Skip to main content

Cara Paling Mudah Dan Ringkas Membuat Coleslaw

Sejahteralah ke atas kamu....

Senang je nak buat coleslaw. Lebih senang daripada nak buat ABC [air batu campur]. Bahan wajib hanya ada 2. Pertama : Kobis. Kedua : Coleslaw dressing.

Bahan-bahan optional kalau suka nak tambah, boleh tambah lobak merah, capsicum, bawang, kismis atau apa-apa sahaja yang lidah terasa nak makan.

Cara-caranya,

Potong kobis sehalus yang mungkin.


Campurkan Coleslaw Dressing ini. Dan gaul rata. 



Tadaaaaa... Dah siap. Dah tak perlu nak tambahkan banyak-banyak bahan dah. Kalau tengok resepi coleslaw, ada yang suka letak susu pekat manis atau gula kemudian perlu tambah krim, pastu tambah jus lemon lagi. Yang ini, dah tak perlu la susah-susah. Guna satu bahan je. 




Resepi mudah untuk buat kentang putar/whipped potato/mashed potato.

Untuk dapatkan hasil terbaik dalam membuat kentang putar, perkara pokok yang perlu dititikberatkan ialah jenis kentang. Ingat ye. Pokok.

Aku guna kentang jenis Russet. Tapi kalo takde sangat, beli je kentang biasa. Boleh jadi jugak kentang putar. Beza kentang Russet ni dengan kentang lain ialah, kentang Russet ni isinya lebih putih daripada kentang biasa, dan kulitnya kurang bermata [tempat yang akan bertunas pucuk baru tu.]



Kupas kulit dan potong kecik-kecik. Ada yang tak buang kulit, tapi aku lagi prefer buang kulit siap-siap, nanti lepas rebus, senang. Boleh terus lenyek. Rebus sampai empuk. 

Kemudian lenyek kentang yang telah direbus menggunakan potato masher. Kalau siapa tak tau cemana rupa potato masher tu, sila kenang kembali saat-saat kamu membeli burger di gerai burger Ramly. Alat yang orang guna untuk buat burger yang berlubang-lubang tu.


Bila kentang dah hancur,  [tak perlu terlampauuuuu halus, nanti texture dia akan jadi melekit macam gam] campurkan black pepper dan garam. Ikut sesedap rasa.. Kalau nak gunakan white pepper pun boleh. Yang tak boleh guna ialah white paper atau black paper.

Bila dan gaul rata dengan perisa, siramkan dengan gravy atau sos black pepper. Kalau sos ni nak buat sendiri, boleh google resepi 'brown sauce'.


Ayam tu nampak cam kusam je kan. Ni aku guna ayam kampung. Kecik dan kurus je. Tak banyak isi pun.

Comments

  1. Senang je nak buat coleslaw ni, saya selalu buat. hehehe

    ReplyDelete
  2. coleslaw feveret sy... nyum,,nyumm.. selalu bli je kat kfc kalu teringin.. kali ni boleh buat la..

    ReplyDelete
  3. oh..ini bikin perut i lapar ni lyd..sampai hati u tau!!

    ReplyDelete
  4. walawei, pepagi ni tengok masakan western
    bikin laparlah! cer hulur sikit!

    bab coleslaw tu memang mudah sungguhlah
    biasa saya memang letak segala bahan yang diajar pada saya
    nanti nak cuba cari menatang tu pula =)

    ReplyDelete
  5. aduiyai 2 kali baca tang white paper & black paper.. punya nak belajor kan.. :P

    thanks for sharing, saya memang suka coleslaw n mashed potato ni.. ^_^

    ReplyDelete
  6. senang je ek...tu pon malas nk buat hehehe ;p

    ReplyDelete
  7. salm lyd,
    kalau ade dressing siap tuh mmg lagi mudah nk buat coleslaw nyer..cam sy sll but dr scratch kan..penat lak sket...
    yg kentang tuh mmg betul..nak buat fries pun kena pilih kentang yg tepat cam russet tuh..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum lyd....sedapnya tengok...:)

    ReplyDelete
  9. Peh! Sedak ni! Mkn westerng memalam yg selalu je ujang. Boleh feelin londong. Hehehehe!

    Nak bt coleslaw gak. Nmpk sedap tu.

    ReplyDelete
  10. Saya lebih tertarik dengan ayaam tu..hihi

    ReplyDelete
  11. Syok juga makan macam ni sekali sekala...buat sendiri je kan..mudah rupanya

    ReplyDelete
  12. Cerahnya.... ceria berkumbang-kumbang lagi, betul ker saya kat umah Cik Lyd ni? Luth... mana Luth.. hahaha takut salah umah, actually singgah mencari resepi sambal hitam kelapa jugak... hehehe

    ReplyDelete
  13. salam kak.... ;).. masih ingtkah diri ini?
    baby akak dh besar mane dah? hihihi..
    ke dah ke sekolah.. hihihihi..

    Akak, cantik ladybird kat header tu.. :D.. 'rumah' baru dah akak..

    ReplyDelete
  14. Aku blurr sikit bab sos nih...

    Salad dressing tak sama dgn coleslaw dressing ke?
    Mayonais tu lain pula? Tak boleh guna ke?

    ReplyDelete
  15. walla cantik nyer langsir baru blog ni... I like sgt2... tq share resepi, dua2 ni KA dh lama tk buat sebab Angah duk pulun buat skang ni hehehe, tpi mmg resepi terbaik ni !

    ReplyDelete
  16. Wah..western gitu..aku ngandung kembar ni asik Teringin yg western western je...

    ReplyDelete
  17. sedapnya...
    tq for sharing..
    blh try jugak.. feberet ni


    eyhhh..kulihat ijauuu

    ReplyDelete
  18. terliur beb! lagi2 tang ayam tu..dalam gambo tak nampak kurus segala tu..tapi nampak sangat menyelerakan

    ReplyDelete
  19. Sedap lah pulak tgk mash potato tu. MEmang senang buat coleslaw Tinggal rajin atau tak jer ☺

    ReplyDelete
  20. alahai bikin hati no panas je nak masak.haha.
    skrg ni masak bagi lapik perut aje.x blh nk beria.bru nak menumis dh waaaaaa.. tutup api, layan anak dulu. hihi

    ReplyDelete
  21. I pakai black paper buat alas pinggan dengan white paper buat lap mulut okey je. Nak watpa guna buat coleslaw pulak....

    I tak pernah buat coleslaw semudah ni tapi setakat mashed potato tu memang rajin sangat ler. Maklumlah kipas susah nak mati kentang ni kalau sehari tak jumpa, memang boleh pitam lepas tu jatuh sakit.

    Gambar last tu memang melampaulah. Buat orang rasa macam nak makan je tapi malas nak buat!

    ReplyDelete
  22. Sesekali mkn western bgs jgk. Tp husben akak ni perut org melayu. X brp nk kenyang mkn western digital je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...