Sejahteralah ke atas kamu...
Saya tak pasti sejak bila dan kenapa Gangnam Style ni boleh meletus dan menjadi super extra femes kat YouTube. Setakat entry ini ditulis, clip Gangnam Style Original oleh PSY ini telah ditonton oleh lebih daripada 100 juta orang. Ini seriussss.. Sangat ramai hokey. Dan 2 daripada view statistic tersebut datangnya daripada saya dan suami saya. Kehkeh. Video ini sebenarnya hanya video clip biasa untuk lagu Gangnam Style yang berasal daripada Korea. Penyanyinya pun takde la mencapai tahap kehenseman setaraf Lee Min Ho. Tapi dah jadi nasib dia, bila ramai orang suka dengan lagu ala-ala techno dengan tarian trademark yang ala-ala naik kuda tu.
Entry ni bukan nak cerita pasal Gangnam Style ni terlampau mendalam. Sebab saya tak minat langsung. Cuma mengambil tahu hal sekeliling je. Yang ingin saya highlight kan kat sini ialah spekulasi yang mengatakan bahawa lagu Gangnam Style ini menghina Islam. Whattt?? Is it true?
Adalah hamba Allah mana ni, dah sebarkan di Facebook bahawa lirik dalam lagu Gangnam Style ini ada mengandungi lirik yang bermaksud seorang lelaki yang konon-kononnya naik ke langit dengan kuda terbang. Seolah-olah mengejek kisah Israk Mikraj tentang Nabi Muhammad naik ke langit menggunakan buroq. Sambil video klipnya pula membuat aksi naik kuda. Hahaha.
Betul-betul-tipu |
Ini bukan satu-satunya provokasi terkini yang muncul sejak akhir-akhir ini. Satu lagi khabar asap yang diheboh-hebohkan baru-baru ini ialah berkenaan dengan siri animasi Upin dan Ipin yang dikatakan sebagai agenda Yahudi untuk merosakkan umat Islam. Mereka mendakwa, maksud Upin di dalam bahasa Aramaic adalah 'Aku Benci Rasulullah'.
Sumber |
Boleh terima tak? Gossip tentang Upin Ipin tu saya dah baca agak lama jugak. Tapi yang tu memang terus saya boleh nilai bahawa dakwaan tak berasas dan agak kelakar. Sebab kita pun tau animasi tu dibuat oleh produksi anak tempatan Malaysia. Nak Yahudi ke mendenye??? Tapi pasal Gangnam Style tu, sebelum saya percaya atau skeptikal, saya google la dulu lirik lagu dengan terjemahan di dalam Bahasa Inggeris. Ternyata langsung takde sebut pun pasal kuda atau pasal naik ke langit
Ini adalah sedikit petikan lirik lagu Gangnam Style;
A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensible girl like that
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensible girl like that
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." ~49:6Pendapat saya, orang-orang yang mereka-reka cerita-cerita begini sebenarnya bukan nak sebarkan berita itu sangat. Tapi mereka seperti seronok nak menggoncangkan kemarahan orang lain dan mereka seronok bila isu palsu yang mereka sebarkan itu menjadi buah mulut orang lain. Ni semua hanya sebab nak perhatian je dan mungkin jugak untuk test market untuk tengok sejauh mana cepatnya orang Malaysia ni melatah. Kalau betullah itu niat mereka, ternyata usaha mereka dah berjaya la kan?
Semua agenda-agenda yang didakwa ada menghina Islam ni, jika memang benar sekalipun, contohnya seperti Lego yang heboh tidak lama dulu dikatakan menghina Nabi, kemarahan umat Islam yang kononnya sangat cintakan agama hanya seketika. Tak percaya? Sekarang cuba tengok bila Legoland dibuka kat Nusajaya, siapa yang paling menggelupur sekali berebut-rebut nak pegi walaupun tiketnya mahal nak mampus? Siapa? Hahahah. Jawab sendiri.
Memang, kita perlu berhati-hati dengan banyak agenda Yahudi zaman sekarang ni, tapi agak-agak la. Kita kan ada akal. Patut boleh fikir yang mana haq dan yang mana bathil. Kalo memang jelas faktanya menghina Islam, kita jangan ragu-ragu untuk memeranginya. Tapi kalo samar-samar, kena la siasat. Ok?
hye lyd..
ReplyDeleteciksu baru baca kat meto pasal ni tak sat..hehe
walaupun legoland berada di sebelah rumah koi...tidak teruja langsung koi nak masuk..baik pergi zoo...dapat juga duit tiket tu buat beli makanan unta
ReplyDeleteni orang cakap paranoid lyd..merasa diri terancam..semua hal nak cakap org tu nak rosakkan kita padahal takda apa pon..kehkehkeh..
ReplyDeleteupin ipin pon jadi mangsa..konspirasi ni..kahkahkahkahkah..
bila dah jadi femes..ada saja yg nak dihentam..
ReplyDeleteBila ada yang jadi terkenal, adalah yang nak turut tumpang terkenal dengan membawa cerita yang berbeza... Wallahhuaklam. :(
ReplyDeleteItu yg susah nak paham org2 kita ni, semuanya kita tengok dgn pandangan negatif, sampai pernah ada kawan saya yg marah kpd reka bentuk palang pintu projek rumahnya yg menyerupai salib. Tapi setakat ni belum pernah lagi dengar ada yg minta tanda campur (+) diganti tanda2 lain sebab ia menyerupai salib..
ReplyDeletehay salam kenal,
ReplyDeletei'm pian from indonesia.
nice artikel.
visit, comment follow back yaaa.
http://cumapian.blogspot.com/
Ciksu : Ciksu baca tentang apa kat Metro? Pasal gangnam, upin ipin atau legoland?
ReplyDeleteNafisa81 : Bagus aok. Koi kalo dpt tiket free koi nak la jugek pegi. Tapi kalo kena bayar, takpayah la. Kalo ada duit lebih sgt, baik koi topup elaun bagi mok dgn boh je duit lebih tu.
YM Bundle : Aku paling pelik pasal Upin Ipin tu la. Tiba2 boleh kuar gosip cenggitu. Pening kepala aku. Padahal, kalo betul la nak jauhkan diri daripada anasir jahat Yahudi, perkuatkan iman dalam diri dulu.
MamaEma : Biasa la. Sama ada hasad dengki, atau memang takde keja lain.
Kakcik : Itu la kakcik. Manusia ni memang pelik-pelik.
JR : Bukan kat pagar je. Kat sejadah, kat hurup t kecil pun. Apa-apapun kita respek je la prinsip mereka. Cuma, kalo yang fitnah org tu, yang tak patut la.
Macam2, antara percaya dengan tak percaya je apsal Gangnam Style tu..
ReplyDeleteMoga ada yang bagi pencerahan pasal ni
tq berkongsi, pada yg masih x tahu lagi!
ReplyDeleteassalamualaikum lyd...mekacih berkongsi kena la berhati2...:)
ReplyDeletekita x pasti kesashihannya..tp memang kurang gemar kalo pompuan terkinja2 ikut style ni...
ReplyDeleteada ek pasal lego tu? adehhh teringgal pulak yg tu.
ReplyDeleteahaks...pasal upin ipin tu... haihhhhhh terlalu ramai org ada PhD (pingat hasad dengki) kat msia ni... patutnye kena la sokong animasi tempatan ye tak... ni nak menghancurkan plak...
ReplyDeletegangnam style tu ape eh...hehehe usia makin meningkat, tak minat dah tarian muda mudi ni... tapi kalo legoland tu kompem akan bawa anak2 pergi bila balik Msia nnt... hihi... kalo ada upin ipin land lagiii bagus... ;)
biasa la. benda yg trending, pasti ada je isu yg org nak timbul. tp part gangnam hina Islam tu aku x tau la plak. ni 1st time dgr. tp bab tarian tu ada kena mengena ngan posisi "kamasutra" tu, aku tau la.
ReplyDeletebab upin ipin hina Islam tu lagi la tak logik. dlm tu kan ada bab psl puasa ngan mengaji.
Saya mula tau sejak MHI hebahkn psl video raya satu family ni yg menari gangnam style. masa tu blur..menda apa gangnam? Ingat dari india. lps2 tu baru tau..
ReplyDeletePd saya tak perlu sibuk2 tafsirkn bnda gini. buang masa. Yg jelas pd mata saya..tarian ni mmpak tak sopan (sejak 1st time tengok video family tsbt). Tu je.
errr...uppa gangnam style tu mender ek? aku maleh nak gugel heheh
ReplyDeleteala kfcpun penah kena hentam.. asal pemesjer adajer orang cari jalan.. tu yang taknak femestu... keh! keh!
ReplyDeleteMyra Jay : kalo ikutkan, Gangnam Style ni mmg takde apa2 pekdah pun. So, dlm Islam, sesuatu yg tak memberi manfaat tu, eloklah kita tinggalkan ye tak.
ReplyDeleteKesuma Angsana : Sama-sama KA
Maszull : Sama-sama. Apa salahnya berkongsi pengetahuan am.
Cikgu Ma : Mmg tak senonoh pun yg parody derang buat nak tiru Gangnam Style ni. Siap pakai baju kurung plak tu. Aih..tak paham.
Sal Ya : Ada, yang pasal lego tu derang keluarkan set lego yg kononnya "nabi muhammad bersama 23 org isteri termasuk Aysha yang masih bawah umur". Memang agak kurang ajar la benda tu.
FnF : Itu la pasal. Upin dan Ipin pun nak jadikan isu. Nanti balik sini, boleh pegi restoren Upin Ipin kat Putra Height.
aswadz : Amboi, ko tau je kamasutra punya position eh? Heheh.
Itu la dia. Aku tgk upin ipin tu macam takde kaitan langsung nak menghasut org jadi jahat. Cam comel je aku tgk ada lah.
Ujie : Mmg tak senonoh pun video klip tu. Saya mmg tak suka tgk pun. Cuma bila ada org buat dakwaan pasal hina Islam, nak juga mencari kebenarannya. Bila dah tau fakta, baru puas hati. Heheh.
Puteri : Ada aku explain sikit je kat atas tu. Kalo nak explaination bertulis, mcm tu je ringkasnya. Kalo nak tau lebih, kena tgk clip video tu. Tapi takyah tgk pun takpe. Takde pekdah pun serius aku cakap.
Cho Zila : Sama la kita kak. Saya pun sebba tu tak suka femes2 ni. Hahahah. Banyak kak yang penah kena hentam ni. Secret Recipe pun penah.
saya tengok sekali je, sekadar bz body nak tau apa benda tu kan. haha..
ReplyDeleteemail ngarut2, kdg berantai semua konon2 pasal agama mmg saya sakit hati. terus saya sound direct je kat org sebarkan tu senang cerita. haha..
Asmara : Haa.. kan? Saya tgk pun sekadar nak bz body je. Sekadar utk pengetahuan je. As lagi ganas. Terus je sound direct.
ReplyDeleteowh... pasal gangnam style tu adalah tengok vid sebab member dok heboh tapi takde lah nak amik tahu lirik dia..
ReplyDeletekalau upin ipin tu pun memang tak masuk akal....
pasal legoland tu..kena elakkanlah ye..
memang betul semua benda kena selidik dulu baru nak percaya ke tidak.. nice info Lyd ^_^