Iklan! Iklan! Sila Click!

22 April 2011

Selamat Hari Kelahiran Ashabul

Sejahteralah ke atas kamu...


Entry ini ditujukan khas untuk sahabat saya Mohd Ashabul [Bul]. Sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke 30 hari ini [22 April]. Hehehhe... Ish..ish.. Bul... Welcome to the 30s Club.

Sejarah perkenalan.
Pertama kali saya jumpa Bul ialah pada 15 Mac 2004. Haaa... hebat tak? Saya masih boleh ingat tarikh tu. Tarikh first time saya jumpa En Stormpong pun saya tak ingat. Kekeke... *Sebab lagi le lama, tahun 1992. :) En Stormpong, jangan jeles yer. Saya ingat tarikh jumpa Bul sebab tarikh tu saya lapor diri keja kat EsEsEm. Saya ingat lagi saya ternampak Bul dekat lif. Tengah tunggu lif. Then Kakak Chomel lalu kat depan lif tu, lalu beliau mengirim Milo Ais dengan Bul. Ooo... Rupanya Bul nak gi beli sarapan pada waktu itu. 1st impression saya terhadap Bul masa tu ialah, alahai... jambunyer la mamat ni. Mesti confirm player dan ramai girlfriends. Jadi, terus je dia terkeluar daripada list calon suami untuk saya. Suka-suka hati je kan? Walaupun masa tu bukan kenal dia pun. Dan kalo dia tak keluar daripada list pun, macam le saya termasuk dlm list dia plak. Kehkeh.

Lepas tu, saya hanya berurusan dengan Bul hanya tentang kerja. Sebab saya bertugas di Kuantan, Bul di HQ. Itupun hanya by phone calls, waktu ofis sahaja. [Tujuan menjelaskan semua ini ialah supaya orang tak salah faham. Karang buat entry khas untuk Bul nanti ada yg fikir bukan-bukan plak.]. Bila saya ditukarkan ke HQ pada tahun 2007, barulah saya rapat dengan Bul. Itu pun sebab satu ofis, dan saya single, dia pun belum kawen masa tu, tapi dia dah bertunang kot. Rasanya la...

Ok, enough pasal sejarah perkenalan saya dengan Bul. Saya cuma nak highlight bahawa Bul ini seorang sahabat yang sangat le notty. Hobi dia menyakat orang. Semua orang dia sakat termasuk mak-mak orang, mak-mak buyung, anak dara, isteri orang asalkan orang tu pompuan. Semua dia usik. Kalo dia mengusik saya, dia selalu turn off kan henfon saya yg saya tinggalkan di meja kalau saya pegi mana-mana. Pastu bila balik tempat, saya tak perasan tepon saya dah mati, tapi pelik sebab apsal tak berbunyi2 pun henfon ni dari tadi? Takkan takde orang call aku kot? Pastu rupa-rupanya tepon dah padam. Tapi seriously, saya mmg tak tau itu keja Bul. Agak lama dan selalu jugak kejadian tu berlaku dan saya memang ingatkan tepon saya rosak. Sampai ada satu hari saya tanya pendapat Bul, kenapa henfon saya jadi macam tu? [Sebab dia pun pakai Sony Ericsson]. Lepas tu dia gelak terbahak-bahak. Tapi saya still tak dpt detect kenapa. Then baru le dia mengaku dia yg selalu turn-off kan henfon saya. Kureng punyer Bulat. Sakit betul hati. Mati-mati saya ingat henfon saya rosak. Sabor je la.

Bul ni seorang sahabat yang baik hati. Senang nak mintak tolong dengan dia. Mungkin sebab dia ni jenis yang tak reti untuk 'say no' kepada sesiapa kot. Ntah le. Agaknya la. Kalo nak dikirakan pertolongan yang dia pernah berikan kepada saya, memang takkan dapat dibilang dengan jari tangan bercampur jari kaki. Sebab banyak. Tapi ada beberapa peristiwa yang mengharukan yang saya tak mahu lupakan sampai bila-bila, kerana itulah saya ingin menceritakan di entry ini.

Biasanya pertolongan tu berkenaan dengan kereta saya la. Kekekeke... Pernah sekali tu, saya nak balik kampung. Masa tu dah petang. After office hour. Saya nak balik dengan anak buah saya, Wonk. Ke Kuantan. Selepas Tol Gombak, saya singgah di Stesen BHP yang selepas tol tu. Sebab Wonk la... Lapar plak dah dia tu. Lepas Wonk beli makanan, saya nak start balik enjin, dah takleh. Langsung takleh hidup. Lampu semua tak nyala. Mula-mula saya call sorang kawan saya, ofismate saya jugak. Then saya call Bul. Kwn saya yg sorang lagi tu sampai terlebih dahulu. Mungkin sebab umah dia kat Gombak kot. [Biar saya namakan dia sebagai Tetttt... Hahaha.. Amboi, sedapnya nickname saya bagi kat dia.. ]. Dan Bul pulak dari ofis [The Mall]. Bul lah yang tolong singgah beli bateri, guna duit dia dulu, dtg situ dengan keta. Oo... Si Tettt tu bawak 'jumper'. Dia pun baru je beli 'jumper' kat Tesco OTW datang ke BHP tu. Huhu.. Terharu betul. Saya plak rasa segan je sebab selalu nyusahkan orang. Kuheh. Dah tu, kami terpaksa le patah balik ke KL, secara konvoi. Keta Bul kat depan. Dalam masa yang sama, Bul recharge bateri saya yg dah kong tu masa tgh drive... Haaa.. Hebat kan? Keta saya di tengah dan keta Tettt kat belakang, utk jaga kot-kot kang keta saya mati lagi. Dan kiterang drive sampai umah Bul, Bul la yang bawak keta saya pegi repair dan Tettt hantar saya balik umah. Huhuhu... Betul2 menyusahkan orang. Malooo...malooo...

Lagi satu... masa saya eksiden kat Karak tahun 2009. Masa tu saya tak dpt contact Tettt... Dia tak jawab tepon. Saya hanya dpt call Bul je, sebelum call kakak saya. Tak silap saya, kawan-kawan ofis saya cerita, hanya Bul sorang je yang pegi ke tempat saya eksiden tu naik motor. Tapi dia hanya sempat sampai ke Tol Gombak je rasanya, sebab saya kata nak ke situ. Tapi masa dia sampai tu, abang ipar saya dah amik saya, bawak pegi balai polis untuk buat report pasal eksiden tu. Waktu tu tepon saya plak bateri habis... Bila saya turn-on kan... Hanya miscalled drpd Bul je yang banyak. Lepas tu pun dia call lagi, baru le dia dpt bercakap dengan saya utk tanya keadaan saya. Bayangkan lah... Dalam ramai-ramai kawan saya.. hanya dia je yang paling beriya nak amik tau tentang keselamatan saya. [Kawan2 lain mungkin bz kot. Dan ramai jugak yg tak tau pasal eksiden tu.]. Itu belum kira kalo tayar keta saya pancit. Hehehe.. Memang muka dia je la yang saya berani dan selesa nak mintak tolong tukar tayar.

Kalau nak balas budi Bul, memang tak dpt. Allah je yang dpt beri balasan baik utk Bul. Jadi, kesimpulannya, Bul ni seorang sahabat yang baik. Orang yang tak kenal Bul [espesially pompuan la] mesti boleh salah faham dengan dia ni. Sebab dia ni suka mengayat, pandai ambil hati dah la hensem plak tu, cuma kadang2 suka buat perangai terencat. [Aku tau ko tgh baca ni Bul. Mesti kembang kempis idong ko kan? Kan? Hahahha.]. Yang pasti, saya sangat bersyukur kerana mempunyai seorang sahabat yang baik seperti Bul. Eceh.. Koyak le seluar dia.

So, itu je... Selamat Hari Kelahiran Bul. Semoga ko akan sentiasa dirahmati oleh Allah dan berjaya di dunia dan lebih penting di akhirat. Itulah tujuan hidup insan kan? Kenduri kawen aku nnt, kalo ko tak dtg, aku nak merajuk yang ko bakal berkata 'ada aku kesah kalo ko merajuk'. Aku dah bagitau Lin suh ajak ko dtg. Jgn nak ngade2 bagi alasan takleh dtg or else, aku muntah kat atas meja ko. Muehehehe...


10 comments:

  1. bab kuat menyakat memang..klu ko hp, aku slalu kena pc..dia slalu terbalikkan screen view aku..kadang2 ke atas, kekiri, kekanan..memang suka buat darah aku naikkkk...

    ReplyDelete
  2. PC pun aku penah kena tapi jarang. PC OrgKgBaru la selalu kena shutdown, pastu kena cabut power cable. Mmg hangin je.. kekeke.

    ReplyDelete
  3. abul..abul...mcm2...bab kacau tu mmg hobi dia..dah biasa kena...penah masa dulu duduk sebelah dia kat off dia mskkan alat tulis off dlm beg sampai umah masa cr kunci umah tengok2 ada pen, gunting, dan macam2 lg bertabur kat dlm tu...aduii..kdg2 tak paham perangai dia ni..tp mmg bul baik hati pun..aku pun nak bg bul kembang semangkuk haha...

    ReplyDelete
  4. Ye la Eda, aku pun ingat kes yg dia letak alat tulis office tu dlm beg nko. Pastu kan kita sama2 bengang dgn Bul, kita bekerjasama pegi tmpat dia masa dia takde utk sumbat barang2 atas meja dia kat dlm beg notebook dia. Masa tu, dia ckp "apsal aku tgk meja aku kemas semacam je ni?" ahahahha...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....

    Tq Lid sebab wat entry special untuk aku..... Terharu tahap Gaban & ultraman Cosmos hehehe.... Memang hobi aku menyakat orang,sebab kalu aku tak menyakat satu hari,aku rase hidup aku tak keruan hehehe....

    tp kan Lid first time aku jumpa ko aku rase masa aku g kuantan. Ko amik&hantar aku kat hotel,bawak aku g jenjalan kat pantai hehehee dan aktiviti2 yang lain hehehe yg hampir2 membuatkan aku tangkap cintan wakakkaa.... Sampai en.Hairul jeles hehehe..

    Sepanjang aku mengenali ko,aku rase Insya Allah ko dapat menjadi seorang isteri yang bertanggungjawap dan taat kepada suami,agama bangsa dan negara hehehee :)

    InsyaAllah kalu xde aral melintang aku usahakan ke Majlis ko.

    ReplyDelete
  6. Bul, nmpk sgt ko ni banyak main. Heheh. Masa ko gi Kuantan tu... dah berapa lama aku keja kat SSM. Tp yg penting, kita gi tgk cite The Fog, tp aku menggelupur nak balik sebab dah malam. Heheh. Itu pertama kali aku tgk wayang tau... Jgn tak bangga. Yg bawak pegi pantai time ujan2 lebat tu, berpayung2 mmg bengong. Yg pasti kasut ko kena air laut, kena beli sandal plak lepas tu. Wahh.. Aku dah hampir terlupa kenangan ko gi Kuantan tu.

    ReplyDelete
  7. zaman dolu2 abul mmg jambu...skrg dah tuo dia dah x jambu dah hehehehe...

    btw hepi belated besday bulat....

    ReplyDelete
  8. Hahahhaaa elok gak dah tak jambu.....

    ReplyDelete
  9. Masa muda dia jambu. Dah tak berapa muda ni dia dah jadi jeruk jambu. Huhu.. kerepot skit.

    ReplyDelete
  10. keh keh keh....alid...aku nak sebut dah tp x sampai hati...so aku setujuuuuu je la hahahaha

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...