Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Obses Parsi

Sejahteralah ke atas kamu....   Tengahari Jumaat ni saya pegi ke tempat jualan di Plaza Sentral. Ada satu booth ni menjual barang-barang makanan daripada timur tengah seperti kurma, kekacang, buah-buahan kering, jus, minyak zaitun dan makanan ringan. Saya suka pegi booth tu. Sebab penjual dia adalah orang Arab/Iran yang boleh cakap Melayu. Kagum gila. Boleh dikatakan setiap barang yang saya pegang then tanya dia, "Apa ni"?, dia akan explain dalam bahasa Melayu. Pastu terus je rasa nak beli sebab terharu dia pandai cakap bahasa kita. Boleh tak macam tu. Ehehe. Jadi moralnya, saya tak boleh duduk situ lama-lama. Silap-silap nanti, satu booth tu saya beli. Tokey kedai boleh balik Iran dengan hati gumbira. Nak tengok apa saya beli,  Ini adalah jus buah delima 100% asli tanpa gula.  Ini pulak cuka kurma. Saya beli khas untuk suami saya, si budak tuyush.. Khasiat-khasiatnya serta penggunaannya nanti lenkali saya cerita fanjang-fanjang dalam entry lain h...

Polis

Sejahteralah ke atas kamu...... Tahun 2008, saya pernah accident di Karak. Waktu tu saya sorang-sorang drive dari Kuantan ke KL. Kereta saya terbalik sebelah kanan [keta kenari, boleh la terbalik ke tepi] selepas melanggar penghadang jalan yang di bawahnya gaung sedalam 200 meter. Syukurlah masa tu saya pakai seat belt. Saya ni, pegi kedai pun pakai seat belt. Heheh. Kalau tidak..... Tentu saya boleh tercampak ikut cermin depan kereta saya sebab momentum masa berlanggar tu agak kuat. Sampai sekarang, kalau saya baca berita org kemalangan yang mangsanya sampai tercampak keluar tu, saya yakin mereka tak pakai tali pinggang keselamatan. So.... korang semua... kena ingat. Pakai tali pinggang keselamatan tu bukan semata-mata sebab takut polis, tapi kena pakai untuk keselamatan. Ada fehemmmm? Lepas accident, apa yang perlu kita lakukan ialah buat report polis. Report polis ni untuk sahkan berita kemalangan tu untuk claim insurans. Sebab kalau polis tak kuarkan surat, nak claim insur...

Alat Membersihkan Habuk dan Rambut Di Sofa

Sejahteralah ke atas kamu... Orang guna benda ni untuk buang habuk kat baju hitam atau suit. Hambik! Saya guna buat cuci sofa. Sebab sofa selalu ada habuk2 benang baju yg halus2 bulu-bulu putih. Senang. Golek sekali je hilang. Kat mana nak beli benda ni? Mahal ke murah? Haaa... ini yang menarik nak jawab. Beli kat kedai RM5 Hinode. Harga satu memang RM5 la. Murah je. Pelekat tu boleh koyak. Dia macam double-sided tape. Bila sekeliling tu dh penuh habuk, koyak selapis dan muncul pelekat baru.

Kisah Sehari Sebelum Majlis Perkahwinan Saya

Sejahteralah ke atas kamu.... Sehari sebelum majlis perkahwinan saya [Jumaat - 03 Jun 2011], saya membawa mak saya ke temujanji di hospital TAA, Kuantan. Ini temujanji berjadual untuk sakit jantung mak. Macam biasa. Hospital kerajaan memang ramai orang. Tapi memang rezeki terpijak, kami dapat parking di tempat yang agak baik, berbumbung dan dekat depan pintu tempat appointment tu. Alhamdulillah. Saya rasa memang kemuliaan seorang ibu kot. Itu bukan kali pertama kalau saya bawak mak saya ke mana-mana, saya memang murah rezeki parking. Pasti dapat parking tempat yang gempak punyer. Saya temankan mak menunggu giliran. Masa tu sebenarnya mak memang sangat lemah. Tapi saya tak dapat nak bantu apa-apa pun. Sebelum bergerak ke hospital, kami sempat singgah bersarapan di satu kedai makan di tepi jalan, jadi mak tak la kelaparan. Bila tiba giliran mak untuk bertemu dengan doktor, saya ikut bersama untuk mendengar consultation doktor. Keputusan ujian darah menunjukkan bacaan kolestrol ...

Bukan Nak Riak, Tapi Agak La

Sejahteralah ke atas kamu.... Berat dah turun 4kg dalam masa 3 hari. Cool huh? Berbaloi kaloi saya turun naik tangga ke tempat parking walaupun hanya 7 tingkat. It's not that izi okay??! *muka bongkak tak bertempat. Padahal saya demam start jumaat lepas. Sebenarnya petang khamis dah terasa. Hari khamis pun dah cakap siap2 kat bos kecik, Izwan yang esoknya saya akan mc. Dah lama saya tak demam. Last dulu masa baru berapa minggu kawen. Tapi masa tu rasanya saya makan berselera semacam je. Demam kali ni terus hilang selera makan. Bahaya ni. Silap2 lepas baik demam nanti saya kemaruk nak makan je plak. Ish. Mintak2 la tidak. Tak mungkin... Tak mungkin... Saya naik tangga. Lepas ni insyaAllah akan maintain tuyuih. Bahaya la berat badan naik ni. Kolestrol dalam darah dah sampai tahap berisiko tinggi. (risiko tinggi je Dr cakap. Risiko tinggi daripada apa tu tak pasti. Mungkin risiko tinggi utk masuk kubur lebih awal kot). Amboi mulut. Jantung pun lemah. Heart pulse bermasalah. S...

Cintakan Seseorang Tak Bersebab?

Sejahteralah ke atas kamu... Meh nak tanya. Kenapa korang sayang atau cintakan pasangan korang? Ada sebab tak? Atau takde sebab? Pernah dengar tak statement lebih kurang macam ni, "kita tidak perlukan sebab-sebab khusus untuk mencintai seseorang"? Mesti biasa dengar kan? Ayat ni memang femes sangat untuk orang-orang yang di alam perhubungan dan percintaan.  Pertama kali saya dengar ayat ni ialah dalam drama Korean Winter Sonata. Kalau tak silap heroin cerita tu, Yoo Jin yang jawab macam tu bila ditanya kenapa dia cintakan Jun Sang. Dia kata dia takde sebab apa-apa pun untuk mencintai Jun Sang. Yang dia tau, dia hanya cintakan Jun Sang. "Jun Sang aa... sarangheeyo". Waktu drama tu main kat TV satu masa dulu, memang saya berebut Jun Sang tu dengan Zila-Chan. Konon2 jodoh kiterang Jun Sang. Fine. Tak logik.  Okay berbalik kepada ayat cinta sakti, 'mencintai tanpa bersebab' tu, mungkin bagi kebanyakan orang, ayat tu sesuai dan mengena. Tapi untuk di...

Dugaan Hidup Memang Begitulah Hendaknya.

Sejahteralah ke atas kamu... Ni cerita minggu lepas. Saya baru je beli bathroom scale. Ini bertujuan untuk membantu usaha mulia saya untuk meringankan badan saya yang makin lama makin meningkat menjadi-jadi. Secara konsisten plak tu. Kalau wanita mengandung yang naik berat badan secara konsisten tu bleh la dikatakan sebagai ‘perkembangan positif’. Tapi kalau  setakat wanita yang mengandungi lemak tepu berlebihan je, itu dah perkembangan di atas par dah namanya.  Memula saya timbang berat saya. That was not good. Berat gile homaigoat! Pastu seperti petir sabung-menyabung,  idea datang ke dalam kepala hotak saya, “ko mesti berusaha lebih gigih untuk meringankan badan ko”.  So, saya memilih untuk exercise secara industry kecil dan sederhana iaitu mendaki tangga ofis. Dari tempat parking ke tingkat bawah biasanya 7 tingkat je [kalau saya parking tingkat 7 le. Kalau ada hari yang saya tetiba je dianugerahkan kemuliaan, iaitu pada hari bos saya en Z bercuti atau ...

Hari Gossip SeMalaya Ialah Hari Ahad

Sejahteralah ke atas kamu.. Peminat seni tanah air macam saya ni, mana boleh terlepas daripada menonton rancangan-rancangan gossip hiburan macam Melodi dan Propaganza setiap minggu. Rasa cam tak lengkap hari Ahad saya kalau tak tengok rancangan-rancangan tu semua. Ehehe. Poyoh je. Semalam bila tengok temubual wartawan Propaganza dengan kumpulan punk Bunkface, saya tergelak sensorang. Sebab komen derang macam kelakar la jugak, pasal support local music industry. Yang sorang tu kata, buat apa nak minat KPop. Daripada minat KPop, lebih baik sokong industri muzik tempatan. Pastu, dia tanya kenapa nak minat KPop, korang tau tak KPop tu miming je, pastu buat plastic surgery je. Yang sorang lagi tu plak kata penat dia belajar muzik tapi tak dpt sokongan peminat tempatan. Dan yang last skali kata sian kat dia nak kawen pun takde duit sebab muzik dia tak laku kat negara sendiri bila org Malaysia asyik sokong KPop. Hahaha. Kelakar la jugak.  Saya suka KPop[alamak.. kantoi. rosak rep...

Seorang Je Buat Perangai, Semua Orang Dapat Nama

Sejahteralah ke atas kamu.... Jumaat lepas saya terbaca status seorang kenalan saya di facebook. Statusnya agak panjang. Saya nak cuba print screen tapi  saya cari hari ni macam takde plak dah status tu. Mungkin dia dah delete. Tapi takpe, biar saya cerita semula apa yang ditulis dengan gaya bahasa saya sendiri. Statusnya menceritakan tentang dia bertemu dengan seorang wanita malang yang sedang sarat mengandung yang sudah beberapa hari menumpang tidur di masjid yang kenalan saya itu singgah untuk menyembah yang Esa. Wanita mengandung itu keseorangan dan seperti sebatang kara kerana suaminya sudah ditangkap polis kerana ada kesalahan lampau yang tak tau plak apa kisahnya. Tak pulak diceritakan sekali. Bila suaminya sudah ditangkap polis, keluarga wanita itu pula menghalaunya daripada rumah dan membuangnya kerana dia dikatakan membawa sial. Kenalan saya itu mengajak wanita itu pulang ke rumahnya kerana rasa tanggungjawab. Ye la... Dah la wanita itu berada dalam keadaan fr...

Preparation Untuk Raya - Bisnes La Kita!

Sejahteralah ke atas kamu.... Hoyey! Esok cuti. Saya plan nak pegi membeli-'belah la kau' baju raya esok. Walaupun agak melampau di situ, sebab raya long way to go kan, bulan Augusta. Tapi apa salahnya. Tempah baju awal2 okay apa. Feel nak vogue di pagi raya tu dah memanggil-manggil namaku. Tahun ni nak buat baju raya pesen long dress kain kosong kat dalam, pastu macam kebaya nipis kat luar, lengan cekak kat hujung pastu ada manik bertaburan dihiasi corak2 bunga bla..bla..bla... ceh, tak seperais langsung. Tipu je. Saya nak gi tempah baju awal ni sebab rasa mcm esok ada masa lapang, bleh hantar. Biasanya kalau saya tempah baju, 6 bulan selepas tu baru saya amik. Keke. Sebab mcm malas je nak terjah ke lubuk 'kesesakan lalulintas' kat Jalan Chow Kit tu. Erm... tahun ni nak pakai sedondon ke tak dengan suami ye? Takyah la kot. Pakai je la baju kaler lain-lain, nanti bawak bekal je buah kedondong masa pegi beraya. Kalau org tanya, kenapa tak pakai sedondon nanti, bleh ...

Wrath Of The Titans Dan Buah Berangan Lagi

Sejahteralah ke atas kamu.... Gambar sungai kat kampung. Seminit lepas amik gmbr ni, ada 2 org bersaiz anak badak berkubang dlm sungai ni. Malam tadi, saya gi tengok wayang, filem Wrath Of The Titans kat IOI Mall Puchong. Tak pasal-pasal bleh gi tengok wayang kat situ plak. Sepatutnya nak pegi MidValley, tapi seat dah penuh, pilih le tempat lain plak. Tapi tak best ahh tengok movie kat situ. Seat dia kecik. Eh, ntah-ntah sebab saya yang dah besar, nak salahkan seat plak yang kecik. Kehkeh. Filem tu sape yang belum tengok, pegi la tengok. Kalau pergi tengok jangan la menyesal sebab citer tu takde la best mana. Biasa-biasa je. Iye-iye je saya beli tiket 3D. Padahal ntah apa benda yang nak di 3D kan sangat tu saya pun tak faham. Tengok 3D dalam citer katun The Lorax lagi best rasanya. Dah. Habis citer pasal movie. Meh nak citer pasal diri sendiri plak. Saya ni tak bercita-cita tinggi dalam kerjaya. Saya kalau boleh, nak duduk di jawatan saya ni je, tanak naik pangkat, tapi ...

Masa Terbuang Memikirkan Tentang Orang Lain

Sejahteralah ke atas kamu.... Kita selalu je rasa sedih bila orang mengata yang buruk-buruk pasal kita, tapi sebenarnya orang yang mengata kita tu la yang lebih kesian. Sebab dia dah bazirkan sebahagian daripada masa dalam hidup dia untuk bercakap buruk tentang kita. Ce kalo waktu yang dia guna utk mengumpat kita tu dia guna untuk buat kuih-muih tradisional ke, menjahit je, hafal ayat lazim ke.... mesti dah banyak manfaat yang dia dapat. Tapi jangan fikir ayat kat atas tu hanya boleh diguna pakai untuk orang yang mengumpat kita je. Kalau kita mengata yang buruk-buruk pasal orang pun ayat tu boleh letak kat batang hidung kita jugak tau. Dahtu, apa lagi.... Sudah-sudah la fikir tentang orang yang kamu benci tu. Walaupun membenci orang tu tak baik, tapi kalau benci cukup la sekadar benci. Takyah le package kan sekali dengan kata-kata buruk seperti membuat ketupat mulut. Berdosyer toqqq. Mulai sekarang, pekata kita belajar untuk berfikir secara simple. Berfikir simple ni...