Sejahteralah ke atas kamu....
Logik tak kalau kita marahkan seekor kucing yang dah berak kat atas kepala kita, sampai kita berdendam dengan seluruh spesis kucing termasuk rimau dan singa. Sampaikan setiap kali kita jumpa kucing2 lain yang tak de kaitan pun kita bunuh atau sepak terajang? Padahal yg berak kat kepala tu hanya seekor kucing. Tak patut betul tak? Kalau ye pun kita marah sangat dengan semua spesis kucing, tak perlu sampai nak bunuh kucing yang tak bersalah tu. Betul tak?
Macam tu la jugak dengan kemarahan umat Islam di seluruh dunia tentang filem Innocent Of Islam. Yang buat filem tu orang lain. Tapi yang kena bunuh orang lain. Yang bangunan kena bakar pun yang takde kaitan. Orang Islam sendiri pun ada yang terbunuh masa mereka buat demonstrasi.
Trailer filem tu saya ada tengok. Durationnya 13 minit. Memang tak nafikan, bila saya tgk trailer filem tu, hati saya sangat sakit, sangat remuk, sangat sedih dan sangat marah kerana mereka senang-senang je mempersendakan malah perkataan yang lebih sesuai, menghina Rasulullah, Nabi Muhammad, nabi kesayangan kita. Mereka memang biadab. Malah saya dapat rasakan kemarahan orang yang berdemonstrasi tersebut. Memang wajar kita marah. Malah siapa yang tak marah tu memang tak sayang nabi.
Cuma, walaupun berhak untuk kita merasa marah, tapi kita masih perlu menjaga nama baik Nabi kita. Akhlak kita perlu la jaga. Tindakan dan cara kita menangani kemarahan itu perlulah di dalam batas-batas Islam. Saya sokong kalau penunjuk perasaan memburu si pembuat filem dan membunuhnya. Tapi saya tak sokong jika yang mereka bunuh itu adalah orang awam yang tiada kaitan langsung dengan pembikinan filem tersebut. Boleh panggil filem ke tu? Filem sekerap boleh la kot.
Bila mereka [yang berdemonstrasi itu] mengamuk pada tempat yang salah, apa kesan terhadap persepsi orang bukan Islam terhadap Islam? Hanya memburukkan lagi pandangan mereka terhadap Islam. Akan menguatkan hujah mereka bahawa Islam agama yang ganas. Agama pembunuh. Kita pun tidak mahu dinilai begitu kan?
Dah memang nasib kita. Kita tiada khalifah. Maksud saya, seorang khalifah yang menjadi imam bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia ni. Bukan khalifah utk negara masing-masing je. Setakat Najib, Nik Aziz dan Anwar tu belum dikira Khalifah. Khalifah sepertimana Pope menjadi ketua bagi seluruh umat Kristian. Kita tak ada khalifah tempat untuk kita bergantung dan untuk membela umat Islam. ~Menanti munculnya khalifah di dunia ini.
saya pun nak menulis pndpt pasal ni di blog saya, tapi blm sempat.
ReplyDeletebetul, rasa marah mesti ada sebab kita sygkan nabi kita. Tunjuk marah tak salah, tapi jgn sampai memudaratkan org yg tak berkenaan.
Disamping tu tunjukkan rasa cinta pd Rasulullah s.a.w dgn mengikut ajaran yg disampaikannya. Ini yg selalu terlepas pandang.
x sempat tgok lg film tu.
ReplyDeletesy guna pen watererase ada jual kt kedai lat jahitan
Ujie : Ha ah. Saya pun nak tulis jugak pasal suruhan Rasulullah tu. Tapi takut jadi penjang sangat. So, nanti awak tulis ye. Saya komen. Keke.
ReplyDeletePen Biru : Okay. Mekasih bitau. Saya rasa, tak perlu tengok pun takpe. Sebab nanti buat sakit hati sendiri je.
Kalau semua ummat Islam bersatu dengan menjadikan Rasulullah sebagai Pemimpin Agung (meskipun Baginda telah lama wafat), kita tak memerlukan khalifah lain lagi. Wallahhuaklam.
ReplyDeletebetulah tu ! sgt2 bersetuju
ReplyDeleterasa-rasanya kalau ikutkan sirah Nabi, Nabi pernah kena teruk dimalukan, malahan pernah dicederakan dengan batu...
ReplyDeleteApa yang Nabi buat? Nabi tak mengamuk dan suruh para sahabat mengamuk bunuh orang, kan?
Reaksi kita perlu bijak... kita perlu beri reaksi yang 'makan dalam' punya...
Kak Cik : Umat Islam bersatu tu mmg perlu. Jadikan Rasulullah role model tapi kita tetap perlukan seorang khalifah yang akan membela umat Islam kalau ada musuh yang cuba mengancam umat Islam seperti kat Palestin dan kat Myanmar tu.
ReplyDeleteNizam. Ariff : Betul tu awak. Kalau org2 yang mengamuk tu betul2 menjadikan Rasulullah sebagai role model, mereka tentu takkan melakukan apa yg mereka lakukan skrg. Reaksi yang 'makan dalam' tu la takde siapa yang nak buat. Takde idea mungkin.
betul tu.. marah memang marah..tp jangan nampak kemarahan kita akan dicop sebagai pengganas..
ReplyDeletetapi saya tak pernah tgk.. teringin nak tgk..ada dalam you tube ke?
Ingat cerita Rasulallah dibaling batu dan najis? Ingat cerita seorang Yahudi masuk dan kencing dlm masjid? Orang ramai cuba bertindak balas ke atas yahudi itu tapi Rasulallah melarang malah beliau sendiri yg mencuci air kencing itu. Begitulah sabarnya Nabi hingga ramai mereka yg jahat dan ganas akhirnya lembut hati dan memeluk Islam.
ReplyDeleteTapi kita pengikut Muhammad? Ada yg tunjuk punggung ke atas gambar Datuk Najib, ada yg kencing atas gambar Nik Aziz, ada yg pecahkan cermin kereta Anwar Ibrahim.
Ganaskah kita? Semakin dekat pilihanraya semakin kita ganas....
betul tu Lyd... memang layak marah tapi biarlah pada tempatnya..
ReplyDeleteSayapun marah dan harap orang yang bertanggungjawap yang bikin filem tu dapat balasan atas perbuatannya...
saya setuju dgn entry ni... buat apa nak tunjuk perasaan marah yang mendorong mendekatkan syaitan dgn kita. rasanya ada cara yg lebih berhikmah dan lembut utk menegur org yg buat filem tu... Risau kerana nila setitik rosak susu sebelanga. lagi pulak kita rakyat malaysia. Penuh budi bahasa, kesopanan dan kesulilaan...
ReplyDeletelya x pernah tgk trailer filem tu...
ReplyDeletetp drp apa y d dgr..mmg serius & trg-trgan mempersendakan nabi kita.. nmpak tak , umat islam seakan dipersendakan bangsa asing..
amboi lyd, seriusnya entri ko..ye..ye aku sokong cakap ko..marah seko kucing,jgn babitkan kucing lain..cian kucing tu..
ReplyDeletetpi kalau pengarah citer sampah tu..memag patut kita bako je dia..
#aku tak sempat tgk la triler citer tu...dah kena remove..
tujuan filem tu mmg nak buat kita marah. nnt bila ada demo blh la kata umat islam ni terrorist.
ReplyDeleteMama Ema : Kalo tak tgk lagi, saya nasihatkan takyah tgk sbb mmg buat sakit hati je. Grr.
ReplyDeleteJR : COntoh tu blum cukup. Ada yang menari tonggeng punggung kat depan umah ambiga dan ada yang hadiahkan kek berbentuk najis manusia kepada ketua menteri pulau pinang. Tu semua attitude yang memalukan umat Islam dan memberi gambaran yg tak baik sbb semua tu konon2nya umat Nabi Muhammad.
Nita : Jgn risau. Janji Allah pasti akan tiba. Org2 yang menghina kekasihNya, pasti akan ditimpa musibah. Contoh yang menulis buku menghina Rasulullah dulu. Salman Rushdie kot nama dia. Kan kena panah petir secara tiba-tiba.
Semut Senyum : Itu la awak. Sbb org lain yang buat onar, nanti seluruh umat Islam dapat nama busuk.
Lya : Mmg. Dah lama nampak. Sbb kita tak ada pembela yang betul2 boleh bela bila umat Islam ditindas.
YM BUndle : Pengarah filem, penulis skrip, pelakon, cameraman, semuanya patut dihukum. Tapi kebanyakan pelakon kata, derang tak tau pun filem tu pasal Nabi Muhammad. Sbb dlm skrip, nama watak yang kat dalam tu nama lain. Tak tau le ye ke dok. * Ala, ko takyah tgk pun takpe. Tak memberi keuntungan pun utk diri ko. Percayo la cakap den.
Sal Ya : Memang. Filem tu adalah provokasi untuk membuatkan umat Islam menjadi ganas. Rasanya ada agenda lain kot benda ni tetiba meletus. Mungkin nak alih pandangan seluruh dunia tentang Rohingya dan Syria. Wallahua'lam.