Skip to main content

Aidilfitri Eve

Sejahteralah ke atas kamu yanmg membaca blog ini.....


[Saya tahu kamu ternanti-nanti entry terbaru dari saya. Jadi, saya update juga blog ini walaupun di hari kemenangan. ~ pergghh... perasan gila.]

Sehari sebelum raya, saya sambung tidur selepas solat subuh dan bangun semula jam 9.30pg. Itu pun setelah emak saya panggil untuk suruh saya bayar duit ayam 7 ekor kepada delivery boy yang hantar ayam tersebut. Sebab mak saya terlupa di mana beliau letakkan beg duit beliau. Tapi masalahnya saya pun tiada duit tunai, sebab saya tidak sempat mengeluarkan wang sebelum pulang ke kampung malam tadi. Sampai di kampung pun jam 3 pagi. Huhu.. Dahsyat sungguh 'jammed' di musim perayaan ini. [Akhirnya kakak saya yang bayar harga ayam tersebut]..

Bangun saja dari tidur, dengan mata yang belum dapat dibuka sepenuhnya, terus sahaja saya pergi membantu emak menganyam ketupat. Rasanya saya anyam dalam 80 sarung ketupat. Jam 12.30 tghr siap anyam. Kemudian, tolong Kak Long cuci ayam yang telah dipotong2 oleh beliau.

Sebenarnya saya sangat penat[sebab memandu semalam dari jam 10.00 mlm sehingga jam 3.00 pagi]. Dan sangat haus [sebab kurang minum air pada hari sebelumnya]. Kebetulan pula, hari terakhir puasa itulah hari yang paling panas sepanjang bulan Ramadhan ini[pendapat peribadi saya saja]. Tetapi masih banyak pula tugas-tugas yang belum diselesaikan [untuk raya ini]. Selepas cuci ayam, saya berhenti untuk solat Zohor, dan 'berlabuh' sebentar. Kemudian, sambung kupas bawang untuk masak rendang. Dan sapu halaman rumah, collaborated with my Kak Long. Penat gila wooo... nasib baik ada anak dara Kak Long 2 orang. Boleh kerahkan tenaga mereka untuk tukar langsir.

Walaupun saya penat, tapi rasanya Kak Long saya mesti lagi penat. Sebab beliau memang non-stop buat kerja. Kagum betul saya. Rasanya memang pada raya setiap tahun, hanya saya dan Kak Long sahaja yang memang akan balik paling awal, juga adalah yang terakhir pulang semula ke rumah masing2. Penting betul watak 'Kak Long' ni dalam keluarga kami. Sebab beliau macam 'anchor', yang mengambil alih tugas emak setelah emak sudah tidak larat untuk 'in-charge' semua tugas-tugas persiapan raya ni.

Jam 6 ptg, Abg Chik pula sampai bersama isteri dan 4 orang anak beliau. [Kak Long ada 5 orang anak.]. Hari itu, kami berbuka puasa dengan ketupat, rendang, kuah kacang dan satay goreng. Dah rasmi dulu makanan untuk pagi raya.


Maaf yer, senarai di bawah ini hanya untuk rujukan saya bagi raya tahun depan. Kot-kot nanti ada yang mengelat untuk balik raya. Heh! Jangan mimpi!

Siblings yang ada di kampung saya pada hari raya pertama/raya eve :

1. Kak Long
2. Abg Chik
3. Ngah
4. Lyda

Yang lain-lain, sila balik tahun depan yer. ~Sincerely, Zombie.

Comments

  1. Syok sendirinya entry ni. Hahaha... nampak gayanya... Raya tahun ni, saya takkan berada di rumah mak la utk raya pertama. Huhuhu... Sedihnya... Kena beraya kat umah ibu mertua.. hihi... Pdhal dekat ceh je umah mak dgn ibu. Galok.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Doktor Lelaki dan Aurat Wanita

Sejahteralah ke atas kamu... Saya kerap terfikir, kenapa..... di negara kita ni, tiada penguatkuasaan untuk menempatkan/melantik hanya doktor wanita sahaja di bahagian O & G [ Obstetrics and gynaecology , surgical specialties dealing with the female reproductive organs]. Maksud saya di sini untuk hospital kerajaan. Sapa yang kurang faham, lebih specific saya bagitau, bahagian bersalin di hospital kerajaan.Di hospital swasta tak payah cerita la kan. Pesakit boleh request doktor wanita atau doktor lelaki masa nak bersalin. Orang yang mampu, boleh request doktor yang mereka mahukan. Tapi bagi yang tidak mampu? Graduan perubatan wanita kan ramai. Kenapa tak tempatkan graduan yang ramai itu di bahagian sakit puan? Adakah sebab wanita kurang mahir dengan reproductive organs kaum mereka sendiri? Atau wanita cepat panik untuk sambut wanita lain bersalin? Okayla... Nampak macam saya ni suka mempertikaikan apa yang sudah ditentukan. Negara kita ni katanya negara Islam. Perkara begi...