Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Aku, Dia Dan Daging Dendeng.

Sejahteralah ke atas kamu... Hubungan aku dengan Daging Dendeng ni bermula semasa aku masih single dan belum berpunya. Ewah.. Intro dia. Taknak kalah. Makcik Zah, jiran sebelah rumah aku yg mula perkenalkan daging dendeng ni kepada tekak aku. Tupun, setahun sekali datang rumah dia untuk berhari raya. Punya teruk jiran cenggini. Tapi kira okay la, ada jugak datang daripada langsung tak datang kan? First time makan daging dendeng tu lawan dia dengan pulut kuning. Aku sampai terngigau2 akan kesedakpan daging dendeng tersebut. Hari raya puasa beberapa tahun lepas pula, aku pergi bertandang ke rumah mak sedara suami aku di Pekan, Pahang. Mak sedara suami tu aku panggil Mommy, menghidangkan rendang dendeng yang very delisyesh untuk kami sekeluarga. Setahu aku, dendeng tu menantunya yang masak. Hebak menantu. Boleh masak lauk yang jadi hidangan utama di rumah mak mentua. Kalau aku, aku memang takde keyakinan langsung nak masak kat umah mak mentua. Pemalas pun ye jugak kot. Kahkah. [D...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Otak Serabut Benor Dah Rasa

Sejahteralah ke atas kamu... Nak menaip kat blog ni, sama je kaedahnya macam nak menjahit. Maksud aku, feel dan mood tu kena ada. Kena tenang-tenang, ada waktu lapang. Sekarang aku jarang sangat dapat update blog sebab 'macam' bz. Tidak la se'busy' orang yang dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tapi kira tak ada kelapangan sangat untuk mengarang di blog. Ataupun sebab memang otak lembab kelubi kan. Jadi, benda yang simple pun payah nak buat. Menjahit pun sebenarnya sama. Aku ni tengah serabut sebab ada banyak lagi persediaan baby yang aku belum jahit. Benda simple seperti jahit bedung dan barut pun aku macam susah sangat nak mula. Sebab aku memang takleh nak menjahit kalau ada Luth dalam rumah tu. Dia tu, eii... kecik besar kecik besar je aku tengok dia time dia nak masuk campur urusan menjahit aku. Tak kira aku buat dia busy cemana pun, aku bagi umpan yang paling dia suka seperti gadget dan benarkan dia main game sekalipun, by the time aku turn on mesin jah...

Nyanyi Lagu Happy Birthday Slow-Slow Je

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku ada beli barang online. Kat Lazada. Aku beli shaggy carpet. Warna coklat. Niatnya nk ganti carpet patchwork yg aku guna kat ruang tamu depan tv sekarang. Karpet patchwork tu selesa, tapi bila dah lama-lama kena lanyak oleh dua org rasaksa dgn anak rasaksa kenit ni tiap-tiap hari, karpet tu jadi berbiji-biji mcm bervulu. Lagipun dia bercorak. Aku kureng suka sikit corak2. Suka plain. Lagipun corak dia makin pudar. Lagipun anak aku dah conteng karpet tu dgn highlighter warNa oren. Huhu. (warna karpet ialah hijau). Biasa la kan anak ni, benda yg kita larang tu lagi la eager dia nak buat. Agak lama aku tunggu delivery karpet tu sampai, katanya daripada oversea. Oversea sangat. Dalam hati berkobar-kobar nk kemas dan hias rumah sempena nak sambut baby nanti. Aku ni, nak beli barang rumah pun kena beli sikit-sikit. Sebulan satu atau 2 je. Tunggu gaji. Biase la, golongan bawahan dan kategori miskin bandar macam aku ni. Kad kredit pun takde. Simpanan pla...

Menanti Anak Kedua, Anak Pertama Selalu Kena Marah

Sejahteralah ke atas kamu..... Sejak kebelakangan ini, aku semakin kerap memarahi Luth. Aku pun tak tahu kenapa aku gagal mengawal perasaan marah aku bila dia buat sesuatu. Seperti biasa, selepas marah anak, ko akan rasa berdosa ya amat. Rasa macam ko la mak yang paling tak berguna dalam dunia, lebih-lebih lagi kalau apa yang ko marah dia tu sebenarnya memang tak patut langsung dimarah. Sebagai contohnya semalam. Dia main dengan aku. Waktu itu papa dia belum balik. Nak tak nak, aku layan la dia walaupun aku ni dah kelainan upaya sangat dah waktu tu. Layan dia main sambil baring. Lepas tu, dia asyik la nak bertenggek kat atas perut benandum aku ni. Memang tak selesa sangat aku rasa. Sebab perut ni dah ketat. Aku cakap baik-baik. "Luth, jangan main atas perut mama.". 2,3 kali aku ulang. Tapi dia terus je main guling-guling, golek-golek atas perut aku. Seksanya aku rasa. Last sekali aku cubit halus peha dia. Dia macam terkejut. Pastu dia cakap, "Sakitlah!" the...

Ubat Untuk Persediaan Berpantang

Sejahteralah ke atas kamu.... Dulu aku ada cerita pasal set berpantang yang aku gunakan selepas bersalinkan anak pertama. Kali ini, aku tak beli dah set berpantang. Aku hanya beli minuman herba Lady Essentials LDVenus Gold by Elken ni sahaja sebagai ubat makan. Aku beli 4 kotak terus. Huhu. Tamok. Sekotak ada 20 botol. Sehari kena consume 2 botol. Jadi cukup la untuk 40 hari. Gitu la pln asal aku. Lepas dah beli LD Venus Gold ni, tiba-tiba baru aku terfikir, karang kalau minuman herba ni tak sesuai dengan aku cemana? Atau tak serasi dengan anak aku ke? Maka baru la aku tersedar bahawa otak udang juga aku ni ye. Huhu. Apapun, aku berharap benor la agar semuanya berjalan lancar dan ubat ini serasi dengan aku.  Pelik ke kenapa aku tak beli ubat luaran untuk berpantang? Hehe, jangan ribut-ribut. Aku mungkin akan DIY je ubat tampalan yang luaran nanti. Eceh. Rajin la konon. Takde la. Sebenarnya aku dah booking confinement lady untuk jaga aku sewaktu aku berpantang...

Pengalaman Tinggal Di Wad PPUM

Sejahteralah ke atas awok.... Terdahulu aku ceritakan pengalaman bersalin di PPUM. Kali ni nak cerita pula pengalaman aku menginap di wad bersalin PPUM selepas bersalin. Secara jujurnya aku katakan, duduk di wad bersalin PPUM, tidaklah seteruk mana. Atau boleh aku katakan, memang tak teruk langsung. Nurses baik belaka. Tak ada pulak aku jumpa dengan nurse yang menyakitkan hati. Semuanya lemah lembut dan sangat membantu. Ini pujian ikhlas tau. Sikek dok nawok. Wad bersalin tu dalam satu bilik ada 4 orang. Sewaktu aku dimasukkan ke dalam wad, hanya ada 3 orang termasuk aku. Semuanya baru lepas melahirkan. Kalau di dalam labour room, sebarang gadget adalah dilarang sama sekali, berbeza pula di dalam wad. Gadget dibenarkan bawa. Lega la sikit aku rasa sebab boleh bawak henfon, tak la mati kutu sangat dok dalam wad tu. Dah petang sikit baru la pesakit ke-4 masuk. Menurut pesakit ke-4 tu, dia bersalin pagi. Waktu lebih kurang macam waktu aku bersalin juga. Tapi dah petang baru d...