Skip to main content

Breakfast Dipagi Ahad

sejahteralah ke atas kamu...

entry ini tidak menggunakan capital letter dengan betul sebab key 'shift' di keyboard aku rosak.

sepatutnya aku nak share gambar ni semalam. tapi bila aku buka je lektok, si luth tu pun setat la merengek. tak jadi terus nak hapdet. terus aku shutdown.


ini adalah penkek atau pancake atau lempeng. guna tepung pancake segera je jenama NONA. semalam mat azghul request nak makan penkek sebab dia tengok kotak tepung penkek tu dah lama berkubang atas spice rack kat dapur umah aku tu kan. rupa dia amboih, ada besar ada kecik nkauuu..



ini plak scramble egg. guna telur kecik 5 biji dapat banyak ini je. aku rasa ini first time aku buat scramble egg yang nampak semenggah skit. biasanya mesti nampak mcm seketul-ketul besar. baru aku tau kalo nak dpt scramble egg yang nampak bulat-bulat mcm ni kena selalu kacau pastu nak lagi cantik kena guna whisk.
ini la whisk.

hari ni ada pot luck kat ofis. malam semalam aku gigih merebus kentang dan sayuran untuk buat potato salad. kalau untuk makan sendiri sedap la aku rasa, tapi kalo untuk makan ramai2 kat ofis aku macam rasa malu-malu kucing skit nak bagi makan. aku ni idok le pandai masak pun. setakat masak utk 2 orang tu boleh la. kalau nak masak untuk ramai-ramai tu pon boleh gak tapi boleh bla.

 potato salad yang tak berapa senonoh rupa dan rasanya. tapi ofismate terpaksa la makan je. kalo tak suka sudah nama mu dolah kopek mu sebelah. kuheh kuheh.


jadi la buat banyak ini. bukan ramai pun ada kat ofis hari ni. ramai gi kursus dan cuti.
mangsa pertama dan kedua yang tengah nak amik potato salad macik lyd.

jadi, ini je la entry berunsurkan takbur daripada aku. takbur sebab aku mampu buat makanan yang tah hape-hapenyepunnnn...

Comments

  1. pancake tu nampak sedap.. (dah lama tak makan pancake.. huhu..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gak pancake ni. yang segera punya harus la sedap. cuma perlu tambah telur dgn air je. senang amat nak membuatnya.

      Delete
  2. Nak tanya, potato salad tu, yang putih-putih tu taruk salad dressing ke mayonis yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok nak jawab. yang putih2 tu taruk mayonis biasa je. pastu tambah sendiri olive oil, perahan lemon, dgn serbuk parsley kering. kalau guna salad dressing lagi sedap.

      Delete
  3. Nak tergelak yg namamu dolah tuh..lyd pun tahu jugak yer...heheh..
    salad tuh sy tengok kemain lagi dressingnyer..mesti sedap weyyhhh...saya pun tak pernah buat salad gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... org pantai timur haruslah tau ummuaidan.

      kekeke... ha ah, kemain over letak mayonis je pun. kekeke. kalau buat kat umah, saya guna olive oil pastu letak rosemary kering je. tapi ni nak bawak gi ofis karang tak makan pulak budak2 tu. itu yg letak mayo banyak2.

      Delete
  4. penkek lyd wat nmpk cantik je...sama besar seme. potato salad yg kemain meriah...

    ReplyDelete
  5. Aku suka scramble yg lembut da n masih sticky. Jadi, kalau kepit celah roti xde la asyik nak jatuh berterabur. Biasanya aku campurkan susu segar dlm bancuhan telur dan dimasak dengan api kecil dan selalu digodak agar rantaian protin tidak terlalu panjang...

    ReplyDelete
  6. pankek tu nampak gebussss... tak pernah lagi wat..selalo wat lempeng jerk pon tapi flat saje..
    salad pon okay ape..ni kalo taruk sos mayo bebanyak memang wallah..csiram skit ngan sos cili..

    ReplyDelete
  7. hehe...tak penah pun ada pot luck kat opis..huhu

    ReplyDelete
  8. Sedap tu potato salad..rin suka giler...kompem sedap tuh sbb dr rupa dah tau..haha

    ReplyDelete
  9. tetiba jer rasa nak makan lempeng...hihihi
    tahniah sebab mampu buat makanan untuk rakan2, saya masih dalam ketegori masak untuk kami2 aje..

    ReplyDelete
  10. dah ada rupa cam masterchef dah. Chef Joe mesti komen.. "rasa cam bahan2 tu menari2 dlm mulut"

    ReplyDelete
  11. amboi gebusss sesangatler pancake lyd.. nak sikit ler... kegemaran mak mertua akakni.. selalu buat tak segebus ni...
    dulu2 rajin buat saladni.. sekarangni dah lama tak buat n... nampak sedapjer lyd...

    ReplyDelete
  12. Klu nak bg telur hancur tu nmpk byk, cmpr dgn susu segar. Ltk 3 biji je pun dah ok. Heheheheh......

    Peh! Salad tu, terliur menengokkannya. Ni yg teringin nak makan jugak. Meh email semangkuk kt sy. Hahahaha! Sedap bebetoiii!

    ReplyDelete
  13. lama dah aih tak makan patato salad. . tak penah beli tepung penkek. selalu buat sendiri. hehehe

    ReplyDelete
  14. wah sedap tu.. pancake mmg feveret Adik & Angah paling pandai membuatnyer, kalah KA hehehe

    ReplyDelete
  15. potato salad...

    sedapnye...

    terliur membayangkannya...

    ReplyDelete
  16. hahaha gigil i taip sebab duk gelak pasal nama dolah kopek mu sebelah. muahahaha ni kat sini dorang panggil Kartoffelsalat yg u buat potluck ni, I suka.

    ReplyDelete
  17. ho ho ho..nmpok sedak belaka....
    awok ni pom mmg error gop dlm bab masakan ni kan,,
    lps ni kna rjin share resepi

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...