Skip to main content

Walk The Talk To Melaka

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku kata aku nak gi Melaka, maka aku dah pergi la ke Melaka. Itulah maksudnya walk the talk aku... Ehehe..

Family day ofis suami aku ni bukanlah segempak seperti family day organisasi besar, tapi cukup bermakna untuk kami. Hanya sekadar gathering untuk berjumpa setahun sekali dengan family members staff lain. Kasi kenal-kenal gitu.. Aktiviti pun banyak aktiviti bebas je, cuma waktu makan je sama-sama. Kiterang ni bukanlah kaki berjalan. Gi tempat crowded pun dah pening kepala, jadinya banyak tempat la kami tak pegi. Jonker walk ke, naik beca ke, tugu ke, dataran pahlawan ke, menara taming sari ke hapa ke, memang takde pergi pun. Walaupun hati teringin, tapi malas nak deal dengan crowd tu mengatasi hati yang teringin tu.

Kami hanya naik river cruise, itu pun sebab company yang bayar. 


Tengah beratur nak naik river cruise ni. Dari petang membawa ke malam. Orang terlampau ramai tak hengat punye. Kalo bukan sebab free, memang aku tak kuasa nak beratur haihh... Memang dah boleh jangka la kan sebab aku pegi pun on weekend, time cuti skolah plak tu. Dah tu nak expect apa. Takkan nak harap tempat tu lengang ye dok?

Budak kecik ni tengok je air dan lampu-lampu tapi muka macam takde perasaan je. Aku saspek, dia ni tak minat kot benda2 macam ni.

Malam, acara makan-makan asam pedas, sambil aku makan, sambil le anak2 ofismate husband aku dok bergambar dengan Luth. Elok plak dia senyap je melayan peminat dia bergambar. Eceh. Bajet cam selebriti la Luth tu. Booo.

Aku tengok je dari jauh orang bergambar dengan anak aku. Padahal tektik je kan aku amik gambar ni, zoom ni dari jauh. Sebab takut orang kidnap anak aku hahah. Over. Padahal dah tentu la family orang yang kita kenal kan.

Kami bergambar je kat bawah Menara Taming Sari tu. Nak naik, orang beratur seolah-olah dari Johor ke Perlis. Panjang gile. Luth plak dah tido masa ni. Dia tu memanjang je tido waktu orang bawak gi tempat bergalok-galok. *Nampak jambang ala-ala Karam Singh Walia versi kaler merah. Tutup dagu berlapis hokey.

Tempat yang aku memang excited sangat nak pergi ialah Zoo Melaka. Aku ni kan pencinta haiwan. Lagipun asyik tunjuk kat Luth, giraffe dan elephant dalam buku je, nak le bagi dia experience tengok zirafah secara live kan.

Luth start meragam. Dah mama dengan papa kalau ye pun, bawak budak kecik ni pegi Zoo Melaka tengahari buta.  Dengan panasnya, tak selesa, lapar lagi [lapar sebab tak makan bubur. Aku bawak bekal bubur letak dalam 3 bullets [baby bullet], tapi tak dapat nak simpan dalam fridge sebab dalam bilik hotel yang kami duduk tu takde fridge plak. Yang ada hanya fridge magnet je. Tu pon aku beli untuk buat kenangan. Eh, takde kena-mengena. So, berbalik kepada kisah bubur tu, kalau dah tak simpan dalam fridge, jawapan dia memang rosak le bubur tu. Huhu... Akibatnya, tak dapat la Luth nak makan bubur hari Ahad tu. Itu yang meragam je. Sekarang dia dah pandai bising kalau tak dpt makan bubur.]

Tengok tu, muka bukan setakat seriyes, tapi dah empat belas riyes dah ni. Kami ni pun dah penat sebenarnya. Sebab tu pilih nak naik tram. Tapi rupa-rupanya, baru la aku sedar yang naik tram ni sangat tak best. Sebab aku tak dapat nak menghayati setiap jenis haiwan pun. Aku suka tengok lama-lama. Dah tu kalo naik tram ni, dapat lalu je la kat tepi kandang, tak dapat berenti utk tilik satu persatu bulu zirafah. Huhuh... Kena pegi Zoo Negara  je la lepas ni kalo nak belek binatang kat zoo tu satu-satu.


      
Masa lalu kat zirafah ni, aku beriya cakap ke Luth, "Luth, giraffe, giraffe", sekali... dia pandang pun tidok. Sibuk dia pandang merata-rata tengok bumbung tram la, tengok orang sebelah. Sabar je la mama dia ni... hinsss.... hidung dah berasap ni tahan sabor. Pastu lalu kat gajoh pon sama. Aku jugak la beriya beritahu, Luth tengok gajah Luth, elephant. Sama jugak reaction dia... like,"ada Luth kesah"?. Dia tak pandang pon. Macam takde feel pun endingnya pergi Zoo Melaka tu. 
 
Huhu.. aku nak tengok kawan aku, badak air, tapi tak nampak pon. Sebab tram tak lalu kat tempat badak. Yang sempat nampak hanya kawan papa Luth je, 3 ekor kambing gurun. Bau diaaaa.... ya hampun... 100 meter pun bleh bau kuat giler. Patut le kalo orang busuk tak mandi disamakan dengan kambing gurun. Memang busuk.

Lepas turun dari tram, terus kiterang keluar zoo dan zasss balik KL. Tak larat la panas sgt. Lagipun sebab utama, kesian kat Luth. Sampai rumah dalam kul 6 petang. Aku terus masak bubur untuk Luth. Bila bubur dah masak, bagi dia makan, kemain banyak dia makan. Lepas tu baru le ceria balik. Apa la anak mama ni. Ikut papa dia la tu kuat makan. Hehehe... [padahal ikut mama..]
 
Aku tak membeli banyak sangat masa kat Melaka. Cuma beli fridge magnet 3 sebab 3 = RM10. Pastu beli pistol buih untuk Luth. Plannya kalo nak gi main kat taman, bleh la main benda tu. Tapi tak sempat nak tunggu gi taman asyik ujan je kan petang2, maka aku dah bagi dia main masa tengah mandi dalam bilik air. Ralit la dia tengok buih-buih tu melekat kat lantai wash room. Suka la tu. Eh, dah terlajak cerita plak. Ok aku stop sekarang. Kupai.
 
 




Comments

  1. Oh pegi melaka yer jenjalan kat zoo patutlah sunyi jer rumah nie..
    siannya luth tak dpt bubur tuh yg ngamuk tuh yer..kdg susah nak berjln kemana2 bila baby dlm usia makan puree style nie kan...kalau dah boleh mkn nasik lecek2 pun ok jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Ummuaidan. Dia belum ada gigi, so kalau bagi yang pekat2 skit pon dia mcm jeluak. Kena puri yang cair2 lagi. Ataupun dia ikut saya, suka makan yang senang2 takyah kunyah. Ngeh2.

      Delete
  2. Luth dah pandai demand ye skang ni. Nak makan bubur je. Hehe.

    Makanan lain dia mau ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agakkk demanding la dia. Hehehe.. Bagi cerelac dgn farley's rusk dah tanak dah skrg. Mungkin dia baru je pandai makan. Lambat skit dia mula belajar makan bubur. Dah 8 bulan baru start.

      Delete
  3. seronok tgk akak & family pegi jalan.. bestnya... (n_______n)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok jugak. MK pun boleh jugak. Berdua pun best apa.

      Delete
  4. teringin gak nak p zoo melaka lagi bawak syukrii.. dulu dah penah pegi. ada rimau kat situ nama bobo. tu kawan abah syukrii. kahkah.
    luth cuma speechless kot. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... abah syukrii pon ada kawan kat zoo melaka. Mungkin jugak dia speechless kot.

      Delete
  5. zoo melaka memang luas kan kak..tak terdaya nak jalan kaki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besar la ema. Naik tram pon dah 20 minit. Kalo berjalan rasanya sejam la kot.

      Delete
  6. Kadang2 bila pergi zoo selalu bertanya: apa perasaan binatang2 tu bila kita mengerumuni mereka? Agak2 binatang2 tu gelak dlm hati tak tengok manusia yg terjenguk2 mengendap mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, sama la kita JR. Saya pun terbuat dialog tu konon2 rimau belang yang ckp "kenapa la manusia2 ni buat kerja yang sia2 sedangkan kematian semakin hampir dengan mereka". huhu.

      Delete
  7. Tahun ni je dah 2x g melaka..tp xdpt g jejalan sbb turun melaka pun g visit org sakit..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rin kalo pegi Melaka seronok la sebab anak2 dah besar, derang mesti hepi sbb melaka happening.

      Delete
  8. as-salam
    bawa luth gi jalan jalan ye.

    luth membesar dgn jayanya.. brapa berat luth skrg?

    *lyd, komen tu ada je blom publish. dlm hati ingt nak buat n3. tapi asyik tgk lyd tak online je. ciksu nk minta izin dulu. boleh tak?

    ReplyDelete
  9. Nasib baik la company sopnser percutian ke Malaka nih. Kalau tak mau kopak juga duit. Mahal la bercuti ke melaka..

    ReplyDelete
  10. berjalan bawa anak seusia tu , mmg masalah sikit . baby lum blh nka join lah .

    ReplyDelete
  11. berjalan kat mana2 pun time cuti sekolah ni, mmg sesak. melaka tu dah la kecik, pengunjung lak ramai. darab 14 kesesakan manusia di situ...

    ReplyDelete
  12. klo lya ..klo ke melaka mesti smua nk melawat..sebab lya suka tgk bangunan2.. lg2 y berseni tu..
    hihi..maybe luth keletihan.. tu y dia mcm x bminat dgn animal tu..

    ReplyDelete
  13. ke Melakaler ni yerk.. bestnyer .. dah lama akak tak ke sana.. selalu fikir melaka jem.. melaka crowded.. terus lemau nak ... tapi 2014ni memang tempat wajib pergi.. tak pergi melaka tak bolehler sejarah negara kita bermula di sini...

    ReplyDelete
  14. Lyd...saya pon gi Melaka 30-31 aritu. Siap naik beca & river cruise lagi. Best ☺☺

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...