Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... *Menaip entry baru sambil mendengar lagu 'Selimut Hati - Dewe Semilan Belas'..... Seusia saya hidup di dunia yg sementara ini, SALAH FAHAM adalah salah satu perkara yang saya selalu sangat terlibat dengan. Ayat tu macam huru hara je. Hahahaha... Tapi kamu faham maksud saya kan? Sudah banyak kali saya melalui perkara-perkara salah faham ni. Kalau setakat salah faham tapi tak ada kesan apa-apa terhadap orang lain, tak mengapa. Ini boleh efek pada kehidupan orang lain. Dan saya pun selalu juga salah faham pada orang lain. Jadi, marilah kita bersama-sama jangan menyalah fahamkan orang lain. Sebab bila orang lain menyalah faham pada kita, kita akan rasa macam nak baling selipar je kat mereka. Habis, bila kita yang menyalah faham orang lain, kita ingat orang lain tak teringin nak baling tong gas ke kat kita? Pendapat saya, walau apa-apa pun, kehidupan kita ni sebenarnya ringkas sahaja. Sama seperti bacaan doa iftitah yang kita baca ...