Skip to main content

K a m e r a D i g i t a l I d a m a n S a y a

Sejahteralah ke atas kamu....

Memandangkan kamera digital Sony Cyber Shot saya telah dirompak semasa kejadian pecah rumah beberapa lama dulu, maka saya dah takde kamera dah. Kalo kemaruk sangat nak bergambar terpaksa le saya guna henfon yang megapixelsnya pun cap hayam je. Sob..sob.

Bila dah takde kemre tu, saya memang nak beli yang lain sebagai ganti. Yang baru itu nanti sudah pastilah Sony CyberShot juga. Itu je la yang menjadi idaman saya. Hehehe.. Janganlah kau menuduhku mempunyai piawaian yang bermutu rendah sebab dalam banyak-banyak brand camera, dalam banyak2 model keluaran, CyberShot cap hitik tu jugak yang saya berkenan. Ishh.. Apa nak jadi.

Kalau diikutkan hati, kamera idaman saya tentulah Digital Single-Lens Reflex. Mungkin Nikon atau Canon. Sekali dengan external flash dan external lenses pun saya nak beli. Baru la ada gaya potogeraper pofesyenel gitu. Tapi itu hanya mimpi di subuh sepi'e je. Saya sedar kewangan saya takat mana je buat masa sekarang ni, so kita mulakan dengan kamera biasa-biasa je dulu.Takyah nak duniawi sangat ye.

Agak lama tau, saya mengidam nak beli Sony Cyber Shot ni. Yang saya nak tu modelnya ialah DSC-W670. Rupa paras dia biasa-biasa je. Takde la lawa sangat. Harga pun tak mahal mana. Dalam RM499 je. Kira affordable la untuk insan-insan yang memilih kehidupan zuhud seperti saya ni. Eceywahh.. Zuhud la sangatt. Apa yang menyebabkan saya obsess sangat dengan CyberShot ni, ialah... sebab dia Sony. Huahuahua. Tak logik kan alasan? Tapi kalau orang yang kenal saya, mesti tau saya ni agak obsess dengan Sony. Kalo henfon tu, korang tak payah susah2 la nak promote brand lain yang canggih ke, sleek-design ke, function super advance ke, last-last saya mesti akan melting dengan Sony Ericsson Xperia jugak. Kuheh..kuheh. Identity kot. So, untuk camera pun sama la konsepnya. Lagipun bila baca review kat internet, mereka kata kemre ni baguih woo [bagi kategori yang setara]... 16.1 megapixels. 6 kali zoom. Lens dia tu plak Carl Zeis punye. Pastu function takyah citer la. Hehehe. Sebab yang penting brand tu je. 

2 minggu sebelum raya yang lalu... Saya dah pun beli kemre. Nak tahu saya beli kemre idaman ke tidok.... kena la tunggu ye ke episod yang akan datang. Peace yooo...




Comments

  1. mohon admin jangan cerita beli dalam mimpi lagi..kehkehkeh..

    ReplyDelete
  2. morning lyd..sehat?
    rasa mcm x lengkap je kan bila tak da kamera ni..kamera hpphone..paham2 je la..

    jom cicah pelam..
    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/jom-menyicah.html

    ReplyDelete
  3. saya pun nak beli yg mcm ni la. ringan dan senang.;D tak best betul bwk dslr tu berat gedabak dah la tak pandai2 lagi guna. hehe..

    ReplyDelete
  4. suka guna yg simple n mudah guna dan dibawa, x suka yg besar2 sgt!

    ReplyDelete
  5. aminnn akk doakan ...
    tapi rasanya cannon terbaik koot ;)

    ReplyDelete
  6. Ym Bundle : Hahahah.... kali ni bukan lagi mimpi. Hahah. Kerang kura-kura tu sedap kalo bakar kan? Kan?

    Qasehnya Rania : Salam.. Cik Su.. Masih lagi belum sihat sepenuhnya. Tapi hanya mampu bersabar.

    Nizam : Jomm....

    ReplyDelete
  7. Asmara : Kena ada 2-2 la . DSLR tu kalo nak amik gmbr seni2. Kalo yg digital biasa tu utk bawak jalan-jalan. Tapi gmbr DSLR cantik la As.

    Kesuma Angsana : Mmg senang nak bawak yg kecik ni. Cuma hasil gmbr dia tu tak la sebaik DSLR.

    eida : Canon mmg bagus. Sbb dia memang specialist buat kemre.

    ReplyDelete
  8. pasni banyaklah gambar post kat entry yer..hehehe

    ReplyDelete
  9. Kakcik ada kamera Olympus yang kecil dan murah je... :)

    ReplyDelete
  10. saya rasa awak mesti beli kamre sony tu kan, saya pun berkenan jugak...
    samalah handphone kita tapi saya punya dah kena curi raya keempat aritu huhu :(

    ReplyDelete
  11. ala akak. nikon ngan canon yang beginner pon bukan mahal sangat . heeee

    ReplyDelete
  12. Saya pun guna sony gak. mmg teringin nk dslr, tp camera compact ni pun tak abis explore lagi. Suami kata..selagi tak mahir yg ada, takleh beli dslr.

    *Bab hp & camera ni saya tak berapa zuhud..:-[

    ReplyDelete
  13. Mama Ema : Itu belum tau lagi. TUnggu baby lahir la. Mungkin byk gmbr baby je la nanti sbb mama dgn papa dia pemalu. Hikhik..

    Kak Chik : Berapa RM kemre Olympus tu? Best tak gmbr dia?

    Nita : Loorr... canner bleh hilang henfon tu? Sayangnya. Mesti byk data penting dalam tu.

    Cik Jannah : Dah beli dah pun. Lambat sgt awk bgtau akak. Hehe.

    Ujie : Kalo tak zuhud tapi guna sungguh2, takpe. Jgn beli2 pastu tak pakai. Itu tidak adil untuk kemre itu. Best kan Sony?

    Diana : Ha ah.. memang lagi senang pun amik guna henfon. Sbb henfon mmg kita bawak ke mana2 kan? Nak bawak kemre ni leceh skit. Kecuali kalo mmg nak pegi bercuti atau mmg occasion yg betul2 kita dah ready nak amik gmbr byk2. 5 bulan ek? Erm... kena tunggu dan lihat la saya nanti cemana.

    ReplyDelete
  14. erk...kena tunggu next ntry le baru leh tgk kamera baru ye... ngeee...wajib le ada kamera kan. nk amek gambar bby nnt ;)

    ReplyDelete
  15. Saya tak begitu minat kamera, tapi org rumah saya memang minat sejak anak dara. Sebab tu banyak koleksi kamera di rumah dari kamera zaman Kodak yg kena cuci di kedai gabar sampai kamera digital Canon yg lensanya boleh ambil gambar objek jarak jauh macam teropong..Kalau org jenis tak minat kamera mcm saya, diberi kamera percuma pun saya tak mau...hihihihihi...

    ReplyDelete
  16. nasib baik bukan dalam mimpi..wahahahahahaha.....
    peminat sony ea?..hahaha..
    aku ada jugak tapi jenama samsung..haha
    tapi angan2x nak kamera mahal punyer..nikon..

    ReplyDelete
  17. hehe..kamera apakah itew ye?? adakah kamera idaman atau kamera y terlebih idaman..mybe dslr??? jeng2x...

    ReplyDelete
  18. Kita minat kumira Canon....tp x daya lg nk bli....jd pakai aja la kumira cap ayam nih.... :)

    ReplyDelete
  19. dah dapat kamera. bestnya... saya jugak guna kamera handphone je. tapi bersyukur adanya. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  20. kebetulan kamera saya dah semakin teruk.. memang sedihler sebab kitani kalau nak update blog kenaler ada gambar baru syiokkan...
    cepat nak tengok kamera baru..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca