal versi asal yang bentuknya 4 segi dilipat 2 menjadi 3 segi tu, maaf cakap dah 'outdated'. Tudung bawal keluaran terbaru pun sekarang dah macam-macam jenis antaranya yang terfemes, Adijuma. Pemilik tudung bawal yang awal-awal dulu, yang sekarang dah bertukar arah pakai tudung awning atau tudung instant atau tudung hoodie atau shawl, tentu dah tak tau nak buat apa dgn tudung-tudung bawang mereka. Ada yang dah distribute derma kat orang. Tapi tudung bawal pun satu masa dulu sangat mahal betul tak, nak-nak yang bersulam dan yang berbatu batan. Nak bagi orang pun rasa sayang. Penyudahnya simpan buat sarang je la nampak gayanya kan?

Ok, kalau ada sesiapa yang terfikir bagaimana hendak manfaatkan tudung bawal lama milik kamu, di sini aku ada satu idea. Apa kata, tudung itu kamu jadikan bunga. Ye, bunga yang boleh dibuat hiasan, applique pada pakaian atau boleh juga dijadikan kerongsang. Bukankah trend sekarang orang pakai kerongsang bunga-bunga untuk menyematkan tudung di bahu? Daripada beli 4 kuntum bunga dgn harga RM10, lebih baik buat sendiri kat rumah, boleh dapat banyak, macam-macam warna dan macam-macam saiz. Cara nak buat bunga tu pun senang je, trust me.

Di sini aku akan kongsikan cara untuk membuat bunga daripada tudung bawal atau kain chiffon. 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bunga chiffon ini ialah;





1.  Tudung bawal atau kain chiffon [warna ikut suka, yang bercorak pun boleh]



2.  Lilin


3.  Benang dan jarum [untuk menjahit bunga dan manik]


4.  Manik [warna dan bentuknya terpulang]. Aku guna manik flat back pearl. 



5.  Pin





Langkah pertama untuk membuat bunga daripada kain tudung bawal atau kain chiffon ialah, potong kain menjadi bentuk bulat dalam beberapa saiz yang berlainan. Saiz ini bergantung kepada besar mana kamu nak bunga kamu tu, juga berapa tebal bunga yang ingin kamu hasilkan itu. Aku buat dalam 5 saiz bulatan je, dan tebalnya hanya 2-3 keping bagi setiap saiz. Bulatan tu tak perlu begitu sempurna pun takpe. Sebab nanti nak bakar juga.


Kedua, layurkan hujung potongan kain yang telah dipotong bulat tadi dengan menggunakan api lilin. Kalau tak ada lilin, guna dapur gas pun boleh. Jangan rentung tangan ko sudah le.


Ni tangan putih, bukan tgn aku.

Tangan hitam ni baru tangan aku. Hekhekhek. Ketawa cam keldai.


Bakar tepian kain sehingga dapat bentuk melengkung begini, supaya kelihatan mirip kelopak bunga.


Kalau tidak cukup bakar, kain itu tidak akan jadi melengkung, sebaliknya hanya leper sahaja seperti ini.

 Lihat perbezaan antara kelopak yang melengkung dan kelopak leper.



Lakukan kepada semua kelopak bunga. Kemudian, susun kelopak bunga chiffon yang telah dibakar setiap hujungnya itu berlapis-lapis daripada besar ke kecil.


Selepas susun, jahit di tengah-tengah bunga supaya kelopak bunga kemas, tidak tertanggal dan bercerai berai.

Selepas itu, jahitkan manik mengikut selera masing-masing. Apa-apa jenis manik pun boleh, asalkan nampak cantik. Nak letak berapa biji manik pun terpulang. 



Inilah hasil bunga chiffon atau pun bunga yang diperbuat daripada kain tudung bawal. Senang je kan?

Kalau nak dijadikan kerongsang, boleh pinkan sahaja pada bunga dan baju. Cara nak pinkan tu, pandai-pandai la nkorang. Asalkan belah depan tu nampak bunga sekuntum terletak elok pun dah cukup. Belah belakang tu biar kita je yang tau. 

Jadi, ini sahajanya tutorial cara membuat bunga kain chiffon, bunga chiffon atau kerongsang kain chiffon. Selamat menjadi rajin.



Ini contoh kegunaan bunga chiffon yang aku buat menggunakan tudung bawal. Aku jahit permanently pada baju gaun yang aku buat untuk anak saudara aku, Nur Hasyifa.


Comments

  1. da aje ideanya ye..tp ciksu tak rajin mana la bab jahit menjahit ni.

    ReplyDelete
  2. Eeeeiiiii kreatipnyaaaaa... i liokeeee! Tak terpikir plak dek akal bijak den selama ni ek? Ekeke... Jemput Singgah: Apa Nak Masak Bila Raya EK?

    ReplyDelete
  3. Haihlah! Klu minatnya menjahit dan pandai menjahit dan ada bakat menjahit dan kreatif, mmg UNTUNGLAAAAHHHHHHHH!

    Mode: Geram kenapa tak belajar jahit dari dulu. Sobs!

    ReplyDelete
  4. kreatifnyer.. memerlukan kesabaran yg tinggi nih..

    ReplyDelete
  5. lyd memg spesis rajin kan hehehehe....inovatif pun yer...wat utk qisya jgklah hehehe

    ReplyDelete
  6. Ini kerja orang kreatif!
    kalau lah saya, dah terperuk aja lah tudung lama tu..hahaha

    ReplyDelete
  7. cool.

    aku suke sebab ia recycle

    :)

    ReplyDelete
  8. tapi kan lyd..aku still suka tgk org yg pakai tudung bawal, instead of shawl..

    sebab aku rasa x semua org ppuan cantik bila pakai shawl, tapi kebanyakannya cantik bila pakai tudung bawal..:D

    ReplyDelete
  9. Kalau dah kreatif tu memang tak membazir...

    ReplyDelete
  10. saya suka warna dan maniknya nampak comel sungguh

    ReplyDelete
  11. menarik ...
    tapi aku masih pakai bawal dan bawal rasanye belum outdated kot .. if fareeda ye .. mmg outdated wlupun byk design baru hihihih

    ReplyDelete
  12. menarik!!..

    ermmm...masih berpenyakit M.. tapi memang ada rasa nak mencuba..

    ReplyDelete
  13. alahai kreatifnya lyd nie..meh tlg buatkan baju bunga2 tuk acicha satu yer acik...:)

    ReplyDelete
  14. Pergh!!! mmg cantik jadinya tu. Tapi persoalannya sanggupkah OKje nak buat bunga bunga gitu? Ohhhh nampaknya mcm remeh jer tu hehe

    ReplyDelete
  15. Bagusnya idea ni..syg tudung bawal kat rumah tu..bole juga jadi bunga :)

    ReplyDelete
  16. kretifnye... rajin sangat ni... rumah sy banyak tudung ni... boleh la try

    ReplyDelete
  17. eyhhh...
    cantik..serius kretip..klo letak kat baju kurung pon cantik ni.. susun ke bawah..klo beli mahal jugakl

    ReplyDelete
  18. kretif... cantik ... boleh jual nie.. hihih


    Recent Post by MananQayyim : Segmen - 4 Power Bank Original untuk dimenangi

    ReplyDelete
  19. Masa tudung bawal dah tak in, saya bagi semua kat orang, siapa je yang nak. So takdalah lagi koleksi tudung bawal ni. Tahniah kat Lyd sebab anda memang seorang yang kreatif. Inilah baru orang kata orang kidal ni kreatif. Kalau I, jauh penunu dari bunsen perkataan kreatif ni dengan diri I. Tak pernah terfikir tudung bawal boleh berubah rupa jadi brooch pulak.

    ReplyDelete
  20. tu la kan tudung bawal byk juga dlm gobok dok simpan smp dimakan tikus,tp tak rajin la pulak nak buat kerongsang bagai..kerongsang yg ada pun tak terpakai.dasar malas apa pun tak boleh.haha

    ReplyDelete
  21. kreatignya.. xtahu plak bolehnbuatcm nie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...