Skip to main content

Posts

Berperang Dengan Perasaan

Sejahteralah ke atas kamu.... Minggu lepas aku kena gi kursus lagi. 4 hari 3 malam yuolss. Lama. Kejung rasenya dok lama-lama kat dalam hutan tuh. Aneh kan? Tahun lepas aku dah kena pergi kursus kepimpinan eksekutif. Yang itu memang semua eksekutif kena pegi at least 2 tahun sekali. Alih-alih tahun ni aku kena pergi lagi kursus Performance Enhancement. Ermm... baca tajuk kursus tu macam dah tahu je kursus tahun ni berkenaan dengan apa. Nak enhance.... diulang...ENHANCE my performance. Maknanya performance aku bagi tahun lepas, memang tak bagus la tu. Huhu... Biarlah aku terus terang. Markah aku banyak kena potong sebab masalah kehadiran. Tahun lepas aku bersalin. Sebelum cuti bersalin 3 bulan, aku ada juga MC. Alahan la dek non. Takkan sesaje plak nak MC buat kuih talam kat umah. Tidak sekali-kali. Dah la cuti bersalin 3 bulan, lepas masuk kerja pun aku ada juga MC, tak cukup dengan tu, aku YEYEL juga... means, emergency leave. Teruk jugak la. Tapi tidak la sampai 14 hari aku ...

Cerita Pasal Duit Raye

Sejahteralah ke atas kamu... Raya dah tinggal lagi sehari. Aku baru nak cerita pasal raya. Mood raya baru je datang tetibe seminit yang lepas. Aku ni biasa le. Selalu je lambat panas. Time raya aku tak nak makan lemang, dok sibuk makan biskut raya, lepas raya baru le terhegeh-hegeh mengidam nak makan lemang. Sebut pasal lemang, masa raya baru-baru ni, aku pertama kali cuba makan lemang periuk kera. Sorry, gambar tak sempat snap sebab adegan tu kat rumah orang. Malu plak aku nak berselfie-selfie, nak berfoodie-foodie kat umah orang sebab taknak la mencontengkan kapur kasut di muka ibu mentua aku dengan perangai over begitu. Berbalik kepada lemang periuk kera tadi, rasanya tidaklah begitu memikat hati aku. Tak sesedap lemang dalam batang buluh yang dibaluti daun pisang. Aroma daun pisang tu, terasa macam nak sebut perkataan yennadey bila makan. Cemana la lemang periuk kera tu nak terasa sedap pada lidah aku. Aku ni manusia. Periuk tu pulak kera yang punya. Tahun ni adalah tahu...

Berpantang Adalah Waktu Untuk Mencerahkan Kulit

Sejahteralah ke atas kamu... Hanya 2 perkara yang aku paling tak suka semasa berpantang, 1. tak boleh makan buah-buahan. 2. Minum pati ikan haruan. [Aku rase pati ikan haruan adalah paling horror skali yang pernah aku telan] Ramai wanita yang tak suka nak menghadap waktu berpantang selepas bersalin. Seksa katanya nak ikut pantang larang tak boleh itu, tak boleh ini, terutamanya part makan. Nak makan laksa pun tak dapek. Mandi pun nak kena ikut time. Nak kena berbengkung dengan tampalan-tampalan herba di perut yang baunya... mak aihhh, boleh rompong hidung. Dah la tak selesa, pastu bengkung plak kena pakai ketat-ketat, nak buang air pun payah. Dengan bertunku lagi. Siapa kata senang. Memang tak best. Tapi aku suka.  Aku suka waktu berpantang walaupun lauk waktu berpantang hanyalah ikan bakar dan.... err... ikan bakar.... dann.... ikan bakar. Sayur plak asyik saaaaaawi aje. Aku nak makan broccoli pun tak boleh. Kehkeh. Tapi... walaupun gitu je menu dia selama 40 hari, ak...

MamyPoko Original Atau Tiruan?

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku mula pakaikan Mamy Poko pada Luth sejak selepas pantang. Masa dalam pantang, guna Pet Pet sebab time tu, baby memerut setiap kali menyusu. Kalo sehari tu 14 kali dia menyusu, maka pat belas kali la dia nyahtinja.  Mula-mula pakai saiz newborn, rasa takde problem. Elok je. Masa saiz S pun elok jugak. Bila dah tukar M then now L, aku perasan satu benda..... Bila diaper Mamy Poko yang aku beli, kadang-kadang nampak tak senonoh buatannya. Tapi ada masa aku beli, nampak la semenggah sikit.  Aku saspek, salah satunya pastilah tidak original. Cuma aku ta pasti yang mana pelesu yang mana asli. Cuba korang nilai sendiri yang mana lebih meyakinkan untuk dilabel sebagai original? Yang aku label dengan no 1 tu biasanya aku beli kat Jusco [now dipanggil AEON kan?], atau beli kat Giant dan Tesco. Biasanya.... harga promotion yang terlampau beza drpd harga biasa. Let say harga biasa pe besar = RM55, tapi bila promotion ha...

Tetamu-tetamu Kecil

Sejahteralah ke atas kamu... Aku pernah buat 'open-house' sempena raya sekali je. Tahun 2011. Masa tu baru je kawen. Tergamak aku masak sendiri hidangan daging dendeng dengan..... err.. aku lupa la menunya. Tapi menu simple je la. Mula-mula aku jemput beberapa orang je kawan rapat, tapi hari yang sama, ada open house kat umah ofismate aku yg sorang lagi, so lepas mereka berkunjung ke open house ofismate aku tu, mereka datang umah aku. Kejung le masing-masing bila datang umah aku, takde ruang nak bergerak. Makan pun berdiri. Huhu.. Memang sadis kalau rumah kecik ni. [bukan tak bersyukur pasal 'rumah kecik' tu, cuma saje je nak bagitau]. Kesian kat tetamu-tetamu aku. Sejak daripada kes makan berdiri tu, aku dah malu nak buat open house lagi dah. Sedangkan aku suka je orang datang umah aku, jamu tetamu makan dengan masakan aku yang setaraf masakan Chef Zam 'sos penciciah' tu. Kehkeh. Serik mak. Sebab tu tahun demi tahun selepas itu, aku terus mengamalkan d...

Tepung Goreng Pisang dan Cempedak Yang Rangup Senang

Sejahateralah ke atas kamu... Minggu lepas, siapa punya angkara ye yang buat aku terliur nak makan cempedak? Cepat baik ngaku aku nak rotan dia. Aku baca blog sape pun aku dah tak ingat. Dia tunjuk gambar buah cempedak yang memang dah konfirm kat luar pagar, pastu aku terliur then petang tu aku gelepor gi beli cempedak untuk digoreng celup tepung.  Untuk makluman, aku ni jaman remaja dulu memang selalu buat tepung pisang goreng ni. Abah aku jual goreng pisang. Aku sempat la merasa tolong abah aku jual pisang goreng,  masa tu aku belum ada kerja tetap lagi. Nak buat tepung goreng pisang yang sedap dan rangup ni senang je yop. Resepinya ialah ;  1.  Tepung beras 500g 2.  Telur sebiji 3.  Kapur makan, tolong jangan guna kapur kasut mahupun kapur barus. 4.  Serbuk kunyit 1 sudu kecil 5.  Air untuk bancuhan agak2 je 6.  Garam dan perasa [optional] pun agak2 Cara-caranya; 1. Masukkan tepung beras ke dalam mixing bowl,...

Dress Untuk Nurhasyifa

Sejahteralah ke atas kamu.... Mata aku rabak hari ni. Malam tadi tidur kul 3 pagi. Dok menjahitkan baju dress guna kain batik jawa untuk Nurhasyifa, anak buah aku. Padahalnya macam la urgent sangat Syifa nak pakai baju tu. Takde desperate pon nak pakai, cuma Moksu dia ni je yang desperate nak baju tu cepat siap. Sebab moksu ni memang bangsa tak reti sabo nak tengok result dia.  Aku makin semangat menjahit bila tengok hasil dia boleh la tahan. Kalau aku berlatih lagi then tambah skill pastu improve lagi mutu jahitan, aku dah boleh jual baju ni, buka butik baby apparels then boleh setaraf dengan Poney. Cuma nak tunggu skill bertambah tu, selow le siket. Huuuu nangis kuar belon ikut idung. [Amboi, berangan free of charge.] *ni project bersama-sama member ofis, MekJan. Dia yang nak jahit dress untuk anak dara dia, aku tumpang je kain batik jawa ni. Oleh sebab anak sedara pompuan aku yang kecik hanya Syifa sorang je, so rezeki dia la. Anak sedara belah husband ada, tapi b...