Skip to main content

Mat Labu

sejahteralah ke atas kamu....

ini kisah tentang luth. usia dia dah 8 bulan 3 minggu. sepatutnya waktu ni dia dah makan bubur bermangkuk-mangkuk. aku dengar pakcik tokei kedai mini yang dekat rumah aku tu kata, cucu pompuan dia sebaya luth tapi kalau makan bubur, semangkuk penuh. tu pun tak cukup. aku cam biasa la. mudah sangat panik. eh, anak aku tak normal ke? anak aku ni cukup zat ke tak? risau betul aku.

pembaca setia blog aku mesti tau aku berusaha untuk buat sendiri makanan untuk anak aku. aku siap amik gambar sebab nak menunjuk akan effort yang aku lakukan tu kat blog. tapi hampa. tak dimakannya. aku akui, aku memang rasa down. 

setakat yang aku pernah bagi, bubur nasik masak dgn carrot, puri keledek, kentang [yang ni dia makan jugak sikit], pisang, puri buah pear dan the latest aku bagi dia labu rebus. aku lenyek2 je tak blend pun. hasilnya, dia makan juga la labu tu. tapi aku kena suap dgn jari. pastu memang nak tunggu dia buka mulut tu memang sangat rasa nak jerkah je dia. tapi aku sabar je. kira pencapaian yang baik jugak la labu tu dia makan agak banyak la untuk versi dia yang tak kuat makan tu.

baru aku tau bukan senang nak bagi baby ni makan. tapi aku belum putus asa lagi. semalam ahad, aku masakkan bubur nasik letak labu dan ketulan ayam. ayam tu untuk dptkan rasa ayam je. ketul ayam tu aku yang makan. labu plak aku lenyek2 bagi sebati dgn bubur. mcm halus2 je jadinya tapi tak la tahap puri. aku masukkan juga garam sikit. nak bagi rasa. memang aku tau tak elok nak letak2 perisa sgt. sebab dia baby. tapi daripada aku bagi nestum yang dah tentu ada jugak kandungan gula yang aku tak tau banyak mana, baiklah aku letak garam dalam bubur yang aku masak sendiri. sekurang-kurangnya aku tau banyak mana aku letak. 

aku masak bubur tu pun dah petang. tengahari aku tak bagi dia makan. bila dah petang tu dia meragam. serba tak kena dibuatnya. papa dia yang jaga. aku memasak. dukung takmo. aku berenti masak kejap2 bagi dia breastfeed pun sekejap je dia okay. pastu meragam lagi. naluri kemamaan aku pun mula la rasa yang dia ni sebenarnya nak makan kot. sebab semalamnya [sabtu] aku bagi dia makan 2 kali. pagi dgn petang. ari ni tak bagi makan lagi. kat umah nenek biasa mmg dia makan koleh tepung beras. bubur yang aku masak utk luth tu plak aku buat api paling kecik. maka lambat la masak. sebab nak bagi beras tu betul2 hancur dan lembut. bila dah masak tu, cepat2 je togelkan dia, pakaikan bib dan ready untuk bagi dia makan.....

hasilnya.... luth buka mulut over and over again. dia nak makan! tanpa aku perlu paksa dia buka mulut. tanpa perlu buat tektik nak bagi dia ketawa so bila dia buka mulut, aku masukkan makanan. tak perlu. aku hulur je sudu, dia nganga mulut. subhanallah. perasaan dia memang priceless......syukur alhamdulillah. mesti sebab bubur tu sedap. hehehe...

pendapat picisan aku kat blog picisan aku ni, nak bagi makan anak pun sama juga macam nak breastfeeding anak. minda kena kuat. mind setting kena positif je memanjang. dan yang paling penting, cara nak bagi anak makan, ialah mak dia kena rajin. memang nak jadi mak ni kena rajin. takleh cepat putus asa. kalau anak tanak makan makanan A, cuba lagi makanan B, C, D, E sampai la ke Z.  insyaAllah berjaya.

Comments

  1. ye betl lyd...nk bg anak mkn memg kena rajin pelbagaikan makanan...kdg2 smp xde idea nk msk apa..stkt ni anak sy qisya dia memg suka mkn..tp yg pasti dia xsuka mkn puree2 ni bagai...tp kalo masukkan puree dlm bubur nasi dia suka...cuma kalo puree semata memg dia reject.ehh...ayam xboleh bg bb mkn ke? kalo kita blend sekali dgn nasi tue xboleh bg jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh plak bagi bb makan ayam. kalau blend okay la. saya ari tu, saya tak blend. cuma hancur2 kan je. so, takut ayam tu tak hancur tu yg saya makan. bagi dia rasa hawa ayam tu cukup la. hehe.

      Delete
  2. koi suapkan epal-rebus-blender...dia suka betul...bubur nasi tambah bilis goreng tumbuk pun suka gak,,,nestum kurang sikit..bubur taruk keret ke..kentang ke..ayam ke..mmg rejek. anak belum 6 bulan koi dah belasah bg macam macam. iskut baby bites pun kadang tu bagi jugak...

    ReplyDelete
  3. Haihlah....nasib kita sama. Bila kita yg bg makan kat anak, anak mcm antara sudi ngan tak. Tapi bila pegi umah MAMA dia, pehhh~ Kemaen lajuuuuu~

    Mommy dia konon moden sgtlah. Bg makan puri itu ini. Mama dia just bagi bubur nasi,carrot ngan isi ayam...mkn sedap je. Kita ni punyelah pelbagaikan. Kekonon. Last2, anak kita nak nasi gakkkk!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah luth makan jugak akhirnya kan..memang hepi sangat kan setelah pelbagai usaha nak suruh dia makan..ingat dl kalau masak puree cam pisang ker..mesti campur siikit susu, sikit beras..nak cepat masak nasik tuh..blend dl beras ..br senang drp masak beras gitu..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. seronok baca susah senang seorang ibu.. :D
    moga luth akan menjadi anak soleh yg menyayangi ibu dan ayah nyer besar kelak amin..

    ReplyDelete
  6. Banyak kena bersabor time menyuap anak makan ni. Saya ada dua anak ni, dua-dua lain pe'el makannya. Hat yang sulung tu, liat nak bukak mulut. Yang second ni, tak cukup-cukup pulak. Sampai mak ayahnya punya nasik pun dia sental. Lain budak, lain perangainya.

    Asalkan anaknya sihat, kira ok la tu :-)

    ReplyDelete
  7. mesti seronokkan... hehehe sy pn seronok klu suap anak buah makn bila kita hulur jer dia bukak mulut... lepas ni gemuklah luth... hehehe teruskan usaha sis.. :)

    ReplyDelete
  8. akhirnya..makan tanpa perlu dipaksa yer luth...agaknya sedap lah tu...hehehe....

    ReplyDelete
  9. Betul tu memang byk bersabar bila nak anak mahu mkn. dan cuba pelbagaikan makanan yg dah boleh dimakan.

    ReplyDelete
  10. waa..luth da pandai mkn .. tp aunty wani lum jumpe luth lagi...huhu...

    ReplyDelete
  11. I feel u. macam tu la masa I ngan jj time kekecik dulu, kalau mood dia nak makan, tak payah paksa dia sendiri minta nganga macam anak burung kita pun suka hati menyuapnya, tapi time takmo makan, segala cara buat takmo nyer dia buka mulut, yg dah masuk mulut pun siap sembur2 lagi. And... memang kena banyak bersabar dan tak putus asa menyediakan makanan untuk mereka, which I failed. I just get the fruits ready, dia takmo I boleh ngap.i dah give up masak2 for her lastime. Hahahha hadap la kau buah sampai kenyang yer JJ.

    ReplyDelete
  12. asya y besar ni pon ssh sgt nk mkn..kmain kna paksa.. usia 5thn nk msuk 6thun ni, berat asya bru j hampir 12kg.. huhu..

    klo mkn pon nasi & ikan singgang..tu pon klo hbs sesenduk nasi syukur..

    lyd x bg luth mkn nestum ye?

    ReplyDelete
  13. alya masa baby pun susah nak makan. bukan setakat masa baby. dah besar ni pun susah nak tgk dia mkn nasi. kalau kek, donut, muffin, cheese memang laju la dia makan tak hingat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...