Sejahteralah ke atas kamu... "saya sangat sayangkan mak" dan "saya mintak maaf Di atas semua salah dan silap saya"... Itu je 2 ayat yang saya sangat ingin ucapkan kepada Mak. Namun, saya tidak berada disisinya sewaktu beliau Sedang nazak kemudian menghembuskan nafas yang Terakhirnya pada jam 11.30 malam tadi di pangkuan Abah saya disaksikan oleh kak long dan akak saya. Perginya kerana sesak nafas yang lain macam, bukan kerana Penyakit jantung yang kami sangkakan jika beliau Pergi, pastilah kerana sakit yang satu itu. Saya terima call jam 12.30mlm semalam. Terus bersiap Untuj pulang ke kuantan dan gerak dari umah Jam 1.30am. Smpai di kampung sedang elok azan subuh Berkumandang. Saya menyelak batik lepas yang menutupi wajah mak. Air mukanya begitu tenang seolah-olah sedang Tidur lena. Yang paling sebak bila melihat abah saya. Sekali sekala dia datang menatap wajah emak sambil memanggil nama mak saya.dan Menangis kemudian berlalu pergi menyembunyikan Tangisannya...