Skip to main content

Blog Berwajah Baru

Sejahteralah ke atas kamu...

Tak tau la ada orang perasan ke tak blog aku dah berwajah lain daripada biasa. Wajah yang hitam dan jadi hijau. Gambar tapak tangan menutup bintang nun jauh dan berganti jadi gambar 3 ekor ladybird yang beratur di atas sehelai rumput, dengan 3 titisan air yang belum sempat menitis ke bawah. Background pun gunakan gambar yang sama. Nampak tak? Nampak tak? Nampak betapa tak rajinnya aku nak hias beriya-iya blog ni. Dan nampak tak betapa kedekutnya aku nak upah orang yang pandai hias blog untuk hias blog aku.



Yang paling besar, mestilah mama. Kenapa pilih ladybird? Sebab random je nak pilih gambar yang ada 3 beranak. Dan pada gambar ni ada nampak cahaya pada titik air tu yang nampak macam bintang. Kan ke nama belog ni Dari Bintang. 

Warna hijau sebab warna kesukaan Nabi Muhammad. Lagipun warna hijau ni memberi feeling fresh dan tenang. So, itu jelah description yang mampu aku beri untuk blog aku ni. Pendapat aku, biar buruk asal free. Muahaha.. Azhafizah jangan marah ye.

*Azhafizah ialah web designer.

Comments

  1. saya baru ni masuk, baru nilah perasan
    nampak ceria =)
    suka description pasal ladybird tu =)

    ReplyDelete
  2. ai pun suka hijau jugak lyd..sejak akhir2 ni berminat sangat dengan warna hijau..hehehe

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum lyd...wah cantik hijau pemandangan...:)

    ReplyDelete
  4. Kenapa mama paling besar dan lagaknya tak ubah macam taiko (sbb duduk blkg)?

    Heheheheh!

    ReplyDelete
  5. gitu ghupenya maksud background baru nih.. cute... hehehehe

    ReplyDelete
  6. Hijau mata hitam ku. Elok senaman mata ni. Agak² klo rasa mata tu semacam. Boleh lah terjah blog ko lyd...hehehe...

    ReplyDelete
  7. hahaha..biar buruk asal free!
    cuba carik motif yg ada "bintang"...atau " alam semesta " ke...:P

    ReplyDelete
  8. okje
    comey pulok nengok kombinasi warnanya :)

    ReplyDelete
  9. hahahha samo la kita kedekutnya.. tu la itu hari dah nampak... :) memang fresh la feeling bila datang sini. good job u.

    ReplyDelete
  10. Kena view web version baru nampak keindahannya...

    ReplyDelete
  11. cerah mata masuk sini..rasa fresh jer..

    ReplyDelete
  12. wow.....kedek2 pun still result superb...suka tgok ladybird tuh....cantik...siyes rumah baru Lyd santek...

    ReplyDelete
  13. Ingat tersilap masuk rumah tadi... Saya juga suka hijau, segar mata memandang...
    Kalau ahli keluarga dah bertambah jadi 4, 5 dan 6 nanti kena tambah lagilah bilangan ladybird tu yer...?

    ReplyDelete
  14. Header cantik..

    Hijau sejuk mata memandang ;)

    Mama dok belakang sebab kena standby, sebab tu besar lebih dari yg depan..hihiii

    ReplyDelete
  15. saya suka lagi2 yg kaler ija gini... done nuffnang juga yer

    ReplyDelete
  16. Opocot pucuk paku pucuk manis! Hah, kan dah terkejut den....

    Eleh, sebenarnya masuk-masuk je dah nampak. Maklumlah dulu golap gelita je dunia den, sekarang ni dah sejuk je hati. Cantik Lyd walaupun sendiri godek. Bilalah I boleh buat secantik ini. Jealous sungguh. Nak upah orang tak mampu sebab blog tak generate income cam redmummy tu. Huahaha...

    Seriau... eh, serius! Cantik sangat. Tenang je hati tengok kaler-kaler hijau ni. Ladybird pun comel-comel je macam tuannya. Tapi silalah jangan terangkat lebih-lebih, jangan kembang hidung lebih daripada 1mm!

    ReplyDelete
  17. tahniah lyd..tak berpinar dah mata sy nie dek kesabaran bertaahun2 berkwn ngan lyd dlm alam gelap..hhuhu..jgn mare yer..
    hijau nie mmg fresh lagi rs best jer...tp taak puas atie mama kenapajdladybird paling besau errrhhh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...