Skip to main content

Cara Untuk Tukarkan Video Di YouTube Kepada Format MP3

sejahteralah ke atas kamu...

kita suka dengar sesuatu lagu di youtube, tapi tak pandai nak download lagu tu dan tukarkan jadi mp3 format supaya kita boleh save dalam playlist kita. begini caranya untuk tukarkan video lagu daripada youtube ke mp3.

langkah 1;

cari video yang ingin ditukarkan ke format mp3 tu
mula-mula copy url [address] video yang ko nak tukar tu.


 langkah 2
kemudian search di enjin carian, taipkan 'mp3 converter' atau 'youtube converter'. kalau aku, aku biasa guna yang paling atas tu;- www.youtube-mp3.org

langkah 3
paste url yang dah copy tadi ke ruangan kosong seperti gambarajah di atas. lepas tu click button 'convert video'.


 langkah 4
dalam masa yang singkat, video tu akan ditukarkan ke format mp3. nampak tak tulisan dia kata 'video successfully converted to mp3' tu. bila dah keluar link untuk download tu, silalah click tanpa ragu-ragu.


 langkah 5
nanti akan keluar tetingkap [window] ni. by default je click ok. untuk bagi file ini di save ke pc.





 langkah 6
nak cari balik file yang kita dah download tadi, sila cari di folder 'download' kat pc kamu. jangan kisah la file2 yang ada dalam folder aku tu ye. heheh.

begitulah caranya. senang je kan.

Comments

  1. Tula tuh..klu nk dgr xyah bkk utube kan..senang!!

    ReplyDelete
  2. Wow....tip menarik ni, kena cuba....

    ReplyDelete
  3. okey. dh tau..

    terima kaseh...

    ReplyDelete
  4. owhh gini.. dulu I pernah tanya my bro, dia pernah explain pastu I buat2 give up sebab tak paham, now jelas sudah hehehee. danke dir.

    At first tak jeling pun senarai download u, but since u mention jangan kisahkan senarai2 itu, terus I ushar tengok muahaha. jangan kata jangan nextime :p

    ReplyDelete
  5. Thanks Lyd syer..
    Myra lupa camne nak buat, bila baca entry Lyd baru refresh balik..hehee

    ReplyDelete
  6. ohh..senangnya...terima kasih...

    PS: spray lipas essfa pun ada jugak...selamat dan suci sbb dia bukan racun. koi pancit kat pokok bunga orkid koi...pokok tak rosak..ulat tiada lagi. spray kat meja makan..semut tak naik. sesuai untuk rumah ada baby tgh merangkak..

    ReplyDelete
  7. mudah sangat.... baca juga list kat download tu...hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...