Skip to main content

Luth Balik Kampung Naik Bas

Sejahteralah ke atas kamu...

Masalah domestik aku dengan husband ialah berkenaan  balik kampung. Walaupun nama je duduk dan asal sekampung, tapi nak balik kampung kemain payah, sebab dia tu memang payah benor nak cuti. Bisnesmeng la katekan. :p. Cuti dia hanya hari Ahad je setiap minggu. Kalau nak suh cuti pun, hari Sabtu tu boleh le cuti tapi takleh kerap. Nak balik kampung 2 hari, sekejap sangat, buat rugi duit je bayar tol dan isi minyak. Lagipun ada 2 rumah nak kena cover[umah mentua dan rumah abah]. 2-2 pihak perlu dijaga hati mereka. Nak balik lama-lama karang, kejap bos call dia, kejap client call, kejap customer call, kejap supplier call. Buat aku rase bersalah je kalo nak ajak dia balik kampung lelama.

Dalam family aku, anak-anak buah aku semua dah besar-besar dan dah sampai tahap layak kahwin dah kebanyakannya. Jadi, macam agak kerap sepatutnya aku perlu balik kampung kalau aku nak participate dengan setiap majlis, sama ada bertunang, berkahwin, merisik, menyambut menantu dan bertandang anak-anak buah aku. Nak ajak husband aku balik kerap-kerap macam gitu? Ermpphhh... Tak sampai hati plak. Penyudahnya, aku mintak izin dengan husband, untuk aku balik kampung berdua dengan Luth je, naik bas. Dia bagi. Aku melompat.

Terbaru, anak buah aku Ammar nak bertunang dengan orang Kuala Berang. Eh, bukan 'nak' tapi 'dah' bertunang. Aku mestilah nak ikut. Walaupun aku datang ke tak datang, tak memberi kesan apa-apa pun terhadap majlis tu, hanya menghabiskan lauk  kat rumah tunang dia je, tapi aku tetap suka nak menyibuk macam kucing.

Jumaat lepas, after ofis, aku naik bas kat Pekeliling jam 9.30 malam. Luth macam terpinga-pinga je, tapi dia baik, tak buat perangai diva universal pun, drama telemundo pun tak berlaku. Lepas bas bergerak sikit, dia BF, then terus tidur, sampai le ke Kuantan. Kejap je, 3 jam. Kul 12.30mlm sampai Terminal Makmur, kakak aku ambil [kakak aku, makngah Luth].

Pagi Sabtu, bersiap-siap nak gi Kuala Berang. Luth mandi pagi-pagi. Sian plak aku kejut dia daripada tidur. Sebelum pergi, sempat bersarapan makan roti krim tepi pintu dapur rumah Mak Ngah. 





Yang seronoknya, kat belakang rumah kakak aku tu, ada banyak burung merpati. Luth memang suka sangat la. Riuh mulut dia menegur burung-burung tu. Kalau dengan haiwan tu peramah sangat. Ajak jumpa orang, malu-malu kambing plak. Bertuah punya anak. 

Sampai Kuala Berang, singgah solat di masjid tak tau apa nama masjid. Lupa nak siasat. Budak yang baru dapat kaki ni kemain la bergalok berjalan dalam masjid. [aku dah pastikan dia tak ganggu jemaah bersolat.]

Dia berjalan ikut line kuning tu. Ntah apa yang dia imagine bila berjalan atas line kuning tu tak tau la. Agaknya terbayang titian siratal mustaqim kot. Untunglaaaa kalau dapat titian sirat lebar macam tu Luth oiii.

Majlis bertunang berjalan lancar. Nah belanje gambar bertunang si budak Ammar ni dengan tunang dia , Ezzatul yang comel. Memang sepadan bagai kertas A4 dilipat kajang.


Motif letak gambar blurry macam ni ialah : Saje kedekut. Muahahaha [gelak dalam gua bergema-gema].

Pagi Ahad, naik bas balik ke KL jam 8 pagi. Memang pagi giler untuk Luth travel. Ayam pun tak sempat mandi, inikan pulak burung merpati. So, Luth pun aku hanya tukarkan baju je, tak mandikan dia pun. Selekeh betul perangai aku kan. Bawak anak travel, tak mandi pagi. Yang penting aku mandi. Kalo aku pun tak mandi, boleh bagi mudarat kat penumpang lain pulak nanti.

Masa balik ni, aku kurang happy sikit, sebab seat bas Bulan Restu yang aku ambil ni, tetibe ada divider plak kat tengah. [Bas ke Kuantan aku beli PlusLiner].

Ada singa kat bontot.




Mula-mula aku pangku la dia tidur. Tapi dia bukanlah ringan sangat. Macam perasaan peluk kampit beras 10 kilo selama 3 jam. Kan ke lenguh. Last-last aku letak jugak dia walaupun posisi dia berkerekot sampai macam tu sekali. Sian kat anak aku. Nasib kamu la anak. Kita haruslah independent. Barulah cerah masa depan kita nak balik kampung lagi sekali naik bas hujung bulan 11 nanti. Kakak kepada Ammar pulak nak kahwin. Aku lagi la menggelupur nak menyibuk sebab anak sedara pompuan yang pertama kawen.

Itu ajaaa donkk!

Comments

  1. Luth bagi kerjasama baik sgt.senangla nak jalan2 lg lepas ni.

    ReplyDelete
  2. cerah mata cikgu kali ni baca blog mu ni lyd..rupa2nya dah tukor background ye..comel luth da ladybird (^_^)

    ReplyDelete
  3. Peh! Frankly speaking (eceh), aku tak tak sanggup nak naik public transport mcm ni. Aku rela drive sendiri. Sobs! Lainlah kalau anak dah bsr, itu pun aku kena pk sejuta kali kot? Ouh! Diva betul aku ni. Apapun, Luth comel. Geram tgk dia. Bila tgk dia, teringat Khadeeja sebab rmbt mcm lbh kurang. Huhuhu....

    ReplyDelete
  4. bila kita tak ada pilihan kan, nak buat camne
    kita dapat ilmu dari kesusahan tu,
    kira beruntung luth diajar begini dari kecil, dia kenal ilmu susah =)
    apapun tahniah buat ammar dah jadi tunangan orang
    moga kekal hingga ke jinjang pelamin =)

    ReplyDelete
  5. hahaha..kelakar la kamu lyd..
    comel je tau luth tido camtuh..
    bila tengok camni teringat dulu hubs rin bawak balik anak kecik 2 orang naik bas ke Tg malim
    nasib sejam je journey masa rin belajo upsi dulu..
    lpeas tu tak tahan dah bawak 2-2 ank dok sekali ngan kita kt tg malim..
    hahahaha

    ReplyDelete
  6. Luth dah semakin besar... kejap je..
    Kian hari semakin encem..

    Luth ok je tido gitu.. nyenyak je tengok :D

    ReplyDelete
  7. hehehe.. nampak seronok pulak luth tu yer.. suka pic2 yg ada byk burung tu , very nice !

    ReplyDelete
  8. Luth dah boleh independant tu nampaknya...

    ReplyDelete
  9. bagusnya luth...klu budak lain ni mesti dah meraung nih sebab xselesa... sebab pernah kena dulu huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. Option terbaik ( dan tak susah2 perlu naik bus), ialah setiap kali balik, balik ke salah satu rumah sahaja.

    KL - Kuantan tak lah jauh mana pun..
    ataupun, suami awak ambik cuti panjang ( setiap kali bercuti), sebab mmg itu cara bisnesman bercuti...

    ReplyDelete
  11. Comellah Luth tidur dalam bas gaya bebas gitu. Bila cerita balik kampung naik bas ni, I tak ingat entah bila kurun agaknya I nak bas express. Sekarang ni lagilah jangan harap. Bukan tak sudi tapi takut. Kesian anak-anak tak dapat merasa naik bas sambil terkinja gembira.

    Nanti niece pertama kahwin, ambillah gambar comel-comel lagi. Tak letak gambar mak sedara pun takpa, asal ada gambar Luth dengan pengantin pun okey dah ^_^

    ReplyDelete
  12. Anak2 saya masa kecik2 dulu kalau ajak naik bas, keretapi atau LRT memang seronok sangat, maklumlah hari2 naik kereta...borimg...

    ReplyDelete
  13. suka la tu luth jalan2x sana-sini.. hehehe. tak terkalah gaya tidurnya kat dalam bas.

    ReplyDelete
  14. good job Luth :) sonok nya ada anak sedara ygdah besau boleh kawen... eh perjalanan uols ni remind me of my balik kampung ngan jijah last year... merata derak. heheehe sebenarnya bebudak ok jer, kita mak mak ni yang terlebih "fikir" ha.

    ReplyDelete
  15. nyenyak lak dia tidur dlm bas tu . nasib baik cuma 3 jam jer ...

    ReplyDelete
  16. aah bagusnya luth..budak dlm usia dorang nie senng kalo naik ke nderaan bergerak..tak lama jalan dah tertidur...sy ni yg nak naik kapautobang risau lak camaner lah acicha nanti..flight tuh bukan leh rs ia bergerk..dah tuh kalo dia buat perangai nak turun bawak ker takkan penat jdnya kami nanti..semoga dipermudhkanlah hendakny nanti inshaallah

    ReplyDelete
  17. sib baik luth tak meragam ek...pasni bleh travel lgi

    ReplyDelete
  18. Dh lm x blk kg naik bas. Alkisahnya encik suami x bg. Anak2 ramai. Ssh nnt nk trn naik dg bag bagai. Redo je la.

    ReplyDelete
  19. bestnyer luth..dh rsa naik bas..kakak asya tak rsa lagi tau naik bas ekpress.ok la, dia baik je dlm bas..xpeel..

    mmg situ byk burung merpati ye.. mmg la budak2 usia cam luth suka tgk brng byk2 gitu... wak photoshoot pon lawo ni..

    alahai..tomeynyer tunang dia.. org kole berang ye,...

    ReplyDelete
  20. comelnya luth... sopan je hihi sy pernah juga bwk imanina naik bas tapi malam dr kelantan ke shah alam.. nak patah tangan pangku imanina.. haha

    ReplyDelete
  21. hhaahah.paham benor mama luth ni tersangat keeksaitedan nak naik bas lagi balik kg kan.
    agak2 dh brapa lama tu x travel naik bas.hihi.
    byknya burung tu.. mmg patut pon luth suka kan

    sama la masalah kita lyd.cik abe sy pon ssh gak nk dpt cti. kalau stkt nk blk kg 2 hri mna ckup.mmg betul buat hbs duit myk n tol j.

    sy skrg pon dh berangan angan nk balik kg next month nek bas je dgn bby.hahaha. ada knduri le jugak..dh menggelupur dok minta pelepasan ni haaa.. hrp hrp dpt le..

    ReplyDelete
  22. bagus Luth.. xbyk meragam.. bestnya burung merpati tue..

    ReplyDelete
  23. seronok kan bawa anak2 yg tak mendatangkan masaalah pergi jalan2..

    ReplyDelete
  24. Bestnya naik bas. Tapi bagus lah luth tak meragam.

    ReplyDelete
  25. Dah lama x naik bas. Hubby akk rajin je blk kg klw dia free. Akk je yg lebih suka ddk rumah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...