Skip to main content

Cuba Teka?


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kalau kamu terrorist.... Cuba kamu teka, apakah nama ikan ini?
[Sila rujuk gambar]



Haaa... Mesti takut nak teka betul tak? Kalau jawab betul, nanti dikatakan sebagai terrorist pula ye?

Sepatutnya saya balik ke KL hari ni [Sabtu]. Tapi bila saya fikir-fikirkan, baru saya sedar yang sepanjang saya cuti 12 hari dan duduk di kampung, saya belum bawa mak saya pegi jalan-jalan, naik kereta Qenary ku itu. Memang la pegi open house, mak saya ikut. Tapi beliau naik keta kakak saya [Teh]. Jadi, semalam... saya tanya mak saya. Beliau ada nak ke mana-mana tak? Kalau ada, saya balik hari Ahad saja la. Dan beliau jawab, ada. Maka, tak jadi la saya balik hari ni ke KL.

Oleh itu, hari ni... saya bawa mak saya pegi pasar [sambel menyanyikan lagu 'mak..mak pegi pasar.. mak beli satu barang... awk teka warna apa??']. Dan pegi kedai kain, beli cadar, beli tikar getah. Dan Akak saya juga join juga. Beli barang-barang keperluan beliau.

Semasa saya di kedai kain, tengah pilih cadar ... mamat Bangladesh yg keja kat kedai tu dok panggil saya .... err... nak cakap ke tanak... err malunya lah... Err... Dia panggil saya Kajol... Muahahaha.... Sbb dia kata, hidung saya mcm hidung Kajol. Silau ke apa mata dia tu? Hidung bunga saya ni bleh plak dia kata mancung macam hidung Kajol. Tu dah Kojol namanya. Statement yang paling tak tahan, bila dia kata... hanya hidung saya mcm Kajol, yang lain tak sama. Haisshh... Dah tentu la wei... Mata saya dah sah-sah mata Korea. ~perasan je. Belum masuk part gigi kapak saya lagi. Hahaha. Padahal saya tau la taktik dia je untuk ambil hati pelanggan. Tapi kalau ye pun, petik la nama yang logik skit. Mcm Preity Zinta ke atau Takako Matsu ke [dah sah dia tak kenal punya pelakon Jepun kan?].

Balik ke kereta, hantar barang... tengok-tengok kena saman parking kerana 'gagal mempamerkan kupon parking'. Ceh... Tangkai jering betul MPK ni. Ingatkan hari Sabtu, dierang cuti. Hehehe....

Kemudian baru la saya temankan mak saya ke pasar. Waktu kami sampai tu, pasar tu dah nak tutup dah. Boleh dikatakan, semua peniaga dah simpan ikan-ikan yg mereka jual. Cuma ada beberapa kedai je yg belum simpan. Kat satu kedai ikan tu, ada ikan kaler biru seperti gambar di atas tu. Saya secara automatik nya menjadi sakai. Sebab seriously, tak penah tengok pun ikan tu sebelum ni. Sama ada yang hidup atau yang telah mati. Masa mak saya sibuk berurusniaga beli ikan, saya plak sibuk amik gambar. Sampai brader yg jual ikan tu offer utk tolong pegangkan ikan tu utk saya ambil gambar.


Ikan ni namanya Ikan Bayan. Dah boleh agak la kenapa namanya mcm tu. Kan macam burung Bayan[Parrot]. Ada kaler warna warni dan tompok-tompok warna tu plak berlainan bagi setiap ikan. Macam orang jugalah. Ada yang berhidung bunga macam saya, ada berhidung mancung macam Kajol. Kehkeh.

Saya punya la takjub dengan ikan tu, macam-macam soalan yang saya tanya brader jual ikan tu. "Ikan ni betul ke boleh makan? Nampak mcm ikan yang orang bela kat aquarium pastu kena curi je". Brader tu kata, betul...boleh makan. Sebab ikan Bayan ni memang tak boleh pelihara. Lepas tangkap je, terus dia mati. Nak tanya nama pun tak sempat. Inikan plak nak berkenalan. Apatah lagi nak ajak dia tinggal sama-sama.

Brader tu tanya saya, "makan tak ikan Bayan ni?", so saya cakap le, "Aihh... Jumpa pun tak penah, canner nak makan". Pastu sambil dia tanya tu, sambil tu jugak dia pegi amik satu plastik bag, then dia letak beberapa ekor ikan bawal putih... Pastu dia tanya lagi "Makan ikan bawal tak?" saya jawab la "Makan", then terus dia hulur ikan bawal yang dia letak dalam plastik tu kat saya. Hehehe.. Cuba kalo saya jawab "Tak makan la.. Ikan yang paling saya benci skali dalam dunia, ikan bawal le...".. Hehehehe... Agak-agaknya apa tindakan dia ek kalo saya jawab mcm tu? Saya pun terlupa nak menyakat dia tadi.

Lepas beli ikan, mak saya nak beli ketam plak. Ketam sekilo RM22. Mak saya mintak 2 ekor je. Pastu sebelum balik tu, penjual tu bagi lagi 2 ekor secara percuma. Bagus gak beli ikan masa pasar dah nak tutup ni.. Dapat percuma. Kekeke....

Sebelum balik umah, saya singgah umah Abang De saya jap. Nak mintak tolong dia bayarkan saman MPK tu. RM5 je. Tu yang laju je nak bayar. Hahaha... Pastu, masa saya dah dalam keta nak gerak balik tu... Abg saya tanya "Eh, awk tukar cat keta ek?". Pastu saya nafikan la... Sebab mana ada saya tukar kaler pun. Pastu abg saya sambung lagi "Nampak warna cat ni macam gelap sikit"... Hahaha... Saya jawab ler... "Nampak gelap ni bukan sebab tukar cat, tapi sebab dah lama tak basuh keta". Kehkeh... Pastu abg saya gelak je, rupanya baru saya perasan dia memang dari awl lagi perli saya sebab keta saya kotor giler. Hahahah... Nyampah aku.

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...