Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Rezeki Allah Bagi

Sejahteralah ke atas kamu... Takde la kekayaan pun. Hehehehe... Reward yang aku dapat dengan blog ni. Bukan banyak mana. Tak sekencang blogger badan berketak. Tak semeriah blogger cantik dan femes. Tapi ini pun dah cukup buat aku gumbira. Ohoiiiiiii... pertama kali ku melihat wajah si dia... . Pastu yang iklan terakhir tu iklan disco ke? Harap2 sebenarnya Discovery.

GEMUK!!!

Sejahteralah ke atas kamu.... Tengok la ntah hape benda la yang aku beli kat Guardian KL Sentral. Tu yang aku malas nak keluar gi mana-mana. Nanti mcm2 makanan aku beli. kekeke. pastu....bila orang kata aku gemuk aku sentap. kuheh kuheh...

And The Answer Is......

sejahteralah ke atas kamu.... dilemma nak hantar luth ke mana tahun depan sudah diputuskan. dalam entry yang lepas, boleh dikatakan 99% kawan-kawan blogger aku cadangkan nenek. maka, memang itulah jawapannya. terus la dengan nenek nenek si bongkok tige, siang mengantuk malam berjaga . hari yang sama masa aku dapat email daripada taska ofis tu, aku tanya nenek dulu.... tahun depan dia nak jaga luth ke tak. aku cakap terus terang dengan dia, aku suka dia jaga anak aku, kalau boleh nak dia jaga luth. tapi kalau tahun depan kot2 dia dah malas nak jaga budak ke, aku nak hantar luth ke taska ofis. pastu nenek kata dia nak jaga luth. semalam pun masa amik luth, nenek pesan lagi... tahun depan biar nenek jaga luth ye. aku terharu plak sebab ada org yang sayang anak aku. heh, perasan plok. nenek kata tahun depan dah tak ramai budak dah kat umah dia sebab ramai yang dah sekolah. tinggal 4 orang je termasuk luth. baby 2 org, toddler * 2 org.  sejak luth dah makan bubur ni.... nen...

Alhamdulillah.... Rajin Anak Mama Mengemas...

sejahteralah ke atas kamu... cuba ko fokus kat kotak putih tu yang panjang tu. itu kotak yang kat dalamnya ada botol air zam zam 10 liter. dia tolak-tolak sampai ke seberang sana. lepas tu dia tolak2 letak balik kat tempat asal.  ini gambar dia dah tolak balik kotak putih tu ke tempat asal. aihhhh rajinnnnn sangat. ini belum lagi aku amik gambar dia main butang-butang pada oven yang aku letak bawah meja tu. kemain semua benda dia kuis. jari kecik je ramas laju-laju semua benda. ramas yang tak dapat pun tu. korang boleh imagine tak cane. dia macam ramas angin je.      lepas dah penat mengemas dapur, dia masuk bilik pulak. ini first time berjaya berayap sendiri masuk bilik ni. sebelum ni paling jauh pun kat dapur. wahhh, makin maju anak aku ni. lepas dah main pusing2 bawah meja desktop tu.... baju dia takyah cerita la. lokoih kata orang pahang. bersawang. nampak sgt aku tak mengemop lantai. lepas dah penat, nangis nak susu. lepas isap susu, s...

Dilemma ; Rumah Nenek Pengasuh Atau Taska Ofis

SEJAHTERALAH KE ATAS KAMU.... [amboi hurup besar semua.] sebelum luth lahir, aku dah hantar borang permohonan untuk booking tempat di taska kat ofis aku. dengar ceritanya quota selalu penuh. walaupun dah awal aku hantar, tapi permohonan aku tu masih berada dalam senarai menunggu. quota untuk bayi pula memang terhad. penyudahnya, sampai luth lahir pun memang takde harapan la nak hantar dia ke taska ofis. sekarang dah 8 bulan usia luth. baru semalam taska responds dan kata ada kekosongan. mula-mula dulu, aku memang harap sangat dapat hantar luth kat taska ofis. senang aku nak lawat dia tengahari. senang aku nak hantar susu kalau susu tak cukup. tapi bila dah lama nenek jaga luth, aku rasa nenek jaga luth dengan baik, aku mula la jadi dilemma bila ada 2 pilihan macam ni. aku mengada-ngada kan? mula-mula nak sangat. dah dapat peluang ni aku rasa macam tak nak pulak. apa ni? apa ni? kebaikan taska ; 1. dalam bangunan ofis - senang nak pantau 2. murah 3. penjagaan mung...

Cara Untuk Tukarkan Video Di YouTube Kepada Format MP3

sejahteralah ke atas kamu... kita suka dengar sesuatu lagu di youtube, tapi tak pandai nak download lagu tu dan tukarkan jadi mp3 format supaya kita boleh save dalam playlist kita. begini caranya untuk tukarkan video lagu daripada youtube ke mp3. langkah 1; cari video yang ingin ditukarkan ke format mp3 tu mula-mula copy url [address] video yang ko nak tukar tu.  langkah 2 kemudian search di enjin carian, taipkan 'mp3 converter' atau 'youtube converter'. kalau aku, aku biasa guna yang paling atas tu;- www.youtube-mp3.org langkah 3 paste url yang dah copy tadi ke ruangan kosong seperti gambarajah di atas. lepas tu click button 'convert video'.  langkah 4 dalam masa yang singkat, video tu akan ditukarkan ke format mp3. nampak tak tulisan dia kata 'video successfully converted to mp3' tu. bila dah keluar link untuk download tu, silalah click tanpa ragu-ragu.  langkah 5 nanti akan keluar tetingkap [window] ni. by ...

Kekampungan Makan KFC

Sejahteralah ke atas kamu.... aku hargai kalau ko baca sampai habis entry ni baru komen supaya tak tersalah faham. ni kisah lampau. masa aku jadi student dulu.  ada sorang kawan aku ni. biar aku namakan dia nana. dia memang asal dari kampung. aku pon asal kampung jugak. malah boleh dikatakan kebanyakan kawan sekelas masa tu org kampung. bila dok kat hostel. bila dah berkawan-kawan, selalu la kita nak makan sama-sama kat bandar. nana ni plak bila time nak makan je, selalu je nak makan kfc.  kalau kami semua tengah berbincang nak makan kat mana, nana mesti akan cadangkan kfc. kadang-kadang sampai merajuk-rajuk nak makan kfc. masa tu aku serabut je.  dah takde tempat lain ke ko ni. balik-balik kfc. balik-balik kfc. 'kampung betul' aku kata kat dia.  dia macam dah taknak try makanan lain. dia hanya nampak itu je la yang paling best. ko nampak kan mulut aku memang laser. tu dulu la punye citer.  bukan pasal aku tak suka kfc. cuma kf...

Apa Itu Marimo Moss Ball

sejahteralah ke atas kamu... kalau bukan sebab aku PERLU berjimat berikutan kos sara hidup kat mesia ni makin meningkat, aku rasa aku dah beli dah makhluk Allah yang satu ni. walaupun takde la penting sangat dalam kehidupan rumahtangga aku, tapi aku suka sebenarnya nak mempunyai tanaman hijau atau pon benda hidup lain dalam rumah seperti haiwan peliharaan. aku penah cuma tanam [eh takde la tanam pun, cuma jaga je], lucky bamboo yang beli kat ikea. kawan aku hadiahkan. dalam masa sebulan je lucky bamboo aku tu dah mati tak meninggalkan belang. kaktus yang aku beli kat cameron highlands pun sama. tak hidup pon. letak tepi tingkap pun meninggal dunia jugak dia. yang ini, aku rasa kalau aku beli, mungkin akan mengalami nasib yang sama jugak kot. hehehe... Apa marimo moss ball ni? Marimo adalah hidupan yang tinggal di persekitaran dingin di hemisfera utara dan banyak didapati secara semula jadi di Iceland, Jepun, Scotland dan Estonia. Hidupan itu kini sed...

Mat Labu

sejahteralah ke atas kamu.... ini kisah tentang luth. usia dia dah 8 bulan 3 minggu. sepatutnya waktu ni dia dah makan bubur bermangkuk-mangkuk. aku dengar pakcik tokei kedai mini yang dekat rumah aku tu kata, cucu pompuan dia sebaya luth tapi kalau makan bubur, semangkuk penuh. tu pun tak cukup. aku cam biasa la. mudah sangat panik. eh, anak aku tak normal ke? anak aku ni cukup zat ke tak? risau betul aku. pembaca setia blog aku mesti tau aku berusaha untuk buat sendiri makanan untuk anak aku. aku siap amik gambar sebab nak menunjuk akan effort yang aku lakukan tu kat blog. tapi hampa. tak dimakannya. aku akui, aku memang rasa down.  setakat yang aku pernah bagi, bubur nasik masak dgn carrot, puri keledek, kentang [yang ni dia makan jugak sikit], pisang, puri buah pear dan the latest aku bagi dia labu rebus. aku lenyek2 je tak blend pun. hasilnya, dia makan juga la labu tu. tapi aku kena suap dgn jari. pastu memang nak tunggu dia buka mulut tu memang sangat rasa nak j...

Backyard Medicine - Ubat Loya Mabuk Kenderaan

sejahteralah ke atas kamu... aku nak share satu resepi kejayaan ringkas untuk menghilangkan rasa loya-loya sama ada semasa mengandung atau loya bila menaiki kenderaan [motion sickness]. aku dapat resepi ni bila tengok rancangan backyard medicine kat tv al hijrah yang disiarkan pada hari ahad jam 12.00 tghr. cara-cara untuk membuat ubat anti loya secara semulajadi atau nama crystallize ginger. macam sedap je. macam sedap je. macam sedap je. 1.  mula-mula ambil beberapa ketul halia. kupas kulit dan potong mengikut keselesaan kita untuk makannya nanti.  2.  kemudian, halia yang telah dipotong itu perlu direbus mnggunakan periuk dengan air yang dilebihkan satu inci daripada paras halia di dalam periuk tu.   3.  rebus halia sehingga 1 jam atau sehingga ala-ala empuk atau orang itali panggil ala dent e        4. sila tapis dan buang air rebusan tu       5.  kemudian masukkan halia di ...

Breakfast Dipagi Ahad

sejahteralah ke atas kamu... entry ini tidak menggunakan capital letter dengan betul sebab key 'shift' di keyboard aku rosak. sepatutnya aku nak share gambar ni semalam. tapi bila aku buka je lektok, si luth tu pun setat la merengek. tak jadi terus nak hapdet. terus aku shutdown. ini adalah penkek atau pancake atau lempeng. guna tepung pancake segera je jenama NONA. semalam mat azghul request nak makan penkek sebab dia tengok kotak tepung penkek tu dah lama berkubang atas spice rack kat dapur umah aku tu kan. rupa dia amboih, ada besar ada kecik nkauuu.. ini plak scramble egg. guna telur kecik 5 biji dapat banyak ini je. aku rasa ini first time aku buat scramble egg yang nampak semenggah skit. biasanya mesti nampak mcm seketul-ketul besar. baru aku tau kalo nak dpt scramble egg yang nampak bulat-bulat mcm ni kena selalu kacau pastu nak lagi cantik kena guna whisk. ini la whisk. hari ni ada pot luck kat ofis. malam semalam aku gigih merebus kentang...

Gadget Craziness

Sejahteralah ke atas kamu.... Sepanjang hari kat ofis, berWhatsApp dengan suami takpe.  sebab suami kan.  rasa rindu bila berjauhan ni konon....  kat ofis teringat dan rindu juga pada anak... terfikir nak main dengan anak, nak dengar dia ketawa... sampai rumah, lepas amik anak.... mengadap lagi henfon.  sebab suami tak balik lagi. wassap pompangpompang dengan suami. send gambar anak kat suami. suami tengok gambar anak, tak sabar-sabar nak balik. nak jumpa anak, nak main dengan anak bila suami balik... masih lagi jugak mengadap henfon.  dah tak wassap dengan suami, wassap dengan group skolah plak.  dah takde topik nak bincang kat group skolah, buka fb plak.  dah tengok newsfeed kat fb sampai habis, tutup seminit pastu buka balik  yang suami pun sama. tadi masa kat ofis kemain rindu kat anak isteri. bila sampai umah, mengadap henfon lagi whatsapp dengan group dia pulak. tapi tak bergaduh. tapi...

Aku Tak Bertegur Dengan Dia

Sejahteralah ke atas kamu.... entry ini negatif. sila jangan teruskan pembacaan jika tidak mahu unsur2 negatif melekat kepada kamu. Aku tau kalau orang Islam tak bertegur lebih dari 3 hari tu dah kira berdosa, nabi tak mengaku umat. Huhuhuhu... Tapi kan..... ada sorang ofismate aku ni. Aku cukup sentap dengan dia. Sebab dia selalu ketawakan pada setiap pakaian yang aku pakai. Ada je yang tak kena di mata dia. Aku pakai baju besar-besar gedobos dia ketawa yang macam tersekat-sekat yang macam tahan nak tersembur tu. Boleh ko imagine tak? Pastu bila aku pakai tudung yang dilabuhkan ke dada, dan kat bahagian kepala senget benget, dia pun tetap akan ketawa macam tu. Ko faham tak betapa tersinggungnya aku bila dia buat gitu. Sebab aku tak pernah heran pun dia nak pakai cemana. Aku tak pernah amik tau pun baju dia, rambut dia, kasut dia segala-mala pasal dia. Aku tak amik kisah pun. Bila aku tanya, "kenapa? Ada masalah ke?". Dia boleh kata, takde apa-apa pun cuma dia rasa n...

Sekolah Tadika Yang Menyeksakan Part 2

Sejahteralah ke atas kamu... Entry aku yang sebelum ni berkenaan Sekolah Tadika Yang Menyeksakan tu mendapat maklumbalas daripada pembaca yang rata-ratanya tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah tadika tersebut. Memang tak mungkin dapat hantar pun sebab sekolah tadika begitu hanya ada di Jepun. Ye Jepun. Negara yang rakyatnya terkenal dengan budi bahasa dan disiplin yang tinggi.  Aku sebenarnya mencari, di mana hebatnya pendidikan negara Jepun sampai bangsa Jepun jadi begitu hebat. Bagi aku sangat hebat sebab mereka langsung tak bergantung kepada Barat untuk maju, mereka tak pandai berbahasa Inggeris pun, negara mereka hancur teruk selepas pengeboman di Hisroshima, negara mereka juga tiada sumber asli. Yang mereka ada hanya teknologi yang mereka jual. Mereka maju. Dalam masa yang sama attitude mereka kelas pertama. Maka aku menggali. Bagaimana cara mereka beri didikan kepada anak-anak mereka. Apa yang sekolah mereka ajar. Sehinggakan nilai2 murni 'mengikut' mere...