Skip to main content

Alhamdulillah.... Rajin Anak Mama Mengemas...

sejahteralah ke atas kamu...


cuba ko fokus kat kotak putih tu yang panjang tu. itu kotak yang kat dalamnya ada botol air zam zam 10 liter. dia tolak-tolak sampai ke seberang sana. lepas tu dia tolak2 letak balik kat tempat asal. 

ini gambar dia dah tolak balik kotak putih tu ke tempat asal. aihhhh rajinnnnn sangat.


ini belum lagi aku amik gambar dia main butang-butang pada oven yang aku letak bawah meja tu. kemain semua benda dia kuis. jari kecik je ramas laju-laju semua benda. ramas yang tak dapat pun tu. korang boleh imagine tak cane. dia macam ramas angin je. 

 
 
lepas dah penat mengemas dapur, dia masuk bilik pulak. ini first time berjaya berayap sendiri masuk bilik ni. sebelum ni paling jauh pun kat dapur. wahhh, makin maju anak aku ni. lepas dah main pusing2 bawah meja desktop tu.... baju dia takyah cerita la. lokoih kata orang pahang. bersawang. nampak sgt aku tak mengemop lantai. lepas dah penat, nangis nak susu. lepas isap susu, sambung balik explorace. aku biar je dia nak ke mana. aku ikut je. aku cuma monitor kot2 dia mengutip je.

begitu la kesahnya budak ini.

Comments

  1. comelnya! suka tengok baby yang dah pandai explore environment dia.. semua benda nak dipegang.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg suka, cuma letih la skit. kalau sekarang ni tak reti berlari lagi dah letih, kalo dah reti esok, mmg selim la mama dia.

      Delete
  2. alahai...habis lah baju putih tu...mengemop lantai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... mmg bunda. habis hitam2 baju tu. saya ingat nak jahit alas la pasang kat badan dia untuk bagi dia mengemop lantai. hahah.

      Delete
  3. aktif la die ni...

    suke...

    ReplyDelete
  4. tularr mcm boring jer sorang2 kanns., tambahlar adik 7-8 lapan lagikks.,ihHKks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... wak gelas.. kalau ada rezeki boleh diusahakan. ahaksss...

      Delete
  5. hehehe budak2 kecil mcm ni mmg suka meneroka & itu tanda otak mereka berfikir sama.. yg penting kena tgk & pantau2 ajelah kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sengaja je bagi dia meneroka. kalo ikutkan malas, nak letak je dlm jumperoo biar dia melompat je setempat. tapi takpe la.. bukan susah pon nak ikut dia merayap.

      Delete
  6. Comel..dh besar sok rajinla nolong ni..inshaAllah

    ReplyDelete
  7. Rajinnyer luth tolong mama dia mengemas..nie boleh buat calon menantu nie..hehe..boleh ker mama luth? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ummuaidan. kalau dah jodoh tak ke mana. hehehe. jauh la nak menghantar rombongan ke fiji ni. hehehe.

      Delete
  8. Salam singgah
    eh comel dan gagah perkasa ..ketawa sorang2 tgk gambar dia
    jenuh la mama nak cuci baju putih dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitu la nampak gayanya. jenuh la nak sental baju tu. eehehe.

      Delete
  9. macam mama dia la.. suka explore kan.. haha

    ReplyDelete
  10. letih pon tak pa lyd. sronok kan :-)

    utk entry sky adventure park tak da sambungan. tak amik kesah sgt pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok juga ciksu. rasa terhibur kadang2 gelak sendiri.

      oo.. takde sambungan dah ke.

      Delete
  11. btul tu lyd, biar je luth explore.. cuma kt guide..takut tdedah pd perkara-pkara bahaya..
    nmpk nyer semakin byk luth belajar ni..

    ReplyDelete
  12. bagusnya anak bujang sorg ni...rajinnyer luth tolong mama mengemas...hehe...teruskan usaha luth....mama suka bila luth rajin cmtu...hehe...

    Hannan dlu2 xberapa rajin 'mengemas' ni...sekarang makin rajin plk mengemas...abis mainan2 dia semua...ummi dia ni takat senyum sumbing je la..nak marah kang, merajuk plk...

    ReplyDelete
  13. Itu baru anak seorang, kalau anak2 berderet2 mcm saya dulu, lagilah terhibur - pinggan mangkuk pecah, kerusi patah, kadang2 ada yg tercedera....macam2...

    ReplyDelete
  14. Bravo Luth.. rajin betul, untung la mamanya, Luth bukan sekadar mengemas, siap mengemop sekali gus. biaq pi kat dia selagi boleh, nak halang mmg tak dapat pun kan, so biar kan. I can imagine how he is. Dulu JJ umur 7 or 8 bulan jatuhkan tong gas yg kosong, terkejut atok dia, baru depa tau gagahnya cucu depa ni.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum lyd....semakin lasak nyer luth n dah semakin besar yer...:)

    ReplyDelete
  16. Budak baya-baya Luth ni memang tengah lasak 'mengemas'. Anak saya pun yang besar-besar Luth memang penat sikit la nak 'pantau' dia bila time masuk 'shift' dia 'mengemas' tu. Hehe

    ReplyDelete
  17. bestnye akak.. dh pandai merangkak.. hehehe.. tomey.. ank lady x pandai lagi.. br pandai pusing2 360 drjh.. br nak angkat2 punggung.. kalu lame sikit meniarap sampai termegah2.. kene pusingkan balik bdnnye sebab x pandai pusing sdri lg..

    ReplyDelete
  18. Lyd. ..Kuantan lumpuh selumpuh lumpuh nya buat ms ni.... Kemaman pun dah mula byk jln yg ditutup..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...