Iklan! Iklan! Sila Click!

08 April 2011

HIV Test Untuk Bakal Pengantin

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Macam saya sorang je yang nak kawen. Hahahah... Ni nak citer pasal prosedur sebelum nikah. Pertama, perlu pergi Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Then tanya la apa-apa yang patut pada petugas kat Jabatan Agama Islam. Saya nak ceritakan secara detail pun payah jgk. Sebab lain negeri, lain prosedurnya. Lepas tu, perlu buat ujian HIV untuk pastikan ko tu ada HIV ke tak.

So, kat sini nak cite skit pasal HIV. Kalo kita dengar tentang HIV, kita rasa macam familiar je. Rasa mcm tau je. Tapi bila nak explain kat orang, kita rasa mcm ada kulit durian je kat tekak. Sebab ... err... mcm tau..tapi macam tak tau jgk.. kehkeh.

Kalo bakal pengantin yang nak buat HIV test di Pahang, perlu ambil borang di Jabatan Agama Islam Pahang terlebih dahulu, kemudian isi borang ujian HIV tu dan bawa pegi mana-mana klinik kesihatan kerajaan.

Sebelum ujian tu dilakukan, petugas/doktor akan explain bla..bla..bla pasal HIV. Dia cakap macam ni.... HIV ni sejenis virus yang boleh diperolehi daripada beberapa cara. Beberapa cara tu korang mesti dah biasa dengar la kan. So, takyah le saya nak ulang lagi. Cuma pembantu perubatan tu jelaskan kat saya... Badan kita ni, bila dijangkiti sesuatu virus, secara otometik antibodi akan dikeluarkan oleh badan untuk melawan penyakit tu. Dan bagi berlainan jenis penyakit, berlainan jenis antibodi la yang akan dihasilkan. Jadi, kalau orang tu terkena virus HIV, maka badan dia akan mengeluarkan antibodi yang khusus untuk melawan HIV sahaja. Maksudnya, antibodi tu hanya akan aktif jika virus HIV tu ada je. Jadi, ujian yang saya buat tu, adalah untuk mengenalpasti sama ada di dalam darah saya, antibodi itu reaktif atau tidak. Ujian itu dinamakan ujian saringan HIV. Kalo keputusannya antibodi HIV itu reaktif, barulah saya akan menjalankan ujian pengesahan untuk tahu sama ada saya ni positif atau negatif HIV.

Selama ini, saya ingatkan, kalo test darah tu terus tau positif ke negatif HIV. Kehkeh. Tapi masa nak buat test tu, saya punyer nervous macam nak pengsan. Ye la... Walaupun saya ni memang tak termasuk langsung dalam kalangan orang yang berisiko, tapi berdebor la jugek. Mana la tau kot2 ader nyamuk gigit org yg HIV positive then nyamuk tu gigit saya plak ke.. Hahahah.. Acah je. HIV tidak berjangkit melalui cara itu. Malah pembantu perubatan itu kata.... Kalau katakan kita luka dan keluar darah, kemudian terkena darah dari luka orang yang positif HIV, tak mungkin akan berjangkit juga, kerana darah yang dah keluar dari badan kita tu, takkan masuk balik dalam badan. Itu kata dia la... Saya tak tau la sejauh mana kebenarannya.

Lepas ujian tu menunjukkan yang antibodi HIV dalam badan saya tidak reaktif, yang membuatkan saya lega... pembantu perubatan tu tandatangan dan 'seal'kan keputusan tersebut di dalam sampul surat untuk terus diserahkan kepada JAIP. Dia tak benarkan saya buka lagi. [dan mmg takde pekdah pun saya nk buka lagi. Sebab saya tau keputusannya... So tak perlu risau.]. Jadi, macam tu la kaedahnya... Mr Stormpong plak dan buat awal-awal lagi ujian saringan tu kat Shah Alam... dan format nya tak la seketat kat Pahang. Tapi nasib baik tak kena buat semula. Kalo tak, nasib dia la kan. Hehehe... *Sorry my love. Terkutuk awk plak. Hahahah.

3 comments:

  1. psssttt...mesti sakit kan...???ayoyoyo...takut....

    ReplyDelete
  2. Aih, aok ni Lala. Bior benor. Tak buat HIV test lagi ke? Bukan ke sepatutnya kena submit HIV test tu dgn borang daftar nikah? Tok kadi dah booking ke blum? Aok jgn... kang fully booked plak tok kadi. Owh.. soklan pasal sakit ke tak tu, oloh... takdok la sakit mana pun kalo nak dibandingkan dgn kaki berbalut tu. Heheheh.. So, mesti aok bleh tahan punyer.

    ReplyDelete
  3. Salam, ada tak kenalan atau kawan-kawan yang nak buat ujian HIV secara discreet? Saya boleh tolong supply HIV home test kit untuk buat sendiri ujian di rumah. Prosedur mudah dan result dalam 5 minit. Ketepatan test kit adalah 99.9% dan telah dinilai oleh Institute for Medical Research Malaysia (IMR).Test kit yang sama digunakan di klinik dan test labs. Penghantaran percuma di seluruh Malaysia. Untuk order, sila taip TESTKIT dan sms/whatsapp ke 0138573416. Harap dapat membantu, terima kasih.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...