Skip to main content

Posts

Puas Hati Aku

Sejahteralah ke atas kamu... Berikutan daripada entry aku semalam, pasal 'aku cerewet nak beli baju Luth', hari ni puas hati aku bila dapat beli baju seperti yg aku nak tu. Tak yah jauh-jauh. Kat foyer bangunan Esesem ni je. Ada flea market setiap 2 minggu. Biasanya hari Jumaat. Actually sebelum ni aku dah pegi Sogo. Katanya Sogo ada sale. Jenama polo diskaun sampai 70%. Aku pegi la menambahkan sempit dalam Sogo tu dengan harapan ada baju murah yang best untuk aku beli kat Luth. Sekali bila pegi, seluas-luas satu floor ke 4 Sogo tu, aku rasa tak puas hati je nak memilih. Sebab tak banyak yang aku berkenan.  T-shirt baby yang paling murah aku jumpa pun harganya RM9.90 jenama Cartoon Network tapi design baju memang ngarut le. Gambar Tweety burung kuning kepala besar tu. Tapi aku beli jugak sebab kain dia nipis dan sedap. Ala, nak pakai kat rumah je kan. Bukan utk gi jalan. Kalo gi berjalan tu harus la nak beli hok jangok skek. Pastu harga jenama baju yang lain-lain t...

Cerewet Membeli Baju Untuk Budak Yang Dah Toddler Ni

Sejahteralah ke atas kamu... Nak gossip pasal Luth ni skit. Luth ni halus je budaknya. Dia bukan spesis sedobok macam mama papa dia. Lengan kecik je, betis kurus je. Selama ni kalau nampak dalam gambar besar, tapi for real dia kecik je.    Budak Hingusan Baju-baju dia kalo ikut ukur bahu, dia muat lagi pakai baju umur 6-12 bulan. Baju yang 0-6 bulan pun masih muat badan, tapi masalah dia ialah baju-baju tu senteng la. "Nampak pusyat shaye la mama". Pastu kalau seluar pulak bahagian cawat memang kat getah pinggang memang bawah pusat dah nak sampai ke bird dia dah. "Shian shaye mama". Aku harus membeli baju baru untuk Luth. Tapi, dalam tak sedar baru aku tahu yang aku ni cerewet kerawit sangat. Dah 2 hari aku gugel nak beli online baju untuk Luth, tapi semua aku tak berkenan. Kalau masa dia baby dulu aku banyak je berkenan dengan baju2 comel. Ye lah, dulu boleh la pakai romper. Pastu pilihan pun corak yang sweet2 je kartun pada baju tu. Warna pun war...

Kau Tak Cukup K-Pop Selagi Tak Makan Bibimbab

Sejahteralah ke atas kamu.... Selama ni dok tengok je heroin drama Korea makan bibimbab ala-ala comel mulut penuh dengan bibimbab, sambil membebel atau tengah marah hero. Kalo aku buat macam tu, langsung tak comel. Sbb aku pernah try makan nasik goreng mulut penuh, pastu bercakap tot tet tot tet. Serius buruk. Minggu lepas ada orang belanja aku makan sempena birthday aku yang dah lama dah lepas. Kira mcm backdated la ni. Dia bagi aku pilih tempat, dah tu aku apa lagi... Pilih le sesuka hati koi. Aku pilih restoren makanan Korea, Dubu-dubu.  Peach Tea aku punye, pembelanja pula memilih Citron Tea. 2 orang beradik yang berlainan warna kulit.   Cara-cara makan bibimbab : Ini adalah cara presentation Bibimbab. Semangkuk nasik, beras warna purple, aku tak tau beras apa, campur sayur, campur jagung, telur goreng dan cheese. Ada sambal bibimbab dalam mangkuk. Sambal ni warna je merah melampau tapi hanya lakonan je merah tu, rasa dia tak le pedas sangat, Tapi tak ta...

Lelaki, Kalau Dah Mengumpat...

Sejahteralah ke atas kamu... Antara lelaki dengan perempuan, siapa yang lagi kuat mengumpat? Ehehe...  Perempuan memang sinonim dengan hobi kuat mengumpat, tapi jangan tak tahu, lelaki... kalo dia dah start mengumpat... lagi kronik daripada perempuan. Lagi direct, lagi pedas, lagi meleret-leret.  Lagi bahaya kalau jenis lelaki yang ko nampak macam muka ganas, depan orang pun nampak kaku dan tak pandang atau tak pedulikan orang sekeliling. Tapi dalam diam-diam mengumpat.  "Kau tau tak Gadis A ni dulu ada scandal dengan Encik A" "Kau nak tau, perangai Puan A ni memang teruk, ada ke patut dia buat macam tu, macam ni..." "Kau perasan tak Puan B ni sekarang dah gemuk, memang lain terus muka dia, dah jadi buruk dah aku tengok" Serta banyak lagi statement yang aku sendiri sebagai seorang perempuan yang aku rasa macam title kaki ngumpat tu aku pegang, tak tahan nak dengar. Sakit telinga hoiihhh.... Tapi terpaksa jugak dengar. Sebab mer...

Aku Kecewa Dengan Malaysia Tapi Aku Taknak Pindah Singapore

Sejahteralah ke atas malaysia. eh. Ke atas kamu... Aku kecewa Malaysia kalah Piala Thomas semalam. Tapi aku tak salahkan pemain-pemain Malaysia. Mereka semua dah main sungguh-sungguh, bukan sekadar menjadi lauk cicah budu je kepada pasukan Jepun. Bila tengok kemenangan Jepun, aku terasa macam tengok drama Jepun ala-ala Meoro Attack yang pasukan underdog dapat pergi final, lepas tu sengit lepas tu tadaaaaa..... menang. Memang sangat Jepun. No, actually aku kecewa sebab hari ni tak cuti. Hahaha. Lagi satu aku kecewa pasal coklat Cadbury. Ko bayangkan le perasaan aku yang baru je promote pompangpompang pasal betapa sedaknya cekelet Cadbury yang dijadikan pencicah buah strawberry. Sekali harommmm plak dia. Sekali ada piggy piggy oink oink plak dalam tu. Dah berapa kilo dah babi masuk dalam sistem perkumuhan aku. The worst is, that oink-oink dah jadi darah daging aku. No wonder la aku....... [sila penuhkan sendiri].  Aku bukan kecewa pasal tak boleh makan coklat Cadbury tu....

Lauk Berpantang Tu Sebenarnya Sedap

Sejahteralah ke atas kamu... Ibu aku selalu pesan, "time berpantang ni tak payah nak lapar sangat ye. Tahan-tahan le dulu keinginan nak makan macam-macam tu. Nanti bila dah habis pantang, makan la gajoh rimau pun takde sape nak larang.". Aku bila dah kena warning camtu, ko ingat aku berani lagi nak mintak burger mekdi time berpantang? Hahaha.   Keterlaluan tak kalau aku katakan, aku suka lauk berpantang. Walaupun masakannya simple je, tiap2 hari ikan bakar, yang takde pedas [aku ni kan penagih makanan pedas], dan rempah perapan pun hanya kunyit dan bawang, kadang-kadang black pepper, tapi serius... sangat sedap pada lidah aku. Aku sangat okay dan happy je sebenarnya nak makan macam gitu je tiap2 hari selama 40 hari. Takde masalah pun. Ikan pun tukar-tukar, kadang ikan selar, kadang2 tenggiri, kadang2 kerisi. Ikut je ibu mentua aku bagi makan apa. Aku suka je. Heheh. [Nanti ibu plak kata, senang bermenantukan aku ni, sebab tak banyak kerenah. Bagi je makanan, nanti ...

Mixed Nut Rice With Sweet & Spicy Dried-Curry Prawn

Sejahteralah ke atas kamu... Seperti biasa, nama masakan seharusnya tak kalah. Kalau aku masuk Masterchef US, confirm aku selalu kena tengking dengan Chef Ramsey [sebutan dia Remzi kan?].  Nasi kacang ni sangat sedap. Kacang tu bila masuk dalam nasi akan jadi lembut tapi bukan lemau tau. Lembut yang sedap. Dalam nasi ni aku cuma masukkan 2 jenis kacang, Pistachio dengan Cashew Nut [walaupun biji gajus tu bukanlah sejenis kacang ye.].  Mutu gambar kurang cantik sebab aku lapar sangat dah time nak ambik gambar-gambar ni. Untuk sayur, aku hanya rebus sahaja carrot tu dan potong timun. Pendapat aku on this, tak perlu ada begitu banyak rasa yang complex nanti watak utama menu ni akan tenggelam. Kalau sayur sedap sangat nanti apa akan jadi kepada nasib sang udangses? Ini hanyalah salah satu denial bahawa aku ni sebenarnya memang tak pandai masak sayur pun. Hahaha. Nak buang kulit sekilo udang bukanlah sesuatu tugas yang membahagiakan. Tapi hasilnya bila m...