Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

2010 Yang Bla.. Bla... Blew..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... 2010 adalah tahun yang terbaik bagi seumur hidup saya setakat ini... Walaupun pada awal-awal tahun tu saya mengalami saat-saat yang sukar. Sukar sangat. Bila dikenang akan kesukaran tersebut, hati terasa sangat pedih. Tapi bermula bulan Februari, Mac, April dan seterusnya.. Sehingga la ke Disember, kehidupan saya sangat-sangat baik pada tahun 2010 ini... Terbaik boleh dikatakan begitu. Kenapa? Kerana pada tahun 2010 ini, saya telah menemui semula jati diri saya yang telah saya hilangkan pada tahun sebelum-sebelum ini... Hubungan sesama manusia juga telah saya perbaiki, dan semakin baik kini. Dan harapan saya semoga segalanya akan semakin baik bagi masa-masa akan datang. Saya juga telah menemui tujuan hidup saya, maka saya lebih fokus untuk ke arah itu sahaja. Tujuan hidup saya adalah... Untuk menuju hari akhirat. Dunia ini hanya jambatan utk ke akhirat. Begitu juga dengan sifat dalaman saya. Saya tak tau sama ada benar atau tidak, teta...

Takde Tajuk

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... 10.24pm. Tadi saya dah tido. Sbb saya sakit perut. Pastu saya bermimpi saya nak pegi satu tempat, erm.. macam ke belah utara. Dan saya tumpang keta OrgKgBaru dan suami beliau. Mat Aatif pun ader jugak. Mak abah saya pun ada jugak tumpang keta tu. Pastu, masa singgah kat satu perhentian mcm pump station... Saya beli jeruk. Pastu masa terkelam kabut nak teruskan perjalanan, masa nak naik keta tu... Saya tak sengaja tertumpahkan kuah jeruk tu, pastu terkena kaki suar suami OrgKgBaru. Huh... OrgKgBaru beriya marah saya. Saya takut giler. Beliau kata "Suar husband aku ni kalo kena bacteria sikit pun tak boleh... inikan plak kuah jeruk!!". Pastu oleh sebab saya segan dan rasa bersalah... Saya tak tumpang beliau la.. Saya dgn mak abah saya turun. Then tempat tu tetiba jadi mcm FunFair... Ada 'merry-go-round'.. *sesape yg tak tau, Merry Go Round tu kerusi yang berpusing tu, contoh mcm kuda berpusing2. Tapi ni bukan kuda tau.....

Mat Rempit..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Bila saya drive, saya selalu rasa takut dgn penunggang2 motorsikal. Tu la.. Saper suruh jenayah ragut tu kebanyakannya dilakukan oleh perompak yang menunggang motosikal? Bila dengar mcm ader bunyi moto nak lalu kat tepi keta saya, saya otometik akan curiga. Terasa mcm mereka nak rompak saya. Huhu.. Padahal ramai giler kawan2 saya merempit dgn moto. Mr Storm pun mat rempit jugak kadang-kadang. Dan mat rempit yang paling tegar sudah semestinya abah saya... Saya paling takleh lupa bila member saya cakap, "Salida, aku nampak ayah ko ari tu, naik moto 3 org."... Hahahahaha... Sabar je la. 3 org tu, abah saya yang bawak moto, 2 org kawan beliau [Pakcik Man dan Pakcik Mat],bonceng kat belakang. Ada beberapa pengalaman saya dgn mat rempit ni... [Sila baca, mat rempit = penunggang motosikal].. Kisah 1 : Masa kereta saya buat onar kt tgh-tgh trafik light Jln Bangsar... Waktu itu... Kereta saya dah terus tak boleh gerak, sebab bateri ...

Penyembuh Atau Pe'tidak'nyembuh?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Sekarang musim hujan. Ramai yang tak sihat. Demam. Selsema. Batuk. Termasuk la saya. Kalau pegi klinik.... Doktor akan balik-balik bagi Paracetamol dan antibiotik. Bosan lah nak makan ubat. Tak suka makan ubat tu bukan sebab rasanya yang tak berapa nak sedap tu. Tapi..... haihhh.. Ntah le. Mind setting saya terasa mcm ubat tu adalah racun. Hehehe. Kampung betul. Satu masa dulu, saya suka ambil supplement [vitamin tambahan]. Ntah macam-macam jenis la saya makan. Vitamin C , B Complex, Calcium, Trace Mineral, Vitex, EPO dan macam-macam lagi la. Kononnya utk memelihara kesihatan dengan lebih baik. Lagipun, bila makan supplement... Terasa seperti diriku ini manusia moden yang intelektual. Memang la mereka[pengeluar] kata supplement yang mereka hasilkan diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Dari buah oren la, biji anggur la, herba lingzhi, ginseng, apa jadah semua kan. Tapi... supplement tu akhirnya dipersembahkan dalam bentuk pil, at...

I.D.E.A

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Jam : 1.33am Kalo Mr Storm tau saya masih berjaga selewat ini sekarang, mesti saya kena nasihat dengan nada tegas oleh beliau. Huhu. Dan kalau pagi esok saya susah nak bangun tido, mesti saya tak sempat nak masak untuk bawak bekal, then saya lambat sampai ofis. Pastu bila JekJan tanya kenapa lambat, bleh la saya salahkan jiran saya yang park keta dia blocking keta saya. Kehkeh. Blog saya sejak kebelakangan ni seolah-olah terbiar. Ntah la kenapa. Saya nak post a new entry, tapi takde idea. Dah puas perah otak sekali dgn tempurung kepala utk kuarkan idea.. tapi tak juga kuar. Agaknya sebab saya bahagia, ilham pun terus tak keluar. Ooppss... Sebelum ni, yang bila saya post entry banyak2 tu, bukan sebab tak bahagia. Bahagia jugak. Cuma sekarang lagi bahagia. Erm.. MamaJue dgn OrgKgBaru mesti tumpang gembira bile dgr saya bahagia kan? Sebab dulu time saya sedih, mereka berdua le yg mengadap muka saya. Hehehe. Ok.. Tu je la. Lain kali la sam...

Saya Dan Mr Storm

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Join giveaway Petak Bunga . Aku tahu aku jatuh cinta bila aku rasa selesa berdampingan dengan orang tu.  Hek eleh,.... Kecoh nak bitau semua org pasal kisah percintaan sendiri... Takpe.. takpe.. Relax... Nak citer jugak. Saya dan Mr Storm sama skolah menengah. Kami sebaya. Namun tak pernah berkawan pun masa skolah dulu. Tapi saya tau dia tinggal kat mana dan dia anak sapa. Dan saya rasa, dia pun tau saya tinggal kat mana dan anak siapa. Sebab kami berasal dari DUN yang sama. Masa sekolah dulu, saya tinggal di asrama. Mr Storm pun, kalo tak silap saya... tinggal di asrama. Dan dia ada adik pompuan. Nama Ina. Pun tinggal di asrama. Cuma saya dah tak ingat Ina ni sebilik dgn saya atau tak. Tapi saya berkawan la dgn Ina tu. Ina muda 2 tahun daripada saya. Waktu skolah menengah tu, Mr Storm hensem. Mungkin waktu tu dia budak2 lagi, so jambu la kan. Hehehe. Saya siap beli gmbr waktu Hari Sukan yang ader muka Mr Storm sec...

Gubahan Hantaran Bertunang - Tuala/Towel

Sejahteralah ke atas kamu yang membawa blog ini... Kita bertemu lagi dalam entry yang tak menarik ini... Tapi kali ni, malas nak cerita detail-detail sangat. Cukup le dgn gambar dan penerangan ringkas. Gubahan Hantaran Pertunangan - Tuala atau towel Motif : Buah-buahan. Tapi tak tau buah mende. Hahahha. Sbb kaler dah le kelabu kan? Pastu ada putet plak kat atas tu. Kalau nak buat bentuk bulat2 tu, gumpalkan surat kabar. Buat le saiz yg berbeza-beza skit. Baru la seni. Tapi saiz tu jgn la jauh beza sgt. Kemudian ikat guna benang atau getah gelang. Kemudian hiaslah dengan daun2 atau apa-apa bahan tambahan yang lain. Bahagian bawah tuala yang tak diikat jadi bulat tu, lipat masuk ke bawah. Kira mcm pandai2 le cover. Dan daun-daun tu membantu untuk cover bahagian bawah tuala yang berserabut tu. Gubahan Hantaran Bertunang - Bakul Buah-buahan Bakul buah-buahan ni, kat bawah tu, lapik dgn kain organza. Kalau bakul tu besar sgt, dan buah tak cukup, kat bawah tu bleh letak kertas yang digumpal...

Sebab Tu La Aku Malas!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Semalam saya pegi Seminar ICT Personnel di JPA Cyberjaya. Huuu, nyaris dah nak menangis sebab kena pegi sorang-sorang ke tempat yg tak penah pegi. Ok.. Saya mengaku saya belum penah pegi Cyberjaya. So what? Heheh. Tapi nasib baik la ada orang yang sudi nak tolong hantarkan. Siapa lagi. Mr Storm la. Tapi bukan nak cerita pasal beliau pun kali ni... Waktu saya pegi tu, peserta-peserta kursus yg hadir, ada dalam lebih kurang 150 org. Kira mcm ramai la. Semua ICT Personnel dari jabatan-jabatan kerajaan. Dah tu, kenapa saya terlibat? SSM bukan kerajaan.. Huhu... Tapi takde hal punye. Alang-alang dah berjaya sampai ke situ, just go with the flow je la kan? Saya pun amik tempat lajur yang di tgh-tgh, barisan kedua dari depan. Huh... Bersemangat kesukanan membara betul. Then mulalah susah nak tidur. Sebab betul2 duduk depan penceramah, sebab seat barisan pertama semua kosong. Cheh.. Bingai. Saya ada la juga bersalam-salaman dgn peserta-peserta...

Forgive But Not Forget!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Penah dgr tak ayat yg saya jadikan tajuk entry ni? Kalo tak penah dengar pun tidak mengapa. Maksud ayat tu ialah... "Memaafkan tetapi bukan melupakan". Sesuai digunakan jika ada seseorang yang melukakan hati atau buat salah pada kita. Mungkin kita boleh memaafkan dia... Tetapi... Takkan sekali-kali dapat melupakan apa yang dia lakukan tu. Saya ni seorang yang cepat lupa pertelingkahan dengan orang lain. Biasanya saya tak simpan dalam hati pun jika hati saya terluka. Bak kata big boss saya "learn how to let go". Saya simpan di dalam hati dan praktikkan apa yang beliau pesan itu. Tapi..... Walaupun saya cepat melupakan... ada juga beberapa peristiwa yang berlaku kepada saya... yang saya rasa saya dianiaya, atau disakiti... Yang tidak akan dapat saya lupakan seumur hidup. Saya telahpun memaafkan mereka yg terlibat. Tetapi... saya takkan dpt lupakan apa yang mereka lakukan kepada saya. Sebenarnya hanya ada 2 orang je. ...

Berlinangan Airmata Sebentar.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Semalam saya pegi jalan-jalan shopping dengan CikAtul selepas dah 6 thn tak shopping sama-sama dgn beliau [propa la tu 6 thn.] . Maklumlah.. Beliau bz bershopping dgn tunang je. Dan saya pon selalunya banyak je program time-time weekends. Jadi, semalam kami ada la jugak masa utk spend together sebelum kami kawen. Huhu.. Nnt mesti dah takde peluang dah nak gedik2 dgn girlfriend. Sbb nnt masing-masing dah ader suami, mesti tergedik dgn suami je. Kehkeh. [CikAtul mesti rasa tak best jalan dgn aku dah skrg, sbb takde org nak tolong bawakkan barang-barang beliau, disamping takleh manja-manja mcm dgn tunang. Huhu.. ]. Ok..Sebenarnya saya nak citer pasal perfume. Saya suka perfume. Tapi bukan semua jenis saya suka. Saya tak boleh tahan dgn perfume yg baunya mcm terselaput. Mcmn nak jelaskan bau yang terselaput tu ye. Istilah tu saya sendiri yang bagi. Kekeke. Perfume saya baunya fresh. Dan fruity. Contoh perfume yang baunya 'terselaput...

My Nieces and Nephews.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Saya ni bukanlah seorang maksu yang mithali. Tapi kadang-kadang saya rajin la juga layan bersembang dgn anak-anak buah saya yang very the tak sikit tu. Baru-baru ni, masa pegi umah Kak Teh saya, saya dengar anak-anak buah saya bersembang sesama sendiri. 'Aaina [9 thn] dan Siti Sarah [10 thn]. Mula-mula 'Aaina ckp "Ader ustaz tu bagi ceramah, pastu ustaz tu kata.. bahaya kalo minum Milo, sbb dalam Milo tu ader cacing. Ustaz tu kata, sardin pun bahaya gak. Sbb org tu letak katak dalam sardin. Ngarut je ustaz tu." [Pandai plak si 'Aaina ni menilai berita fasik. Heheh. Kalo maksu dia ni dulu, main percaya je kalo dpt informasi mcm tu.] Then Siti Sarah pun sambung.... "Ha.. ah la.. Ustaz aku pon penah cakap... kalo minum air sirap pun kena berhati-hati. Sebab dalam sirap tu, kadang-kadang ada semut api"... Saya? Erm.. Blur. Siti Sarah ni mmg kelakar + unik + misteri. Saya ingatkan ader gosip pasal dlm sirap t...

Bubble Tea

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Ini adalah bubble tea. Yang dibelanja oleh Ustazah Alia sempena pertunangan saya. Heheh. Gigi atuk ni bersinar sangatlah! Perisa coklat. Rasa mcm air milo. Tapi ader makhluk bulat-bulat di dalamnya. Sedap dan menghiburkan. Sbb bleh kunyah2 makhluk yang bulat-bulat kenyal itewww.... Makhluk yg bulat-bulat ni rasanya mcm tepung pulut yg digentel kecik-kecik... Tapi versi yg kurang air. Ahh.. What ever la. Hahaha.

Emosi Dan Tuala Wanita

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kelakar je saya rasa bila tengok iklan tuala wanita, yang motifnya berkenaan dengan 'memulihkan emosi wanita'. Ada beberapa jenama yang saya tengok. Yang pertama, menawarkan bentuk tuala wanita, melengkung di hadapan, lebar di tengah dan berbelah di belakang.... Dan yang kedua menawarkan corak berwarna-warni yang ceria, dengan harapan.... mood wanita yang datang bulan tu boleh berubah dgn keadaan tuala wanita yang ditawarkan mereka. Hahaha... Kelakar la... Sebagai pompuan, kamu sendiri tau emosi kamu sewaktu period memang ajaib. Tak ada apa pun yang dapat membantu memulihkannya betul tak? Walau orang yang paling kamu sayangi pun belum tentu dapat meredakan emosi kamu. Kadang-kadang siap kena marah lagi. Kalau tak kena marah pun, paling best pun kena buat tak tau je la dgn kita. Dah tu, org yang paling disayangi pun kena marah, ada apa la dengan tuala wanita. Buat le corak apa pun pada tuala wanita tu, kalau dah namanya emosi, ...

Blogger World

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Kadang-kadang bloggers ni agak chumel jugak. Sebab ada beberapa 'signature habits' bloggers yang saya perasan selalu dilakukan oleh bloggers. [Termasuk la saya. Lalalala. Cuma bezanya, saya tak chumel. Saya jelita. Owhh... Pleasee... Jgn muntah.] Signature 1 : I'm So Sorry. ~ Bila dah lama tak update blog, bloggers suka mintak maaf dgn followers. Then mereka akan beri 16 juta alasan kenapa tak update blog. Kucing saya masuk spital la. Line Celcom saya masuk air la. Cikgu skolah saya bagi byk sgt homework, bla..bla..bla.. Tak dinafikan, ramai bloggers yang ramai followers. Mesti followers mereka sangat terasa seperti kehilangan sesuatu di dlm hidup kalo blog feveret mereka tu tak update kan? Kan? Tapi saya sebagai follower kepada blog lain, serius, saya tak rasa apa-apa pun kalo blog yg saya followed tu tak updated. Sbb saya mcm ader a thousand lagi blog lain utk dibaca. Signature 2 : I'm Blogwalker.... This blog is ma...

Gubahan Hantaran Bertunang - Kain Pelikat

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Last entry tentang gubahan hantaran bertunang, saya ada selitkan satu gambar gubahan kain pelikat tapi saya tak ceritakan pun cara-cara nak buat kan? Sorry, sebab masa tu dah letih gila nak sambung cerita teknik menggubahnya. Sekarang saya nak kongsikan, cara nak gubah hantaran kain pelikat yg saya buat tu. Mula-mula, bahan-bahannya kena la cukup. Macam biasa; Gabus utk alas. Gunting. Benang. Jarum peniti. Kad board [jangan guna cupboard plak. Keras. Hahaha]. Kadboard ni kertas keras. Mcm kertas kotak tu. Senang citer, memang kertas kotak la. Kain pelikat. Rantai bentuk bunge2 yg berwarna ikut suka. [Bahan ni pon optional. Kalo nak letak, bleh je letak]. Cara-caranya : 1. Gabus mesti la dah siap balut dan letak renda yer. 2. Kadbod, gunting bentuk oval [bujur] utk dijadikan kelopak bunga sebanyak 8 keping. Kemudian, tekan-tekan kan kadbod yg digunting supaya bentuknya menjadi boleh lentur. 3. Mula balut kadbod dari tengah2 kain pelika...

Merajuk

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Dulu saya memang suka merajuk. Ntah apa ke benda ntah tetiba merajuk. Kalo semut masuk dalam air minum saya pon saya merajuk. Merajuk dengan semut. Sampaikan boyfriend saya pada waktu tu selalu cakap macam ni pada saya [dengan slang Sabah] “Lyd ni... Sikit-sikit mo merajuk... Sikit-sikit mo merajuk. Bosanlah!”. Tapi masa tu bukan saya kisah pon kalo dia bosan. Asalkan saya dapat merajuk. Perasaannya biler merajuk tu, terasa mcm diva. Konon-konon mcm disayangi, dimanjai diberi perhatian yg lebih khusus. Bengong betul kan? Ada suatu hari tu... Saya baca 1 majalah. Dalam majalah tu ada ruangan ‘Rahsia Kejayaan Rumahtangga’. Biasanya mereka akan interview satu pasangan yang dah lama kawen dan berjaya mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka. Pasangan yang kisahnya dipaparkan dalam ruangan itu ialah pasangan bukan melayu. Tapi saya dah lupa siapa. Rasa mcm org terkenal juga la. Si isteri berkongsi tips kebahagiaan rumahtangga beliau, dan...