Skip to main content

Posts

Mines Beach Resort - Mines Wellness City, Seri Kembangan

 Sejahteralah ke atas kamu.... Saya jarang pergi bercuti (vacation). Kalau saya pergi pun, hanya sekadar check-in di hotel-hotel yang mur-mur* sekitar Lembah Klang. Saya ni tak suka penat. Kalau travel jauh-jauh, nanti perjalanan tu penat. Kalau esoknya kerja, hah kejang la badan. Mines Beach Resort ni letaknya di Seri Kembangan. Dekat je dengan The Mines Shopping Mall.  Bila namanya 'resort', kita kena faham bahawa dia bukanlah hotel dengan bangunan tinggi. Resort biasanya konsep bangunan 3 hingga 6 tingkat yang melebar dari wing kanan ke wing kiri.  Interior design agak menyenangkan. Banyak sofa di ruangan lobi. Boleh santai-santai melepak. Waktu saya pergi sini, tidak ramai yang datang menginap di sini. Jadi agak sunyi la. Saya lupa nak request 1 king bed. Patutnya bila anak ramai ni, kena request family room dah. Takleh duduk bilik deluxe dah. Tapi takpe, kita jimat mana boleh jimat.  Resort ni resort yang dah lama. Semasa PKP di zaman Covid dulu, resort ni ditut...

Resepi Bubur Ayam Paling Mudah dan Sedap Pasti Jadi

  Sejahteralah ke atas kamu..... Sekarang musim demam. Walaupun aku rasa, sepanjang masa je orang sentiasa demam dan sembuh. Datang dan pergi. Tapi setiap kali demam, orang akan cakap, "Musim demam sekarang". Takpe, layan je la. Bila demam, ramai orang yang seleranya pun menurun. (tidak termasuk aku. Aku kalau demam, makan tetap on seperti biasa. Demam tu biarlah demam. Makan tu guna sistem lain. Haha.).  Ini bubur yang aku selalu masak bila aku tengok selera anak-anak aku menurun apabila demam. Senang sangat hoihh kaedahnya. Orang yang tak reti masak pun insyaAllah kalau masak ni akan menjadi.  Resepi: 1 cawan beras . 4 cawan air  2 Bawang merah (Ikut suka nak potong macamana. Kalau tengok dalam gambar ni, aku potong kelar dan tak putus pun bawang tu. Ada tujuannya. Sebab nanti aku taknak dia bercampur dan berselerak dalam bubur, lepas tu nak suap kat anak-anak nanti aku yang banyak kerija kena asingkan bawang. Tak koser aku.) 2 bawang putih. (potong pun ikut suka. ...

10 ADAB PERLU AJAR KEPADA ANAK

  Sejahteralah ke atas kamu... Aku jumpa poster ni di IG. Ada kawan share. Macam menarik, maka aku pun lukis semula pada kertas lukisan anak dan tampal dekat dengan meja makan. (Printer dah rosak. huhu. ) Comel kan? Kenapa aku tampal dekat meja makan.... Kisahnya, sebelum ini, aku ada tampal beberapa doa tentang Ramadhan dan doa keampunan malam lailatulqadar di situ. Anak-anak aku ni, time makan dia takde apa nak pandang, jadi automatik mata dia akan pandang doa-doa tu. Dan baca. Dan secara tak sengaja, mereka dapat hafal.  Jadi, aku cuba la nak didik adab-adab ni kepada anak-anak aku dengan cara tampalan yang sama. Harap-harap menjadi la kali ni.

20th Century Girl Review

Sejahteralah ke atas kamu, Title: 20th Century Girl.  Genre: Romantic, Comedy, Melodrama, Family, Friendship Synopsis: Kisah tentang seorang gadis sekolah tinggi, Na Bo Ra dan sahabat baiknya yang menghidapi penyakit jantung, Kim Yeon Du. Sehari sebelum Yeon Du sepatutnya dijadualkan berlepas ke USA untuk pembedahan jantung, dia telah terjatuh hati pandang pertama dengan seorang pelajar lelaki yang datang ke kedai tempahan baju milik keluarganya. Yeon Du tidak mahu ke USA kerana ingin mengejar cinta pertamanya itu. Na Bora yang sangat mengambil berat tentang sahabat karibnya, mendaftarkan akaun email untuk dia dan Yeon Du agar dapat berhubung dan menyampaikan berita tentang lelaki pujaan Yeon Du itu sepanjang dia berada di USA. Maka, Yeon Du pun bersetuju untuk teruskan rawatan. Nama lelaki yang dikatakan sebagai cinta pandang pertama Yeon Du itu ialah Baek Hyun Jin (berdasarkan nametagnya yang terlihat oleh Yeon Du). Hyun Jin mempunyai sahabat baik bernama Poong Woon Ho. Na Bo Ra ...

Big Mouth Review (Spoiler Alert)

 Sejahteralah ke atas kamu..... Drama Korea - Big Mouth, lakonan Lee Jong Suk, Yoona, Kwak Dong-Yeon, Ok Ja-Yeon dan lain-lain.  Big Mouth Casts Sinopsis: Kisah tentang seorang peguam (Park Chang Ho, lakokan Lee Jong Suk) yang tidak begitu cemerlang dalam kerjayanya, yang selalu kalah dalam kes sehingga diberi gelaran Big Mouth oleh orang-orang di dalam bidangnya.  Suatu hari, Park Chang Ho telah menerima satu kes langgar lari yang telah menyebabkan kematian seorang Pengerusi Hospital, dengan bayaran yang tinggi. Orang yang mengupah Chang Ho ialah datuk bandar Gucheon, Choi Do Ha. Tujuannya memilih Chang Ho ialah kerana inginkan seorang peguam yang boleh diperkotak-katik, memandangkan kes tersebut sebenarnya melibatkan scandal berprofil tinggi. Choi Do Ha and his wife in Big Mouth Main Cast Big Mouth Tetapi Park Chang Ho tidak la sebodoh yang disangka. Dia membuat tindakan yang seolah-olah mengancam penjenayah di sebalik kes langgar lari tersebut. Maka, bemula la kejadian...

Kenapa Saya Tidak Pandai Berniaga

Sejahteralah ke atas kamu...... Aku kan..... Bila tengok orang berniaga dan berjaya dalam perniagaan dia, aku pun nak berniaga. Tapi aku berniaga selalu je warm-warm chicken shit. Selalu tak success pun. Aku fikir-fikir balik, kenapa aku ni selalu berniaga tapi tak menjadi, aku rasa dapat kenal pasti punca-puncanya. 1. Salah pilih produk jualan.  - Aku selalu jual barang yang aku suka je. Aku tak fikir pun pasal orang lain suka ke tidak. Dah selalunya apa yang aku suka tu orang lain tak suka. Begitu juga la, ada barang yang aku tak suka, tapi aku taknak jual walaupun ramaiiiii orang suka. Contohnya, aku tak suka ikan keli. Kalau nak suruh aku jual ikan keli, memang tak la. Aku tak reti. Dah macamana aku nak jawab kalau orang tanya pasal ikan keli. Tapi aku tengok ada kawan aku jual ikan keli perap, kemain laku. Contoh barang yang aku suka, macam cadar cotton 350 thread count. Aku rasa memang best gila cadar tu. Tapi orang tak minat pun nak beli. Ada je macam-macam alasan. Mungkin a...

Siapa Rindu Benda Ni?

My Sejahtera lah ke atas kamu..... Dulu kemain kan, setiap kali nak masuk premis kena tunjuk benda alah ni. Masa tu, aku macam malas nak gi mana-mana. Sebab kita berserabut nak dukung anak, kadang-kadang bawak beg macam-macam berserebeh bahu, pastu nak kena scan suhu la, tulis buku la, hadoi... letih gini. Syukur la sekarang dah berakhir peraturan ni semua. Setelah dah lama jadi endemik, aku masih lagi kena deal dengan CovTest ni.  Setiap minggu kena submit result test covid ni kat sekolah tadika anak aku. Harap-harap tahun depan masih boleh claim terlebih bayar LHDN untuk test kit ni.  Sekarang ni, bila pergi makan ke, masuk mall ke, kita boleh tengok dah ramai orang tak pakai face mask dah. Aku pun memang malas nak pakai face mask . The only reason kalau aku pakai face mask pun hanya semata-mata nak cover up muka gemuk aku je. Dan lagi satu faktor lain kalau aku pakai face mask ialah bila aku tak sihat (batuk atau selsema). Itu dah jadi tanggungjawab aku la, untuk pro...