Skip to main content

Nak Berjimat Punya Pasal

Sejahteralah ke atas kamu,..


Hi blog, what happen to you? Ceh, patutnya blog yang tanya aku, what happen to me sebab aku yang tak update blog. Aku sebenarnya takde idea nak update blog. Idea ni pun macam air laut. Ada pasang surutnya... gitu.

Sepanjang minggu ni, aku jiwa kacau. Luth ni dia dapat penyakit vera sikit-sikit tapi kerap. Selain aku risaukan apa ke dajah nya yang menimpa anak aku, aku turut merisaukan diaper dia yang sangat cepat susut. Bayangkan dalam sehari, guna 6 keping. 6 x 70sen = rm4.20. Ayo, mama sape la yang kupik sangat tu. Sangat berkira orang itu. 

Maka, aku pon mula la buat idea kreatif demi untuk menjimatkan diaper. Sebab vera dia sangat seciput, tapi kena tukar diaper baru. Caranya aku gunakan nappy liner utk alas di atas permukaan diaper tu. Dengan harapan, nanti kalo dia mencirit, aku bleh tukar nappy liner tu je. Nappy liner tu aku beli dah lama. Masa dia dalam pantang dulu. Eh, dia tak dalam pantang, aku yang dalam pantang sebab aku yang memberanaks. Kuheh. Itu pon dengan motif yang sama, tapi aku tak berapa memakaikan dia dengan nappy liner tu. Itu pasal ada lebih lagi. 

Aku pakaikan dia dengan nappy liner tu, pastu aku bawak dia pegi IOI Mall. Aku shopping, papa dia jaga. Mekasih papa bear Luth sebab sangat-sangat membantu istewimu ini. Huhi. Sape nak tengok gambar Luth dengan papa dia kat IOI Mall angkat tangan...


Ok, boleh jatuhkan tangan. Gambar papa dia takyah la difofularkan. Demi menjaga airmuka beliau.

Masa kat IOI tu memula dia okay je. Tido dengan lena dalam stroller. Tiba satu masa, dia menangis. Aku expect dia boring. So, aku pun dukung bawak dia pusing-pusing dalam Jusco tu sementara papa dia bayar. Sekali masa on the way balik tu aku check diaper, nampak dia macam terkincit skit. So, aku nak tukar diaper dia masa dalam keta. Sekali aku tengok, si poko chan dia dah merah. Dia menggelupur bila aku nak lap dan spray dengan air. Sambil menangis-nangis. Sedihnya aku tengok budak itu jadi cenggitu. Rupa-rupanya sebab nappy liner tu, kulit dia melecet. Sian sangat kalo tengok. Bertambah lagi dengan dia banyak kali vera, makin la lambat nak baik sebab asyik kena lap dan basuh je kan. 


Balik rumah tu, dia menangis sampai kerang, memang nampak dia kesakitan. Sampai ke hari ni, kulit dia masih lagi belum pulih. Sebab tu aku jadi takde idea nak update blog. Sebab jiwa aku kacau ni. Heheh. Sekian la entry yang menjawab persoalan, kenapa LydSunshine tak update blog. Eh, tapi bukan ke aku tak update blog sejak minggu lepas lagi? Minggu lepas pun aku takde idea gak.

Comments

  1. lyd, syukrii dulu penah melece gak vontotnya. sapu minyat gamat jer. cepat kering. 2 3 ari je terus clear lecetnya . tapi tahan la musyuknyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, tgh dok sapu minyak gamat jugak la ni. Mcm nampak nak kering2 gak tapi sbb kerap berak lagi. So, susah nak kering betul2.

      Delete
  2. untung budak zaman sekarang,tak guna kain lampin dah,zaman saya anak sulung lagi berjimat.Dulu tahun 98 dapat anak sulung,duk kat umah pakai lampin je,bila time berjalan je pakai pampers,jimat kan...hehehehe,kadang2 time keluar seluar berplastik comel pun ada juga,dah pakai lampin pakai tu,lagi jimat tak pakai pampers...jimat kan kak ton....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, saya ingat lampin kain dan plastik alas yg warna pink atau biru. ikat depan belakang. Pernah pakaikan kat anak2 buah dulu masa derang kecik. Heheh.

      Delete
    2. yela..dulu pakai lampin kain dgn alas plastik tu. mmg jimat..tapi kena rajin nak basuh lampin la pulak.

      Delete
  3. Kesian Luth....pengalaman adalah guru yg terbaik dlm kehidupan kan..

    Zaman dulu2, org tak pakai pampers pakai buang, masa tu pakai kain napkin utk lapik bayi. Kain itu sangat nipis dan lembut, tak melecet. Tapi yg remehnya ia perlu dicuci selalu. Ibu bapa zaman sekarang semakin kehilangan masa utk buat kerja2 remeh itu, walaupun pakai napkin lebih menjimatkan, malah boleh diwarisi untuk adik2 yg bakal lahir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. napkin tu ada saya beli. Tapi guna utk buat lap2 dia je. Nak pakaikan lampin tu, rasa mcm nak sanggup nak basuh tahik dia. Kalo kencing boleh tahan lagi. kekek.. pemalas betul mama luth ni.

      Delete
  4. Klu rin boh drapolene..kesiannya luth..mmg pedih tau sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg rin, dpt bayang betapa pedihnya. Drapolene tak beli lagi. Setakat ni guna minyak gamat je.

      Delete
  5. kesian luth, sampai melecet kulit dia. aku pun kurang update blog skang nih. busy sket handle event.

    ReplyDelete
  6. Ala ciannya Luth...
    dah bawak jumpa doktor ke, pasal apa erk, ada tukar susu ker dia duk vera2 tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bawak jumpa doktor pun. Nenek dia kata tu petanda beralih bulan. Nak kata tukar susu tak jugak sbb dia masih breastfeed.

      Delete
  7. masa mula-mula baca, ingat ape ke benda la vera tu.. hahaha...
    kesian luth, harap cepat sembuh ye, handsome boy.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah... tu bahse sopan utk berak. Tima kasih ye doakan luth.

      Delete
  8. Oh patutlah sunyi sikit umah nie...memang kalau anak ade mslh sikit jiwa musti kacau..sian luth yer..kalau berak cair kerap gitu mmg kesian sikit kat baby..mmg ontime kena basuh agar dpt recover cepat sikit..tak kesalah berhabis pun..once prblm settle blh back to normal kan lyd..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ummuaidan. sunyi sepi seketika. Mmg kena on time basuh. Kena rajin check la. sebab najis yg sikit2 ni tak berbau sgt kan? Nenek pengasuh kata nak beralih bulan.

      Delete
  9. Anak saya pun pernah jugak melecet sebab pakai diapers yang tak sesuai dengan kulit. Habis merah-merah. So, untuk hilangkan merah-merah tu, saya taruk krim anti-rash. Apa brand saya pun dah tak ingat. Saya ingat cuma, dia punya kotak kaler pink je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak krim kotak pink tu nenek dia beli. Saya tak pakaikan pun krim tu, guna minyak gamat je. Tuang suku botol tiap kali. Heheh.

      Delete
  10. salam kak.. lady dr dulu lagi setiap kali nk pakai pampers lady lapikkan dengan pengalas tu.. kulit zahra cepat merah.. jd kene pakai sokmo..

    ReplyDelete
  11. habis ni luth dah makin sehat ke belum...

    takpe la, ni semua ko dah tau... kalo aku jadi ko untuk berjimat maybe aku buat perkara yang sama...

    hope melecet die hilang dgn cepat la,,,

    ReplyDelete
  12. ooo ini kesahnya.
    ciksu doakan semoga luth cpat sembuh ye sayang. dh bawa jmpa doktor ke lyd?

    ReplyDelete
  13. Alahaiiii...siannya lyd. Smoga cpt sembuh.

    ReplyDelete
  14. masa time dia cery bery ni nak jimat tkr la kejap pampers yg biasa coz mmg kene tkr slalu utk elak melecet...carik la yg rm0.40 kebawah hehe...
    pasal alih bulan ni klu ckp kat doktor mesti diorg sengeh jek...zharif lak kalu demam je nenek dia kata nak alih bulan...klu cery bery dia x ckp lak...klu g jumpa doktor slalunye doktor akan suruh stop bagi susu kat baby...bg air garam je dalam 8 jam untuk clearkan perut baby coz maybe ada tersalah makan...biasa la budak kecik ni kan pantang tgk bende sume nak masuk dalam mulut je..tetapi cam kesian x bg susu 8 jam huhu...
    masa zharif dl doktor ada bg zink cream...mmg terbaik...melecet tu blh kering wpn zharif still cery bery
    wah...blh tulis blog aku ni kan heheh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...