Skip to main content

Tangki Air Sempena Minggu Takde Air

Sejahteralah ke atas kamu...

Pagi tadi Mat Azghul berbual dengan seorang jiran di flat kami, katanya tangki air rumah kami yang letaknya di tingkat atas bangunan flat itu sangatlah kotor. Segala macam benda ada dalam tu, tahik burung, sampah, daun, pendek katanya dah macam limbah.

No wonder girl la bila aku tadah air dalam baldi, mesti akan terkumpul bendasing di dasar baldi tu. Dan no wonder jugak setiap kali aku tadah air, airnya keruh sangat. Warna coklat. Aku membayangkan kualiti air SYABAS memang teruk. Aku sangkakan karat. Kalau di sinki, air yang aku gunakan untuk masak pun air itu la jugak. Cuma nasib baik sikittttt je air kat sinki dah ditapis dengan water filter. Tapi ye lahkan... Kalau yang ko tapir tapis tu air limbah, walaupun katanya dah bertapis, kembang jugak la tekak ko kan. 

Dulu aku selalu terfikir ntah-ntah dalam tangki air umah aku tu ada mayat. Drama sangat aku kan. Eh, tapi kira berasas jugak la sbb bile tgk warna air tu memang coklat. Bukan coklat lumpur, tapi coklat warna karat. Aku pun tak tau la apa benda dah termasuk dalam perut aku selama ni. Bersyukur sangat kepada Allah sebab Dia memelihara kami sekeluarga daripada wabak. Huhu... Aku geli ni tau. Kalau tak tau takpe, bleh rilek je. Bila dah tau... petang ni kang memang confirm la aku beli mineral water botol besar 3 botol untuk buat minum dan masak. Sementara abang Abu bersihkan tangki tu. Petang karang Mat Azghul nak check cemana hasil kerja abg Abu tu. [Upah dia tolong bersihkan]. Abg Abu pun tak sengaja je tahu pasal keadaan tangki ni. Itu pon sebab dia pegi check tangki umah salah satu resident kat situ. Syukur la dapat tau jugak walaupun agak terlewat. 

Gelinye wei.

Comments

  1. memang biase tangki-tangki ada bendasing mcm tu...

    errm...

    semoga lepas ni segalanya lebih baik; air lebih bersih...

    dulu tangki opis ni ada burung mati dalam tu...

    kitorang pulak selalu masak air buat minum-minum petang...

    semua sakit tekak...

    bile bukak tangki...

    mak!!! ada burung!

    haha.

    ReplyDelete
  2. Uisshh..betul betul kotor tu..nasiblah tahu awal kan.boleh jugak membersihkan apa yang ada tu..kalau tak sampai ke sudah minum air kotor je..kalau nak harapkan filter je tak boleh jugak kan

    ReplyDelete
  3. hikmah yang tersembunyikan... tapi tuler kalau dah tau cam gitu geli gaklerkan..

    ReplyDelete
  4. Asaalamualaikum...
    Hahahaha. .. Pasal tangki air tu sama la kita pun fikir yg sama.. Hari tu mr mama check juga... Sekali jumpaaaaaaaaaaa!!!!!!!








    Jumpa scope cedok tanah yg pekerja contract guna cedok2 simen ke tu... Hmmmm berkarat dah berkerat kerat.... Hahahahahaha

    ReplyDelete
  5. Kalau bendasing tu tikus, tak pasal2 kena kencing tikus yg boleh bawa maut tu....(minta dijauhkan Allah)..

    ReplyDelete
  6. huhuhu..geli gelema... pernah dulu umah jiran sy dikat kg.. ada kucing mati dlm telaga umah dia.. huhuhuhu (biasalah org kg guna telaga...umah sy pn guna telaga jgk..hehehe) brbulan jgklah jiran sy 2 anak beranak dtg umah sy ambik air utk masak, minum dan mandi plus buang hajat pn dtg umah sy... hehehehe

    ReplyDelete
  7. Seb baik dah pasang water filter... kurang la loya sket. Cemana kalau x pasang langsung. Adoiii

    ReplyDelete
  8. geli jugak wey.. baca.. erkk.. dok byg mayat dlm tu. teringat lak cerita seram jepun tu.. haha

    ReplyDelete
  9. susah juga xde air ni kan.. tp mmg betullah,,, kena make sure tank kita tu bersih & xde bendasing2 & pelik2 tu kan !

    ReplyDelete
  10. agak2 nyer kita pun kene check tangki air kita jugak...
    tetiba seram pulak nak guna air dalam rumah hahahaha :P

    ReplyDelete
  11. Huhu.. gelinya dgr.. tp.. maybe air yg lady mnm hr hr ni pun x bersih kot.. huhu..

    ReplyDelete
  12. yg ada mayat tu selalu bayangkan. tangki rumah tu padahal. hahaha...

    ReplyDelete
  13. Air memang penting kan, tapi kalau karat dan keruh kita plak jadi was was kan..

    ReplyDelete
  14. Aiyakkk!

    Teringat ms skool dulu. Cikgu ng peringatan jgn minum air paip sekolah sbb ada tikus mati dlm tangki air. Arghhh!

    ReplyDelete
  15. mayat tu mungkin la kak..mayat tikus, mayat cicak, cencorot..rendam lelama + kembang membusuk = buat air kumur gosok gigi kita. perghh!!

    ReplyDelete
  16. pernah terjadi kat singapore..ada mayat dalam tangki...minta dijauhkan..

    ReplyDelete
  17. oh kalau saya pun akan beli air moneral je kalau jadi macam ni...

    ReplyDelete
  18. Hah..kalau tak tau takper..kalau dah tahu mmg haru kegelian..kembang tekak gitu..heheh..tp eloklah tahu boleh buat tindakan sewajarnya...tak ttp ker tangki tuh gitu kotor sekali..?

    ReplyDelete
  19. as-salam.
    lyd masih bermalas malasan lg erkk.

    mmm, ke ada pa pe ni. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...