Sejahteralah ke atas kamu...
Nak menaip kat blog ni, sama je kaedahnya macam nak menjahit. Maksud aku, feel dan mood tu kena ada. Kena tenang-tenang, ada waktu lapang. Sekarang aku jarang sangat dapat update blog sebab 'macam' bz. Tidak la se'busy' orang yang dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tapi kira tak ada kelapangan sangat untuk mengarang di blog. Ataupun sebab memang otak lembab kelubi kan. Jadi, benda yang simple pun payah nak buat.
Menjahit pun sebenarnya sama. Aku ni tengah serabut sebab ada banyak lagi persediaan baby yang aku belum jahit. Benda simple seperti jahit bedung dan barut pun aku macam susah sangat nak mula. Sebab aku memang takleh nak menjahit kalau ada Luth dalam rumah tu. Dia tu, eii... kecik besar kecik besar je aku tengok dia time dia nak masuk campur urusan menjahit aku. Tak kira aku buat dia busy cemana pun, aku bagi umpan yang paling dia suka seperti gadget dan benarkan dia main game sekalipun, by the time aku turn on mesin jahit aku, dia boleh tetibe muncul kat tepi meja menjahit aku sambil riuh je mulut tu mintak izin nak tolong aku, "Boleh Luth tolong? Boleh Luth tolong?". Apabila aku kata,"Owh, tak perlu tolong. Mama boleh buat sendiri". Dia takkan putus asa, "Boleh Luth tengok? Boleh Luth tengok?", pastu berusaha gigih nak panjat atas riba aku. Memang takleh nak fokus nak menjahit kalau gitu gaya dia.
Itu kalau masa nak jahit guna mesin jahit. Kalau aku potong kain pun sama juga kekdahnya. Dia mula la sibuk nak pegang gunting nak tolong aku menggunting kain. Haihhh... terganggu fikiran aku nih. Last sekali aku simpan je semua peralatan menjahit, turn the machine off then keluar daripada bilik menjahit tu. Lepas tu, aku baring je la tak buat apa-apa. Buang masa bercampur rasa ruginya bila masa ada, kesihatan baik, tapi tetap tak dapat nak menjahit.
Dalam banyak-banyak produk jahitan yang aku plan nak buat, hanya ada satu je dah siap iaitu nursing pillow. Tu pun, Luth dah konker awal-awal, dia letak kat karpet kecik yang aku hadiahkan kepada dia masa hari lahir dia tempoh hari. Bukan Luth je yang suka baring situ, papa dia pun termasuk sekali. nanti la aku ambik gambar nursing pillow yang aku buat sendiri tu. Bapak besar nursing pillow tu, berat plak tu. Sebab aku guna kekabu.
Produk lain yang ada dalam waiting list untuk aku jahit sekarang ni ialah;
1. Sarung tilam baby, dengan sarung bantal, dengan bantal karipap, dengan bolster sekali. Ni semua produk yang senang nak jahit, tapi kena tunggu mood dan masa yang sesuai untuk dijahit.
2. Barut. Ada 4 helai je pun, tapi still takleh nak speed up.
3. Bedung. Yang ni pun aku dah siap potong dan siap jahit tepi. Konon nak sulam sikit pada hoody bedung tu. Tapi ntah le. Masa dah makin suntuk ni. Harap-harap aku dapat kekuatan luar biasa dalam masa terdekat ni untuk siapkan semua.
4. Langsir. Hahahaha.. Tetibe je langsir termasuk dalam list. Kain langsir tu aku dah beli lama. It's like 3 years back. Baru lening rasa berkobar-kobar nak ada langsir baru. Selama 3 tahun guna langsir sama, walaupun hari raya pun tak tukar langsir pun. Memang tak senonoh betul surirumah ni kan. Haihh... orang lain pun kerja juga. Kalau mak mentua aku tau, mesti geleng kepala je la dia. Semangat berkobar-kobar nak jahit langsir baru tu pun sebab nak sambut kelahiran baby dalam rumah. biar la nampak suasana baru sikit kan. Itu pun, langsir yang jenis lurus dan plain je. Takde ruffle, takde scallops what so ever. Boring kan aku ni? Kekeke. Hidup aku simple. Asal ada je dah cukup.
5. Baju dan skirt untuk berpantang. Yang ni saje je la masuk dalam list walaupun dah nampak dah masa depan macam tak sempat pun nak jahit. Aku perlukan baju yang sejuk kainnya. Nak jahit guna cotton viscose. Konon-konon nak buat sepasang-sepasang. Nak berpantang dengan gaya yang gojes. Konon je la. Harapan perlu ada.
Cerita pasal baju untuk duduk di rumah ni, aku nak bagitau satu rahsia kat korang. Kalau korang nak tau, baju untuk duduk rumah yang paling selesa sekali ialah kalau dijahit menggunakan kain sutera. Seriously, selesa gile babeng nak mampus. Aku ada buat sehelai baju untuk duduk rumah, guna batik sutera Terengganu, memang sekarang dok ulang baju tu je masa musim panas ni. Lagi selesa daripada cotton viscose. (Kalau ada yang tak tau viscose tu kain cemana, ko just imagine fabric yang orang guna buat baju kelawar. Lebih kurang la. Sebab viscose pun ada banyak gred.).
Sebelum korang terfikir yang bukan-bukan pasal buat baju untuk dok rumah pun nak guna kain sutera tu, jangan cemas dulu. Let me explain. Aku ni satu masa dulu kurus. Baju kurung zaman dulu masa bujang, banyak juga aku buat kurung moden. So, bila aku tergemuk tanpa sengaja, baju-baju lama aku dah takde pewaris yang boleh aku perturunkan. Adik mmg takde. Yang ada cuma anak2 sedara 3 dozens. Tapi still takleh bagi derang sebab cutting badan aku dengan anak-anak sedara memang lain. Ada yang kurus tinggi. Ada yang lebor. Ada yang halus sangat. Nak bagi anak-anak yatim pun rasa macam tak tergamak juga sebab takde la elok sgt pun cutting ikut body shape macam gitu nak bagi orang pakai. Kang tak memasal aku dapat saham. So, baju kurung yang ada, yang diperbuat drpd sutera, aku try la potong satu, dan buat baju untuk dok rumah. Walla! Memang selesa! Lepas ni kena selongkar balik baju-baju lama aku, nak cari baju sutera, untuk di up cycle jadi baju duduk rumah. Pernah sampai tahap aku terfikir nak beli je kain pasang sutera yang baru untuk buat baju dok rumah. Tapi mahal hoih... Sepasang pun dah RM200+. Sepatutnya kat rumah memang kena cantik kan? Tapi kenapa sayang pulak nak buat baju-baju cantik cum selesa untuk pemakaian kat rumah ye? Sedangkan kalau untuk berjangok kat luar rumah, sanggup beli kain mahal kan? Mungkin sbb nk kena buat kerja rumah kot kan? Sebab tu sayang nak guna kain mahal utk duk rumah. Kehkeh. Giler, tanya sendiri jawab sendiri.
Apa yang aku merepek ni? Okaylah. Bye. Chiaw.
salam lyd...wah tak sabar persediaan nak tunggu baby baru yer...
ReplyDeleterindu kat budak luth tuh...arissa pun cenggitu jugakla..asik jgk bebusy body ngan kerja2 kite..
anyway semoga semuanya selamat inshaallah..
Kalau rin mmg tabik spring kt lyd sbb at least smgt nk jahit sndiri tu dah ada dah...rin semua beli je..tgnkeras mcm kayu klu bab jahit2 ni...hahahah
ReplyDeletehahaha macam sama je kita punya serabut..padahal baru nak masuk 7 bulan.tp bukan serabut pasal jahit..serabut dok pikir mana nk beli dulu..mana nk pending..mana perlu mana yg tak penting sgt.byk jugak kena keluar modal..benda yg dh ada pun nafsu nk beli lg.huhuhu..
ReplyDeletebaguslah boleh jahit baju dok rumah sendiri..ada bakat jangan dipersiakan..dh jimat dh tang tu.hehe..
jangan salahkan luth..memang setiap budak cerdik cmtu..rajin nak menolong.hihi
bnayk juga benda kau boleh buat..
ReplyDeleteaku tiap hr blk rumah.. macam letih sgt.
kdg luth lah yg jd mangsa
Dah la tu lyd....beli aje la mana yg patut beli....aku paham sgt dan cukup terer handle mesin jahit dgn anak pangku...siap mulut dia riuh ikut bunyi mesin tu...
ReplyDeletePembaris ntah berapa batang dah terkorban..jadi pedang..jadi cangkul...tape dah berapa dah habis kena racik...kapur dah ke dinding aje tugasnya....jarum je mmg strictly dont touch...
ntah nak pakai kat umah baju harga 200? wahhh...yan gbuat jalan pon tak cecah segitu..
ReplyDeletebuat pelan lyd..mana tak boleh nak buat, boleh beli on9..tanpa susah payah,tau2 abam posmen hantar je
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSinggah jap....masa mengandung boleh lagi menjahit maknanya memang pakar jahitan ini....insyaAllah siap semua persiapan baby tu....
semoga dtg kerajinan tu. dan semoga luth mmbri kerjasama.aamiin
ReplyDeleteala, sama lah kita.saya pon buat langsir yg jahit menegak tu je.asal ade.ekekeke.
ade bakat mnjahit ok la. leh pikir mcm mcm idea utk jimat cermat. hat tak ade bakat ni pakai aje bju lelama. hiks
haaa..baru nk kata kayanya guna kain sutera utk buat bju sahang tu.. hehe.. oklah recylce mcm tu... kain sutera lembut n sejuk.. tp satu y lya x suka.. kna bsuh tgn..basuh mesin, lama2 cpt reput
ReplyDeleteDalam pada tak tahu nak buat apa tadi, panjang juga ceritanya. Sekali lagi, kita serupaaa.....!
ReplyDeleteHiks! I baru tau viscose tu macam tu rupanya. Now I knowlah why I suka pilih baju kelawar. Entahlah ada lagi ke baju kain sutera zaman muda belia yang tak boleh pakai yerk? Rasanya semua dah diperturunkan warisannya. Maklumlah ingat nak simpan untuk anak perempuan pakai tapi nampak macam takda harapan aje. Lebih baiklah I beri aje kepada sesiapa yang berkenaan!