Sejahteralah ke atas kamu...
Pastu kita pun sama-sama menyanyikan lagu... Kuuuuu.... di dalammm... dilemaaa..... Oh terpinga, tertanya, di dalam dilemma mu...
Saya sangat yakin improvement ini ada kaitannya dengan tarikh PRU13 yang semakin hampir ni. Maaf, ini bukan nak kondem sesiapa tapi pendapat ikhlas saya saje. Sebab apa saya kata ada kaitan dengan PRU13? Sebab ini;
Ada iklan yang memaparkan jasa kerajaan pada dinding komuter. Bagi saya, tak jadi masalah benda ni. Ikut suka la kerajaan nak buat apa pun kan. Cuma persoalannya.... sejak dulu orang dok komplen KTM, tapi macam takde apa-apa tindakan pun kan? Kita pun mula merasakan yang kerajaan tak mampu untuk menangani masalah rakyat. Tiba-tiba bila dah dekat mengundi ni, boleh plak semua ini diperbaiki. Jadi, ini bermakna... sebenarnya mereka sangat boleh improve pentadbiran mereka jika mereka MAHU. Kerajaan memang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Cuma sama ada mereka mahu atau tak mahu sahaja. Sama ada mereka bersungguh atau tak bersungguh.
~petikan daripada status Malaysian Reverted Muslim di Facebook...apabila kami bergambar dan mengunjungi Dr Asri, kami digelar Wahabi...apabila kami berkata kami belajar sifat 20 dan tauhid serangkai, kami dituduh Asyra'irah....apabila kami memuji teknik dan kaedah Ustaz Azhar Idrus mendekati orang muda dalam ceramahnya, kami dituduh sebagai penonton Raja Lawak,...apabila kami menegur kerajaan, kami dituduh sebagai pihak khawarij...apabila kami menegur pembangkang, kami dituduh pencacai kerajaan.....
Pastu kita pun sama-sama menyanyikan lagu... Kuuuuu.... di dalammm... dilemaaa..... Oh terpinga, tertanya, di dalam dilemma mu...
Sape yang biasa naik keretapi tanah melayu. Ataupun KTM. Atau nick
name paling sinonim, komuter, mesti tahu betapa malapetakanya perasaan kalau nak pergi satu-satu tempat dengan menaiki komuter. Terutamanya sewaktu peak hour macam awal pagi, atau waktu balik kerja. Waktu tu la komuter nak delay. Pastu penumpang makin ramai berlonggok kat setiap stesen, then yang delay tadi takde tren ganti, maka nak tanak orang ramai yang berlambak giler tu akan terpaksa mempertaruhkan nasib bagi mendapatkan tempat dalam ruang komuter yang terhad. Berhimpit sampai nyaris meninggal dunia dalam tren yang sempit, dengan panas lagi... Fuh... Seksa woo.. Saya pernah rasai pengalaman berulang alik ke ofis dengan komuter ni selama 2 bulan pada tahun 2008. Masa tu kereta saya rosak akibat accident kat Lebuhraya Karak.
2 bulan lepas, bila motorsikal suami saya rosak dan seminggu motor tu
lepak kat workshop, seminggu jugak saya pegi ofis suami hantar dengan
kereta dan balik saya naik komuter[biasa saya drive sendiri pegi dan balik ofis]. Mula-mula rasa agak nak stress bila memikirkan seksa yang bakal saya alami. Tapi bila dah tunggu komuter tu, dah naik, rupa-rupanya komuter dah tak macam dulu. Takyah tunggu lama. Pastu komuter pun tak delay. Kalo lewat pun setakat seminit dua tu kira okay la. Komuter pun dah ada improvement. Ada yang 6 gerabak. Jadi, dah tak sesak sampai takboleh nak bernafas macam dolu-dolu. Sedikit sebanyak perjalanan jadi lebih selesa berbanding 4 tahun dulu.
Saya sangat yakin improvement ini ada kaitannya dengan tarikh PRU13 yang semakin hampir ni. Maaf, ini bukan nak kondem sesiapa tapi pendapat ikhlas saya saje. Sebab apa saya kata ada kaitan dengan PRU13? Sebab ini;
Ada iklan yang memaparkan jasa kerajaan pada dinding komuter. Bagi saya, tak jadi masalah benda ni. Ikut suka la kerajaan nak buat apa pun kan. Cuma persoalannya.... sejak dulu orang dok komplen KTM, tapi macam takde apa-apa tindakan pun kan? Kita pun mula merasakan yang kerajaan tak mampu untuk menangani masalah rakyat. Tiba-tiba bila dah dekat mengundi ni, boleh plak semua ini diperbaiki. Jadi, ini bermakna... sebenarnya mereka sangat boleh improve pentadbiran mereka jika mereka MAHU. Kerajaan memang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Cuma sama ada mereka mahu atau tak mahu sahaja. Sama ada mereka bersungguh atau tak bersungguh.
Ini baru contoh tentang KTM. Banyak lagi yang saya nampak kerajaan dah lakukan untuk rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini yang saya rasa selama 4 tahun lepas mereka takde plak berusaha nak bersungguh-sungguh macam ni. Maksud saya, semua usaha yang betul-betul dilakukan kerajaan bak kata orang Ganu 'abih reng' hanya berlaku bermusim. Iaitu semasa musim mengundi dah dekat. Tapi kalau korang betul-betul memerhati senario politik kita, korang mesti boleh nampak bahawa tahun ni adalah tahun yang menampakkan usaha yang paling gigih pernah kerajaan berikan kepada kita. Betul tak? Betul tak? Kalo tak, dulu mana ada nak bagi duit RM500 utk keluarga susah. 55 tahun okay. Ini baru kali pertama. Kira okay la tu kan?
Kalau kita tengok barisan pembangkang sekarang ni makin lama makin mendapat sokongan daripada rakyat. Kalau dulu sokongan untuk kerajaan 80%, dan pembangkang pula hanya 20%. Masa itu kalau kerajaan nak buat sambil lewa pun takpe. Sebab mereka tahu kuasa memerintah tetap ada pada mereka. Tapi sekarang... sokongan rakyat terhadap kerajaan dan pembangkang dah berpecah jadi 50-50. Maka sedikit sebanyak perkara ini dah jadi seperti ancaman kepada kerajaan. Waktu ni kalau mereka[kerajaan] buat sambil lewa lagi, mereka mungkin kehilangan kuasa. So, saya nampak,.... itulah sebabnya kerajaan betul-betul struggle untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
Kesimpulannya... Kan bagus bila sekali sekala, tempat selesa kerajaan tu ada ancaman. Bila ada ancaman, mereka akan lebih bersungguh-sungguh. Siapa yang dapat faedahnya? Bukankah kita?
betul tu... smlm baru dok bersembang ngan asben.. lepas je PR13 ni.. baru la kita tau mcm mana... keadaan dlm negara.. sblm mengundi macam2.. semua nak wat baik..
ReplyDeleteterbaik la intro ko tu lyd...mohon nak kongsi bleh..
ReplyDeletesaya selalu cucuk mak & mertua saya..PRU nanti jgn pangkah parti yg sedia ada, bila peratus undi mereka drop..mereka pasti rasa terancam dan akan byklah perubahan baik berlaku.
ReplyDelete*suami saya dah lebih 2thn naik komuter (sbb tu je yg paling dkt dgn rumah). Mmg seksa bila delay/ada rosak. Tapi betulla, skrg dah makin baik. Jarang buat hal.
Yang 'tak boleh blah'nya, bila iklan yang dipaparkan seolah2 bantuan yang diberi itu bagaikan bantuan untuk seumur hidup(padahal SEKALI seumur hidup je)!
ReplyDeleteHmmmph itu perkara biasa... selagi blom pilihanraya gituler... Kite dulu pun berulang-alik ke Serdang naik komuter dulu tau. Tapi zaman tu (tahun 1996-1997) komuter seb baik okeh je takde la plak delay atau sesak bagai. Awak penah eksiden ek? Takut plak dengar eh baca. Hati2 jelah ye.
ReplyDeletekeep the balance...
ReplyDeletebiar dua-dua rasa terancam, barulah dua-duanya bekerja keras dan tabur macam-macam lagi...
Jassnani : Itu la. Kita tgk je la nanti. Siapa yang menang dan dalam masa 5 tahun tu cemana yg menang tu mentadbir.
ReplyDeleteYM Bundle : Eh, boleh..boleh. Aku berbesar hati kalo ada org nak share.
Ujie : Kalo mak dan mak mentua boleh terima okay la. Ada yang mmg penyokong tegar pihak2 tertentu, kita cakap apa pun dia payah nak terima. Harap2 yang terbaik akan menang.
Kakcik : Kakcik, jarang org nak sedar benda ni. Kebaikan bermusim ni la yg paling bahye. So, kalo sepanjang masa derang ada ancaman, moga2 derang sentiasa struggle nak berkhidmat utk rakyat,.
Farah Deeb : Lagi otai, naik komuter sejak tahun 1996. Masa tu org belum minat nak naik kenderaan awam kan? Kalo naik pun bas. [sbb kat kuantan takde ketapi hahaha]. Pernah accident kereta terbalik lepas langgar penghadang jalan, kat bawah tu gaung. Huwaa.. Syukur la selamat. Boleh bertaubat lagi.
Nizam Ariff : Mmg. Kat mana2 negara yg maju pun mereka ada balance ni. Contoh Amerika, pemerintahan mereka setiap penggal akan berubah. So, sbb tu yg jadi pemerintah tu akan berikan yg terbaik utk rakyat. Cuma ye lah. Amerika mmg jahat. Hahahaha.
hehe biasalah tu yang kanan tarik undi, yang kiri tarik undi. Time2 cenggini semua pohak buat jasa :D takpelah asalkan kepentingan kita dijaga dan dimakbulkan time ni.mintaklah segala2 yang ada pasti ditunaikan huhu :D
ReplyDeletebiasalah tu..time nk dkt pru ni bgunan kotor jd lawa..jalan2 truk berlubang dah bbrp thun siap tmpal turap cantik lgi..
ReplyDeletememang ada baik buruknyaa....
ReplyDeleteSangat setuju tu lyd...cth mcm kt tmpat sy keje skrg ni,nun jauh dr bndar,jln2 srupa tu jgk...kalau nk ikutkn laluan ni 'highway' dr phg ke jb...tp sbb lgsung xde ancaman dr mana2,smua duk takuk tu je la...dh cnfirm2 tiap2 thn leh menang....
ReplyDeleteAyat ni memang sangat tepat Lyd: "Kan bagus bila sekali sekala tempat selesa kerajaan tu ada ancaman. Bila ada ancaman, mereka akan lebih bersungguh-sungguh. Siapa yang dapat faedahnya? Bukankah kita?"
ReplyDeleteSebab tu lah di negara2 Barat spt Amerika, UK, Perancis, Jerman, Australia, New Zealand malah negara2 maju di Asia: Jepun dan Korea mereka sering menukar-nukar pemerintah. Jadi bila sesuatu kerajaan dapat kuasa, dia akan membuat yg terbaik, malah dia cuba membuat yg lebih baik dari kerajaan terdahulu. Sebab kerajaan yg ada tau kedudukannya tak selamat, pilihanraya akan datang dia mungkin kalah jika tak buat yg terbaik. Tak spt kerajaan kita dia buat apa pun dia tau dia tetap akan selamat. Tapi itu dulu, sekarang rakyat makin cerdik...Kalau dulu letak katak puru pun tetap akan menang, sekarang kalau letak katak puru org akan buang dlm parit belakang rumah....
Saya tak suka cara kerajaan mengungkit2 apa yg dibuatnya..bantuan RM500, bantuan RM100 kpd pelajar, bantuan beli buku...Bagi bantuan kpd rakyat kan itu tugas kerajaan, tak payahlah hari2 ungkit dlm TV, bila selalu ungkit dari suka jadi muak, dari sayang jadi benci...buruk siku tauuu apa yg diberi diungkit2 macam budak2...
ReplyDeleteSaya di Kedah yg diperintah oleh pembangkang ni banyak juga kerajaan negeri PR yg tak banyak duit ni bagi kpd kami, tak pernah pun dengar depa ungkit apa yg pernah depa bagi, jadi tak lah kita rasa muak sangat dgn depa...
wah.. banyak yang saya dapat tahu dari blog awak ni Lyd..
ReplyDeletebetul apa yang awak sampaikan disini dan memang saya sokong kesimpulannya tu, bila dah terancam baru nak bersungguh-sungguh..
komuter yg bgs ek skang ni. dlu mmg hampeh. pastu sampai skang x naek2 dah...
ReplyDeleteBetul tu tuan belog..Terbaeeekkk...
ReplyDeleteSatu lagi...LIKE komen kakcik...hehe
lady x pernah naik komuter.. huhuhu.. trg ngn penang xde komuter..
ReplyDeletetrgn nk ade pglm..
akak, kemaman pun kami akan pergi andai ade tempahan.. sebab kemaman termasuk dalam terengganu.. akak nk ambik gmbr ke? ade jugak org yg pregnan ambik gambar bersantai ngn hubby or keluarga.. :) cantik..
baguih la klu gomen dh start mendengar suara raakyat
ReplyDeletehaha. akak. nasib saya tak bape reti politik. tak berani nak cakap apa. hee.
ReplyDeletepasal last entry saya tu, masih awal lagi kak. yang sedih, hampir tiga tahun saya kawan ngan dia, rupanya dia tipu kami smua. kebetulan dia rumate saya kak. :( mana tak sedih.
biasalah kalo ada pru baru nak dengar luahan hati rakyat kalo tak mana nak dengar semua....
ReplyDeletetak leh macam tu, kerja tetap kerja...rakyat mahukan perubahan...
okay... setuju. sebab tu la time ni nak mintak apa pun insyaAllah dapat. nak mintak tanah pun boleh der. opss...
ReplyDeleteSetuju, bila difikirkan memang ancaman tu perlu dan bila ada persaingan baru nampak usaha lebih kan ;D
ReplyDelete