Skip to main content

Luth Dan Guinea Pig

Sejahteralah ke atas kamu...

Setakat ini aku dapat trace bahawa Luth ni suka haiwan, sama macam aku. Kalau tengok kucing, menggelatat kaki tangan nak pegang kucing. Baru-baru ni, balik kampung semasa raya haji, aku bagi dia main dengan Babi Guinea ni, masa menziarah ke rumah Pokde Luth, iaitu abang aku. Oloh, tak sopan betul nama haiwan ni. Hehehe.Takpe, babi tak bersalah. Allah yang jadikan dia dan pasti ada fungsinya dia dijadikan oleh Allah. Eh, tetibe plak cite pasal babi. Padahal nak cerita pasal Guinea Pig ni. Takde kaitan dengan Pig.

Guinea Pig ni milik sepupu Luth, Kak Maisarah anak abang aku. Comel sangat Guinea Pig ni, macam tuan dia. 







Bukan main suka lagi Luth bila dapat main dengan haiwan comel ni. Bila Guinea Pig yang namanya kalau tak silap, Mi-chan ni bergerak je, Luth pun ketawa. Tapi walau cemana pun Luth suka haiwan, jangan harap le nak bela sendiri apa-apa jenis pet sekalipun. Mama tak rajin nak jaga. Diri mama sendiri pun mama tak sempat nak uruskan, kadang2 mandi pun seminit je, ini pulak nak tolong mandikan haiwan. Nehi nehi, kabhi nehi.

Mungkin ada yang tanya, tak bahaya ke bulu haiwan ni kepada Luth? Syukur alhamdulillah Luth takde alahan dengan bulu haiwan, at least buat masa ni. Yang penting lepas pegang kucing aku terus basuh tgn dia. 

Comments

  1. Aku still x pasti luth suka binatang atau jenis geram binatang. Dapat kucing, di lanyak2nya.

    ReplyDelete
  2. saya pun tak ada bela binatang
    bebudak suka aje, aritu afif tanya juga
    saya jawab, daripada kita dapat dosa sebab mungkin haiwan tu teraniaya
    masa dalam belaan kita, biarlah tak payah bela langsung =)

    ReplyDelete
  3. oo..Guinea Pig ke namanya, saya ingat hamster hehehe..parok sungguh..

    aww..comel.. beraninya Luth..kebetulan saya baru jer snap gambar Amsyar ngan kucing...
    nampak sama jer gelagat Luth ngan Amsyar, mesti diorang pelikkan dengan binatang,..

    sayapun kalau boleh tak bagi sangat Amsyar dekat ngan kucing, orang kata bulu dia bahaya..

    ReplyDelete
  4. besar nye natang babi tu .. hojohohoo....
    mls nk buang taik ngan kencing die .. anak2 aku dok muram durja kat rumah tu apaknye pi halau kucen dok mai tumpang mkn kat rumah .... asek la dok tanya awat kucen dah lama tak mai mkn ....

    ReplyDelete
  5. Beraninya luth. Comel jer tgk guinea pig tu.

    ReplyDelete
  6. pandang je ye.nk suruh mama belikan luth x berani nk bersuara.hihi

    ReplyDelete
  7. Bkn takat Luth, aku pun teruja tgk guinea pig live dpn mata.

    ReplyDelete
  8. Dulu I ada bela hamsters, adikkepada pig ni, best sagnt jinak kemain, pastu my fren gedik pi kacukkan dia ngan hamster dia jenis baka russia tu, terus anak2 depa jadi liar semacam, pastu mak dia makan anak dia sekor sekor huhuhu I takder masa kejadian, tapi my fren tu la nangis2 call cakap hamster makan anak dia.. bongok hahahaha.
    eh lari topik.

    ReplyDelete
  9. Kalau kucing kurang la geli sikit..tp tgok bnda ni rasanya geli kot..tp aish pun pencinta haiwan...kucing tu suka sgt

    ReplyDelete
  10. Bila bunyi saja perkataan 'pig' ada yang tersentap. Pada hal di depan rumah pun, dekat pasu bunga banyak juga 'pig' .... siput babi...

    ReplyDelete
  11. waa..beraninya luthh..
    ade sesetengah budak mmg dia takut..

    **cerita psl oink-oink tu.. lya selalu bercerita kisah sejarah oink-oink kat asya.. kisah lahir dari perut gajah, semasa atas kapal bahtera nabi nuh untuk bersihkan najis2 ats bahtera tu.. sebab tu diciptakan oink oink menunduk kebawah.. n hanya dia j y snggup mkn najis n y kotor2.

    ReplyDelete
  12. ololo, dia tak geli pulak eh lyd
    guinea pig ni pun cumel macam arnab tapi telinga pendek :)

    ReplyDelete
  13. mak aih, kuth tk leh geng ngan Aunty KA , bab2 haiwan ni KA lari dulu geli hehehe

    ReplyDelete
  14. berani luth ye sy dlu penah kna gigit terus cuak smpi skrg

    ReplyDelete
  15. alahai .. comelnya . geram lah pulak menengoknya . sis pun suka binatang tapi mmg x rajin nak menjaga ...

    ReplyDelete
  16. Besar jugak tu guinea pig tu, dah macam saiz kucing kecil..hahaha
    Anak2 saya jenis penakut haiwan...dgn kucing pun takut...hahahaha

    ReplyDelete
  17. Kalau luth yg mandikan sendiri, tentu boleh kan mama? Kehkehkeh

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah Luth pencinta haiwan..
    Dari kecik dah suka ni bagus la :)

    ReplyDelete
  19. Rumah I memang takda pet animals sebab Mommynya penakut n penggeli. Superheroes pun tak berapa suka nak dok belai-belai haiwan atas ihsan sikap Mommynya lah ni. Baguslah Luth ni, suka dengan haiwan. Tak pernah pun terfikir nak translate guinea pig jadi babi guinea. Ada-ada je Lyd ni tau!

    ReplyDelete
  20. luth sama macam afia,suka binatang..aiman dulu2 suka senapang pistol dan ultraman je.haha..

    berani ye anak bujang awak lyd,nmpk mesra je dengan guinea pig ni.ssh benar nak sebut nama arnab ni.hiks

    ReplyDelete
  21. luth ni sebijik muka ko kan alid...hehe lari tajuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg le.. dah lama dah tau. rasa mcm dihantui oleh makhluk halus yg merupa mcm muka sendiri. huhu.

      Delete
  22. Tu la pasal. Bdk2 ni nk bela kucing. Xde maknanya. Nnt kucing jdk kuda. Bahaya.

    ReplyDelete
  23. saya dok minat membela ni sbb malas kalau style jenis mmbuang merata rata nie...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...