Iklan! Iklan! Sila Click!

30 April 2011

Mengutuk Orang

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya masa sekolah menengah dulu, agak berperangai seperti puaka. Bukan dari segi perbuatan. Perbuatan tu takde apa sangat yang saya buat. Tapi saya sungguh kuat mengutuk orang. Memang ramai le yg kena kutuk dgn saya, tapi kutuk belakang. Eceh. Cakap je la mengumpat kan? Cover plak dgn perkataan 'kutuk'. Konon-kononnya brutal la tu. Bleh blah!

Walaupun saya tau saya pun banyak kena kutuk belakang-belakang, tapi itu bukan point saya untuk hari ni. Itu hal mereka la kalo nak kutuk saya. Sebab saya hidup jugak dgn sihatnya sampai ke hari ini. Tapi itu lah dia... Part yang saya mengutuk orang tu.. Mcmn la nak buat. Yang lebih membuatkan muka jadi ungu, bila sejak akhir-akhir ni, ramai org yg saya penah kutuk dulu, add saya kat FB. Huuwaa.... Rasa bersalah gila viva. Tapi what should i do? Nak mintak maaf? "Err.. Excuse me.. Akak... Saya nak mintak maaf ni.. Sebab masa skolah dulu, saya panggil akak 'Kak Sam' sebab bau akak masam.". Kalau saya buat macam tu, tidak ke nanti memutuskan silaturrahim plak.

Ada sorang brader tu, saya panggil dia 'Abang Das'. Sebab masa saya dgn kawan saya tengah berjalan kat koridor [waktu petang lepas habis skolah], saya ternampak brader tu yg berpakaian ala-ala blek metel, dgn berantai2, baju hitam, seluar jeans boot cut tapi ketat kat peha dan gaya jalan yang brutal giler, tetiba dia jatuh tergelincir depan tandas, sorang-sorang. Bayangkan le betapa seksanya saya dgn kawan saya Waki nak tahan gelak sebab takut kena pukul je dgn brader tu kalo gelak depan-depan. Lepas dia dah hilang dari pandangan tu, baru le kiterang gelakkan dia sampai le skrg.

Pastu kiterang suka mengejek gaya 'excited' sorang akak tu bila dia nak berlari. Pastu ejek pembantu warden asrama yang bercakap hampir nak sengau tapi dia cakap laju-laju.

Kalo baca kat entry ni, tak macam teruk sangat pun kan? Tapi saya yg buat benda2 tu dulu, memang rasa sgt bersalah kepada mereka.

29 April 2011

Salt Itu Bukan Garam


Sejahteralah ke atas kamu.

Nah, ini satu lagi filem lakonan Angelina Jolie yang saya tonton baru-baru ini. Tajuknya Salt. Salt dalam cerita ini bukan bermaksud garam, tapi watak Angelina Jolie sebagai Avelyn Salt. Watak dia dalam filem ni, mcm biasa la... sebagai agent rahsia. Mungkin sebab watak tu memang sesuai dgn dia kot. Lagipun dia ni memang lasak. Kalau tak silap, kebanyakan aksi dalam filem ni dia lakukan sendiri, bukan menggunakan stuntman. Hebat jugak la kalo melompat dari lori kontena ke lori kontena lain kat lebuhraya, yang mcm kat Karak lepas terowong tu. Huhu...

Filem-filem aksi, yang membuatkan dia best ke tidak adalah ketulenan aksi-aksi tu. Maksudnya aksi dalam filem tu, kita belum pernah tengok dalam filem lain. Atau kalo dah pernah tengok pun, sangat jarang. Juga aksi yang nampak susah nak dilakukan. Itu baru le best. Setakat tembak2 dan berlawan bertumbuk hiyahhh hiyahh wachaaa tu dah bosanlah kan? Contohnya filem The Matrix. Aksi Neo [Keanu Reeves] mengelak peluru dengan gaya 'limbo rock' tu kan dah jadi ikutan dan trade mark filem tu. Satu lagi, aksi dia terapung ke udara dengan tangan dan kaki mcm nak buat tai-chi tu pun jadi ikutan banyak filem lain terutamanya filem komedi. Saya, kalo tengok filem aksi yang best, best ternganga mulut tanpa disedari. Heheheh...

Satu lagi filem aksi yang dilakonkan oleh Angelina yang saya suka ialah Wanted. Yang tu pun agak mengangakan mulut jgk. Filem lain yg dah membuatkan mulut saya ternganga ialah Wolverine dan Sherlock Holmes. Sherlock Holmes tu tajuk dia macam boring, tapi kena focus kalo nak tengok. Sebab citer dia laju giler. Kalo terlepas pandang satu scene je bleh jadi tak faham.

Ok, berbalik semula kepada review filem Salt tadi [heheh. Iklan panjang benor.]. Walau mcmn hebatnya aksi sesebuah filem, ia masih perlu disokong dengan jalan cerita yang kemas dan ending yang baik. So, filem ni bagi saya agak bagus sebab ia telah meningkatkan adrenaline saya. Kesimpulannya, sesiapa yang suka filem aksi, saya suggest filem ini.

Kenapa saya suka review filem yang dah lama? Heheh, sebabnya saya baru je tgk. Dulu masa kuar wayang saya tak tgk. Dah lama gile saya tak tgk wayang. Last pun tgk filem The Tourist. Sebab rasa mcm membazir je gi tgk wayang. Lebih baik tunggu je kuar kat internet utk download. [Marah le Mamat Khalid, pengarah Hantu Kak Limah kalo baca ni. Hahahha.]

28 April 2011

Bulu Mata Gugur Apa Maknanya.....

Sejahteralah ke atas kamu...

Betul ke kalau bulu mata kita gugur, maknanya ada orang sedang rindukan kita? Kamu percaya tak? Saya selalu rasa mcm nak percaya. Sebab saje je nak bagi rasa syok sendiri, konon-konon ada orang rindu. Tapi hakikatnya saya rasa memang tahyul bercampur bidaah yang amat. Mana tidaknya... Saya tengok bulu mata mak dgn abah saya elok je lagi, masih banyak. En Stormpong pun sama. Byk je lagi bulu mata beliau. Kalau betul-betul bulu mata gugur kalau ada orang rindu, mesti dah habis botaklah bulu mata mereka. Sebab setiap hari saya rindu mereka.

Jadi kesimpulannya, bulu mata tu sama juga konsep seperti rambut. Bila dah sampai masanya, gugur la dia. Cuma gugur rambut lebih pesat daripada gugur bulu mata kan? Kalau nak sangat kaitkan bulu-bulu gugur ni dgn rindu, lebih baik anggap bila rambut gugur itulah orang sedang rindukan kita, bukan bulu mata.

Yang pasti bulu mata saya selalu gugur. Paling saya hangin, bila bulu mata gugur, masuk dalam mata. Aduhhh... Seksa nak kuarkan bila bulu mata tu lekat kat kanta lekap saya. Lagi menderita kalo time tu takde 'contact lens solution'. Menggelupur le guna air paip. Huhu.. Kering le kesannya.

Pastu ingat lagi tak... Kepercayaan orang-orang lama tentang bulu mata ni... Kalo bulu mata gugur, amik bulu mata itu dan letak atas rambut, nanti rambut akan cepat panjang. Hehehe.. Mana belajar plak teori tu. Takde kena mengena pun kan?

27 April 2011

Lagenda Budak Syaiton.


Sejahteralah ke atas kamu.

Ini kali ke-2 saya menangis bila tengok filem cinta selepas filem P.S. I Love You. Huuhuhuhu... Sebelum ni, kalo saya nangis tgk filem pun hanya filem yang berkenaan kekeluargaan, tentang hubungan anak dgn mak ayah, atau adik kakak dan abang. Walaupun sejak dulu saya rasa saya mencintai seseorang, tapi kalo tgk filem cinta, saya tak plak nangis. Malah siap rasa orang dalam filem tu bodoh sbb tah hapa2 nangis, padahal putus cinta aje pun. Heheh.. Tapi ntah la... Sejak-sejak dah makin hampir nak menikoh ni... Bila tgk 2 filem cinta yang saya sebut kat atas tu, saya bleh menangis plak. Menangis selok plak tu. Agaknya, saya dah betul-betul temui cinta yang sejati kot. [Selain daripada cinta Allah kepada hamba-Nya la kan..]. Mungkin sebelum ni hanya cinta yang fana.


Apa laa... Tapi bagi saya filem Lagenda Budak Setan ni memang sedih la. Cuma part kemesraan tu agak tak sesuai bagi 2 orang yang mengaku sebagai Islam. Pastu pandai plak dia pasang lagu sedih 'Bila Cinta' tu pada waktu-waktu sedih. Huhu.. Sungguh berkesan di hati.



26 April 2011

Hati Pengantin Siapa Yang Tahu...

Sejahteralah kamu..

Lagi sebulan. Ermhh... Hati saya cukup risau. Saya risau baju pengantin saya tak cantik. Walaupun saya tau mmg tak la cantik mana. Tak gilang gemilang. Saya risau mekap saya tak cantik, nampak mcm clown atau tak nampak normal. Saya risau gambar kawen saya tak cantik. Saya risau orang gelakkan bunga telur saya. Saya risau tok kadi dtg lambat. Saya risau lauk tak cukup. Tapi saya risau gak kot2 tak ramai yg sudi datang majlis saya. Saya risau kalau saya tak sempat nak layan semua tetamu. Saya risau. Saya risau. Saya risau. Huhu.

25 April 2011

Hon? Honk? Horn? Which One?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....
Hon = Dalam bahasa Melayu. Jadi takde masalah.

Horn = Peralatan pada kenderaan kita [sama ada motor, kereta atau lori] yang kita gunakan untuk hon orang. "I use my horn to make noise to the cows that blocking my way"

Honk = Adalah nama bagi perbuatan apabila kita menggunakan horn. Contoh ayat ; "She's honking me when i hit her car".

Hehehe.. ntah-ntah grammar aku salah. Tapi takpe la. Janji korang faham maksud aku kan? Itu je nak share. Walaupun takde motif dan korang dah tau.

24 April 2011

Tips Membeli Kereta, Ikhlas Dari Yang Tak Pandai Tentang Keta. Huhu.

Sejahteralah.

Ingat lagi tak dengan Abg Azam? Sape yang tak ingat, sila baca entry Two Versions of A Same Story, tu pun kalo rajin. Kalo malas takpe la.. saya bitau jgk le. Abg Azam tu tokey workshop yang repair keta saya 2 hari lepas.

Sementara tunggu keta saya siap dibaiki oleh Abg Azam, saya buat-buat la mesra pengguna dengan menanya soklan bertubi-tubi dan sebanyak mungkin kat Abg Azam. [Ceh, padahalnya, saya tanya satu je, Abg Azam jawab 60, pastu tak berenti-henti cite pasal sejarah diri dia.]

Mula-mula saya tanya, "Dah lama ke abg jadi mekanik? Sebelum ni keja kat mana?". Haaa... Soklan cepuk-dahi itu, telah membuka banyak cerita. Dia cerita, dulu dia mekanik kat Citroen. Dia start pun mmg sejak habis skolah. Mula-mula ayah dia nak hantar dia ke tempat org2 belajar nak jadi foreman. Tapi makcik dia yang keja kat Citroen kata, takyah le buang duit belajar kat kolej, baik ikut dia masuk Citroen dan bleh keja sambil belajar. Maka, dia pun mula dari bawah sampai le jadi mekanik supervisor. [Jawatan dia tu aku reka je. Tp yg pasti dia jadi senior la dan kira hebat dan pakar la tentang keta2 ni.] Ok. Itu je la serba sedikit tentang sejarah Abg Azam.

Abg Azam bagitau saya... kalau nak beli kereta, kita kena tau keta tu kita nak pakai untuk kegunaan yg macamana. Kalo hanya utk drive dalam bandar je, setakat pegi ofis, balik ofis, pegi kedai balik kedai, pegi taman munge, balik taman munge, maka eloklah beli keta buatan Jepun. [Kereta buatan tempatan seperti Peroduah dan Protong juga termasuk dalam kategori Jepun la sebab enjin memang enjin Jepun jugak kan? Huhu.]. Kenapa pilih keta Jepun? Sebab menurut Abg Azam... kereta Jepun ni mereka dah design supaya sesuai dengan condition tempatan yakni Malaysia yang very the banyak traffic jammed. Kalau buka kat bahagian bonnet keta Jepun, kedudukan enjinnya ada ruang yang banyak utk proses penyejukan. Keta Jepun yang Abg Azam suggest ialah Mazda atau Honda. Dan juga Perodua Kenari. Heheh, yang Kenari tu nampak sangat aku tambah-tambah je.

Berbeza pula dengan kereta continental [kereta import dari negara-negara sejuk macam UK, France, Jerman dll]. Kereta mereka untuk negara 4 musim. Dan Abg Azam kata, kat bahagian enjin tu, memang ditutupi dengan lebih sopan sebab persediaan kegunaan kereta dimusim sejuk. Yelah, karang kalo banyak sangat ruang dalam bahagian enjin tu, bleh frosting plak enjin keta derang. Time tu, menggelupur la nak tuang air panas untuk panaskan enjin. Hehehe. Memandaikan je buat teori sendiri. Kereta buatan negara continental juga sangat sesuai untuk long-distance driving. Kalo sesape yang selalu drive jauh jenat tu, bleh la beli Volvo satu. Kenapa keta negara sejuk ni sesuai utk pemanduan jarak jauh dan bukan untuk jarak dekat, ialah sebab enjinnye memang telah dicipta begitu. Hehehe.. Senang je bg jawapan cenggitu.

Keta continental yang Abg Azam suggest sangat bagus ialah Volvo. Pastu keta Citroen plak dia kata, orang selalunya tak suka pakai. Sebab keta dia pelik skit. Saya tak pasti pelik tang mana. Maybe cara pemanduan atau maintenance. Tapi menurut Abg Azam lagi, kalau orang yang dah selalu pakai Citroen, PASTI!!! Takkan boleh nak pakai keta lain lagi. Sebab dia kata, keta Citroen ni, sistem Hidraulik dia sangat-sangat la bagus. Iaitu semasa langgar bumper atau lubang. Kamu takkan rasa kamu pernah melalui bumper tersebut. Dan jenama lain yang beliau suggest ialah Peugeot atau Renault. Buatan France. Wowwwwwwwwwwww.... Peugeot... Ehem.. ehem... Abg Azam kata... Keta France yang paling seksi ialah Peugeot. Alemakkk... Tidak kusangkerable Abg Azam sama taste plak dgn saya. Dan keta seksi Jepun ialah Mazda. Juga sama pendapat dgn saya. Tapi saya tak bgtau la dia yg saya suka keta yang sama. Kang dia kata saya tiru dia plak. Kehkeh.

Jadi, itu jela tips membeli keta utk kali ini... Semoga ketemu lagi di waktu yang berlainan dalam slot... Dari Bintangggg.... weehuuuuu....

23 April 2011

Jikalau Saya Ada Duit 6 Juta Kat Dalam Bank...

Apa saya nak buat?

Pertama sekali.... Mestilah saya akan with-draw duit tersebut dan bayar hutang-hutang yang perlu dibayar cash.

Kedua.. Saya akan transfer duit itu, juga untuk bayar hutang bagi hutang2 yang boleh dibayar online seperti saman no entry, loan keta, loan itu, loan ini...

Ketiga... Saya akan repair Kenari saya kasi dia sampai takde bunyi krek2, tak bunyi tet..tet.., takder bunyi nyetnyet. Dah tak goyang2 pinggul masa langgar lubang, tukar tayar dan rim baru.

Keempat.... pegi haji dengan mak, abah, kakak 4 orang, abang 3 orang, abang ipar 4 orang, kakak ipar 3 orang, anak-anak buah 31 orang. Huhu.. Tutup la kedai goreng pisang + kedai tempeyek kakak-kakak aku. Heheh... Owh.. Kalo masa tu saya dah kawen, dgn suami juga la. Tapi kalo beliau bz time tu, beliau tinggei la... Hehehe.. Tapi kalo beliau tak izinkan... Huhu.. saya duduk je la umah, ngadap muka beliau.

Kelima.. sebelum pegi haji tu, saya nak upah seorang expert utk tolong buat Polisi ICT dan Change Management dan Update SOPs. So, keja ofis saya dah takyah buat. Kalo En Z marah, saya resign. Heheh. *Ader En Z kesah kalo saya nak resign? Huhu.. Sudah tentulah jawapannya juga adalah..TIDAK.

Keenam... Saya beli la rumah teres yang sederhana je untuk saya tinggal dengan suami tercinta pada waktu itu... iaitu En Stormpong. Dan beli perabot yg ala kadar.. [Eleh... bleh percaya ke tu? Hehehe.. ntah2 beli perabot import dari France dgn kusyen pun brand Fendi. Fuhh.. Tapi tak mungkin. Saya dah jadi seorang yg humble skrg.]

Ketujuh.... Dushhh!!! Tampor kepala sendiri. Banyak cantik berangan... Mana datang plak ko nak dpt duit 6 juta? Sape nak bagi? HUhu.. Alangkah indahnya berangan. Sebab berangan tak kena bayar. Tapi... berangan mendekatkan diri dgn ajal. Alamakkkk....

22 April 2011

Selamat Hari Kelahiran Ashabul

Sejahteralah ke atas kamu...


Entry ini ditujukan khas untuk sahabat saya Mohd Ashabul [Bul]. Sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke 30 hari ini [22 April]. Hehehhe... Ish..ish.. Bul... Welcome to the 30s Club.

Sejarah perkenalan.
Pertama kali saya jumpa Bul ialah pada 15 Mac 2004. Haaa... hebat tak? Saya masih boleh ingat tarikh tu. Tarikh first time saya jumpa En Stormpong pun saya tak ingat. Kekeke... *Sebab lagi le lama, tahun 1992. :) En Stormpong, jangan jeles yer. Saya ingat tarikh jumpa Bul sebab tarikh tu saya lapor diri keja kat EsEsEm. Saya ingat lagi saya ternampak Bul dekat lif. Tengah tunggu lif. Then Kakak Chomel lalu kat depan lif tu, lalu beliau mengirim Milo Ais dengan Bul. Ooo... Rupanya Bul nak gi beli sarapan pada waktu itu. 1st impression saya terhadap Bul masa tu ialah, alahai... jambunyer la mamat ni. Mesti confirm player dan ramai girlfriends. Jadi, terus je dia terkeluar daripada list calon suami untuk saya. Suka-suka hati je kan? Walaupun masa tu bukan kenal dia pun. Dan kalo dia tak keluar daripada list pun, macam le saya termasuk dlm list dia plak. Kehkeh.

Lepas tu, saya hanya berurusan dengan Bul hanya tentang kerja. Sebab saya bertugas di Kuantan, Bul di HQ. Itupun hanya by phone calls, waktu ofis sahaja. [Tujuan menjelaskan semua ini ialah supaya orang tak salah faham. Karang buat entry khas untuk Bul nanti ada yg fikir bukan-bukan plak.]. Bila saya ditukarkan ke HQ pada tahun 2007, barulah saya rapat dengan Bul. Itu pun sebab satu ofis, dan saya single, dia pun belum kawen masa tu, tapi dia dah bertunang kot. Rasanya la...

Ok, enough pasal sejarah perkenalan saya dengan Bul. Saya cuma nak highlight bahawa Bul ini seorang sahabat yang sangat le notty. Hobi dia menyakat orang. Semua orang dia sakat termasuk mak-mak orang, mak-mak buyung, anak dara, isteri orang asalkan orang tu pompuan. Semua dia usik. Kalo dia mengusik saya, dia selalu turn off kan henfon saya yg saya tinggalkan di meja kalau saya pegi mana-mana. Pastu bila balik tempat, saya tak perasan tepon saya dah mati, tapi pelik sebab apsal tak berbunyi2 pun henfon ni dari tadi? Takkan takde orang call aku kot? Pastu rupa-rupanya tepon dah padam. Tapi seriously, saya mmg tak tau itu keja Bul. Agak lama dan selalu jugak kejadian tu berlaku dan saya memang ingatkan tepon saya rosak. Sampai ada satu hari saya tanya pendapat Bul, kenapa henfon saya jadi macam tu? [Sebab dia pun pakai Sony Ericsson]. Lepas tu dia gelak terbahak-bahak. Tapi saya still tak dpt detect kenapa. Then baru le dia mengaku dia yg selalu turn-off kan henfon saya. Kureng punyer Bulat. Sakit betul hati. Mati-mati saya ingat henfon saya rosak. Sabor je la.

Bul ni seorang sahabat yang baik hati. Senang nak mintak tolong dengan dia. Mungkin sebab dia ni jenis yang tak reti untuk 'say no' kepada sesiapa kot. Ntah le. Agaknya la. Kalo nak dikirakan pertolongan yang dia pernah berikan kepada saya, memang takkan dapat dibilang dengan jari tangan bercampur jari kaki. Sebab banyak. Tapi ada beberapa peristiwa yang mengharukan yang saya tak mahu lupakan sampai bila-bila, kerana itulah saya ingin menceritakan di entry ini.

Biasanya pertolongan tu berkenaan dengan kereta saya la. Kekekeke... Pernah sekali tu, saya nak balik kampung. Masa tu dah petang. After office hour. Saya nak balik dengan anak buah saya, Wonk. Ke Kuantan. Selepas Tol Gombak, saya singgah di Stesen BHP yang selepas tol tu. Sebab Wonk la... Lapar plak dah dia tu. Lepas Wonk beli makanan, saya nak start balik enjin, dah takleh. Langsung takleh hidup. Lampu semua tak nyala. Mula-mula saya call sorang kawan saya, ofismate saya jugak. Then saya call Bul. Kwn saya yg sorang lagi tu sampai terlebih dahulu. Mungkin sebab umah dia kat Gombak kot. [Biar saya namakan dia sebagai Tetttt... Hahaha.. Amboi, sedapnya nickname saya bagi kat dia.. ]. Dan Bul pulak dari ofis [The Mall]. Bul lah yang tolong singgah beli bateri, guna duit dia dulu, dtg situ dengan keta. Oo... Si Tettt tu bawak 'jumper'. Dia pun baru je beli 'jumper' kat Tesco OTW datang ke BHP tu. Huhu.. Terharu betul. Saya plak rasa segan je sebab selalu nyusahkan orang. Kuheh. Dah tu, kami terpaksa le patah balik ke KL, secara konvoi. Keta Bul kat depan. Dalam masa yang sama, Bul recharge bateri saya yg dah kong tu masa tgh drive... Haaa.. Hebat kan? Keta saya di tengah dan keta Tettt kat belakang, utk jaga kot-kot kang keta saya mati lagi. Dan kiterang drive sampai umah Bul, Bul la yang bawak keta saya pegi repair dan Tettt hantar saya balik umah. Huhuhu... Betul2 menyusahkan orang. Malooo...malooo...

Lagi satu... masa saya eksiden kat Karak tahun 2009. Masa tu saya tak dpt contact Tettt... Dia tak jawab tepon. Saya hanya dpt call Bul je, sebelum call kakak saya. Tak silap saya, kawan-kawan ofis saya cerita, hanya Bul sorang je yang pegi ke tempat saya eksiden tu naik motor. Tapi dia hanya sempat sampai ke Tol Gombak je rasanya, sebab saya kata nak ke situ. Tapi masa dia sampai tu, abang ipar saya dah amik saya, bawak pegi balai polis untuk buat report pasal eksiden tu. Waktu tu tepon saya plak bateri habis... Bila saya turn-on kan... Hanya miscalled drpd Bul je yang banyak. Lepas tu pun dia call lagi, baru le dia dpt bercakap dengan saya utk tanya keadaan saya. Bayangkan lah... Dalam ramai-ramai kawan saya.. hanya dia je yang paling beriya nak amik tau tentang keselamatan saya. [Kawan2 lain mungkin bz kot. Dan ramai jugak yg tak tau pasal eksiden tu.]. Itu belum kira kalo tayar keta saya pancit. Hehehe.. Memang muka dia je la yang saya berani dan selesa nak mintak tolong tukar tayar.

Kalau nak balas budi Bul, memang tak dpt. Allah je yang dpt beri balasan baik utk Bul. Jadi, kesimpulannya, Bul ni seorang sahabat yang baik. Orang yang tak kenal Bul [espesially pompuan la] mesti boleh salah faham dengan dia ni. Sebab dia ni suka mengayat, pandai ambil hati dah la hensem plak tu, cuma kadang2 suka buat perangai terencat. [Aku tau ko tgh baca ni Bul. Mesti kembang kempis idong ko kan? Kan? Hahahha.]. Yang pasti, saya sangat bersyukur kerana mempunyai seorang sahabat yang baik seperti Bul. Eceh.. Koyak le seluar dia.

So, itu je... Selamat Hari Kelahiran Bul. Semoga ko akan sentiasa dirahmati oleh Allah dan berjaya di dunia dan lebih penting di akhirat. Itulah tujuan hidup insan kan? Kenduri kawen aku nnt, kalo ko tak dtg, aku nak merajuk yang ko bakal berkata 'ada aku kesah kalo ko merajuk'. Aku dah bagitau Lin suh ajak ko dtg. Jgn nak ngade2 bagi alasan takleh dtg or else, aku muntah kat atas meja ko. Muehehehe...


Kad Kawen

Sejahteralah ke hatas kamu.

Kad kawen saya dah siap. Baru je terima bungkusan yang diposkan kelmarin. Erm... Tapi kad kawen saya biasa je. Tak gilang gemilang pun. Tapi saya suka. Sebab En Stormpong yang pilihkan. Cuma saya tak pasti, bila sepatutnya kad-kad tersebut boleh diedarkan kepada kawan-kawan? Saya takde experience la. Jadi, bantulah saya Kak Sri Diah. Huhu...


21 April 2011

Nota Untuk Kawan-Kawan Blogger Ku..

Mana korang ni? Bile nak update blog? Update cepat. Aku nak baca. Heheh.

Aku Masih Dara ~At Least Buat Masa Sekarang. Heheh.


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...


Sape dah tgk filem Aku Masih Dara, angkat tangan??? Ok.. turun tangan. Saya baru je tgk 2 hari lepas. Itu pun copy dari server movie Badam. Pendapat saya yang tak pakar tentang filem ni, jalan citenya quite okay. Takde banyak yang saya boleh query atau persoalkan tentang jalan cerita. Tapi kalau nak kata bagus sangat pun tak jugak. Setakat tahap biasa2 je, dan masih boleh diterima la. Yang penting Asyraf Muslim jambu. Hehehehe.. Tu je la.

Filem tu, kalau dengar dialog-dialog dierang, perghh.. agak menakutkan juga. Statements yang keluar daripada mulut pelakon2 semasa melakonkan filem tu, kadang2 rasa mcm tak sangka pernah kuar daripada mulut seorang hamba Allah. Saya faham itu hanya lakonan. Tapi lakonan dalam drama tu kan dikutip daripada kisah sebenar masyarakat. Yelah, kalo takde, takkan org bleh buat filem plak. [Filem aksi atau science fiction tak termasuk la ye]. Lakonan Diana Amir sebagai Hani tu rasanya agak berjaya dan terlalu real. Sampai saya rasa seolah-olah tu memang diri dia yang sebenar. Dan bagi saya Diana Amir tu agak cantik juga. Memanjang pakai suar pendek dlm filem tu. Fuhhh... Saya yang pompuan ni rasa agak nerves menengok dia pakai suar pendek tu. Lelaki tengok tak tau la rasa oren ke stoberi.

Pastu, Farid Kamil plak, sungguh menggelikan. Dengan rambut mcm penyapu. Pastu ade aksi geli2 dengan Diana Amir, eeiiiyaque!! *Kalo dah tak minat tu... Serba tak kena la kan? [Saya mmg agak kureng dgn Farid Kamil.~Ader Farid Kamil kesah kalo saya kureng dgn dia? Hahahah.. Sudah tentulah jawapannya tidak... Lalalalala].

Ok... Itu je la. Lagi skali ingin diingatkan... Bahawa, Ashraf Muslim itu jambu orangnya... Dengar citernya, dia dah nak bertunang ek? Hehehe.. Sempat lagi gossip. Nasib baik saya dah bertunang, kalo tak... keciwa la aiiiii... Huhu...

20 April 2011

Two Versions of A Same Story, Then Think.

19 April 2011.

VERSION 1
Hari ni memang mencabar keimanan bagi saya. Mana tidaknya, lepas je abih kursus KEEP kat tingkat 13, lif plak rosak. Dah tu nak naik ke tingkat 23 memang takde cara lain selain naik tangga. Time tu waktu ofis dah tamat. Sepatutnya saya boleh je terus balik, tapi kunci keta kat atas. Haihh.. Orang lain masa tu semua dah OTW turun tangga, saya dgn Cheetah je yg naik. Penat gila. Nampak sgt exercise setahun skali jek. Hehehe. Lepas dah selesaikan urusan2 yg sepatutnya... Lif dah pulih, saya balik. Waktu tu jam 6ptg.

Pagi tadi kan saya cite pasal keta saya bau hangit [dlm entry sebelum ni], tapi mcm tak anggap serius sgt. Saya buat hati kering je, balik dengan muka tak bersalah. OTW balik, singgah jap beli nasik lemak dengan ayam berempah. Haahhhh... Masa tu bau hangit lagi skali. Saya dah risau. Tengok temperature, high. Dah tahap merah. Arrghhh!!!! Apa plak masalahnya ko ni Ken? Tolong lah! Dlm purse hanya ada RM100. Karang kena cas berapa plak??? Dah tu, time saya tengah perlukan banyak duit untuk buat wedding preparation ni la dia nak buat perangai. Dah rosak program saya malam tu. Ingat nak sambung buat draft Change Management Policy dgn slide presentation sekali. [Hehehe.. Pelik kan? Kat ofis taknak buat keja, balik umah baru nak buat. Bukan per... Nak mengarang perkara-perkara yg serius perlukan tempat yg sunyi dan takde orang lain. Kalo ader org nanti aku mengacau org. Hahaha..].

Saya try call kawan saya, Ashraf utk tanya apa yg biasanya menjadi punca kalo temperature naik. Tapi dia tak jawab call plak. Kebetulan saya memang akan lalu satu workshop kat Pantai Dalam tu, so saya singgah je la. Masa tu 6.30ptg. Adik kat workshop tu check, dia kata bocor dan suh tunggu pakcik dia balik untuk pemeriksaan rapi. Bila pakcik dia sampai, dia check yg mana rosak tu, then dia pun mula buat. Tapi kena tunggu heat tu turun baru bleh start tukar sparepart. Saya pun tunggu je la, dok kat seat belakang keta saya, on laptop then tengok Adnan Sempit. Biar la brader tu buat keja dia. Malas nak tengok. Saya penat. Jam 9.00 mlm, baru la betul-betul siap. Kena cas RM60. Arghh.. Terbang lagi duit haku. RM30 untuk alat ganti [nama dia T-Joint, 2 pieces]. Dan lagi RM30 upah brader tu. Lupa nak citer, yang rosak tu ialah T-Joint iaitu penyambung bagi kitaran air utk proses penyejukan enjin. Ahh.. Ntah la ye ke tak. Tapi oleh sebab makhluk 2 ekor tu pecah/bocor la yg menyebabkan air keluar, kipas penyejuk tak berfungsi dan menyebabkan enjin tak dpt disejukkan kemudian menyeluarkan bau hangit tu. Lepas tu saya balik umah. Memang saya hangin betul dgn keta saya ni sbb suka buat perangai. Dah la kena hadapi sorang-sorang. Nak cite kat En Stormpong pun malas. Malas nak ganggu dia sebab saya tau dia terlampau sibuk. Lagipun, kalo citer kat dia, bukan dia bleh dtg tolong pun. Dan benda-benda mcm ni takde kaitan dgn hal perkahwinan kami, jadi tak penting untuk cite kat dia.



VERSION 2
Nasib baik la lif rosak. Secara tak langsung, bleh le saya mengerahkan anggota badan saya bekerja dgn lebih pesat. Kalo nak harapkan pegi exercise sendiri, memang jangan harap le. Mimpi di siang hari je la nampaknya. Lagipun bukan tinggi sgt kena naik tangga. Dari tingkat 18 ke tingkat 23 je. 5 tingkat je. Alahh.. Easy lah, wp semput nak mamfus.

Selesai semua urusan yg sepatutnya diselesaikan, saya balik, jam 6 ptg. Walaupun pagi tadi keta saya ada bau hangit yang saya tak tau apa benda, tapi bertawakal je la. Saya dah berdoa kepada Allah tadi... Supaya semuanya akan selamat. Jadi, saya yakin Allah akan melindungi saya daripada bahaya. Saya sampai di Pantai Dalam, dan singgah beli nasik lemak ayam berempah. Yang bagusnya, ayam berempah tu tak naik harga macam nasik kukus kat Sooka yg dah naik RM6 daripada RM5. Mungkin ayam tu mereka ternak sendiri kot. Sebab tu takde masalah dgn harga. Bila nak gerak semula tu la saya bau hangit lagi kat keta saya. Bila saya tengok kat meter temperature tu, dah memang sgt high. Hampir nak mencecah tanda merah yg atas sekali. Berderau darah. Saya drive slow-slow, sambil cuba call Ashraf. Dia tak jawab call plak. Tapi takpe la, sebab saya tau ada workshop kat tepi jalan tu. Jadi tanpa berlengah lagi, saya pun singgah di workshop tu.

Pemilik workshop tu periksa keta saya. Dia kata ada bocor pada T-Joint. Masa tu bau hangus tu takyah citer la. Dah macam cicak bakar cicah air asam je bau dia. Feveret food Ijan. Kehkeh. Brader tu kata nak kena tukar T-Joint tu. Sebab dah reput. Dia reput sebab diperbuat drpd fibre. Rasanya brader tu explain kat saya, kalo T-Joint tu fibre, yg bagusnya dia tak berkarat. Jadi posibility utk tersumbat tu mmg sgt tipis la. Maklum la, kan kadang2 air yg kita masukkan dlm penyejuk enjin tu air paip yg ada klorin. Klorin tu la yg biasa sebabkan karat. Tapi kalo fibre, masalah dia ialah bile dah lama dia reput. Haa.. Ko ingat tulang je bleh reput? Heheh. Jadi, brader tu tukar T-Joint besi pada Ken saya. Dia kata, kalo besi plak, memang tahan lama skit, tak reput. Tapi mungkin lama-lama akan berkarat. Jadi dia sajeskan supaya next time kalo nak isi air kat kereta, isi la air suling, atau mineral water yg takde clorin. Ader fehem?? :p

Lepas brader tu tukar sparepart tu, saya still kena tunggu sampai enjin saya betul2 cooling down. Aih.. lambat benor sejuknyer kamu ni, enjin. Baran macam tuan dia jgk kot. Huhu. Brader tu kata, kat tempat yg nak masukkan air tu, kalo masa saya start enjin, air tu bersembur kuar, maksudnya gasket dah rosak. Kalo gasket dah rosak, mungkin akan menyebabkan somthing apa ke benda ntah yg kat dlm enjin tu bengkok. Maka, kalo dah bengkok akan rosak le enjin itu. Bila dah rosak, nak repair kena la overhaul dan ongkosnya tentu la beratus-ratus juta rupiah. Dan nasib saya memang baik, sebab enjin masih selamat. Masa brader tu masukkan air tu, agak lama. Sbb dia nak biarkan bubbles yg terperangkap dalam saluran tu keluar semua. Dan dia nak kuarkan belen2 air lama yg ada karat2 tu. Sambil-sambil tu banyak juga la yg saya sembangkan dengan brader tu. Nama beliau Abang Azam. Hehehe.. Yey! Dapat kenalan baru walaupun tak suka berkenalan. Banyak jugak tips yang dia kongsi dgn saya. Next time saya kongsi dgn kamu plak yer.

Bila dah siap keta saya tu, dah jam 9 mlm. Abg Azam cas saya RM60 je. Nasib baik tak RM160. Sebab duit dlm purse hanya ada RM100. Kira okay la sbb dia cas upah dia RM30 je. Barang RM30. Yelah, dia nak tukar tu, saya dah potong queue. Sbb nampaknya kat situ, macam banyak lagi keta tgh tunggu utk dibaiki. Cuma tuan punya keta takde la kat situ. Tapi Abg Azam bleh buat keta saya dulu dan sempat plak siap dlm hari yg sama. Mungkin sebab beliau tergoda tgk mata saya kaler cekelat kot. Hahahah... [hotek kau]

Dah sampai umah tu, saya dah letih. Nak solat maghrib dan isyak sekali. Tapi saya memang la stress. Sbb saya kena tanggung semuanya sorang-sorang. Tak dpt nak mengadu kat sesape, wp kat tunang sendiri. Erm, dia sibuk, biarlah. Takkan la saya nak call dia semata-mata nak citerkan hal saya yang takde kaitan dgn dia dan hal yang saya dah selesaikan sendiri kan? Buang masa dia je nak dengar. Cuma, saya ni manusia biasa. Mesti nak luahkan perasaan pada seseorang yang saya syg. Hati rasa nak sgt call dia. Tapi takpe la.. Sabar je la. Lgpun saya bukan sesiapa bagi dia. Hanya tunang. Bukan isteri. Nnti, tengok la.. Kalo dah kawen, saya akan buli En Stormpong cukup-cukup. Haa.. Jaga baik la dia.. Hahahha...

Saya mandi, dan bersedia untuk solat. Tetiba abah call. So, saya jawab la call dulu. Mak saya nak ckp dgn saya. Maka, dpt juga saya mengadu kat mak saya. CUma masa tu, rasa nak menangis je... tapi terpaksa tahan. Saya tak mau mak saya risau tentang saya. Nanti kesihatan beliau terganggu. Lepas habis berckp dgn mak... Saya menangis teresak-esak untuk melepaskan stress. Tuhan saja la yg tau perasaan saya. Mungkin kamu yang membaca cerita saya, tak rasa sengsara pun dgn apa yg saya lalui tu, sebab saya cerita pun dgn santai sambil gelak2. Lagipun, kamu tau masalah itu dah selesai. Tapi... Saya yg tanggung semua ni, saya stress sorang-sorang. Saya tak tau kenapa saya nangis beriya sangat sedangkan masalah dah selesai. Lagipun, saya tau kalo nangis air mata ribena pun, tak dpt selesaikan masalah. Tapi biarlah... Sekurang-kurangnya saya bleh rasa lega skit.

Lepas menangis, baru la saya solat. Dan waktu tu baru saya sedar, kesabaran saya diuji, itu menunjukkan yang Allah sedar kewujudan saya. Maknanya saya masih berada di dalam perhatian Allah. Dan maksudnya juga, Allah sayangkan saya. Sedangkan saya ni, tak layak pun disayangi oleh Allah. Sebab saya hamba-Nya yg hina. Yang tidak menyumbangkan apa2 pun untuk balas nikmat yang Allah berikan kepada saya. Dan waktu itu juga.... Saya rasa, biarlah kalau orang lain tak syg saya, asalkan saya ada Allah dan Allah sayangkan saya.


Kesimpulannya apa? Ada beza dengan cara kira terima sesuatu masalah itu. Kalo masalah itu kita terima dgn semua anggapan yg negatif, maka masalah tu akan jadi beban dan kamu akan rasa benci, rasa malang. Tapi kalau kamu terima dgn positif, maka masalah itu akan menjadi sesuatu yg bermakna apabila kamu berjaya selesaikan. Dan kamu akan merasa puas.

Kawan Saya

Sejahteralah kamu.....

Apakah ertinya kawan? Bagaimana kamu mengiktiraf seseorang itu sebelum dia layak dipanggil ‘kawan’ kamu? Adakah dia seseorang yang selalu kamu bertegur sapa di koridor setiap hari tanpa kamu ketahui nama, hanya mengenali wajahnya itu sudah layak kamu panggil kawan? Atau seseorang yang kamu pernah tahu namanya, dan kenali wajahnya tetapi tidak pernah berbual mesra itu boleh dianggap sebagai kawan? Mungkin juga seseorang yang kamu tahu namanya, kenal wajahnya, pernah berbual mesra dengannya hanya sekali pun sudah layak digelar kawan? Atau seseorang itu perlu mendampingi kamu setiap masa dan mendengar keluh kesah kamu tentang segala sesuatu di dunia ini barulah dia layak untuk dipanggil kawan atau sahabat atau teman untuk kamu?

Bagi saya pula, asalkan orang itu saya kenali nama dan wajahnya serta pernah berbual dgn saya walaupun tidak mesra, saya telah mengganggap dia sebagai kawan saya. Jika itu sudah memenuhi criteria untuk menjadi kawan saya, apatah lagi jika seseorang itu berada atau pernah berada di dalam sesebuah institusi yang sama dengan saya. Contohnya seperti sekolah, kolej, tempat kerja, kelas mengaji atau mana-mana tempat sahaja yang saya pergi secara konsisten yg menyebabkan saya mengenali dia dan bercakap dgn dia. Maka, saya akan menganggap dia kawan saya, yang tidak mungkin untuk saya khianati, atau tikam dari belakang, atau dengan mudah untuk menganggapnya musuh.

Tapi, saya sangat sedih.... Kerana saya rasa, hanya saya sahaja yang menganggap orang lain kawan saya. Sedangkan orang yang sama tidak menganggap saya kawan mereka. Cubaan untuk mengkhianati saya, tikam daripada belakang atau mengambil kesempatan terhadap saya. Saya sedar saya bukan kawan yang terbaik di dalam dunia bagi sesetengah orang. Saya faham itu. Mana mungkin saya dpt menjadi serasi dgn semua manusia. Tetapi cukuplah jika hormati hak saya dan hargai persahabatan yang ada walaupun tidak rapat. Kenapa yer? Sesetengah orang suka buat perangai pelik-pelik? Mudah tidak bertegur sapa kerana hal remeh dan berkecil hati yang berlarutan. Mudah bergaduh, bertikam lidah. Mudah menyindir-nyindir orang dgn niat untuk menyakiti hati orang lain. Atau tuduh menuduh asalkan hati sendiri puas. Kenapa ye ada orang yang sanggup buat begitu?

Saya biarkan persoalan itu tidak berjawab. Kerana saya sendiri tidak tahu jawapannya... Akhir kata... Mohon maaf jika saya selalu melukai hati kamu. Yang pasti, jika kamu adalah kawan saya.... Saya tidak akan khianati kamu melainkan kamu secara terang-terangan menyusahkan saya. Peace.

19 April 2011

Hati Gundah Jiwa Lara

Mula-mula tayar saya pecah masa on the way nak pegi umah kakak saya 2 minggu lepas dekat Duke. Sekarang pun masih pakai tayar spare yang bunganya semer dah hampir nak licin. Pagi tadi, lepas parked keta kat Upper 7, bau hangit plak. Aduhh.. Gundah betul rasanya. Waktu-waktu susah macam ni, yang banyak nak perlukan duit, time ni jgk la dia nak buat perangai. Ya Allah... tolong lah aku.... Putus asa rasanya. Letih. Penat. Serabut otak. Semua ada. Kad kawen ni plak blum siap lagi. Saya sangat stress + tension + lost + bla bla bla.

18 April 2011

Jadi Cikgu : Yanles

Saya teringat semasa saya jadi cikgu dulu. Saya pun tak pasti saya ni cikgu yang baik atau cikgu yang busuk. Eh, lawan kepada ‘baik’ apa? Jahat? Buruk? Tak baik? Erm.. What ever. Tak penting dalam kehidupan aku.

Ada sorang pelajar saya berketurunan orang Asli. Suku kaum dia, saya terlupa nak siasat. Huhu... Nama dia Yanles. Walaupun dia orang Asli, tapi dia ni agak comel. Berkulit cerah. Muka pun comel. Hidung dia takde la kembang semangkuk. Kalo tak silap saya, ayah dia berbangsa cina kot. Jadi, saya kena tukar la ayat kat atas tadi menjadi ‘ada sorang pelajar saya berketurunan Cina-Asli’, kan? Yanles ni... Agak misteri. Kat dalam kelas dia diam je. Kalau time saya mengajar pun, [waktu itu saya ajar subjek Bahasa Melayu, Tahun 2] dia layan kepala dia sendiri je, buat hal sendiri. Kadang-kadang dia bercakap sensorang, tapi dgn volume yg perlahan je la.

Pernah sekali, semasa saya mengajar di kelasnya, pada waktu itu saya memberi latihan kepada pelajar2 kelas itu untuk disiapkan sebelum waktu tamat. Yanles tiba2 datang ke depan papan hitam, lalu meletakkan jarinya di alur tempat letak kapur dan main serbuk kapur yg ada pada alur tersebut. Saya tetiba jadi tak faham. Dia anggap saya macam tak ada je kat situ. Dan seolah2 dia hidup dalam dunia dia sendiri. Pernah juga, sewaktu saya mengajar, dia tiba-tiba je buat gaya seperti tikam diri sendiri dan buat bunyi macam sakit ‘arghhh...arghh...’... Saya hanya mampu tersengih sahaja melihat gelagat Yanles. Tapi saya tak pernah marah dia, walaupun dia memang langsung tak pernah buat latihan yang saya berikan. [Chey, ntah2 saya dah pukul dia sampai patah kaki..heheh.. mustahill...]

Saya cuba mendekati Yanles. Cuba berbual dengan dia. Cuba nak menyelami hati dia. Dalam hati Yanles berkata “Jika kau selam hati ini.... pastinya engkau kan mengerti...”. Ok.. tak kelakar. Ada sekali tu, saya nampak dia melukis. Saya tau dia lukis katak. Tapi lagi mau tanya... “Yanles lukis apa tu?”..... Dia jawab “Lukis babi... Ko buta ke cikgu? Dah nampak aku lukis katak ni nak tanya lagi naper? Acah je. Takkan la dia nak jawab mcm tu kan... Dia kata “Lukis katak cikgu...”. Pastu aku tanya dia balik, “Eh, bila masa pulak cikgu ada katak? Itu bukan katak cikgu tu Yanles.” Hahahah... Sian korang, kena tipu lagi. Ok... Kali ni betul-betul... Promise dah takde merepek.. Yanles jawab “Lukis katak... Cikgu pernah makan katak?”. Huhu.. Muka saya masa tu terus bertukar jadi purple. Tapi saya jawab juge la dgn senyuman yg menampakkan keseluruhan gigi-gigi kapak saya yang berterabur ni, “Tak pernah la Yanles. Cikgu tak pernah makan katak. Sedap ke katak tu?”. Yanles kata “Sedap.”. Sepatah je dia jawab. Ringkas dan yakin. Saya terus terseringai, ringkas dan yakin juga yg katak tu tak sedap.

Lepas tu, tetiba Yanles merenung jauh ke seberang jalan. [Dari kelas dia masa tu, bleh nampak jalanraya. Kat seberang jalanraya tu plak ada byk pokok-pokok liar.]. Yanles bersuara, “Cikgu, cuba cikgu tengok sana.” Sambil tangan dia menuding ke arah pokok-pokok tersebut. Saya pandang, tapi tak dpt detect jugak apa bende yg Yanles nak tunjukkan, jadi saya tanya “Apa yg Yanles nampak?”. “Dia kata “Tu, monyet. Cikgu penah makan monyet?”. Ahhh.. Sudah dia ni. Topik dia asyik tentang makan haiwan liar je. Kang aku tanya dia balik, “Yanles pernah makan penampar?”. Hahahah... Ishh.. tak baik betul saya ni. Hehehe.. Saya kata la saya tak pernah makan monyet. Pastu dia kata, otak monyet sedap. Errkk.. Lalalalala....

Di waktu lain... Selepas peperiksaan akhir tahun. Saya selesai mengutip kertas peperiksaan daripada murid-murid kelas Tahun 2. Sementara tunggu waktu saya habis, saya bersembang-sembang dgn murid-murid kelas tersebut. Mereka ni memang suka mengelilingi meja saya dan saya pula rajin melayan mereka bercerita. Saya pun tanya mereka, “Agak-agaknya siapa yang dapat no 1 periksa kali ni?”. Pastu sorang2 pun meneka nama-nama yang biasa berada di ranking paling atas... Tiba-tiba saya terdengar suara berkata, “Saya dapat nombor last...”, bila saya pandang, tengok-tengok Yanles tengah angkat tangan dia yg kecik tu dgn jari telunjuk dikeluarkan. Tapi yang penting, airmuka selamba je. Mcm takde perasaan je. Comel gile. Hahahahah... Balik ke bilik guru, saya cerita la kejadian Yanles angkat tangan tu kat cikgu2 lain... Dierang semua tak percaya Yanles bercakap. Ada yang tanya “Betul ke Yanles bercakap dgn awak? Macam tak percaya je”. Owwh..,. Ye ke? Yanles rupanya tak bercakap dengan cikgu lain. Haaa... Riaknya di situ. Kekekeke... Yanles dah masuk skolah menengah dah sekarang ni rasanya. Kalo dia sekolah, mungkin dah tingkatan 4 kot. [Alamakkk... kantoi la yg sebenarnya akak ni dah tua... huhu]

Buat masa ni, ini aje la yang saya dapat ceritakan tentang kenangan semasa menjadi cikgu. Banyak lagi sebenarnya. Nanti akan diceritakan lagi.

17 April 2011

Mengumpat.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini dengan jayanya.....
Ntah apa mimpi abang Si Ana Imprezza Celup, petang tadi menyapu seluruh blok E, sampai ke belakang blok sekali dia sapu. Jernih la sikit jadinya lantai kat depan pintu gril umah saya ni. Kalau tidak, sebelum ni, kat bahagian meter air depan umah saya, tak tau sape yg letak beskal yg dah berkarat gila vavi, siap dirantaikan dan disangga dengan mangga sebesar penumbuk saya [tangan saya kecit je.. hihi]. Kat bawah beskal tu plak, berkumpul segala macam sampah termasuk tahik cuceng. Saya nak menyapu kat situ pun segan [Nampak sgt tak bersilaturrahim dgn jiran. Ngeh...ngeh... ]. Tapi dalam buah fikiran saya, dah ada niat nak menyusahkkan En Stormpong nanti bila beliau dah pindah ke rumah itu apabila kami sudah menikoh kelak. Ye lah... setau saya, En Stormpong itu sangat rajin orangnya... Jadi, saya nak la juga menonton kerajinan beliau itu dengan contact lens kaler cekelat saya ni. Ecewah.

Panjang juga meleret. Ok, berbalik kepada abang Si Ana tu. Saya tak tahu apa nama dia. Yang pasti, dia pernah bergaduh berparang dengan adik dia, betul-betul depan pintu gril umah saya. Cuba le bayangkan betapa takutnya saya pada waktu itu... Tapi dalam takut-takut tu pun, sempat gak skodeng ikut pintu yg saya buka sikitttt je, takut mereka yang bergaduh tu tau saya skodeng derang. Sian kat mak derang yg nak meleraikan pergaduhan tu. Adik pompuan derang plak masa tu nangis teresak-esak [mungkin sebab takut tengok drama keluarga sendiri]. Ye lah... Adik pompuan dia tu kecik lagi. Tapi tak la kecik sgt. Dah besar jugak, dalam skolah darjah 4 kot. So, korang rasa dia kecik ke besar? Ok, what ever. Tak penting dalam kehidupan aku. Lalalala.

Terfikir.... Macamana kalau saya ada anak nanti? Selamatkah membesarkan anak dalam kejiranan yg sebegini? Haihhh... Allah lebih mengetahui.

16 April 2011

Gangguan Hati : Jenis-jenis Nafsu dan Elemennya Part 1

Sejahteralah ke atas kamu.. [Sekadar menjelaskan secara ringkas sahaja.. ]

Salah satu daripada 5 gangguan hati adalah 'hawa nafsu'. Hawa nafsu ini terbahagi kepada 3 ialah Amarah, Lawwamah dan Mutmainnah. Dan ada pendapat bahawa nafsu ada 4 jenis. Satu lagi adalah Mulhimah.


Nafsu Amarah [Berasal daripada unsur api]. Bila dah dengar asalnya daripada api, tentu kamu dapat gambarannya bagaimana. Orang yang mempunyai nafsu amarah adalah ditunggangi oleh nafsu mereka sendiri. Mereka tidak suka akan kebaikan, contohnya majlis ilmu, bacaan ayat-ayat Al-Quran, malah jika membaca Al-Quran mereka susah untuk menangis. Sifat marah mereka itu jika tidak terkawal akan menerbitkan rasa dendam kesumat. Tapi sebagai manusia, kita memang tak mungkin dapat membuang nafsu amarah ini dari diri kita. Cuma cara mengendalikan amarah itu perlu betul. Jika seseorang itu tidak mempunyai nafsu amarah, mungkin dia bukan manusia, mungkin malaikat? :p


OK... tu je la buat masa ni. Lain klai sambung.

15 April 2011

Dugaan Membuat Bunga Telur

Sejahteralah kamu.

Merana boss saya kalo tau anak buah dia ni asyik menaip blog je kejanya. Kehkeh.. Tapi takpe la.. entry ni pendek jek. Nak cite pasal bunga telur. Tgk tajuk entry pun mesti tau kan?

Kalau kamu masih ingat, saya pernah cerita yang saya sekarang ni dalam usaha nak buat sendiri bunga telur untuk majlis kawen saya nanti. Bukanlah perkara yang hebat sgt pun. Biasa2 je. Malah kalo beli sendiri pun lagi senang. Nak yang murah, yang mahal, yang sederhana harganya berlambak je kat Jln Tar/Jln Masjid India. Tapi saje, suka... Rasa gembira dpt buat sesuatu untuk my happy beginning. :)

Bunga telur yang saya nak buat tu saya gunakan kertas crepe. Lepas dah beli mcm 10 keping, then saya potong-potongkan[utk buat kelopak bunge]... tetiba saya kira-kira mcm tak cukup je untuk buat 100 bunga. So, saya ingat nak cuba jimatkan kertas tu nak potong kecik2 skit supaya tak perlu pegi beli lagi. [Huuu...huuu... malas gile nak pegi Jln TAR bersesak-sesak, semata-mata nak beli lagi 5 keping kertas crepe tu.] Tapi nampak gayanya memang takleh nak buat apa dah... terpaksa jugak pegi beli, sebab ..... air tumpah plak atas kertas crepe yang saya dah potong pendek2 tu. Huuwargghhh... Banyak plak tu yg dah terkena air. Dan yang paling frustrated, warna dia luntur la plak. Kalo setakat kena air tapi tak luntur, masih bleh je dipakai lagi bila dia kering kan?.. Ini dah rosak terus. Eiii... Geramnya....

14 April 2011

Adegan Drama Yang Dah Bosan Kita Lihat

Sejahteralah ke atas kamu...

Sejak2 buat bunga telur sendiri ni, saya makin kuat menengok TV. Mana tidaknya, buat bunga telur depan TV. Sambil-sambil mencantumkan kelopak bunga tu, sambil jeling-jeling gak ke TV. Sampaikan drama melayu termasuk cite hantu pun saya tgk. Cuma kalo dah tak tahan sgt tengok muka pelakon yang ntah sape2, saya tgk Astro Oasis untuk dengar zikir-zikir atau bacaan ayat Quran [tapi slot tu hanya ada sekejap je] atau MTV .. dengor lagu je, takyah fokus sangat.

Kamu perasan tak kalo drama-drama melayu ni, adegan-adegan dia agak stereotype. Contohnya... Adegan 1 : Kalo jawab tepon, kemudian dapat berita buruk.... mesti dialognya ialah 'APAAAAAAAA??????' dgn gaya yang sungguh berlakon terkejut. Biasanya lepas dah ckp dialog 'apa' tu, akan diikuti dengan ayat ulangan seperti 'Apaaaa??? Nenek tercekik kulit rambutann????'. Heheh...

Adegan 2 : adegan kejar orang yang dah nak naik kapal terbang. Orang yang nak naik kapal terbang tu plak mestilah seorang yang frust. Nak bawak diri pegi London. [London memanjang, padahal ntah2 Singapore pun blum penah pegi, huhu.]. Masa orang yang nak kejar orang yg nak naik kapal terbang tu on the way nak pegi airport, mesti mcm waktu tu suntuk dan lagi 2,3 minit je lagi daripada waktu berlepas, then last skali mesti sempat jumpa jugak. Kita yang menonton ni pun sama naik je berdebar. Padahal dah tau dah dierang mesti akan dapat jumpa punyer. Heheh... Mainan perasaan betul.

Adegan 3 : Adegan perbincangan kat meja makan. Lagi-lagi makan... Lepas makan, makan. Maksudnya, slot drama tu, cara dierang nak sampaikan sesuatu jalan cerita mesti melalui perbincangan di meja makan. Kesimpulannya drama melayu dan meja makan memang tidak dapat dipisahkan lagi.

Ok.. Dah blank. Nnt kalo dah ingat, saya sambung lagi entry ni.

13 April 2011

Laman Sosial Punya Cite.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini ye tuan puan...

Laman sosial yang paling aktif saya gunakan sekarang hanyalah Facebook[FB]. Saya ada akaun Friendster, MySpace, Twitter dan Tagged. Tapi tak berapa nak aktif, mungkin sebab saya takde tepon canggih yang bleh online 24/7 kot. Ermmmzz... biler le bleh beli henfon baru ni. Huhu.

Skrg ni, kalo kita perasan, orang asyik membangkitkan isu kesan-kesan buruk FB. Bercerai berai, jenayah cyber, menipu, gejala sosial, fitnah2 orang dll pastu minta diharamkan FB. Tu yang tak faham tu. FB tu tak bersalah pun sebab FB tu hanya seperti 'tool'. Dia duk diam2 buat keja dia je. Yang salah ialah orang-orang yang menyalahgunakan FB tu la. Derang ni kan... suka tau... bila ada masalah je, nak suruh haramkan 'tools'. Padahal kalau semua orang amanah serta jujur, dan tidak menyalahgunakan 'tools' tersebut, tak ada masalah pun yang akan timbul.

Kalo asyik nak menyalahkan 'tools' je, sampai bila pun tak maju kita ni. Dah tu, kereta yang banyak menyebabkan kematian sebab kemalangan tu.... Taknak plak diharamkan? Rokok yang memberi kesan buruk kepada masyarakat tu, tak plak diharamkan kat negara kita ni? Jadi, jgn ngade2 nak bagi cadangan untuk haramkan sesuatu 'tools' kalo yang salah ialah manusia sendiri.

FB ni pun, saya gunakan bukan untuk berkenalan atau cari kawan baru. Jangan harap saya nak approve friend request daripada orang yang saya rasa saya tak kenal. Lebih-lebih lagi yang letak nama samaran pelik-pelik seperti 'Orang Hulu', 'Kentang Bakar' kemudian gambar profil plak letak gmbr katun-katun le, gmbr resaksa le, maka jangan harap saya nak approve.

Jadi, orang-orang yang menggunakan FB, sila la guna dgn wajar. FB bleh bermanfaat kalau digunakan dengan betul. Seperti... err.. dapat jodoh.. kehkeh... [macam penah dgr je], buat bisnes, untuk plan gathering atau events dan banyak lagi manfaatnya.

11 April 2011

Apa Yang Saya Rasa..

Sejahteralah kamu..

Saya rasa.... saya sangat menyesal sebab dulu masa skolah, tak belajar sepenuh hati. Kalau tidak, takde la saya bongok sangat macam sekarang. Kerjaya pun tak seberapa. Kepandaian tak memberangsangkan. Kemahiran takde. Yang ada hanya rasa serabut. Dan menyesal. Dan rimas. Dan bosan. Hidup saya takde kemajuan. Takde apa yang bleh dibanggakan. Amal ibadat pun tak seberapa. Semuanya ditahap sederhana atau rendah.

Saya tetiba rasa malas nak buat semua benda.
Malas nak sambung buat bunga telur.
Malas nak jahit manik pada baju pengantin.
Malas nak fikir benda2 serabut otak yang tak berbaloi pon.
Malas! Malas! Dan malas!

Saya hanya rasa nak berkurung dalam rumah, takmo jumpa sesape, taknak dengar tentang sesape, tanak tengok dunia luar hanya nak duduk diam2 dlm bilik dan tidur 2 hari berturut-turut. Huuu...huuuu.. takmo fikir.. semua buat semak otak...

Mungkinkah Tuhan sedang membalas dosa-dosa saya yang banyak pada masa lampau? Yang pasti, memang padan muka saya.

Petua Melayu Turun Temurun Yang Comel

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Topik perbincangan saya dgn JekJan beberapa hari lepas ialah macamana cara-cara nak pakai inai supaya jadi merah yg cantik. Pastu mula la kuar mcm-mcm idea unik seperti, letak nasik, letak arang, letak gambir bla-bla-bla. Then teringat juga pantang larang yang perlu dipatuhi semasa memakai inai, iaitu : 1. Tak boleh pakai inai waktu siang, sebab kalau ayam nampak, nanti inai tu tak merah. Comel kan petua ni. Apa la saktinya ayam tu sampai boleh mempengaruhi warna inai yang dipakai oleh manusia hanya dgn... er... pandangan? Hebat... Hebat.. Yeah! Hidup ayam! Wp ayam dah naik harga, menyebabkan harga nasik kukus ayam berempah kat Sooka pun dah naik jadi RM6. Ceh... Relevannya, saya rasa.. maksud tersirat di sebalik petua tu mungkin sbb kalo pakai waktu siang, susah inai tu nak lekat lama pada jari. Ye lah.. Sebab waktu siang kan banyak keja yg perlu dibuat menggunakan tangan. Kang tgh buat2 keja, tetiba tercabut plak tampalan inai tu daripada jari.

Ada lagi beberapa petua-petua yang bagi saya, sangatlah comel. Kadang-kadang macam takde kaitan pun. Tapi dulu-dulu, kita ikut jugak petua-petua tersebut. Sebab kita takut mak kata kita derhaka. Hehehehe... Kat sini saya senaraikan...

2. Takleh tiup seruling waktu malam, nanti ular datang - Tujuan yg mungkin: Malam-malam kan sunyi, dan waktu orang tidur. Nanti kalau tiup seruling waktu malam, ganggu orang lain, jiran tetangga. Kan tak manis....

3. Takleh potong kuku waktu malam, nanti kuku tak tumbuh lagi @ kuku jadi hantu. - Tujuan yang mungkin : Zaman dulu kan takde letrik. Waktu malam pakai pelita je. Lagipun, zaman dulu, org potong kuku dgn pisau. Jadi, agak berbahaya kalau potong kuku dgn cahaya yang terhad. Karang tertikam perut sendiri, orang tuduh ko nak bunuh diri plak kan. Heheh.

4. Takleh asah pensel dua-dua belah hujung, nanti mak mati - Kan bahaya kalo semasa kita menulis tu, sebelah hujung yang satu lagi tu menghala ke arah muka kita. Kot tercocok mata ko kang... tak ke buta jadinya... Huhu....

5. Takleh makan nasik kat tempat tidur, nanti harimau datang - Sebenarnya agak selekeh la kalo nak makan kat tempat kita tidur. Nanti nasik tumpah bersepai2 atas tilam, takpun kuah tumpah ke, kan susah nak kemas, nak basuh tilam lagi. So, terpaksa la bagi efek yang paling menakutkan... iaitu harimau datang. Kasi gentar skit hati org-org yg nak makan kat tempat tidur.

6. Takleh duduk atas bantal, nanti buruk punggung [naik bisul]. - Ni lagi satu. Kan tak manis letak punggung kat tempat yg sama kita nak letak kepala. Padahalnya takde apa pun. Bukannya kulit punggung tu melekat kat bantal tu pun. Tapi kot-kot tercirit atas bantal tak tau le kan? Hehehe... Lagi haru kalo bantal hanya ada 1 je.

7. Jangan makan nasik tak habis, nanti nasik nangis, malam-malam nasik cari kita... - Sebenarnya taknak bagi kita membazir. Jangan makan tak habis, tak elok buang2 makanan. Bukan nasik je sepatutnya. Kalo makan ikan tak habis, nnt ikan hidup balik cari kita. Tapi sepatutnya untung la kalo ikan betul2 hidop semula dan dtg kat kita kan? Bleh tangkap then masak semula. Takyah beli ikan dah tiap2 hari. Heheh.

8. Makan takleh pindah tempat, nanti kawen 2. [Laki seronok la]. Yang ni pun sebab nampak tak senonoh dan gelojoh kalo tukar2 tempat duduk sewaktu makan.

9. Takleh nyanyi kat dapur, nnt kawen dgn orang tua. - Ini juga sebab nampak tak sopan. Lebih2 lagi kalo anak dara. Yelah... Anak dara ni sepatutnya, sifat dia pemalu. Dah tu kalo menyanyi-nyanyi, nnt jatuh la saham. Lagipun, kalo lalai sgt menyanyi, nnt tak jadi la nak buat keja dapur. Kang hangit plak nasik.

10. Jangan minum berdiri, nanti basah stokin. Ni acah je. Hahahha... Sebab kalo minum berdiri, nanti air tu terus turun ke kaki. Then bocor kat kaki, pastu basah le stokin. So, minum le duduk. Air tak terus turun ke kaki. Kekekeke... Comel kan?

Kesimpulannya, banyak petua atau pantang larang orang-orang lama ni adalah bertujuan untuk kebaikan dan ada maksud tersirat. Hanya mungkin cara menerapkan kebaikan tu dengan cara yang kurang tepat dan agak menipu. Apa salahnya kalau cakap betul2, jangan potong kuku waktu malam. Bahaya, nanti terkena pisau. Kan? Tapi yelah... Manusia ni kalo org pesan mcm tu, bukan nak dengar kan? Terutamanya kanak2. Lagi dilarang lagi menjadi-jadi dia buat.

Makanya... Dah... Sampai sini je.

10 April 2011

Pentingkah Jenama Bagi Kamu?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kalau nak tau, jenama yang paling saya anti sekali dalam hidup saya ialah Adidas dan Diadora. Terbaru, Paul Smith. Kalau untuk perfume plak CK. Sebabnya... jenama-jenama tersebut terlalu popular dan menyebabkan banyak produk-produk tiruan yang menggunakan jenama itu dikeluarkan. Memang saya sangat benci dgn produk tiruan. Bagi saya, saya lebih rela beli baju yang berjenama 'Hao Xiang' daripada membeli baju berjenama Adidas tiruan. Itu prinsip saya. Atau, saya lebih rela jika barangan yang saya beli itu langusng tak ada cap apa-apa. Lagi bagus. Dan oleh sebab jenama-jenama tersebut banyak sgt tiruan, bila saya tengok orang yang pakai produk asli berjenama yang sama, saya akan skeptical merasakan produk yang mereka pakai itu tetap tiruan.

Jika orang bertanya kepada saya.... "Adakah saya mementingkan jenama?", jawapan saya adalah 'Ya' dan 'Tidak'. Tengok jenis produk la. Kalau beli nasik lemak pun nak jenama Dolce and Gabbana, sampai mati la takkan dpt makan nasik lemak kan? Tak mungkin Dolce and Gabbana nak kuarkan nasik lemak. So, ada benda yang saya tak kisah dia tu berjenama ke tak. COntoh mcm slipar jepun. Takkan le nak beli jugak selipar jepun Burberry kan? Dah tentu kalo brand Burberry dah tak layak panggil selipar jepun kan? Dan takkan tergamak nak pakai selipor Burberry masuk jamban. Kehkeh...

Ok, saya bagi contoh di mana jenama itu penting.... Katakan saya nak beli jam tangan. Saya ada duit RM300. Saya diberi 3 pilihan... 1. Jam tangan Casio original berharga RM300. 2. Jam tangan Tag Heuer tiruan berharga RM250. 3. Jam tangan G-Mock berharga RM200. Jadi? Yang mana yang lebih logik untuk saya beli? Jam G-Mock memang lebih murah. Dan Tag Heuer tiruan juga lebih murah daripada Casio. Tapi saya akan lebih pentingkan jenama Casio walaupun namanya tidak sehebat Tag Heuer. Jadi, bagi saya,.... Di situ la pentingnya memilih jenama.

Saya bukan apa... Selalunya jika saya ingin membeli belah. COntohnya kalau saya nak beli baju. Kalau saya pegi kedai2 yang tak berjenama mcm yg jenama ntah apa-apa... harganya RM49.90. Pastu kalau saya pergi ke pasaraya, yang berjenama sederhana [contoh mcm Jeep, atau Nicole] bagi pakaian yang persis juga berharga RM49.90. Jadi, saya mesti akan lebih memilih yang di pasaraya tu kan? Tapi saya memang takkan beli baju yang serupa berjenama Guess yang berharga RM500 semata-mata mementingkan jenama.

Jadi, itu la pendapat saya tentang kepentingan jenama. Kalau nak pakai, pakai le yang original walaupun murah atau takde brand. Peace...

09 April 2011

Makna Kecantikan Wanita

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Pn Alia telah menemuramah saya, OrgKgBaru dan JekJan tentang isu kecantikan bagi assigment beliau. Persoalan yang diutarakan ialah 'Apakah definisi cantik bagi kamu?'. Masa temuramah tu, jawapan saya agak hancho. Dgn muka control ayu mcm mama tenuk [sebab dirakamkan menggunakan videocam.].

Cantik tu typically akan dikatakan sebagai subjektif. Dan juga akan dijawab tentang betapa pentingnya cantik luaran dan dalaman. Memang betul pun. Kecantikan sebenar seorang wanita bukan hanya dilihat diluaran. Buktinya kita boleh lihat pada realiti. Seorang wanita yang fizikalnya cantik[mungkin boleh digambarkan cantik yg memiliki kulit putih gebu, sebaris gigi yang cantik, bersih, hidung mancung, kulit mulus tanpa jerawat, dan mata yang jernih bersinar], belum tentu disukai oleh ramai orang jika perangai atau dalamannya buruk. Senang cakap kalo perangai dan hatinya tak baik. Dan wanita yang digambarkan fizikalnya tidak menarik [bukan tidak cantik ye], lebih disukai oleh orang ramai jika dia baik hati, dan akhlaknya mulia.

Tapi, jangan pula nafikan... kita ni manusia. Fitrahnya akan terus memandang kecantikan luarannya jika berjumpa seseorang pada pertama kali. Contohnya... jika kita ke rumah sahabat kita untuk bersuai kenal dgn isteri beliau. Kemudian, bila balik, kita ditanya oleh seseorang yang tidak pernah bertemu dgn isteri sahabat kita tadi 'cantik tak isteri dia?'... Jadi mcmn kita nak jawab? Pasti jawapannya berdasarkan fizikalnya yang kita nampak kan? Dan jika nak beri jawapan tentang kecantikan dalamannya, mana plak kita nak tau kalo setakat jumpa sekali. Kita takkan jawab macam ni "Tak tau la dia tu cantik ke tak,sbb tak nampak lagi dalaman dia macamana, maklumla..baru je sekali jumpa". Tapi kita mesti akan jawab, "Cantik gak isteri dia.." atau "isteri dia biasa-biasa je... tak tak cantik sgt", sebab kita takkan lari daripada merujuk kepada wajah atau fizikal kan? Itu la jawapan berdasarkan kepada 1st impression. Atau kalo isteri sahabat kita tu sombong, kita akan jawab "Isteri dia cantik, tapi sombong skit". Still jugak kita akan kata dia cantik kan wp dia sombong.

Apa motifnya entry ni? Hahahaha... Ntah la... Saya pun tak pasti. Yang penting, bagi saya... cantik luaran itu penting juga selain daripada cantik dalaman. Wajah yg sentiasa senyum [wp gigi berterabur.kehkeh], kulit yang cantik [lebih-lebih lagi kalo cantik tanpa mekap], mata yang nampak segar, hidung mancung seludang [haaa.. itu dah ayat buku. hahahah]. Tapi jika hanya disuruh pilih salah 1, sama ada cantik luaran atau cantik dalaman, tentu saya akan memilih cantik dalaman itu lebih penting. Tapi jika tak disuruh pilih, saya akan mengatakan cantik luaran juga penting. Cantik luaran itu ialah jaga kebersihan diri dan pakaian serta kemas. Kalo hati baik, akhlak baik, tapi baju kotor, comot, busuk tak basuh, tak mandi 6 hari... kan ke tak seimbang? Heheheh..

So, itu je la... Cantik kena seimbang. Kalo hanya ada salah 1 je, tak berapa lengkap la kan? Saya rasa saya ni biasa je. Tak la cantik sgt. Tapi orang yg selalu cakap saya cantik. Tu pun maybe sebab nak amik hati je. Ooo... bodek yer? Hahahah... Tapi saya masih berdiri di bumi yang tandus tapi nyata ini.... :p

08 April 2011

HIV Test Untuk Bakal Pengantin

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Macam saya sorang je yang nak kawen. Hahahah... Ni nak citer pasal prosedur sebelum nikah. Pertama, perlu pergi Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Then tanya la apa-apa yang patut pada petugas kat Jabatan Agama Islam. Saya nak ceritakan secara detail pun payah jgk. Sebab lain negeri, lain prosedurnya. Lepas tu, perlu buat ujian HIV untuk pastikan ko tu ada HIV ke tak.

So, kat sini nak cite skit pasal HIV. Kalo kita dengar tentang HIV, kita rasa macam familiar je. Rasa mcm tau je. Tapi bila nak explain kat orang, kita rasa mcm ada kulit durian je kat tekak. Sebab ... err... mcm tau..tapi macam tak tau jgk.. kehkeh.

Kalo bakal pengantin yang nak buat HIV test di Pahang, perlu ambil borang di Jabatan Agama Islam Pahang terlebih dahulu, kemudian isi borang ujian HIV tu dan bawa pegi mana-mana klinik kesihatan kerajaan.

Sebelum ujian tu dilakukan, petugas/doktor akan explain bla..bla..bla pasal HIV. Dia cakap macam ni.... HIV ni sejenis virus yang boleh diperolehi daripada beberapa cara. Beberapa cara tu korang mesti dah biasa dengar la kan. So, takyah le saya nak ulang lagi. Cuma pembantu perubatan tu jelaskan kat saya... Badan kita ni, bila dijangkiti sesuatu virus, secara otometik antibodi akan dikeluarkan oleh badan untuk melawan penyakit tu. Dan bagi berlainan jenis penyakit, berlainan jenis antibodi la yang akan dihasilkan. Jadi, kalau orang tu terkena virus HIV, maka badan dia akan mengeluarkan antibodi yang khusus untuk melawan HIV sahaja. Maksudnya, antibodi tu hanya akan aktif jika virus HIV tu ada je. Jadi, ujian yang saya buat tu, adalah untuk mengenalpasti sama ada di dalam darah saya, antibodi itu reaktif atau tidak. Ujian itu dinamakan ujian saringan HIV. Kalo keputusannya antibodi HIV itu reaktif, barulah saya akan menjalankan ujian pengesahan untuk tahu sama ada saya ni positif atau negatif HIV.

Selama ini, saya ingatkan, kalo test darah tu terus tau positif ke negatif HIV. Kehkeh. Tapi masa nak buat test tu, saya punyer nervous macam nak pengsan. Ye la... Walaupun saya ni memang tak termasuk langsung dalam kalangan orang yang berisiko, tapi berdebor la jugek. Mana la tau kot2 ader nyamuk gigit org yg HIV positive then nyamuk tu gigit saya plak ke.. Hahahah.. Acah je. HIV tidak berjangkit melalui cara itu. Malah pembantu perubatan itu kata.... Kalau katakan kita luka dan keluar darah, kemudian terkena darah dari luka orang yang positif HIV, tak mungkin akan berjangkit juga, kerana darah yang dah keluar dari badan kita tu, takkan masuk balik dalam badan. Itu kata dia la... Saya tak tau la sejauh mana kebenarannya.

Lepas ujian tu menunjukkan yang antibodi HIV dalam badan saya tidak reaktif, yang membuatkan saya lega... pembantu perubatan tu tandatangan dan 'seal'kan keputusan tersebut di dalam sampul surat untuk terus diserahkan kepada JAIP. Dia tak benarkan saya buka lagi. [dan mmg takde pekdah pun saya nk buka lagi. Sebab saya tau keputusannya... So tak perlu risau.]. Jadi, macam tu la kaedahnya... Mr Stormpong plak dan buat awal-awal lagi ujian saringan tu kat Shah Alam... dan format nya tak la seketat kat Pahang. Tapi nasib baik tak kena buat semula. Kalo tak, nasib dia la kan. Hehehe... *Sorry my love. Terkutuk awk plak. Hahahah.

07 April 2011

Pelawak Yang Dituduh Mencabul Tu Rupa-rupanya....

A.R Badul? Hahahaha... Tak sangka.


Petikan dari akhbar;

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) sudah memanggil pelawak veteran terkenal, Armaya Aman Ramli, 63, atau popular dengan panggilan AR Badul pagi semalam untuk dirakamkan keterangan berhubung laporan seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pelawak berkenaan.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata pelawak terbabit hadir ke IPPKKL jam 10.45 pagi untuk diambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Media semalam melaporkan pelawak terbabit menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dia mencabul lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu.

Tak Puas Hati, Main Bomoh

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Sekarang ni, kalo sape yang rajin tengok tv [macam saya], mesti bleh detect bahawa cite hantu, seram, puaka dan bomoh-membomoh makin kerap ditayangkan. Macam dah jadi genre 'wajib tayang' bagi setiap saluran TV. Tak kira la saluran berbayar ke, saluran percuma ke. Masing-masing berlumba-lumba untuk buat/keluarkan drama yang paling terseram di seluruh cakerawala.

Bila dah banyak cenggitu, maka kita boleh nampak jalan cerita untuk drama seram ni kebanyakannya pusing-pusing pun kat situ jugak. Kisah orang kena kacau hantu, sebab saka dari nenet moyunk, atau orang kena kacau dgn puaka sebab ada orang 'hantar'. Dan bila dah ada unsur-unsur hantu tu, watak yang paling penting dah tentu la bomoh dengan kening bercelak, pakai baju itam, berasap kemenyan dengan limau-limau la, kain kuning, ayam la, kambeng la, macam-macam lagi lah. Pastu, bila dah ada watak 'Tok Moh' tu plak, mesti ada watak orang alim yang akan menggunakan kalimat 'Allahuakbar!' untuk mengalahkan tokmoh yang supply hantu puaka tu sambil kuar asap-asap dan cahaya-cahaya terang. Chait! Mcm bingai.

Tapi yang saya nak highlight kat sini ialah drama-drama yang memaparkan penggunaan ilmu hitam untuk balas dendam atau jika ada perkara yang orang tu tak puashati dgn masyarakat sekeliling. Contoh mcm nak rampas suami orang, guna bomoh. Nak lariskan perniagaan, guna bomoh untuk santaukan pesaing kedai makan seblah. Kalau nak difikirkan tentang apa yang drama tu paparkan, memang rasa nak muntah ijau. Tapi, itu sebenarnya memang cermin bagi masyarakat kita zaman sekarang. Kadang-kadang mcm beri ilham utk orang yang tak tau pun ada jugak saya rasa. Contohnya mcm orang tu tak tau pun wujudnya perkara-perkara mcm tu dlm dunia ni, tetiba bila tgk drama seram, dia bleh tau plak pasal khurafat tu semua, pastu dia pun pegi cari untuk buat apa yg dipaparkan dlm drama tu... So, mcmn? Persoalannya, siapa yg berdosa?

Pelik sungguh. Kita dah makin maju dgn teknologi mcm-mcm, masih ada jugak manusia yang suka pilih jalan singkat untuk capai cita-cita. Tak paham sungguh saya. Contohnya kalau gunakan ilmu hitam untuk miliki hati seseorang.... Mungkin berjaya. Tapi bermakna ke jika hanya dpt tubuh orang tu je. Sedangkan hati dia dikawal oleh ilmu hitam? Nampak macam menang. Tapi sebenarnya kalah. Macam tu jugak kalau orang yang guna ilmu hitam untuk santaukan pesaing dalam perniagaan. Mungkin perniagaan akan laris, tapi bermakna ke kekayaan tu? Ada rasa puas ke? Erm.. Yela... org yg guna ilmu hitam tu mesti la jahat. Dan orang jahat, mana ada fikir puas ke tak puas, dan bermakna atau tak bermakna kan? Sebab orang jahat ni biasanya walaupun dari segi teknik menipu dia cerdik, tapi sebenarnya dia bodoh nak mampus!!! Dah la menyusahkan orang. Aniaya orang! Buat benda keji! Ishh... memang tak baik sungguh.

Tolong la... Kejayaan itu lebih manis jika dicapai dgn usaha gigih dan jerih perih. Hentikan la ilmu hitam. Berdosa besar tau mensyirikkan Allah.

06 April 2011

Memilih Ibu Untuk Si Anak - Khas untuk lelaki bujang

Saya hambik daripada ILuvIslam

Mendidik anak bukan bermula selepas anak itu lahir, bahkan lebih awal lagi. Perancangan dalam mendidik anak mesti bermula seawal mencari jodoh. Sebelum seseorang jejaka membuat keputusan tentang pasangan hidupnya, dia perlu ingat bahawa pasangan itu adalah bakal ibu kepada anaknya.

Wanita itu bukan hanya untuk dirinya sebagai seorang isteri, bahkan juga untuk anak-anaknya sebagai seorang ibu. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab setiap lelaki agar memilih ibu yang tepat untuk anak-anaknya.

Memilih ibu membawa maksud mencari jodoh isteri yang beriman, bertakwa dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu solehah. Untuk memenuhi tuntutan ini pemilihan isteri yang tepat perlu sejajar dengan penetapan yang dianjurkan oleh Islam. Ini amat penting bagi mencapai target ibu mithali yang menjadi hadiah kehadiran buat anak-anak yang akan dilahirkan ke dunia.

Pada suatu hari Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a didatangi seorang lelaki yang mengadu bahawa anaknya sentiasa menderhaka kepadanya. Maka anak itu dipanggil oleh Umar, seraya diingatkan agar jangan menderhakai ayahnya serta dianjurkan agar ia mentaatinya dan menjaga hak-haknya. Tiba-tiba si anak pun bertanya kepada Umar katanya: Wahai Amirul Mukminin apakah anak tiada mempunyai hak-hak atas ayahnya?

Jawab Umar: Bahkan ada! Berkata si anak "Apa dia, wahai Amirul Mukminin? Berkata Umar: Memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Quran. Berkata si anak:Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya bapa saya tiada membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara itu. Ibu saya berbangsa Afrika dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama Khunfusak (bermaksud 'lipas') dan juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pun dari Al-Quran. Lalu Umar berkata kepada ayahnya: 'Jika demikian, kamu telah derhaka kepada anakmu sebelum dia derhaka kepada mu.'

Teguran Umar itu bertepatan dengan hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda "Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mengutamakan yang beragama, itulah pilihan yang terbaik."

Baginda saw menegaskan betapa pentingnya wanita yang mempunyai asas agama yang mantap dan amalan-amalan yang kuat yang mampu membentuk dirinya sebagai srikandi mulia dalam sesebuah institusi keluarga. Agama diiktifar sebagai kriteria tertinggi berbanding rupa paras, kekayaan dan darjat. Agama inilah yang dapat menjamin kemampuan si ibu untuk mendidik anak.

Pemilihan ibu yang tepat untuk si anak ini tentunya timbul atas kesedaran untuk menjadikan perkahwinan sebagai saham akhirat. Ini kerana pelayaran sebuah perkahwinan bukanlah seperti melepaskan batuk di tangga atau semudah menyuapkan makanan ke mulut tanpa berfikir himpitan mahupun kekangan yang akan ditempuhi. Perkahwinan yang dianjurkan Islam perlulah berkemudi hingga ke pelabuhan dan hasilnya dapat dinikmati di akhirat kelak.

Perkahwinan beginilah yang mampu membuahkan anak-anak yang soleh dan solehah. Lihat sahaja perkahwinan yang Rasulullah dengan isterinya yang tercinta Ummul Mikminin Saidatina Khadijah. Kebahgiaan yang dibina atas jihad kepada Islam ini mendamaikan dua hati yang diketemukan walaupun bertingkah jurang dari segi umurnya. Hasilnya zuriat yang lahir dididik dengan sempurna, menjadi tokoh ummah yang dikenang sepanjang zaman.

Ibu adalah manusia yang paling dekat dengan si anak. Ibu yang beriman dan bertaqwa akan melahirkan waris-waris yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Contohilah Khunsa', srikandi Islam yang berjaya dan mentarbiyah anaknya seramai tiga orang.

Ketika anak pertamanya mati syahid beliau masih tersenyum kerana masih ada anak yang kedua syahid yang kedua yang diharapkan akan gugur sebagai syuhada. Kejayaan Khunsa' menanam semanagt jihad pada jiwa anak-anaknya merupakan hasil daripada jiwa besar seseorang wanita yang akrab dan intim dengan ilmu-ilmu Islam dan amalannya.

Tidak salah mencari pasangan yang menawan, kaya dan berdarjat. Lagi lengkap pakej kesempurnaan, lagi baik. Asalkan krieteria utama iaitu beragama tidak dicicirkan. Seorang anak tidak boleh dididik dengan wang ringgit atau kekayaan si ibu. Si ibu yang cantik bukan jaminan bahawa dia mampu mendidik anak dengan baik.

Begitu juga darjat dan keturunan bukanlah penyebab yang dapat membentuk personaliti soleh dan solehah anak. Tetapi yang pasti, agama si ibu adalah satu jaminan ke arah kesempurnaan didikan anak. Ibu yang berakhlak, berilmu, taqwa, kuat beribadah secara adatnya mampu membimbing anak ke jalan bahagia.

Sekurang-kurangnya percikan akhlak solehah si ibu mampu mendorong si anak secara lisanul hal. Atau setidak-tidaknya doa si ibu yang luhur peribadi ini mampu menggamit hidayah, rahmat dan keampunan Allah buat si anak.

Malang sekali masyarakat hari ini tidak mengambilkira soal pemilihan ibu untuk si anak. Mereka melihat perkahwinan ini dari sudut kepuasan nafsu semata. Si gadis yang comel, seksi dan bergaya itulah yang diutamakan.

Jika si dia kaya dan berdarjat lagi mahu. Soal akhlak, iman dan alam diketepikan. Semasa memilih pasangan tidak terlintas soal anak. Bila anak sudah lahir, anak menjadi mangsa kejahilan dan kebobrokan akhlak ibu.

Mereka lupa tanggungjawab wanita sebagai isteri dan ibu yang berperanan untuk memelihara dan mendidik anak-anak menjaga kehormatan diri dan menjamin keperluan rumahtangga yang mencukpi.

Bukan lelaki sahaja perlu mencari ibu yang betul untuk si anak, malah para wanita juga perlu memilih bapa yang tepat untuk anaknya. Wanita yang solehah perlu merancang memilih bapa soleh untuk anak-anak mereka. Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi "Apabila datang kepada kamu peminang (lelaki) yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, makakahwinilah dia".

Betapa malangnya wanita mukminah yang jatuh ke tangan ketua keluarga yang "thaleh" dan curang akhlaknya serta memandang enteng prinsip-prinsip Islam dan ibadah-ibadah. Apalah gunanya anak-anak yang hidup dalam keluarga yang terajunya tidak mengindahkan hukum dan seruan Allah.

Tegasnya, demi untuk zuriat yang bakal lahir, setiap pemuda dan pemudi wajib merancang dengan baik dalam mencari bakal ibu dan bapa kepada anak-anak. Jika gagal, tidak mustahil anak-anak nanti menjadi rosak dan akhirnya menjadi derhaka kepada ibu dan ayah. Jangan jadi seperti yang dikatakan oleh Sayyidina Umar: 'Kamu telah menderhaka kepada anakmu, sebelum anakmu menderhaka kepada mu...'

Marah Nampaknya Sedara? Nyaris Mengamuk Dan Masuk Paper

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Tadi, semasa saya driving utk ke ofis, baru je saya keluar dari simpang umah saya, ada satu Konda Siti warna hitam, memandu laju dan memotong kereta saya dan 2 lagi kereta lain di hadapan. Saya relax je sebab itu hanya perkara biasa. Pagi-pagi ni, kita pun faham la. Kot-kot ofis dia jauh, dan sudah terlewat. Jadi, saya drive macam biasa, macam kura-kura pulang petang [wp sebenarnya pagi].

Tiba di kawasan 'perindustrian makanan' kat Pantai Dalam, saya dengar bunyi horn kat depan, pastu saya nampak ada satu keta Sang Wira yang berenti tengah-tengah jalan, i mean betul2 tengah jalan yang saya sendiri pun tak paham apa motif pemandu dia buat mcm tu[ada la tu kot hal yang saya tak tau]. Dan Konda Siti yang potong saya masa mula2 tadi tgh potong Sang Wira tu. Tapi saya tak tau siapa yg bunyikan horn. Maybe Konda Siti la kot. Sebab driver Sang Wira tu saya nampak baru je masuk kereta dari seberang jalan. Ntah apa benda la yang dia buat kat seberang jalan tu. Dah la parked keta tengah2 alam. Ok... Setel sampai situ.....

Saya teruskan pemanduan saya. Sampai kat susur keluar ke NPE, tetiba Sang Wira tu saya nampak meluru laju, potong semua keta yg ada kat depan saya jugak. Dalam hati saya terdetik.... "Ooo... dia ni mesti ada kecemasan kot." Sebab nampak ada pompuan bertudung dlm Sang Wira tu, maybe isteri dia. Agaknya wife dia nak bersalin kot, tu yg bawak laju semacam. Tetiba bila keta tu dah sampai kat hujung jalan tu, dia berenti dan masa tu saya perasan Konda Siti tu masih lagi di hujung jalan tersebut. *Dah confirm la depan Angkasapuri tu jammed sedara.. Laju mana sgt ko bleh pegi kalo ye pun kan?

Pastu, rupa2nya Sang Wira ni kejar Konda Siti tu. Saya dah berdebar dah. Jgn la sampai ada pergaduhan yang membawa kematian plak pagi-pagi ni. Kang tak pasal-pasal saya kena jadi saksi kat Balai Polis. Masa saya lalu melepasi Sang Wira yang di parked kat hujung jalan tu, saya nampak dalam tu, memang ada sorang pompuan bertudung... DAN sorang anak kecil atas dukung pompuan tu. Anak Sang Wira kot. Then masa saya melepasi Konda Siti tu, saya nampak la dirver Sang Wira tu tgh pegang steering lock then tengah marah kat driver Konda Siti, padahal Konda Siti tu tak turunkan pun tingkap cermin dia. Hehehe... memang bijak. Saya yg memang alergik skit dgn air-cond di waktu pagi ni, terus naikkan cermin tingkap saya jugak. Buatnya Sang Wira tu mengamuk then dia pukul je sesape yang lalu kat situ, naya je... huhu... takottt..... Last skali sebab trafik pun dan mula bergerak, Konda Siti tu dah dpt bergerak, so, tinggal je Sang Wira tu dgn marah dia terkulat-kulat tgh2 jalan tu. [Nampaknya hobi dia memang suka dok tgh jalan].

Ok.... Dah habis citer tentang kronologi kejadian 'nyaris mengamuk dan masuk surat khabar' tu, biar saya plak komen pasal kejadian tu....

Cepatnya manusia ni marah. Seolah-olahnya, orang lain langsung takleh buat salah dengan mereka. Sang Wira tu, yang paling saya kesal sekali... Dia ada anak kecil. Pastu mengamuk depan anak... Tak kesian ke kat anak? Isteri dia tu, saya pasti, mesti malu dgn tindakan Sang Wira tu. Tapi tak tau la kot-kot dia yang bagi moral support kat suami dia untuk pegi mengamuk.

Kadang-kadang, mungkin kita sendiri berada di pihak yang benar, dan ada orang buat salah dengan kita. Tapi layakkah kesalahan itu diselesaikan dengan pergaduhan pukul memukul? Dalm kes yang saya ceritakan kat atas tu, padahalnya kalau Sang Wira tu, let go je kejadian tu, hal tu akan habis kat situ je.

Aih..dah la... Si Cheetah ni sibuk plak ajak aku pegi training. So, buat le kesimpulan sendiri yer... Babai... Lalalalala * kalo ada typo sorry ye.. tak sempat nak baca balik.

Selesaikan Masalah, Bunuh Diri~

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Ahad lepas, sahabat saya Waki sms saya untuk tanya apa nama cikgu matematik kami masa skolah menengah dulu. Beliau siap bagi gambaran rupa cikgu tu macamana untuk saya bantu beliau mengingati nama cikgu tu. Yang penting saya mmg tak ingat. Waki ckp, cikgu tu sekarang di hospital, sebab suspected cuba bunuh diri dgn mengelar leher sendiri. Terkedu plak saya. Setahu saya cikgu tu seorang yang happy go lucky dan seronok belajar dgn beliau. Maksudnya, beliau adalah cikgu yang bagus. Namun, hanya beliau sendirilah yang tahu kenapa beliau mengambil keputusan untuk bunuh diri.

Seminggu sebelum ini, dilaporkan di dalam akhbar tentang seorang gadis yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 3, KB Mall. Dan banyak lagi la kes bunuh diri yang kita biasa dengar kan?

Mungkin sewaktu mereka buat keputusan untuk bunuh diri tu, mereka yakin bahawa hanya itu sahaja la jalan yang mereka ada. Mereka rasa, masalah akan selesai jika mereka mati. Tapi kalau orang tu beragama Islam, memang tak selamat le kat akhirat. Bunuh diri tu bermakna dah booking tiket untuk permanently tinggal kat neraka. Huhh... Takott...

Kadang-kadang saya rasa kelakar plak dengan orang yang nak bunuh diri ni. Bagi saya, orang-orang yang nak bunuh diri ni ada 2 jenis. Pertama, mereka yang betul2 dah putus asa dengan hidup dan memang betul-betul nak mati. Biasanya, jenis ni, akan bunuh diri di tempat sunyi dan mati sorang-sorang. Tapi ada kategori kedua 'pembunuh diri' ni ialah orang yang bukan betul-betul pun nak bunuh diri. Mereka sendiri bukan betul-betul nak mati. Tapi hanya nak perhatian. Terutamanya bagi yang putus cinta. Sebab tu la yang sampai keluar dalam akhbar, ada orang nak terjun dari bangunan tinggi untuk bunuh diri. Ahh.. Sampah! Dah la cuba bunuh diri di khalayak ramai. Pastu, sebelum terjun tu, macam tunggu lama plak tu kat luar tingkap/atas palang tu. Hello... kalo ko betul2 nak mampus... ko bleh terus terjun je. Ambil lajak, lari dan terus terjun. Buat apa nak usha-usha kat bawah lagi kalo betul-betul nak mati kan? So, nampak sgt nak mintak orang pujuk.

Biasanya kalo yg cuba nak bunuh diri di khalayak ramai ni punca dia nak bunuh diri tu ialah sebab putus cinta. Come on la... Dia mesti sangka, kalo dia cuba nak bunuh diri, orang yang kecewakan dia tu akan pujuk dia balik dan menyesal. Tapi percayalah... Takdenya org tu nak kembali kepada dia. Makin lari lagi ada. Yelah, dah buat perangai saiko macam tu. Dan kalo orang tu kembali kepada dia pun, mungkin sebab takut atau kesian sahaja. Tapi hati orang tu tentu dah tak ada pada si pembunuh diri itu... What do you think? Betul tak pendapat saya ni? Hahaha... Mintak sokongan padu nampaknya.

Saya cuma terfikir... kalau org yang membunuh diri tu betul-betul mati, takpe la... Itu antara dia dgn Tuhan la. Tapi.... katakanlah dia sempat diselamatkan.... tak ke malu? Terutamanya bila dah lama-lama nanti, dan waktu tu masalah yang dia alami tu dapat diselesaikan. Apa perasaan dia masa tu? Tidakkah dia akan rasa bodohnya tindakan dia pada waktu tu. Dan orang2 lain pun mesti akan pandang mereka semacam. Yelah.... Pelik la tindakan dia tu.

Moral of the story, jangan la bunuh diri.

05 April 2011

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...


Artikel ni saya curik daripada Bujang Susah

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...
I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...


tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....

ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night..... But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan? - Wardina Safiyyah

Hari Ini Saya Rasa Seperti Orang Kemboja

4 April 2011.

Dear Diary,

Today i feel like i'm Cambodian. Because all staffs [ including me] are required to wear the corporate scarf [that is so not easy to put on to head]. Haaa.. tgk ni... Senget benget. Kuncup semacam jek. Punyer le stress masa nak pakai tudung ni. Sampai rasa mcm nak EL je hari ni. Tapi nasib baik la motivasi diri saya tinggi hari ni.



Apa kaitan dgn orang Kemboja? Hehehehe... Sebab kat kg saya, selalu orang Kemboja muslim dtg jual baju yang mereka bungkus dlm kain dan junjung atas kepala. Cara mereka pakai tudung mcm tu la. Hehehe.. Peace org Kemboja.

04 April 2011

Perempuan Tua Dengan Lelaki Muda?

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini....

Dilemma wanita, terutamanya yg lambat bertemu jodoh. Selalu sahaja ditakdirkan untuk bertemu, berkawan atau didekati oleh lelaki yang lebih muda. Tetapi hati terasa berat untuk menerima cinta lelaki muda. Kenapa ye? Seolah-olah lelaki yg lebih muda, terus di 'banned' daripada senarai calon pasangan hidup mereka. [Hanya bagi lelaki muda yang berfikiran terbuka tentang usia. Bagaimanapun, tidak semua lelaki boleh menerima wanita yang lebih berusia daripada mereka. Itu pilihan masing-masing la kan... Takde sape nak paksa.]

Mungkin wanita yg lebih berusia menolak cinta lelaki yg lebih muda daripada mereka kerana merasa tidak yakin dengan kewibawaan lelaki muda tersebut. Mungkin juga kerana malu dan takut dikata oleh orang 'tak sedar diri, dah tua tapi nak nk lelaki muda'. Atau mungkin juga kerana karektor lelaki muda tersebut terlalu kebudakan. Apa pun alasannya, empunya diri lebih tahu.

Tetapi, pendapat jujur saya.... Usia lelaki itu tidak penting. Asalkan sama-sama suka. Wanita pula, jangan la terus tutup ruang untuk lelaki yg lebih muda untuk menangi hati kamu. Berilah mereka peluang untuk memperlihatkan kebolehan mereka. Takut diumpat oleh orang? Alaaa... Apa yg nak dimalukan jika lelaki tersebut lebih muda. Pedulikan la apa orang nak kata. Asalkan kamu tidak melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Kadang-kadang, lelaki yang lebih muda lebih baik perangainya daripada lelaki yg sebaya atau lebih berusia daripada wanita itu.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan. Di kalangan kawan-kawan saya sendiri pun ramai yang memilih/menerima lelaki yang lebih muda sebagai pasangan mereka. Ada yang lebih muda 4 tahun, 6 tahun dan yang terhebat dan paling saya kagum jarak usia kawan saya dgn suami beliau adalah 8 tahun. Ok je saya tgk. Nak dikatakan kawan-kawan saya yang mencari lelaki muda, tidak juga. Tapi lebih tepat dikatakan yg lelaki muda mencari kawan-kawan saya. [Mungkin sebab kebanyakan kawan2 saya hot dan nampak muda. Kehkeh.]. Jadi, saya rasa jika pasangan bagi seseorang wanita itu lebih muda drpd usianya sendiri, ADALAH NORMAL dan OK. Tak ada apa yg peliknya.

Jika saya sendiri.... memang biasa didekati oleh lelaki yg lebih muda [bajet hot + gorjes la tu.. lalalala]. Tetapi hanya setakat setahun atau 2 tahun sahaja. [agaknya sebab muka saya hanya kelihatan lebih muda setahun atau 2 thn sahaja drpd usia sebenar. hehe]. Tunang saya walaupun sebaya tahun dgn saya, tapi saya tetap lahir 7 bulan lebih awal drpd beliau. Hahaha.. So, kira muda jugalah daripada saya. Tapi, saya tak de la kisah sgt dgn hal-hal remeh begitu.

Owhhh... Entry ni kelihatannya seperti tiba-tiba je kan? Sebenarnya sejak akhir-akhir ni, perempuan-perempuan yg rapat dgn saya, selalu mengutarakan dilemma yg sama. Usia sudah bertambah, tetapi jodoh belum sampai. Lelaki yg mendekati hanya lelaki yg lebih muda. Jadi, nak bagi motibasi la skit kat mereka. Relax la wei... It's ok, no problem kalau pasangan kamu adalah lelaki yg lebih muda. Yang tak okaynya kalo pasangan kamu itu lelaki muda dan kamu sendiri adalah lelaki. Haa... itu berdosa. Dilaknat Allah. Hahahah. Gay siottt... Geli giler. Haakkkkkk ptuikhhh!!! Good luck friends!

01 April 2011

Blog Ini....

Blog ini, tak lama lagi mungkin akan ditutup terus. Atau mungkin juga saya akan buat blog baru atau open blog ini hanya untuk followers atau utk org-org yg log in id mereka sahaja. Tengok dulu la. Haih... Macam-macam.

Change Management Policy

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini...

The purpose of the change management policy is to manage changes in a rational and predictable manner so that staff and clients can plan accordingly.

Changes require serious forethought, careful monitoring and follow-up evaluation to reduce negative impact to the user community and to increase the value of information resources bla..bla..bla... krohhh..krohhh... tetido...

Mengelat betul. Punyer la nak cukupkan entry dlm blog, saya taip a part of ICT Policy tentang Change Management dlm blog ni. Tak aci la kan? Hahahah.... Semoga saya berjaya draft policy ini... Gambatte kudasai Lyd-Chan!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...