Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Aku Jamin Sampai Tidak Terjamin Masa Depan Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu... Saya pernah menjadi penjamin seseorang untuk membuat personal loan. Personal loan itu pula adalah untuk dibuat bayar muka nak beli kereta. Actually yang meminta bantuan saya untuk menjadi penjamin itu bukan orang itu sendiri, tapi mak budak itu iaitu ofismate lama saya di pejabat lama. Masa tu, saya masih hijau tapi tak la mentah sangat, dah suku masak pun. Bila ofismate saya tu minta tolong jadi penjamin anaknya, saya dengan hati yang terbuka, tak fikir negative hanya nak tolong. Orang susah kita tolong la kan. Lagipun, saya percaya pada ofismate saya tu. Dia kata, lepas dia dapat duit EPF selepas dia pencen, dia nak setelkan semua personal loan anak dia tu lump-sum [camni ke eja lamsam? Kahkah.. hantam sajalah timun]. Maknanya, kata dia... saya hanya jadi penjamin sekejap je. Dia nak pencen pun tahun depannya. So, saya tenyeh je tandatangan. Sebab terlalu percaya, saya tak pernah tanya pun anak dia bayar ke tidak loan tu. Saya hanya penganggap semua...

Saya Mesti Nak Jugak

Sejahteralah ke atas kamu... Saya dah lama tak jengah blog orang. Weekend sangat sibuk. Kehkeh. Buat lembu. Tapi walaupun dah lama tak jegah belog korang, tapi saya yakin ramai yang menulis tentang Anugerah Juara Lagu yang ke 26 yang berlangsung semalam. Saya tak berapa tengok sangat. Setakat tengok gitu-gitu je. Sebab mula-mula jam 9 mlm tu, tengok TV1. Rancangan apa ntah, tapi ada highlight pasal jalanraya kat Sg Lembing kampong ku itu masih belum siap2 sejak tahun 2008. Gile nko. Dah nak masuk 4 tahun tak siap2. Lembab nak mampus kontraktor tu. Apa la.. Lepas tu sambil bersulam tengok TV Al Hijrah animasi tentang Rasulullah. Agak menarik animasi tu. Oh, tadi nak cite pasal AJL kan. Saya memang setuju sangat lagu Awan Nano Nano Nano tu menang. Dulu mula-mula saya nyampah dengan lagu tu. Tapi once saya tertahu yang lagu tu dicipta oleh Dato M Nasir, secara otometik je bleh suka. Hehehe. Diskriminasi menjatuhkan aku, reputasi kini menjadi bisu.. Eceh. Sebenarnya saya tak kisah sesape ...

2 Kisah Seorang Anak Yang Duka Nestapa Kerana Ibunya Batuk..

Sejahteralah ke atas kamu... Ada banyak benda nak cerita, tapi tak sempat nak buat entry baru. Masuk tahun baru, dapat tugas baru dan plan untuk project personal yang baru seperti nak buat lembu felt, sotong kurita felt, gajah, giraffe, dolphin dan bla..bla..bla.. Sungguh seronok dan juga TERUJA [perkataan ini sungguh geli-geli sempena tajuk lagu Ella satu masa dulu]. Sejauh mana kita ni berhati-hati? Saya ada 2 cerita yang ntah menarik ntahkan tidak, tapi korang baca je la ye. Kisah pertama tentang ke’meninggal dunia’an penyanyi Izwan Pilus. Mungkin arwah ni kurang popular tapi lagu tema Full House versi Melayu tu arwah la yang nyanyi. Menurut berita, kematian beliau adalah berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru. Ada juga khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa beliau terkena SLE [Systemic lupus erythematosus]. Penyakit SLE ni bermula daripada paru-paru dan akan terus menyerang semua organ di bahagian abdomen, menyebabkan kegagalan fungsi abdomen. Virus ni boleh merebak ...

I Got Lembu Nak Jaga

Sejahteralah ke atas kamu.

Ke Mana Diriku Menghilang

Saya hampir terlupa yang saya ada blog. Cuti 4 hari memang sangat-sangat heaven [syurga dunia je tuh hoi!]. Sepanjang 4 hari saya langsung tak online sebab saya sibuk bertungkus lumus membuat binatang ini; Ceng...ceng... Si Ribi-Ribi dan stoberi menggunakan kain felt. Saya dah beli mesin jahit. Maka senang la project felting ni nak disiapkan. Murah je mesin jahit ni. Takde la berharga seperti mainstream punya sewing machine. Harganya kurang daripada RM300. Orang di dalam dunia jahitan pasti tahu harga standard bagi mesin jahit kan? Kalau takde RM600 dan ke atas, sila jangan bermimpi di siang bolong utk memiliki mesin jahit melainkan dapat hadiah atau beli yang second hand atau rompak kedai Singer. Mesin jahit yang saya beli ini berjenama cap hayam BlueSky. Mesin jahit jenama Bluesky ini adalah keluaran khas Carrefour. Imported daripada Europe hokey. I'm not sure which part of Europe, but i guess it's from France. Sebab Carrefour kan dari France. Kalau sesiapa nak belajar menjah...

Cantik Isteri Dia, Beruntung Sungguh Dia.

Sejahteralah ke atas kamu... Ally Iskandar dan selamat bernikah. Comel sangat isteri dia, Farah Lee. Macam muka pelakon Korea. Belajar pun kat Korea. Kecomelan dia tu sama ada memang semulajadi atau efek daripada cuaca Korea masa duduk kat sana kot. Ok jangan merepek. Boleh dikatakan banyak blog yang cerita pasal Ally Iskandar dan pasangannya ni. Ramai juga yang kata, "cantik isteri Ally, bertuah/beruntung Ally dapat isteri cantik". Bukan tentang Ally Iskandar je yang saya biasa dengar ayat "bertuah sebab dapat isteri cantik" tu. Kat luar ni pun ramai. Biasa sangat dah saya dengar. Pastu mula la dalam hati terdetik.... apsal plak dia bertuah kalo dapat isteri cantik? Kalau lelaki yang dapat isteri tak berapa cantik, tak bertuah ke? Kecit hati i tau... i sedar i cantik 'sangattt'. Hehehe... Saje je bikin panas petang-petang ni. Happy long weekends guys. Seronoknya cuti lama. Yebeda bedu!

Takde Kaitan, 'Kot'?

Sejahteralah ke atas kamu... Makin lama saya makin pening dengan bahasa budak-budak sekarang. Mula-mula pening dengan bahasa sms atau ejaan yang dah diubah sampai perkataan tu jadi pelik dengan hurup 'w' seperti taw, tew, kew etc.. Pastu ejaan yang berakhir dengan huruf 't' ditukar dengan huruf 'd' contohnya 'buat' menjadi 'buad'. Ejaan 'aku' plak dieja dengan 'aq'. Serius pening. Mungkin saya terlalu tua untuk faham bahasa mereka. Pastu sekarang ni cukup popular penggunaan perkataan 'kot' untuk boleh dikatakan setiap ayat yang dierang cakap. "Aq baru 19 tahun, kot". "Aq lapa kot".. Opss.. silap eja. Ejaan 'kot' tu derang eja macam ni, 'kowt'. Setahu saya, kalau orang-orang sebaya saya ni hanya gunakan perkataan 'kot' tu bila timbulnya sesuatu situasi yang kita sendiri tak pasti tapi main agak-agak je. Lebih kurang macam spekulasi jugak la. COntohnya bila ada sorang kawan kamu ya...

Wordless Thursday : Wikipedia Tutup Oiii! Oii! 24 jam sahaja Tau.

Honey Moon Kat Cameron Highlands Je? Apa Kelas...

Sejahteralah ke atas kamu.... Kalau nak komen, sila baca sampai habis. Siapa tengok drama Vanilla Coklat kat TV3 malam selasa lepas? Tak tau le cane saya boleh tertengok plak drama tu ari tu. Takde la menarik sangat drama tu. Nasib baik le Izara Aisyah tu cute. Dan hero pun boleh diterima la. Agak hensem. Kalo Ayu Raudhah atau Fauzi Nawawi yang berlakon memang akan terus tukar channel, tengok ikan jerung lagi baik. Huhuh... Gambar dikelepet daripada BudgetTrip Drama tu pasal Izara Aisyah tu kena paksa kawen dengan anak kawan baik ayah dia. Lebih kurang la. Saya pun tak tau apsal. Pastu derang ni sama-sama tak suka antara satu sama lain. Tapi kena paksa kawen. Lepas kawen, lelaki tu terpaksa bawak isteri dia pegi honeymoon kat Cameron Highlands. Pastu mula-mula selepas derang dah keluar rumah untuk ke Cameron Highlands, mak lelaki tu cakap kat ayah lelaki tu, "pegi Cameron je? Mana ada orang honeymoon kat Cameron? Buat malu je kat besan kita kalo mereka tau anak kita bawak anak me...

Minuman Tu Baik Ke Tak Baik?

Sejahteralah ke atas kamu.... Ok, cuba bayangkan ye... Kamu drive kereta nak balik ke rumah di petang yang aman damai. Bila dah masuk dalam pagar rumah, bila kamu toleh ke pagar, kamu lihat.... anak kamu bersama 20 orang kanak-kanak lain sedang memandang kamu lalu anak kamu berkata dengan muka paling suci dalam dunia, "ibu/ayah, boleh kami minum Milo Sejuk?". Fuh... saya yang masih belum ada anak ni pun dah rasa cemas. Tetiba je muncul ramai2 mintak Milo Sejuk. Kalau anak saya bawak kawan setakat 2 org tu boleh lagi nak hidang Milo Sejuk secara mendadak mcm tu. Ini kalau dah 20 orang... tak ke pengsan nak layan? Lain le kalo kita memang dah prepare. Huhu... Itu adalah intipati iklan Milo Sejuk di TV. Biasanya tengok iklan je, tapi tak pernah beli pun Milo Sejuk tu. Rasa pun penah masa kat van Milo yang selalu datang sekolah bagi minum percuma dulu-dulu je. Ala, ingat lagi tak? Yang kita mesti akan beratur 2,3 kali nak minum lebih. Tapi saya tak buat le beratur 2,3 kali tu. Ka...

Izin Ku Pergi - Kaer Azami

Warkah Buat Diana Senyum-Senyum..... Heheh. Poyos. Ooooo... Hehehe... Lepas Diana komen semalam, saya terus search kat youtube. Nak tgk gak sapa la yang Diana maksudkan tu. Boleh la.. ada la jugak skit2. tapi Mesti lah Kaer tu lagi cute.

Hadiah Kain Untuk Pasangan Membawa Akibat Yang Buruk?

Sejahteralah ke atas kamu wahai sedara dan sedari.... Orang kata, kalo beri baju, atau hadiah yang berunsurkan kain kepada pasangan, nanti akan menyebabkan hubungan tak kekal lama. Siapa percaya angkat tangan...... Saya dulu hampir pernah nak percaya jugak. Pastu lama-lama dah lupa tentang tu. Tadi masa lipat baju, saya terperasan ada satu baju suami saya yang saya pernah beri kepada dia sebelum kami berkahwin, sebelum bertunang juga sebelum kami berjanji apa-apa. Saya tak tau apa motif saya beri baju itu kepada dia yang pada waktu itu hanya kawan biasa. Rasanya sebab saya dapat baju tu percuma, pastu baju tu berkolar dan besar [masa tu besar le baju tu untuk saya, sekarang ok-ok jewww... mencik!]. Bila dah saya rasa macam tak sanggup nak pakai, saya sms dia untuk tanya, nak tak baju tu. Takkan la dia biadab sangat nak jawab tanak kan? Saya tau sangat dia tu memang jenis lelaki yang menjaga hati *sila nyanyi lagu Yovie and Nuno sekarang* ~tak kelakar pon tiga lima salida tak cantik azr...

Wikipedia Nak Tutup Perkhidmatan

Sejahteralah ke atas kamu.... Laman informasi terbesar, Wikipedia akan ditutup selama 24 jam sahaja bukan forever, bermula tengah malam hari Rabu. Maka, sesungguhnya dengan itu saya menyeru kepada rakan taulan dan adik-adik yang sedang belajar, kalau nak buat research atau homework yg memerlukan bantuan Wikipedia, sila la siapkan segera tugas-tugas tersebut yer.... Apsal la saya takde idea nak buat entry baru. 'Jumlah hari yang dah dilalui' dengan 'jumlah entry dalam bulan ni' dah tak balance ni. Nampaknya target nak update blog dengan satu entry sehari tak akan mencapai target la nampaknya. Pekata kalau saya merepek je. Korang suka kan kalo saya merepek? *syok sendiri*. Raya Cina dah makin dekat. Berdebar-debar plak rasanya. Ceh, tak pasal-pasal. Macam le ada kaitan dengan saya pun raya Cina tu. Ni berdebar sebab terlalu gembira dapat cuti lama weeknd ni. Hehehehe. Saya bercadang nak balik ke kampung suami saya masa cuti raya cina nanti. Semalam pun dah call mak saya u...

Snow Angel Bermimpi Lagi

Sejahtere lah ke atas kamooo.... Pagi-pagi tadi dah kena gelak dengan suami saya sebab dia kata malam tadi masa tengah tidur, tiba-tiba je saya buat aksi 'snow angel' sampai dia terkejut. Hahaha. Snow angel tu ialah pergerakan semasa baring atas salji macam ini, A snow angel is a human-made depression formed in an area of snow in the shape of an angel Making snow angels is a common childhood game. Dikelepet daripada sini Orang-orang tua kata, kalau bermimpi sebelum masuk waktu subuh maknanya mimpi tu akan jadi kenyataan. Saya harap, mimpi-mimpi baik yang saya alami sebelum waktu subuh tu akan betul2 la jadi kenyataan. Dan mimpi buruk pula harap-harap hanyalah gurauan tidur. Pagi tadi saya mimpi siang ikan yang sangat besar. Panjang ikan itu bersamaan dengan tinggi 2 orang manusia dewasa yang normal. Besar giler ikan tu. Mampu plak saya siang ikan tu. Biasanya nak siang ikan siakap pun suruh kedai je tolong siangkan. Hancho aku ni. Haha. Ada apa dengan ikan besar? Saya tak pas...

Toblerone Enak Sekali! Manggis Enak 2 Kali!

Sejahteralah ke atas kamu... Mr Stormpong beli di airport bila balik dari Jakarta. Cuba cari apa yang aneh pada buah manggis ni..... Tak tahu la kot-kot ni perasaan saya je, tapi saya rasa gambar-gmbar ni cantik. Amik guna Sony Ericsson XBuahPeria Mini X10. Booo!

Makan Tak Habis

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Ada ramai tak yang suka makan tak habis? Sila angkat kening 6 kali. Semalam waktu lunch, saya pergi restoran Ayam Penyet untuk makan ayam penyet. Bapak le pedas sambal dia. Rasa macam nak tersembul bebola mata. Saya dengan 2 orang lagi kawan saya order set meal yang sama. Harganya RM 11.20. Kat meja sebelah kami, ada 4 orang. 2 pompuan muda. 1 makcik iaitu mak kepada salah seorang mereka dan sorang lelaki. Pompuan muda dengan mak dia pun order benda yang sama mcm kami order. Cuma bezanya, kami bertiga makan sampai habis, tapi mereka berdua makan tak habis. Tak habis tu bukan tak habis sesuap je. Kalau sesuap tu boleh dimaafkan. Tapi ini macam cuit sikit je. Bentuk nasik yg bulat dengan acuan mangkuk tu pun masih tak terusik. MUngkin mereka kaya. RM22.40 tu apa lah sangat bagi mereka. Murah je pun harga nasik tu. Tapi cubalah RM22.40 tu ditambah lagi seposen, jadi RM22.50. Boleh bagi orang buat mas kawen kat negeri Pahang tau. Kalau d...

Kenapa Masih Ada Orang Yang Rasa Tak Bahagia?

Sejahteralah ke atas kamu.... Ramai orang dalam dunia ni bahagia. Tapi lebih ramai orang yang tak bahagia walaupun hidup mereka sudah cukup lengkap, ada family ada harta dan ada segalanya. Why? Satu sebab, mungkin kerana jauhnya daripada Allah. Itu boleh jadi sebab yang paling besar, dah tak boleh dinafikan. Tapi ada juga orang yang bukanlah lupakan Allah sepenuhnya, tapi hidup dia still tak bahagia. Bagi saya, untuk merasai BAHAGIA yang benar-benar bahagia ialah bila kita betul-betul berhenti daripada berlumba-lumba dengan orang-orang lain di sekeliling untuk menjadi/mendapat lebih daripada mereka. Maksudnya, selagi kita dengki dan tak puas hati dengan orang lain dan asyik nak lebih je daripada orang lain, selagi tu, hati kita takkan tenteram. Bila hati dah tak tenteram tu, mula lah macam-macam hal boleh jadi. Asyik bergaduh je dengan orang, asyik tak puashati je dengan suami atau isteri. Apa yang orang lain buat semuanya kita rasa salah dan tak kena di mata kita. Dan perkara-perkara ...

Penampilan : Awak Ni Nampak Macam Cikgu La

Sejahteralah ke atas kamu.... Saya ni, kalau pergi mana-mana selalu orang tegur saya ni 'nampak macam cikgu'. Nak pegi beli manggis kat tepi jalan pun orang bleh bagi salam selamat petang cikgu. Baru-baru ni masa saya dengan suami pergi tukar tayar, pekerja kat kedai tayar tu boleh je buat tekaan berani dengan bertanya, "ni dua-dua orang ni cikgu ye?". Hahahah.. Suami saya pun nampak mcm cikgu gak kot. Kenapa orang boleh assume macam tu ye? Pendapat saya, apa yang kita pakai tu boleh membuatkan orang membuat andaian. Contohnya saya dengan suami saya masa digelar cikgu tu, kami sama-sama pakai t-shirt dan track bottom. Pastu suami pakai selipar jepun dan saya pulak pakai sandal flat kelepek-kelepek bila jalan. Memang takde yang lebih selekeh daripada kiterang dah tu. Sebab kiterang baru balik daripada bermalam kat umah adik. So, takde la nak bawak baju beriya-iya pun sebab mmg dah plan terus nak balik umah je. Tak sangka plak hati tergerak nak pergi mana-mana lagi. Sam...

Mr Ken Lagi Yang Buat Perangai

Sejahteralah ke atas kamu... Mr Ken itu adalah nick name bagi keta Kenari EZi Auto saya. Dah lama dh usia keta ni. 11 tahun dah. Bila dia asyik rosak, orang selalu akan bagi typical quick solution seperti ini;"silalah tukar kereta baru yang lebih up-to-date". Well, saya bukan tanak. Siapa la yang gila sangat tanak pakai kereta yang lebih muda remaja, yang sedap dipandu, dan condition dalam keadaan baik? Siapa? Siapa? Takde kot. Kalau dapat free, semua orang nak punya. Skek dok nawok. Tapi kalau nak kena beli sendiri tu yang fikir berpuluh kali 12, bahagi 19 tolak 5 campur 20 juta. Lagipun, dah habis bayar. So, buat apa nak susah2 fikir utk berhutang lagi. Rosak pun bukan tiap2 bulan. Ada time sengal dia tu yang rosak tu. Sebelum ni, agak dah lama, sebelum Tinee kawen lagi bulan 11 dulu, kereta saya rasa gegar-gegar. Kalau bawak slow, dia punya bergoyang tu kalau minum air dalam cawan, bleh tumpah air dalam cawan walaupun badan dan tangan ko stiff. Kalo orang yang kat luar ker...

Mega Giveaway 2012 Belog Nemomimosh

Sejahteralah ke atas kamu... Saya join ni sebab telah di tagged kan oleh IniBlogEcha . Support kawan-kawan blogger kan. Apa salahnya. Sapa nak join bleh join. Sila lawat ke Blog NEMOMIMOSH ini untuk dapatkan maklumat yg va-va vroom tentang give away ini.. Syarat penyertaan? Syarat-syarat : 1. Sila buat satu entri mengenai giveaway ini dan tampal banner kat atas dalam entri uols. (Nak copy paste pon takpe asalkan uols kepochi kat belog uols) 2. Jangan lupa link kan sekali banner di atas ke belog Nemomimosh. 3. Tag 3 orang kawan. Sila maklumkan kat diorang yang diorang dah di tag. 4. Dah selesai semua, sila tinggalkan komen kat entri ini dan sila isi maklumat yang diperlukan : URL Link : ________________________ (Link entri yang uols buat pasal giveaway ni) Permalink la ni. Contohnya mcm ni; See? Tak payah slogan-slogan sebab ini bukan peraduan gores dan menang pon. Ngeee. Giveaway ini berdasarkan hasil UNDIAN. So, sesiapa yang bertuah layak memilih SATU daripada 10 hadiah pilihan. Inga...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Kalau Dah Kaya Kan?

Sejahteralah ke atas kamu... Ingat lagi tak dengan Elin Nordegren. Ala, anak Nordin ex-wife Tiger Wood yang curang tu. Lepas dia bercerai dengan Tiger Wood, dia dapat USD$ 100 juta. Dalam ringgit Malaysia cuba la ko darab kan 3.14. Dalam 300 juta lebih la kan? Okay, kita faham dia frust. Siapa tak hancur hati kalau suami ada scandal kan? Bukan sorang, ramai plak tu. Ramai orang bila dah frust, akan buat perkara-perkara pelik atau merepek seperti bakar gambar2 lama, kelar pergelangan tangan utk dapatkan perhatian, get drunk all night [amboi... urban sungguh]. Tapi... Cara Elin ni handle diri dia lepas perpisahan tu, ermm.. canner nak cakap ek? Macam terkena sampuk syaitan pun ada dia ni. Dia beli rumah ni dengan harga $12 juta. US Dollar ye. Bukan Ringgit Melesia. Rumah ni letaknya di North Palm Beach, Florida, mempunyai 6 bilik tido, 8 bilik air. Tapi Elin tak berkenan dengan rumah yg cantik ni, so dia robohkan semua. Jadi macam ini; Tak rasa bersalah ke Elin dengan berapa ramai lagi ...

Tony Fernandes - Memakmurkan Malaysia Melalui AirAsia

Sejahteralah ke atas kamu.... Korang perasan tak ada channel baru kat Astro iaitu Fiesta [channel 150 dan 151] dan Fox Family Movies di Channel [152]. Kat Family Movies ni semua filem je yg ditayangkan. Tapi saya bukan nak cite pasal FFM. Apa yang saya nak kongsikan ialah semalam saya tengok salah satu program kat channel Fiesta, tentang biografi Tony Fernandes. Eh, dia ni memang agak mengkagumkan saya. Meh kita track back jalan yang dia lalui sebelum dia berjaya majukan AirAsia. Eleh korang ni kalo nak baca pasal sejarah je mula la tak suka tu. Wei, kena baca ni. Baru la bleh jadikan Tony Fernandes sebagai insan tauladan untuk kita menempa kejayaan plak satu hari nanti. Dia lahir tahun 1964. Masa dia kecik-kecik dulu, dia selalu ikut mak dia pegi party Tupperware. Lepas tu dia pegi sekolah kat London, belajar ekonomi pun kat London. Lepas abih belajar, dia kerja kat syarikat rakaman Virgin Records kat London jugak. Pastu tu dia balik Malaysia dan jadi Pengarah Urusan Warner Music. Mas...

Tsunami Rindu - Review Syok Sendiri Ombak Rindu Versi Negatif

Sejahteralah ke atas kamu... *sape rajin baca la. Saya janji, entry ni adalah sangat panjang. Tapi nak jugak tulis sebab utk kenangan di masa depan. Sape tak baca, jangan komen okay? Sebab confirm komen tu merepek. Suami otstesen lagi. Saya dilanda tsunami rindu. Uwaa... *nanti Ina tanya, motif???* Seblum suami saya otstesen ari tu, saya ada beli filem Ombak Rindu kat Astro First. Cekonon cool la tu konon. Orang lain dah tengok filem ni lama kedaung, saya baru je terhegeh-hegeh nak buat review. Excited ni nak tengok Maya Karin pakai tudung dan ajar mengaji. *owh, gay nya aku rasa bila pompuan lain sibuk nak tgk Aaron Aziz, tapi aku sibuk nak tgk Maya Karin. Hoho.* Malangnya, excited saya itu hanya pada 30minit yang pertama sebab saya rasa permulaan itu sahaja ceritanya menarik. Lepas tu, merepek. Oppsss.. sape yang minat filem ni saya minta maaf. Ni pendapat personal saya. Saya betul2 rasa rugi langgan citer ni kat Astro First. Suami saya siap nganjeng sebab dia kata, saya selalu suka...

Posto! Posto!

Sejahteralah ke atas kamu.... Saya adalah spesis yang sama dengan BFF saya Zila, yang sangat-sangat excited bila dapat barangan melalui pos. Terasa hidup ini penuh bermakna walaupun biasanya barang tu dibeli sendiri. Agaknya, sebab tu la kot saya suka beli barang-barang secara online. Ada la jugak psycho skit-skit. Heheh. Baru je kejap ni, saya dapat panggilan telefon daripada bilik mail. Ada bungkusan utk saya katanya. Saya mestilah tau apa benda, sbb saya yang beli. Lunch semalam. Lauk kari ayam je. Takde sayur pom. Kari ini dimasak menggunakan susu sahaja, tiada santan. ~tiada kaitan dengan motif entry.~ Berat juga bungkusan ini. Sebelum ni yang saya beli, agak ringan dan kecik. Walaupun harganya hanya berbeza RM7. Apa ni? Owhhh... Photobook... Design sendiri ni tau. Beli kat Groupon, manage gambar sendiri, edit sendiri, touch up sendiri. Asalkan sendiri puashati. Kalau ikutkan, print pun nak buat sendiri. Harap je aku tak reti. *gila kuasa ni* Gambar pre-wedding lah sangat tu kono...

Wordless Vednesdeyyyy! - The Lord Of The Ring Journey

Sejahteralah ke atas kamu.... Cuti new year 2012 saya balik kampung. Hari Sabtu saya balik, lepas dah berjaya heret suami saya pegi Lowyatt Plaza. Sampai kampung jam 12.30 mlm. Pagi-pagi esoknya, bangun tido jam 6.30pg, lepas solat [tak mandi kwang2] terus bersiap pergi Pekan Sg Lembing untuk daki Bukit Panorama. Sniff... Fenat giler viva. Dari kaki tangga ke menara. Eceh. Nampak lelaki dengan shopping beg kaler hijau itu? Beliau sedang turun balik setelah mendaki tangga mendahului, sbb bila beliau pandang belakang, tengok2 isteri beliau yg tak kurus ini masih terhegeh-hegeh berenti rehat setiap 10 anak tangga. Hey, tapi ok la.. sebab isteri beliau itu tak berputus asa hokey. Kehkeh. Percubaan gagal untuk membuat aksi ala-ala sweet drama Korea Full House. Ngape le dia pegi tunjuk ke sana guna tangan kiri. Dah terselindung wajah berseri i. Nyampah taww... Buah apakah itu? Buah nona ke? Sudah tentulah bukan. Ntah le buah apa. Ini adalah view daripada atas Bukit Panorama. Moden bukan nama...