Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Walk The Talk To Melaka

Sejahteralah ke atas kamu... Aku kata aku nak gi Melaka, maka aku dah pergi la ke Melaka. Itulah maksudnya walk the talk aku... Ehehe.. Family day ofis suami aku ni bukanlah segempak seperti family day organisasi besar, tapi cukup bermakna untuk kami. Hanya sekadar gathering untuk berjumpa setahun sekali dengan family members staff lain. Kasi kenal-kenal gitu.. Aktiviti pun banyak aktiviti bebas je, cuma waktu makan je sama-sama. Kiterang ni bukanlah kaki berjalan. Gi tempat crowded pun dah pening kepala, jadinya banyak tempat la kami tak pegi. Jonker walk ke, naik beca ke, tugu ke, dataran pahlawan ke, menara taming sari ke hapa ke, memang takde pergi pun. Walaupun hati teringin, tapi malas nak deal dengan crowd tu mengatasi hati yang teringin tu. Kami hanya naik river cruise, itu pun sebab company yang bayar.  Tengah beratur nak naik river cruise ni. Dari petang membawa ke malam. Orang terlampau ramai tak hengat punye. Kalo bukan sebab free, memang aku tak kuas...

Benda Ini La Yang Aku Dok Sibuk Buat Ni

Sejahteralah ke atas kamu... Dalam aku jiwa kacau sebab Luth sakit vontut macam yang aku cerita dalam entry lepas, aku dok terhegeh-hegeh siapkan makhluk halus ni la... kawan aku Cheetah yang tempah. Last minute jugak tempah sebab dia dah nak bersalin pun bulan 1 ni. Customer tempah 10, aku hanya sempat siapkan 8 je. 2 lagi, kalau ada rezeki baby dia, nanti la aku bagi kemudian. Barut bayi/ barut baby jenama Dobbot's by Nu Sigma Shoppe. Ada 8 ajeee... Kawan-kawan bloggerku sekelian, aku rindu nak baca cerita korang untuk minggu ni dan minggu lepas. Tapi aku belum sempat nak lawat rumah singgah korang. Tahun depan jelah insyaAllah aku belokwok dengan jayanya. Selamat tahun baru. Maaf zahir batin. Weekend ni aku nak gi Melaka, ada acara bergalok-galok skit. Muehehehe...

Taman Tema 20th Century Fox Di Genting

Sejahteralah ke atas kamu... Adakah aku sepatutnya bangga bila pengeluar felem Hollywood, 20th Century Fox akan membina taman tema pertama mereka di Genting? Atau patutkah aku rasa risau dengan racun duniawi tu melekakan ramai rakyat Malaysia? Sebelum ni, Disney dan Universal Studio dah ada taman tema sendiri. Maka 20th Century Fox pun tanpa segan silu, nak buat taman tema mereka juga. Persoalannya, kenapa dalam banyak-banyak tempat dalam dunia ni.... Malaysia jugak yang dipilihnya? Kat Pahang plak tu. Mungkinkah kerana Malaysia adalah negara yang paling 'selamat' untuk para pengunjung asing datang melawat? Aku masih lagi takde idea nak tulis entry baru. Mueheheh.. Peace. Kalau nak tau lebih lanjut pasal ni, boleh click ke Yahoo News ni : Taman tema Hollywood bakal dibuka di Genting Highlands

Nak Berjimat Punya Pasal

Sejahteralah ke atas kamu,.. Hi blog, what happen to you? Ceh, patutnya blog yang tanya aku, what happen to me sebab aku yang tak update blog. Aku sebenarnya takde idea nak update blog. Idea ni pun macam air laut. Ada pasang surutnya... gitu. Sepanjang minggu ni, aku jiwa kacau. Luth ni dia dapat penyakit vera sikit-sikit tapi kerap. Selain aku risaukan apa ke dajah nya yang menimpa anak aku, aku turut merisaukan diaper dia yang sangat cepat susut. Bayangkan dalam sehari, guna 6 keping. 6 x 70sen = rm4.20. Ayo, mama sape la yang kupik sangat tu. Sangat berkira orang itu.  Maka, aku pon mula la buat idea kreatif demi untuk menjimatkan diaper. Sebab vera dia sangat seciput, tapi kena tukar diaper baru. Caranya aku gunakan nappy liner utk alas di atas permukaan diaper tu. Dengan harapan, nanti kalo dia mencirit, aku bleh tukar nappy liner tu je. Nappy liner tu aku beli dah lama. Masa dia dalam pantang dulu. Eh, dia tak dalam pantang, aku yang dalam pantang sebab aku yang ...

Tangki Air Sempena Minggu Takde Air

Sejahteralah ke atas kamu... Pagi tadi Mat Azghul berbual dengan seorang jiran di flat kami, katanya tangki air rumah kami yang letaknya di tingkat atas bangunan flat itu sangatlah kotor. Segala macam benda ada dalam tu, tahik burung, sampah, daun, pendek katanya dah macam limbah. No wonder girl la bila aku tadah air dalam baldi, mesti akan terkumpul bendasing di dasar baldi tu. Dan no wonder jugak setiap kali aku tadah air, airnya keruh sangat. Warna coklat. Aku membayangkan kualiti air SYABAS memang teruk. Aku sangkakan karat. Kalau di sinki, air yang aku gunakan untuk masak pun air itu la jugak. Cuma nasib baik sikittttt je air kat sinki dah ditapis dengan water filter. Tapi ye lahkan... Kalau yang ko tapir tapis tu air limbah, walaupun katanya dah bertapis, kembang jugak la tekak ko kan.  Dulu aku selalu terfikir ntah-ntah dalam tangki air umah aku tu ada mayat. Drama sangat aku kan. Eh, tapi kira berasas jugak la sbb bile tgk warna air tu memang coklat. Bukan cok...

Perlu Ke Share Semua?

Sejahteralah ke atas kamu... Satu hari, sorang ofismate aku yang bernama Asan*bukan nama sebenar* tegur aku, dia kata aku pakai baju nampak macam makcik. Aku tak ambik port sangat sebab aku macam dah disuntik dengan vaksin penyakit 'jiwa lemah kena kutuk macam makcik-makcik atau kena kutuk gemuk'. Tapi aku whatsApp suami aku, mengadu. Hahahaha... Lepas tu, laki aku reply, dia kata bak sini nombor si Asan tu biar dia marah skit budak Asan tu. Aku reply dengan ketawa golek-golek je la. Kita pun kenal la pasangan kita. Antara gurau dengan serius.  Sambil berbalas2 watsep dengan Mat Azghul, aku bagitau Asan, "Hei, Asan, laki aku mintak nombor tepon ko". Pastu Asan dengan muka berubah berkata, [mungkin sebab malu dengan laki aku] "itu pun ko cerita kat laki ko?". Asan ni untuk makluman, masih bujang dan insyaAllah akan menamatkan zaman bujangnya tahun depan. Aku nak tanya korang, korang yang ada pasangan la... korang cerita semua tak aktiviti  ...

WishList Aku

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku ada impian yang ingin aku capai sebelum aku 'pindah ke lubang kecik 4 segi tepat'. Diantara impian-impian tu ialah; 1.  Nak menulis buku. Aku teringin nak menulis buku at least sekali seumur hidup aku ni. Aku belum ada idea lagi nak tulis buku pasal apa. Yang pasti bukan novel la. Sebab aku tak pandai nak buat cerita, buat konflik pastu selesaikan sendiri konflik tu. Mungkin buku pasal parenthood, atau pasal kewanitaan ke. Hehe.. dengar genre pun dah bosan. Kalo keluar buku tu sok, lagi le bosan sampai terkeluar bijik mata sape yg baca. Ahh tapi aku tak pedulik, buku tu bosan ke tak, aku nak tulis buku bukan utk keuntungan. Tapi kepuasan. Sama macam kepuasan seseorang wanita memiliki berlian. [Ingat lagi tak iklan habib jewel dolu2?] 2.  Nak keluarkan produk perniagaan sendiri. Produk yang takde orang pun dalam dunia Malaysia ni buat. Produk yang aku menjadi satu-satunya pengeluar. Produk berkualiti yang aku boleh jual dengan ...

Vera Vera

Sejahteralah ke atas kamu...

Cara Mengenalpasti Madu Asli Atau Madu Tiruan

Sejahteralah ke atas kamu.... Ramai yang dah tahu tentang kebaikan madu. Ramai juga ingin mengamalkan madu dalam diet harian. Cuma masalahnya kadang-kadang madu yang dibeli itu madu tiruan, tidak asli. Madu yang terbaik tentulah madu asli yang diambil daripada sarang lebah yang hidup di habitat asal. Bagaimanapun, madu yang diambil daripada lebah ternak juga masih lagi asli dan baik. Yang tak eloknya ialah madu asli yang dicampur dengan gula tiruan atau yang paling teruk kalau keseluruhan gula perang tu diletak di dalam botol kemudian dijual dan dilabel sebagai 'Madu Tualang Asli'. Sungguh tak senonoh perbuatan itu. Setakat ini sepengetahuan aku, madu yang 'didakwa' sebagai madu terbaik di dunia ialah madu Yaman. Sebotol yang saiznya lebih kurang 600ml harganya RM300. Choyyy... Mahal ayokk.. Madu terbaik tu adalah kata penjual madu Yaman. Kalau ko tanya penjual madu Tualang, pastilah jawapannya madu tualang yang terbaik. Yang jual madu Acacia pun akan kata madu...

Anak Soleh Berusia 9 Bulan

Sejahteralah ke atas kamu.... Sekejap je masa berlalu. Sekejap je aku rasa aku menikmati bau kulit baldu dan kepala baldu Luth masa dia baru lahir. Sekejap je aku merasa dukung dia dengan penuh berhati-hati sebab dia kecik sangat dan fragile sangat masa tu. Luth danh 9 bulan dah sekarang. Rambut baldu dah bertukar menjadi rambut keras. Kulit baldu dah makin tebal, daging dah makin pejal. Tulang pun dah makin keras. Progress tumbesaranLuth seiring dengan usia dia.  Motor Skill Luth banyak bergerak dan merayap dengan cara 'melaju'. Ada yang panggil mengesot. Dia belum merangkak walaupun dia dah boleh duduk, dah boleh berada dalam posisi untuk merangkak, tapi bila nak bergerak je, dia kembali melaju. Tapi dia bergerak laju tau walaupun dia tak merangkak. Kalau aku tinggalkan dia kat depan TV kejap, aku gi dapur untuk memasak, baru je seminit bila aku berpusing, tengok2 dia dah ada kat belakang aku sambil tersengih nampak gusi. Buat meremang bulu tengkuk aku je budak L...

Pertama Kali Makan Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu..... Ini gambar semalam masa aku first time bagi dia makan sendiri.  Mari kita tengok apa jadi... Langkah pertama : makan guna sudu Langkah kedua : Gigit pemegang sudu billa dah bosan nak makan pada sudu. Langkah ketiga : terbalikkan mangkuk. Langkah keempat : sambung nakal. Di Bawah Jagaan Papa Tak tahu apa yang menyampuk aku, sehinggakan semangat aku untuk blogging semakin pudar. Mungkin sebab musim hujan ni, udara lembap, maka otak aku pun turut menjadi lembab. Tengahari semalam aku kena ambil Luth daripada rumah nenek sebab nenek jatuh dan pengsan kena masuk hospital. Aku kerja separuh hari je la semalam. Hari ni, aku request papa Luth amik cuti. Biar dia plak jaga Luth. Cuti aku dah habis. Dah la aku baru je MC Selasa lepas. Rabu plak aku memang cuti. Khamis aku keja halfday. Dah tu apa je keja aku kalo aku asyik cuti je? Rosak la reputasi aku kang. Sebelum pergi kerja pagi tadi, macam-macam la aku p...

Banjero

sejahteralah ke atas kamu... keterlaluan tak kalau aku katakan yang kesan banjir yang masih melanda di pantai timur yang sekarang ini sama seperti kesannya dengan taufan hayyan. mungkin ketakutan dan kebahayaan itu tak sama. jumlah kematian juga jauh taufan hayyan lagi tinggi berbanding banjir kat sini. syukur alhamdulillah. tapi kesan seperti ketiadaan makanan, pakaian dan tempat tinggal tu, sama. rumah mereka-mereka yang terkena banjir juga kebanyakannya sudah totally lost. tidak sedikit juga yang kehilangan kereta. semua tenggelam. ada sahabat aku yang baru beli perabut bernilai rm 10ribu, sehari sebelum banjir melanda. semuanya habis. sekelip mata.  aku pernah jadi mangsa banjir. aku pernah juga dipindahkan ke masjid semasa banjir dgn menaiki bot. cuma, waktu itu kerugian tidak la seratus peratus seperti kebanyakan mangsa banjir yang berlaku sekarang. sesiapa yang pernah mengalami rumah terkena banjir mesti tahu perasaannya. selalu berlaku, bila kita dah kemas2 bar...

Keresahan Yang Tidak Mampu Disukat

sejahteralah ke atas kamu,... aku orang pahang. orang kuantan. pada waktu air mula naik bermula hari isnin 2 disember 2013 yang lalu, aku dengan keluarga kecik aku iaitu mat azghul dan encik luth bergerak pulang ke kuala lumpur. jam 7.30pagi. tengahari tu aku dapat berita, jalan charu - sungai lembing sudah tak boleh lalu.  jambatan ni tiap2 tahun banjir. tapi inisiatif pihak berkuasa tempatan untuk naiktarafkan jambatan ni supaya jadi tinggi dan tak terkena banjir anymore. maka, dibina satu laluan alternatif kat sebelah jambatan ni sementara nak tunggu jambatan ni siap. aih, sekali tak sempat pun, jalan alternatif dah hancho berkecai dulu. ni pulak gambar pekan sungai lembing.  kalau sungai lembing banjir, memang tiap2 tahun paras ni. aku boleh buat kesimpulan, banjir kat sungai lembing tahun ni tak teruk pun. tahun 2001 lagi teruk. TAPI..... tahun 2013 ni banjir di bandar kuantan yang paling teruk dalam sejarah. sg lembing yg aku kata tu tak masuk d...

Hadiah Harijadi Untuk Suamiku ;D

sejahteralah ke atas kamu.... 2,3 hari lagi besday mat azghul. aku tak beli hadiah yang mahal pon untuk beliau. takde la nak beli gadget yang terkini di pasaran. cuma barang yang dia perlukan untuk musim tengkujuh ni iaitu  baju ujan. jenama racing boy. mat azghul ni gi kerja naik moto je.  gambar dari google lagi satu aku belikan dia food thermos jenama endo. yang ini untuk dia bawak bekal nasik pergi ofis. nanti bila tengahari dia nak makan tu nasik dan lauk-lauk masih panas. kalau tidak, makan nasik sejuk je time tengahari. kat dalam ni ada 3 bekas kecik. cukup la untuk letak nasik, lauk utama dan sayur. kemain hepi mat azghul bila dapat 2 hadiah yang bermanfaat ni. tak lupa juga hadiah untuk si kecil luth. thermos untuk bawak bekal bubur dia ke rumah nenek. aku beli yang warna putih ada gambar isketambola tu.  pagi tadi untuk pertama kali aku gunakan thermos ni untuk letak bubur luth. sampai kat umah nenek, nenek suruh bawak balik bubur ni ...

AWAS!!!! Entry Ini Mengandungi Gambar Lubang Hidung

sejahteralah ke atas kamu... kalau ada yang ternampak aku pakai penampal hidung macam yang Robbie Fowler pemain bolo pasukan Liverpool seperti di bawah ni, silalah jangan pelik. ramai yang bertanya kerana kekonfiusan bila tengok penampal kat atas hidung aku ni. 'kena tumbuk ke', idung patah ke', 'selsema ke' dan soalan2 mengambil berat yang lain. mekasih sebab ambil berat.  penampal hidung ni namanya Breath Right. breath right ni bukan plaster berubat yang ada rasa berangin atau nak bagi hingus kering. dia adalah plaster semata-mata. fungsi dia adalah untuk membantu meluaskan lubang hidung supaya dapat bernafas dengan normal. aku pakai ni sebab lubang hidung aku bengkak kat belah dalam. lebih kurang macam ini; okay, idung aku tak la semancung mat saleh ni. tak tau le kenapa tisu kat bahagian dalam tu macam membengkak di kedua-dua belah. mungkin sebab resdung. gi klinik pon bagi ubat titis yang tak membantu pun. kalau biasa tak pakai breath right...

Nak Ripair Boom Boom

sejahteralah ke atas kamu... repair rumah cat rumah. ikat batu, plaster, pasang bumbung, pasang mozek. pun boleh jugak la bai.