Skip to main content

Gaji

Sejahteralah ke atas kamu...


Esok hari gaji. Gaji pertama selepas naik gred. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah. Dah 8 tahun keja. Baru naik gred satu tangga. Sungguh tak cemerlang kan? Hahah. Bila saya imbas semula cara saya dapat kerja ni, saya rasa saya macam agak bertuah. Waktu itu saya hanya menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah di kampung. Tengahari selepas balik mengajar, saya tolong abah jual goreng pisang dan petang selepas tolong abah, saya ajar tuition untuk anak-anak kampung dengan bayaran yang murah. Sorang RM10 je sebulan. Ajar bahasa Inggeris dan Matematik.

Sebelum jadi cikgu, saya pernah mengikuti Skim Sangkutan Latihan [SSL] yang satu masa dulu cukup femes di kalangan penganggur-penganggur mulia kat Malaysia yang memang susah nak dapat kerja lepas habis belajar. Saya SSL kat EsEsEm la. Cawangan Kuantan. SSL tu hanya 6 bulan. Bila dah masuk situ 6 bulan, dah buat kawan dengan staffs kat situ, mereka la yang tolong saya dapatkan kerja ni. Atas jasa mereka la [dan izin Allah, of course] memudahkan laluan saya. Mereka yang menghantar resume dan sijil-sijil saya kepada Pengarah Negeri. Mereka yang rekemen saya. Saya langsung tak ada saingan, calonnya hanya saya sorang. Semasa dipanggil temuduga pun, tak banyak pun ditanya soalan sebab memang dah confirm dapat dah. Hehehe. Syukur. Bila dapat tu, kena pegi training banyak kali di HQ bersama semua kawan-kawan daripada cawangan lain yang sama jawatan macam saya. 

Sebenarnya saya nak nak cerita pasal gaji pertama saya beli apa. Intro panjang pedooh. Sorry eh. Masa saya belum mula kerja tu, sementara nak tunggu ofis baru kat Kuantan tu beroperasi, saya dah plan dah nak beli apa. Pastu saya dah bagitau kat kawan-kawan yang tolong saya hantar resume tu, "nanti dapat je gaji.... aku nak beli perfume Dolce & Gabbana Light Blue". Then kena kutuk dengan derang, "kerja pun belum start, dah berangan nak beli pa dgn gaji pertama". Hahah.

Perfume feveret saya sepanjang masa selain rangkaian Incanto by S.Ferragamo dan Gucci Envy Me.


So, untuk gaji pertama.... benda ini lah yang saya beli dengan lubang hidung seluas alam semesta. Best ah tu konon. Hahahah. Ni kira memang impian jadi kenyataan la ni. Masa gaji pertama, biasa la... Kita langsung takde komitmen hutang dengan mana-mana pihak pun. Kereta pun belum beli. Boyfriend pun takde lagi masa tu. Henfon pun yang sound dia monophonic lagi. Yang bunyinya tet...tett...tet.. je. Pastu kalo nak lagu-lagu terkini jadi ringtone, kena taip kompose sendiri. Ikut kod yang tersendiri. So, duit gaji masa awal-awal tu, memang semua aku yang punya, bukan Ahmad Albab yang punya la.. Bleh bagi mak dengan abah pun banyak je. Indah sungguh dunia masa tu.

Sekarang ni pun saya dah bersyukur jugak sebab gaji pun dah nak kembalikan semula ke zaman seperti gaji pertama dulu. Dah makin nak selesaikan semua hutang-hutang, a'riba-riba' andre-andre dan nak dapatkan gaji bersih sebersih gaji pertama dulu. Semua duit gaji yang dapat, boleh dibelanjakan tanpa pening kepala nak bayar hutang. Belum selesai lagi, tapi menghampiri la nak setelkan hutang2 semua. Saya doakan misi ini berjaya. 

So, korang, gaji pertama korang beli apa?

Comments

  1. tak ingat lak KA gaji pertama dulu wat ape.. rasa2 mcm belanja family makan kot hehehe

    ReplyDelete
  2. wow, tahniah..Alhamdulillah..
    erm..gaji pertama saya ntahlah lupe rasanya camera kot.. itulah benda yang sy beli dan takde kene-mengena dengan hidup dan dah hilang dah pon, ade orang pijam dan terus buat harta.

    Saya doakan moga misi awak berjaya dan doakan saya juge ye.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Gaji pertama saya (walupun keje partime) saya belanja family mkn KFC. utk diri sendiri takde...

    Bila dah keja tetap betul2, gaji pertama saya pun bg kat mak n belanja family kot. utk siri sendiri x ingat beli apa...

    Anyway, tahniah utk kenaikan gred ye cikgu. Eh betul ke cikgu?

    ReplyDelete
  4. alhamdullillah.. dapat pun mesti lebat kan.. :) ape pun syukur pada allah.. semua masalah selesai kalau dah dapat gaji ni... :) next month plak masalah next month punya gaji lah.. ehehehe.. dapat gak beli perfume tu.. wat kenangan gaji pertama kan.. :)

    ReplyDelete
  5. Saya tak join SSL, tapi mmg ramai kwn join masa tu. Mmg rejeki lyd la..mudah beno laluannya.

    Cite psl gaji pertama..dpt masa keja kilang lps SPM. Saya terus beli cincin, tak penah guna smpai skrg..mmg purposely nk buat kenangan gaji PERTAMAKU! Skrg nk guna..longgar pulak. (dolu2 gemuk!).

    ReplyDelete
  6. Saya x igt dh gaji pertama sy beli apa ye....

    Psst.... website tips untuk jana kewangan. Bagus idea ko tu.....heheee

    ReplyDelete
  7. Kesuma Angsana : Ala.. ngape lupa. Heheh. dah lama kan?

    Nita : Sayangnya... hilang plak camera tu. Tapi kalo skrg ni tak hilang mesti dah outdated camera tu kan?

    Mrs R ; Tak la.. bukan cikgu. Cikgu tu dulu. Sebelum dpt kerja ni.

    Jassnani : Alhmdulillah. Ada la sikit. Daripada takde tu.

    Ujie : Bestnya kalo dulu gemuk, skrg kurus. Ujie ni terbalik plak. Org lain biasa dulu kurus, skrg yg gemuk. Heheh. Cincin tu kalo tanya kat kedai skrg berapa nilainya, mesti berkali ganda dah naik kan?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. mohon admin transfer gaji ke akaun cimb saya..a/c: 123456789012

    untung la naik gaji..aku tak naik gaji lagi taun ni..hampeh..perfume tu best ke?..bau camne?

    aku suka perfume anna sui(forbiden affair)je kalau pompuan pakai ni..bau seksi gila..rasa nak terkam je sapa pakai..auwwmmm..haha..

    ReplyDelete
  10. gaji pertama aku?
    1. aku beli gitar...
    2. akhir bulan, gaji lebih yg tak diguna semuanya aku kasi kat mak... selama 6 bulan aku tak simpan apa-apa. sehinggalah sampai seru nak kahwin...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum lyd..tahniah2 yer dah dpt kenaikan gaji baru...:)

    ReplyDelete
  12. Best ke bau perfume tu? Nak la gak. Gaji pertame den beli mini compo. Pehhh zaman itu sape ade mini compo memang serius comel agaga... tingat plak kat zaman nak lagu kena compose sendirik tu kan? Hahaha... berusaha bersungguh-sungguh gugel dan print pastu malam jenuh memicit pastu larik tone nak marah henpon muahaha....

    ReplyDelete
  13. haah...lama dah x dengar perkataan pedooh...org pahang je yg tau :p

    apapun...congrats dapat gaji pertama :D

    ReplyDelete
  14. Gaji pertama saya separuh bagi kat mak di kampung. Masa tu rasa gaji tu banyak sangat, maklumlah kenderaan belum ada, tinggal rumah share 3 org, girl fren pun tak ada utk belanja makan(muka tak ensem la katakan, mana ada girl fren...). Tapi masuk 6 bulan, bagi kat mak ciput aje....

    ReplyDelete
  15. akak tak ingat dah apa yang dibeli 15 tahun dulu...:) tapi ingat seronok sangat2 , kali pertama dapat bg mak ngn abah hasil keringat sendiri..

    ReplyDelete
  16. syoknya gaji awai...lambat lagi nk tunggu hari Ahad

    daihatsu yg sempoi.http://gilamodified.blogspot.com/2012/09/daihatsu-boleh-jadi-mcm-ni.html

    ReplyDelete
  17. 8 tahun dlu ek. aku kat matriks lg masa tuh. kih3... gaji pertama aku, aku xde beli apa2 pun. cuma abes belanja family mkn ramai2. pastu bg duit kat abah sket, mak sket. tu je.

    aku pun dpt permanent ari tuh berkat bantuan staff2 tmpt aku keje. ngan bos2 aku sumer tolong. masa tuh kontrak 2 tahun je. abes 2 tahun, bos aku extend 3 bulan. abes, smbg 3 bulan lg. alhamdulillah, kemudian aku dpt post permanent. tu pun lps bos aku tolong aku isi borang, report prestasi dll.

    ReplyDelete
  18. selamat bersuka ria dengan gaji pertama ye lyd. gaji pertama lepas naik gred bkn pertama yg pertama. hah?! adehhh...

    ReplyDelete
  19. InsyaAllah mudah-mudahan misi berjaya..

    BTW tahniah ye dapat gaji baru :D

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah..rezeki.. gaji dan kerja...

    ReplyDelete
  21. Teringat masa pegang gaji prtama dlu...dpt2 trus byr utang2 esp utang dgn mak...huhu....xsempat nk joli katak...

    ReplyDelete
  22. tahniah..
    ciksu beli rantai n gelang emas ;)

    ReplyDelete
  23. Bestnyer dapat gaji pertama... Walaupun sedikit, tapi berbaloi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca